Tag: beraya di perantauan

Berhari raya di perantauan

Berhari raya di perantauan

Tinggal hanya beberapa hari je lagi semua umat islam akan menyambut hari raya Aidilfitri dan berakhirnya bulan mulia Ramadhan. Ramadhan yang banyak  meninggal kenangan sepanjang hidup aku. Tahun ni macam tahun lepas jugak tak dapat balik beraya ke kampung. Oh sedih siot walaupun dah tua-tua begini. Selagi orang tua masih ada selagi itulah hati tu kuat rasanya nak balik kampung kerana masih ada yang menunggu kita. Bagaimanapun kasih sayang doa tak akan berhenti untuk ibu dan adik beradik serta anak-anak buah yang disayangi.

Perasaan beraya di perantauan ni banyak beza berbanding time dapat beraya bersama orang tua dan adik beradik. Kalau dapat balik kampung memang penuh rumah dengan adik beradik dan anak-anak buah. Masing-masing memainkan peranan masing-masing untuk menyediakan keperluan menyambut hari raya.

ada yang kemas rumah,

ada yang gantung langsir,

ada pasang sarung kusyen,

ada bentang permaidani

ada jugak anak-anak buah yang dah besar rajin mengecat

Yang adik beradik pulak dengan ipar-ipar sibuk masak ramai-ramai. Adakalanya masak bahulu, Ketika tu teringat kembali la nostalgia masa kecik-kecik dulu mak ngan arwah opah masak bahulu dan kuih raya maka kami adik beradik sama-sama cari sabut dan tempurung kelapa. Alhamdulillah kat kampung aku tu ketika ini masih ada lagi feel hari raya 90an kerana ibu2 dan bapa2 saudara(golongan tua) saudara-mara dekat masih mengekalkan budaya dulu-dulu. Cumanya ramai dah ibu dan bapa saudara yang dah takda..

Kemeriahan tu takkan dapat dinikmati di perantauan. Kena pulak jika tinggal di kawasan taman perumahan. Yang ada cuma jiran-jiran dan rakan sekerja yang sama-sama diperantauan datang berhari raya. Bagaimanapun dah itu lumrah kehidupan kita. Zaman akan berubah, kehidupan juga akan jadi berbeza. Apa yang aku nikmati ketika kecil rasanya tak akan dirasai oleh anak-anak aku. Zaman mereka berbeza. Pandangan dan pemikiran mereka juga lebih advance kerana walaupun masih kecil tetapi pengetahuan mereka lebih baik dan fokus berbanding ketika aku sebaya dengan mereka dulu. Cuma fizikal mereka tidak sekuat aku huhu..

Namun sebagai seorang manusia bergelar ayah, hati kena kuat tambahan lagi apabila kita dikelilingi oleh anak-anak yang agak hyperaktif hehehe..ya anak-anak sebenarnyalah kekuatan. Melihat mereka membesar kita akan rasa lebih excited untuk melalui hari-hari mendatang walaupun tak balik raya hehehe. Tambahan pulak anak aku lagi ramai dari adik beradik aku..dengan umur antara 1 tahun ke 9 tahun, 5 lelaki 1 perempuan…maka kuasa mereka boleh buat rumah di hari raya ni rasa terangkat juga.

Salah satu cara untuk lebih kemeriahan dan keriangan hari raya di perantauan adalah dengan membuat open house. Tak buat besar-besar sangat pun takpe hanya dengan kos yang sederhana pun dah cukup. Itulah juga yang aku dan isteri buat tahun lepas. Tapi tu dia punya la letih. Dari tengahari sampai ke malam. Last-last lepas selesai open house seminggu demam haha..

 

>