Images

Pokemon Go difatwakan haram oleh mufti

Pokemon Go difatwakan haram oleh mufti

Pokemon Go

Dah lama hamba tak mengupdate blog suci murni ni sehinggalah penuh dengan sawang (comment spam) yang jumlah nya cecah angka seribu. letih la jugak menekan butang spam untuk delete komen-komen tu semua. Dekat 2 bulan tak update sampailah lupa password nak login, nasiblah ada save manual kat dalam nota. Kalau tak letih nak menyekrol inbox gmail mencari email password. Kali ni hamba “terpost” sebab terkesan betui dengan kes Pokemon Go. Taukan Pokemon Go? Alah game yang duk berjalan-jalan mencari pokemon maya pakai smartphone tu lah. Tapi kalau pakai 3310 memang tak boleh main hehehe.

pokemon go diharamkan

Hamba pun gatai tangan gak menginstall nak try main. Drive kereta pergi mencari menatang tu. Jauh gak berjalan membazir minyak, jumpa kemudian tangkap kumpul, kemudian jalan lagi mencari. Dengan yakinnya hamba menyatakan yang pokemon go adalah satu permainan yang langsung tidak mendatangkan faedah malah mendatangkan pelbagai jenis risiko kepada pemain. Boleh pulak pokemon yang hamba dapat tu duduk kat tepi pintu kelab malam. Kalau la ada sedara mara nampak hamba disitu tak pasal-pasal kena fitnah. Padahal nak tangkap pokemon. Kurang ajar pokemon tu. Kemudian risiko masa drive  kereta. Mata hamba duk memerhatikan screen phone duk belek-belek screen mencari arah,  Kerja yang sangat tidak berfaedah dan merugikan masa dan kos. Selepas hampir 3 jam berusaha, hanya seekor je dapat.

Fatwa pengharaman Pokemon Go

Dari pengalaman sekali tu, hamba sangat memahami kenapa fatwa yang dikeluarkan oleh seorang mufti dan disokong pokemon go diharamkanpula oleh beberapa mufti negeri yang lain mengharamkankan pokemon go. Seorang mufti mengeluarkan sesuatu fatwa bukanlah dengan sewenang-wenangnya mengikut selera, tetapi penuh dengan sebab musabab berdasarkan ilmu dan berpandukan Al-Quran dan Hadis Nabi. TAPI…di sebabkan pokemon go, ramai sungguh orang-rang melayu menghentam dan mencaci mufti-mufti ini dengan mengaitkan hal-hal yang lain terutama berkaitan isu politik negara. Antara isu yang dikait adalah: ‘kenapa 1MDB tu tak dikeluarkan fatwa haram!’, “awatnya tak teguq pemimpin duk biaq bini tak pakai tundung. Halal kot no tak pakai tudung?”, “rakyat setengah mati depa duk pedajal dengan GST, oh tak haram no” dan bermacam lagi le yang hamba baca kat facebook memasing dengan idea dan ‘fatwa’nya. Mufti ini diperbodohkan semahu-mahunya. Teruk mufti ni kena hentam, kengkadang hamba tak menahan rasa marah tak pasal-pasal bergaduh dengan pengkritik-pengkritik tersebut.

Fatwa pengharaman Pokemon Go ditentang

Memang dasar manusia sudah begitu. Kalau sesuatu itu selari dengan jiwa atau kehendak atau kecenderungan mereka, maka seboleh-boleh mahu dihalalkan walaupun was-was statusnya. Sebelum kes pokemon ni, pernah juga hamba dengar kes fatwa pengharaman rokok. Masa tu teruk jugaklah mereka-mereka yang mengeluarkan fatwa mengharamkan rokok ini dihentam kiri, kanan, atas, bawah, depan dan belakang. Sebabnya apa?? Sebabnya mereka tak boleh dah nak berpisah dengan rokok. Mereka sudah tidak boleh lagi nak melupaka nikmat ‘stim’ rokok. Bak kata rakan hamba selaku perokok tegar, “seminggu tak berjimak dengan isteri boleh tahan tapi 3 jam tak sedut rokok boleh beku otak”.

Selaku orang islam dan melayu, sebaik-baiknya kita menerima fatwa tersebut dan cuba memahami asas kepada fatwa haram dikeluarkan. Isu utama sekali adalah keselamatan individu. Bukan kita tak tahu, sudah berapa nyawa manusia melayang negara-negara lain akibat permainan itu. Adakah kita pun sedang menanti dan menunggu nyawa pertama melayang akibat permainan ini di negara kita pula?

Smartphone satu keperluan

Smartphone satu keperluan

Sebelum Smartphone satu keperluan

Zaman hamba mula-mula belajar kat UiTM dulu lebih  kurang tahun 2000-2003 mula panas dengan telefon bimbit 3210 nokia. Banyak lagi pengeluar-pengeluar brand telefon bimbit masa tu seperti sagem, vodafone,  alcatel, motorola dan beberapa yang lain. Zaman tu iphone tak wujud lagi. Samsung masih belum dikenali sangat. Yang glamer adalah product dari Nokia. 3210, 3310, butterfly memang jadi kegilaan remaja di IPTA masa tu. Kalau ada telefon bimbit rasa bangga sangat dah. Namun pada aku ketika zaman tu telefon bimbit bukanlah satu keperluan melainkan ianya hanya kehendak. Sebab ketika itu terlalu banyak telefon awam di merata tempat. Misalnya kat kolej aku ada sampai 8 buah telefon awam yang berfungsi dengan baik.smartphone satu keperluan

Smartphone untuk keperluan

Tapi zaman sekarang dah berubah. Kalau dulu keperluan hidup kita hanya berurusan dengan mesej dan call. Kalau ada assignment atau persoalan pada lecturer semuanya dilakukan secara manual. Jumpa terus lecturer tanya. Sekarang dah ada banyak perubahan. La ni aku sambung belajar, sebarang persoalan boleh diajukan dalam group telegram atau whassapp. Kengkadang kalau ada rujukan yang perlu dapat pengesahan supervisor boleh tangkap gambar send masuk dalam group whassapp. Tak payah lagi nak menelefon atau mengadap beliau. Semua applikasi ni hanya boleh didapati dalam sebuah smartphone. Dalam telefon bimbit biasa memang taklah.

smartphone satu keperluanSemakin hari semakin banyak data yang kita simpan. Kalau setiap kali nak save ke dalam laptop atau PC memang agak leceh. Jadi smartphone merupakan keperluan kepada kita sebab yang terkini ada smartphone yang menyediakan ruang built-in sehingga 128gb.

Dalam tempoh 8 tahun, harga smartphone semakin murah. Teknologi pulak semakin canggih dan terkini. Smartphone generasi sekarang ni sampai boleh guna untuk tujuan perubatan seperti memeriksa tekanan darah dan denyutan nadi. Lebih hebat boleh digunakan sebagai medium pemasaran dan transaksi jual beli berbeza dengan generasi awal dahulu.

Namun tidak semua orang mempunyai keperluan yang sama. Kalau lah untuk anak-anak, rasanya tidak perlulah disediakan smartphone, mencukupi sekadar telefon bimbit biasa untuk keperluan berhubung dengan ibu bapa jika perlu. Lagipun banyak keburukan dari kebaikan jika anak-anak yang masih bersekolah diberikan smartphone yang canggih. Kalau ingin melayari internet kita boleh sediakan je sebuah PC khas letak kat ruang tamu supaya senang dipantau.

Harga Smartphone

Kalau 6-7 tahun yang lepas harga smartphone adalah sangat mahal. Lagipun ketika itu hanya beberapa syarikat yang menguasai pasaran seperti Apple, Samsung, Blackberry dan motorola. Kemudian sejak 3-4 tahun kebelakangan ini, sudah semakin banyak syarikat-syarikat pengeluar smartphone yang muncul terutama dari China. Teknologi juga tidak begitu berbeza dari syarikat gergasi yang lain. Kebaikan pada kita ialah apabila semakin banyak pengeluar maka harga smartphone juga semakin turun kerana berlakunya persaingan. Lagi pula bila pengeluar-pengeluar produk smartphone menghasilkan smartphone mampu milik yang disasarkan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Walaupun spec yang dihasilkan lebih rendah, tapi ia masih boleh digunakan untuk pelbagai fungsi.smartphone satu keperluan

Smartphone hamba?

Smartphone hamba ni dulu gah tapi sekarang dimakan usia..macam manapun performance masih ok dan boleh berfungsi dengan baik dan bergaya. Tapi disebabkan model lama maka ada beberapa keperluan terkini yang ‘beliau’ kurang mampu untuk lakukan. Atas sebab sebab tertentu terpaksalah hamba mencari sebuah smartphone sebagai penemannya untuk bersama-sama menghambakan diri kepada hamba. Nanti khas untuk ‘beliau’ hamba nak buat satu posting khas untuk mengenangkan ‘jasanya’ hehehe..

 

Umur blog Olaoli semakin meningkat

Umur blog Olaoli semakin meningkat

Umur blog olaoli.com

Dah dekat 2 minggu tanpa sebarang posting. Sedar tak sedar dah 3 bulan dah umur blog hamba ini. Terpaksa meninggalkan kawasan ke kawasan lain atas urusan kerja. Akhirnya barulah hari ni boleh lepak kat rumah dan time ni lah baru dapat memosting kembali blog yang masih mentah dan muda lagi ini. Kali ni lepas lama tanpa sebarang posting maka tiadalah idea di benak otak hamba ini melainkan terpikir untuk menceritakan prestasi yang tak seberapa blog kesayangan hamba ini.

Prestasi blog olaoli

Masa last tengok kat google analytics itu hari sebelum outstation, purata pelawat sehari antara 30-40 sehari. then la niumur blogbarulah hamba ada peluang nak tengok pelawat dalam tempoh 2 minggu ni. Eh sedap pulak guna kata diri hamba. Ya pelawat harian ke blog hamba ni menjunam agak jauh sehingga tinggal lingkungan 15-20 jer sehari. Namun, hamba dapat lihat  hampir 90% pelawatnya adalah dari google yakni seo lah tu..

Terkezut juge..eh ada ke keyword dapat high ranking kat serp. Jadi dengan tidak berskilnya, maka hamba pergilah duk cek satu-satu keyword untuk tengok post mana yang muncul kat ranking atas..eh ye lah memang ada beberapa keyword kat first page seperti post teknik mengumpul emas. Mungkin sebab itulah agak banyak pelawat dari google search. Sebenarnya hamba pun tak berapa pandai benda-benda seo ni. Posting main hentam je. Kebanyakan panjang keyword hamba ni sekurang-kurangnya 3 word. Kalau 2 atau 1 je panjang keyword memang tak mampu lah hamba nak bersaing di medan serp.

Ranking Alexa

Walaupun pelawat jatuh banyak dalam tempoh 2 minggu dan umur blog yang masih muda, tapi alexa ranking nampaknya naik sikit. Sebelum ni untuk global rank adalah 3.34 juta tapi sekarang naik ke 3.164 juta. Kira bagi hamba yang fresh and segar ni kira macam ok lah jugak tu. Tapi sebenarnya masih tak paham kenapa dia masih naik sedangkan semasa aktif memosting sebulan dua yang lepas ranknya turun naik padahal pelawat lebih ramai..ni hamba kena tanya pada yang otai seperti Titan. Legend of seo.umur blog

Kekerapan posting

Posting kat blog hamba ni tidak lah sekerap mana..pada masa rajinnya maksimum pun dalam 2 post je seminggu. Kadang-kadang heran jugak macam manalah banyak blog-blog yang boleh posting setiap hari..banyaknya idea mereka. Ada je idea baru. Itu lah baru dikatakan father blogger. Kalau hamba..gelaran yang sesuai adalah baby blogger..

Kesimpulanya dari olaoli.com

Impian olaoli.com adalah untuk growth ke blog yang remaja. Yelah kan berapa lama nak berada di tahap baby. Hamba pun teringin gak nak rasa pelawat sampai ratus-ratus sehari. Mungkin dengan pelawat yang tinggi dapat jana sedikit sumber kewangan. Manalah tau.

 

 

Teknik Promosi Offline

Teknik Promosi Offline

Teknik Promosi Offline

Jika anda mempunyai satu perniagaan, mungkin anda langsung tidak menggunakan kaedah online untuk mempromosikan bisnes tersebut, namun anda pastikan akan melakukan teknik promosi offline secara anda tidak sedar. Kebanyakan kita lebih mengetahui strategi online marketing berbanding offline. Sebenarnya ada banyak cara promosi offline untuk produk kita.

Buat banner atau bunting

Ini kaedah yang paling biasa kita lihat dalam promosi offline. Selalu kita lihat banner perniagaan di gantung di kaki limateknik promosi offline atau mana-mana tempat di taman perumahan kita sendiri seperti restoren, khidmat wiring, service potong rumput dan lain-lain lagi. Dengan kaedah ini, ramai orang akan dapat melihat iklan tersebut kerana kebiasaanya banner dan bunting di  gantung dikawasan yang sesak dengan orang ramai. Setiap hari mungkin beribu-ribu orang akan melihat banner iklan tersebut dan meningkatkan jumlah prospek. Namun kelemahannya ia lebih tertumpu kepada orang tempatan di situ sahaja kerana untuk diketahui oleh orang lain dari kawasan itu adalah rendah.

Print flyers

Kaedah berikutnya ialah dengan menyediakan flyers perniagaan anda. Flyers ini diedarkan kepada orang ramai dengan cara memasukkan ke dalam surat khabar setiap pagi. Ini agak biasa kita temui bila membeli surat khabar. Kebiasaanya dalam surat khabar itu telah diselit dengan flyers promosi sesuatu produk. Adakalanya kita boeh temui promosi-promosi perniagaan perkhidmatan seperti tuisyen, kelas komputer, tadika dan kolej-kolej swasta. Jika anda menggunakan kaedah ini, mungkin sedikit wang perlu dilaburkan untuk diberi kepada penjual surat khabar. Kelemahanya ialah jumlah adalah terhad, kerana di satu kawasan terdapat banyak penjual surat khabar.

Buat sticker

teknik promosi offlineSticker merupakan satu lagi medium promosi offline yang semakin mendapat sambutan. Untuk menjadikan sticker itu lebih menarik anda perlu menyediakan satu logo perniagaan. Sticker-sticker ini diedarkan kepada rakan-rakan dan keluarga untuk ditampal pada kereta, motorsikal dan juga dinding-dinding cermin premis perniagaan. Anda juga boleh mendapatkan kidmat teksi dengan menampal pada cermin teksi. Teksi ialah tempat yang paling sesuai dan terbaik untuk mempromosi dengan kaedah sticker kerana tempohnya yang lama berada di atas jalan raya akan dapat dilihat ramai orang terutama pelanggan teksi itu sendiri..

Menyewa papan iklan

Jika anda mempunyai peruntukan yang lebih besar, tidak salah untuk anda mendapatkan atau menyewa papan iklan untuk mempromosikan iklan anda. Kebiasaanya menyewa papan iklan memerlukan kos yang besar, namun sangat efektif memandangkan ia bakal dilihat oleh berpuluh ribu orang yang melalui kawasan tersebut. Lebih beruntung jika papan iklan berada di jalan-jalan yang sibuk seperti di persimpangan lampu trafik dan highway. Ia membuat perniagaan anda akan mudah dikenali untuk tujuan penjanamaan.

Pengiklanan di media cetak

teknik promosi offlineKita selalu lihat  di dalam surat khabar terdapat satu ruangan iklan yang menyediakan peluang orang ramai untuk
mengiklankan produk. Begitu juga di majalah-majalah yang menyediakan ruang pengiklanan. Kaedah ini juga merupakan salah satu teknik promosi offline.

 Membuat Souvenir

Anda boleh mengeluarkan sedikit kos untuk promosi dengan kaedah ini. Jika anda seorang pengeluar alat tulis atau perkakasan pejabat, anda boleh membuat satu produk seperti mug atau pencil yang memaparkan nama syarikat anda dan produk anda secara ringkas dan diedarkan secara percuma ke sekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan tempat-tempat yang bersesuaian. Dengan kaedah ini anda telah memperkenalkan diri anda sebagai seorang pembekal barangan tersebut kepada orang ramai.

Kad Bisnes

Ini juga merupakan promosi offline yang biasa dilakukan oleh seseorang usahawan. Kad bisnes akan diedarkan atau diberikan kepada sesiapa yang mereka temui dengan tujuan untuk memberitahu yang anda ada menyediakan sesuatu produk atau servis. Di dalam kad bisnes itu juga dipaparkan cara untuk menghubungi dan mungkin juga diletakkan laman web sesuatu perniagaan.

Kesimpulan Teknik promosi offlineteknik promosi offline

Pada pandangan saya, sebagai seorang blogger teknik promosi offline ini juga boleh digunakan untuk mempromosikan blog kita. Mungkin pada sticker di kereta saya boleh letakkan sticker tertulis OlaOli.com. Atau juga menyediakan souvenir untuk kawan-kawan blogger, mug yang juga tertulis OlaOli.com. Saya terfikir untuk memberi mug pada rakan-rakan blogger saya. Sapa mau sila angkat tangan ye hehehe…


olaoli

​Teknik promosi offline sangat berguna dan tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja. Walaupun medium seperti facebook, instagram, blog menjadi keutamaan, tetapi banyak jenama-jenama besar berkembang melalui promosi offline.


Tips Berjimat Yang Berguna

Tips Berjimat Yang Berguna

Tips Berjimat

Kali ini secara ringkasnya saya nak berkongsi beberapa kaedah atau tips berjimat. Mungkin ianya dapat membantu anda bagaimana untuk mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan simpanan atau tabungan. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, mahu atau tidak kita mesti menguruskan perbelanjaan keluarga dengan bijak.. Lagipun Islam menggalakkan umatnya agar berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran.

Menyenaraikan semua jenis perbelanjaan

2-3 hari sebelum dapat gaji, anda sepatutnya sudah menyenaraikan semua jenis perbelanjaan untuk sebulan. Kesemua tips berjimataktiviti yang perlu mengeluarkan kos perlu disenaraikan pada satu lembaran kertas dan masukkan ke dalam fail. Anda perlu menyediakan 1 fail untuk menyimpan semua transaksi dan bil untuk memudahkan anda melihat kembali untuk bulan yang akan datang.

Pastikan juga kesemua perbelanjaan yang berlaku di luar senarai awal perbelanjaan anda juga dicatatkan. Rasionalnya adalah untuk memastikan setiap sen yang keluar kita ketahui apa tujuannya. Walaupun ianya sangat remeh, namun apabila  sudah biasa anda pasti dapat menyediakan laporan perbelanjaan setiap hujung bulan dengan baik.

Mendahulukan perbelanjaan yang penting

Ketika menyenaraikan perbelanjaan, anda perlu menyenaraikan perbelanjaan yang penting dan wajib dahulu misalnya makanan, sewa rumah, ansuran kereta dan lain-lain lagi. Peruntukan untuk perkara wajib mestilah sentiasa mencukupi namun jangan terlalu besar dan mewah. Sebagai contoh kos untuk ansuran kereta, gunalah kereta yang sesuai dengan pendapatan sekeluarga  jangan beli kereta yang terlalu mahal untuk anda. Kerana pembelian kereta yang lebih mahal memerlukan anda menyediakan peruntukan tambahan seperti penyenggaraan dan insuran yang tinggi.  Sebaik-baiknya peruntukanpurata  ansuran, penyenggaraan dan insuran kereta terbaik adalah maksimum 10% dari pendapatan sekeluarga anda sebulan.

Elakkan melanggan perkara yang tidak begitu penting seperti gadjet, pakaian, hobi

tips berjimatIni adalah tips yang penting perlu diambil perhatian untuk berjimat. Hindarkan dari membeli barangan atau perkara yang tidak penting dan bukan keperluan. Anda perlu tahu mebezakan apa itu kehendak dengan keperluan. Keperluan adalah perkara asas untuk manusia meneruskan hidup seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian. Manakala kehendak adalah perkara yang melengkapkan keperluan manusia seperti rumah yang cantik, pakaian yang cantik dan mahal. Kehendak juga dipengaruhi oleh kemodenan teknologi terkini, peningkatan pendapatan dan citarasa.

Namun penggunaan handphone yang 20 tahun dulu adalah kehendak kini telah berubah menjadi satu keperluan memandangkan ianya sangat penting untuk memudahkan urusan manusia. Bagaimanapun kita pelu elakkan dari membeli atau menggunakan smartphone yang terlalu mahal. Sesetengah pembaziran berlaku apabila terpengaruh dengan teknologi terkini sehingga sanggup berhabis untuk membeli brand smartphone yang mahal.

Begitu juga dengan pakaian, elakkan membeli pakaian yang berjenama mahal, beli je pakaian yang murah atau sederhana harga. Jangan terlalu taksub dengan sesuatu jenama sampai sanggup berhabis.

Mengecilkan perbelanjaan seminima yang boleh – astro. guna sahaja njoi

Seterusnya adalah anda perlu bertindak untuk mengecilkan perbelanjaan bulanan anda seminima yang boleh.  Antaranya ialah astro, streamyx, bil elektrik dan bil telefon. Untuk astro anda boleh saja keluarkan sekali kos menggunakan astro njoi tanpa perlu apa-apa komitment bulanan. Begitu juga dengan bil streamyx, hanya perlu subscribe package yang murah jika anda memang hanya menggunakan untuk kegunaan biasa. Namun jika anda seorang usahawan internet mungkin anda perlu internet berkelajuan tinggi yang memerlukan anda subscribe pada package yang lebih baik.

Kesimpulan tips berjimat

Tujuannya berjimat adalah untuk mengurangkan perbelanjaan anda dan dalam masa yang sama meningkatkan simpanan. Berjimat juga adalah penting untuk mengelakkan dari berbelanja kepada perkara yang membazir dan tidak perlu. Setiap ringgit yang kita terima dari gaji mestilah dibelanjakan dengan sebaik-baiknya.

 

 

>