Images

Jenis-jenis lens dslr yang ada dipasaran

Jenis-jenis lens dslr yang ada dipasaran

Jenis-jenis lens dslr

Saya salah seorang pencinta dslr walaupun skil tak sehebat manapun. Sejak zaman belajar di UiTM lagi dah berminat sangat dengan dslr. Zaman tu tak ramai orang yang mampu beli dslr, malah nak beli kamera biasa pun sudah dianggap hebat. Tapi saya agak beruntung sebab secara kebetulan pernah serumah dengan rakan dari course fotografi dan pengimejan. Jadi selalulah pegang dan belek-belek berpeluang sesekali snap gambar. Pernah juga ikut dia pergi studio UiTM untuk sesi fotografi dengan model. Semua tu dikira macam assignment yang perlu student siapkan. Bertambahlah minat bercita-cita untuk memiliki dslr sendiri seperti yang pernah saya cerita dalam post terdahulu.

Tapi kali ni apa yang nak saya ceritakan adalah jenis-jenis lens dslr yang ada di pasaran dan biasa digunakan oleh orang ramai. Saya hanya memiliki sebahagian sahaja dan itupun kebanyakannya adalah dari third party seperti tamron dan tokina.

Kit Lens

Kit lens ni adalah lens basic atau asas yang biasanya didapati dalam satu harga ketika membeli dslr. Kalau nikon, kit lens nya adalah 18-55mm dan 18-105mm. Kebiasanya bagi beginner yang baru first time guna dslr, kit lens pun dah cukup dan memadai. Cuba pakai dan belajar dulu dengan kit lens sampai khatam sebelum cari dan beli lens yang lain. Namun bila anda sudah merasakan kekurangan kit lens berdasarkan keperluan anda, ketika tu memang perlu cari lens yang sesuai. Andai saya seorang yang berminat dengan sport dan burung, memang kit lens tak membantu untuk saya dapatkan gambar yang menarik.

Jenis-jenis lens dslr
nikor 18-55mm

Prime lens

Prime lens atau fixed lens ni adalah lens yang hanya mempunyai satu focal length sahaja. Kita tak boleh nak zoom dengan lens ni. Namun kebiasaanya lens ini memiliki aperture yang besar sehingga F1.4 dan 1.8. Dengan saiz aperture yang besar ni kita boleh tangkap gambar dalam keadaan gelap. Pilihan yang ada adalah 35mm, 50mm, 85mm dan beberapa focal length yang lain. Kelebihan lens ini adalah untuk mendapatkan gambar yang tajam/sharp dan menghasilkan bokeh yang lebih cantik dan menarik. Prime lens kebanyakan digunakan untuk tujuan potrait. Saya sendiri menggunakan nikor 35mm 1.8g dan 50mm.

Jenis-jenis lens dslr
50mm

Wide angle lens

Lens yang ketiga ini adalah lens yang boleh mendapatkan sudut lebih luas. Selain untuk landskap lens ini kerap juga digunakan oleh forografer perkahwinan apabila ingin mendapatkan gambar subjek dan background kat kawasan yang sempit seperti dalam rumah atau dalam bilik. Hasilnya subjek kelihatan kecil dan bilik seolah-olah sangat luas dan kita boleh shot gambar pada jarak yang dekat. Pilihan yang ada seperti Tamron 10-24mm, sigma 10-20mm dan saya sendiri menggunakan Tokina 11-16mm.

Jenis-jenis lens dslr
Tokina 14-20mm
Macro lens

Lens ni dicipta untuk shot gambar closeup untuk subjek yang sangat kecil seperti lalat, nyamuk dan serangga. Hasil dengan lens ini sehingga kita akan dapat gambar jelas mata seekor nyamuk. Kelebihannya adalah minimum length yang sangat pendek. Jika lens lain-lain kita tidak boleh terlalu hampir dengan subjek. Kalau terlalu hampir lens tak boleh nak fokus dan kita perlu berganjak kebelakang. Saya tidak memiliki lens ini dan antara yang terkenal adalah tamron 90mm  F 2.8 dan sigma 90mm F2.8.

Jenis-jenis lens dslr
Sigma 105mm
Fisheye lens

Ini merupakan lens yang sesuai untuk seseorang yang kreatif dan mahukan kelainan. Sebab itu tidak ramai orang yang memiliki lens fisheye. Hasil shot dari lens ini akan kelihatan berbentuk melengkung dan sedikit bulat sesuai dengan namanya ‘mata ikan’. Pengeluar terkenal untuk kategori lens ini adalah Samyang.

Jenis-jenis lens dslr

Telephoto/zoom lens

Lens ini adalah lens yang membolehkan kita shot pada jarak yang jauh tanpa disedari oleh subjek. Biasanya digunakan oleh fotografer untuk shot sport seperti bola sepak, hoki, olahraga dan lain-lain sukan lagi. Lens ni juga adalah pilihan untuk shot gambar haiwan seperti burung dan haiwan liar. Takkan kita nak guna prime atau macro lens kot nak tangkap gambar muka singa. Dengan lens sekali kena kunyah dengan singa. Length tele lens ni ada yang sampai 1000mm. Boleh digunakan untuk shot gambar bulan.

Jenis-jenis lens dslr

Jenis-jenis lens dslr ni sahajalah yang saya tahu dan setengahnya ada dalam dry kabinet tersimpan dengan baik. Sebab kalau kita guna dslr sebagai hobi maka ianya pasti jarang digunakan. Mungkin sebulan 2-3 kali je beraksi. Atas sebab itu kita perlukan satu tempat yang kering dan jauh dari kelembapan bagi mengelakkan lens dari terkena kulat yang bukan sikit kos untuk membaiki semula.

Kesimpulan

Harga lens tidak terlalu murah dan paling murah pun tetap beratus harganya. Elakkan jadi sesetangah orang yang memasang cita-cita untuk memiliki semua jenis lens. Padahal kit lens pun tak habis explore lagi. Nasihat saya bila dah dapat sesuatu jenis lens tu pastikan anda gunakan sehabis-habisnya untuk mengenalpasti kelemahan yang menjadi sebab anda perlu lens yang lain. Elakkan pembaziran tatkalan negara yang tengah mengalami kemuraman ekonomi ni…eh kenapa pulak aku cerita pasal ekonomi ni..


[wdps id=”1″]

Blog bertukar wajah dengan theme baru

Blog bertukar wajah dengan theme baru

Olaoli dengan theme baru

Selepas 3-4 jam godek-godek akhirnya selesai jugak tukar theme lama kepada yang baru. Theme lama olaoli dibeli dari themejunky lebih kurang setahun yang lepas. Sebenarnya theme tu adalah theme yang sesuai untuk news blogger. Maklumlah bila first time taktau nak pilih yang mana, so pilih yang banyak menyediakan ruang pengiklanan. Namu bila dah setahun berblogging, rasa macam tiada berbakat nak bermarket dan beriklan. Ada juga try letak iklan dari nuffnang dan banner affiliate.

Bila dah setahun ni sebenarnya olaoli.com ni tiada niche yang boleh dikomersialkan hehe..apply adsense pun tak dapat. TQ pada rakan-rakan blogger BBN yang membantu memberi pendapat seperti Nik Khazami ,Syed Shaffizan, Hasrul Hassan dan beberapa orang blogger lain yang sudi buat sedikit analysis untuk melihat punca kegagalan permohonan adsense. Jadi bila difikirkan balik nawaitu blog olaoli.com ni adalah menulis apa yang difikirkan kat hati je, so buat ape buat sesuatu yang diluar kemampuan(buat masa ini). Fokus sekarang hanya kepada skill membina content/artikel. Insyaallah semakin lama mungkin skill menulis semakin baik. Jadi itu adalah antara sebab blog kesayangan ni bertukar theme. Untuk itu aku telah memilih theme yang boleh dikatakan cukup simple?

Minima Design

Design theme ni cukup minima dan nampak simple. Theme Writing aku subscribe di Theme Forest dengan harga sedikit lebih mahal dari theme yang sebelum ini. Namun yang penting ia lebih mudah diuruskan dan nampak tidak berserabut.  Sebab itu theme ni tidak menyediakan ruang atau blok khas untuk pengiklanan. Kalau nak buat jugak mungkin boleh dibahagian sidebar menggunakan text widget.

theme blog baru

Theme ini memberi keutamaan untuk menulis dan pelawat membaca. Boleh dilihat pada ruangan post yang lebar dengan background putih memudahkan pelawat membaca. Harap-harap lepas ni dapat fokus pada content yang lebih menarik dan belajar lagi tentang keyword research.

Blog Styles Layout

Theme ini juga menyediakan 3 jenis styles untuk kita memaparkan content atau post blog. Buat masa ni aku menggunakan default. Pilihan lain yang disediakan adalah Classic, List dan Masonry. Dengan adanya kemudahan ni bila-bila masa kita boleh mengubah layout mengikut pilihan yang disediakan. Taktaulah orang lain, tapi bagi aku sendiri kadang-kadang rasa jemu kalau 3-4 bulan melihat layout yang sama je. Mungkin blogger otai tidak berasa begitu.

layout theme blog

Theme yang Responsive

Kriteria ni antara aspek penting bila seseorang blogger nak memilih theme. Sebab dengan perkembangan teknologi gadget yang pesat, agak jarang orang ‘mengoogle’ pakai laptop atau pc. Kebanyakannya menggunakan smartphone atau tablet. Sekarang ni pun kalau check kat google analytic, 70-80% pelawat olaoli.com menggunakan smartphone dan tablet. Device yang paling banyak membawa pelawat ke olaoli.com adalah dari brand samsung.

theme blog baru

Faktor itu adalah kriteria yang pertama aku pastikan sebelum melihat kriteria yang lain. Apapun, semua seller theme akan cakap theme yang mereka bina adalah responsive. So apa yang perlu kita lakukan adalah melihat komen positif dari pembeli yang lain.

screen-shot-2016-12-22-at-1-01-56-am

Mudah untuk setup

Ya ini juga penting bagi newbie macam aku yang naif pasal coding-coding ni. Lagi pula dah memang plan fokus untuk menulis aje, buat ape guna theme yang nampak susah nak di setup. Bukan tak teringin guna theme-theme menarik yang lain, tapi bila difikirkan kembali, sat lagi kalau dah beli tak tahu nak setting, tak pasal-pasal kena keluar lagi kos upah orang buat.

Kesimpulan

Selain memang dah hanya mau fokus untuk menulis content, ianya juga adalah disebabkan azam baru sempena menjelang 2017 untuk lebih serius dan aktif menulis dan cuba menghasilkan artikel-artikel yang menarik dengan maklumat berguna. Mungkin juga dapat membantu pembaca menyelesaikan masalah. Ada beberapa tambahan kali ini dengan penambahan ruangan instagram, twitter dan facebook page. Instagram dan twitter dah lama wujud cuma tidak aktif. Manakala facebook page pula baru je di bina dan setakat ni hanya sorang je follower hehe..

[wdps id=”1″]

Cara menurunkan kolestrol disebabkan pemakanan tidak sihat

Cara menurunkan kolestrol disebabkan pemakanan tidak sihat

Cara menurunkan kolestrol

Sebelum ni olaoli.com berkongsi pengalaman berkaitan dengan cara mengurang atau mengubati gastrik, kali ni nak dikongsikan pula tentang bagaimana pengalaman sendiri cara menurunkan kolestrol yang tinggi dalam darah. Tahun 2012 adalah first time dalam hidup check kolestrol kat klinik. Ketika itu berat aku mencapai 95kg. Kebetulan bawa isteri mengandung untuk scan. Bacaan yang keluar adalah 9.2! Doktor menerangkan bacaan begitu adalah sangat berbahaya kerana maximum bacaan yang selamat adalah 5.2mg/dl. Kaget sekejap dengar, tapi dengan tersengihnye aku cakap “saya rasa sihat je”. Dengan tersengih juga tapi pedas “sebab awak masih muda, tapi dalam tempoh 5 tahun kalau berterusan kemungkinan besar kena darah tinggi”..Terlopong… masa tu terus teringat ibu bapa aku pengidap darah tinggi. Arwah bapa aku meninggal selepas kene major strok kali ke dua. Kali pertama lumpuh sebelah badan.

Menurunkan kolestrol

cara menurunkan kolestrolSelepas tu memang hati dah rasa tak best. Selama ni duk makan sesuka hati je. Padahal masa tu memang teruk sakit gastrik. Mula dari hari tu selalu je bila keluar ngan kawan-kawan aku akan bawak topik pasal kolestrol. Kena pulak berkawan dengan orang yang lebih berusia, so memang mereka ni agak berpengetahuan jugak berkaitan dengan kesihatan. Banyaklah pendapat dan nasihat yang mereka beri untuk aku amalkan. Dari aspek pemakanan memang agak sukar untuk diterima oleh seorang pelahap seperti aku. Namun ada beberapa tips yang ‘mampu’ aku ikut dan alhamdulillah sangat berkesan dalam mencari cara menurunkan kolestrol dan dalam masa yang sama mengubati gastrik. Tips yang diberi ni dari pengalaman sendiri sahaja sebab punca kolestrol aku tinggi hanya faktor pemakanan sebab aku bukan perokok, pengambilan alkohol atau masalah hati.

Tips pertama cara menurunkan kolestrol

cara menurunka kolestrol
Gambar hiasan

Pokok pangkalnya adalah pemakanan. Namun cara menurunkan kolestrol dalam jangka yang lebih cepat yang sedia tinggi memerlukan kaedah yang tepat. Pertama seperti yang korang tau dalam merawat gastrik, aku mengambil herbalife. Dengan pengambilan herbalife bermakna dia membantu ‘mengurangkan’ masuk nya LDL dalam badan. Biasanya sehari 2 kali pengambilan herbalife. Sarapan pagi dan makan malam. Tengahari ambil nasi dengan jumlah yang sederhana. Lauk pun yang rebus-rebus je dan disediakan oleh isteri. Kadang-kadang malam aku makan nasi juga tapi seleweat-lewatnya pukul 6 petang. Boleh dikatakan dalam tempoh rawatan gastrik dan menurunkan kolestrol ratio makan di rumah dengan makan di kedai adalah 1:20. Makanan berminyak, pedas, kari dan yang berlemak dihindarkan. Ayam mungkin 3-4 hari sekali je makan. Yang lainya adalah ikan.

food reduce kolestrol

Tips kedua cara menurunkan kolestrol

Bersukan. Bersukan yang dimaksudkan bukan jadi pemain bola sepak negeri ke ape ke, just buat aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti jogging ke, main kejar-kejar dengan anak bini ke, atau pun bertukang buat kerusi. Yang penting aktiviti tu dibuat berterusan sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Ia boleh membantu kita membakar lemak-lemak kat badan. Dan yang bestnya dengan pengambilan herbalife, disamping aktiviti fizikal dia membantu juga menurunkan berat badan. Dalam masa lebih kurang sebulan sahaja aku dapat menurunkan 14 kg berat badan.

Tips ketiga cara menurunkan kolestrol

cara menurunkan kolestrolDan yang terakhir adalah minyak ikan. Ya minyak ikan umpama supplement wajib sehingga kini. Setiap hari aku akan telan sebijik. Biasanya 2 jam selepas makan tengahari. Minyak ikan ini sangat berguna untuk menurunkan trigliserida dan kolesterol. korang tau tak apa itu trigliserida? Ia adalah salah satu jenis lemak yang berada dalam badan manusia seperti kolestrol. Cuma kolestrol dia terletak kat dalam pembuluh darah tapi trigliserida ni dia akan berada di bawah kulit manusia. Kedua-duanya berbahaya kepada kesihatan manusia. Jadi minyak ikan yang membekalkan omega 3 ni pada aku adalah sangat berkesan. malah ketika ini walaupun dah stop[ pengambilan herbalife, namun kolestrol aku terkawal dan berada di tahap yang selamat.

Kesimpulan

Lebih kurang 6 bulan dari mula berdiet disebabkan gastrik, ingin menurunkan berat badan dan menurunkan kolestrol, bila pegi check kat klinik yang sama, bacaan nya adalah 2.57mg/dl. Penurunan yang agak jauh. Doktor pun terkejut masa tu bila tengok aku yang ‘mengecil’. Sehingga kini kolestrol aku pun hanya sekitar 3.00-4.00mg/dl. Di harapkan pengalaman ni dapat membantu anda yang mengalami kolestrol yang tinggi dalam darah. Namun ingin diingatkan tips yang aku beri ni adalah kerana aku tidak merokok dan tidak mengambil alkohol serta tidak ada masalah hati. Jika anda jika mengalami kolestrol tinggi di sebabkan aktiviti yang aku tak lakukan, mungkin tips ini tidak berkesan.

[wdps id=”1″]

 

Makan Harta Anak Yatim

Makan Harta Anak Yatim

Makan Harta Anak Yatim

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita tuduhan terhadap adik kepada mangsa ‘Lebuhraya Duke’ yang menggunakan duit sumbangan orang ramai kepada anak-anak arwah untuk keperluan diri sendiri. Dikatakan kesemua sumbangan dari public berjumlah lingkungan RM300k tetapi hanya RM12k sahaja diserahkan kepada kedua-dua adik beradik tu. Mak oi..Bukan la nak tunjuk diri ni pandai, tapi semua kita jelas tentang kesalahan dan hukum menggunakan atau memakai harta anak yatim ni.

harta anak yatim

Seingat aku dulu, masa arwah ayah meninggal, dua orang adik aku yang kecil masih lagi yatim. Sorang darjah 6 dan seorang lagi darjah 5. Banyak la jugak sumbangan saudara mara, orang kampung dan sekolah kepada 2 adik-adik aku tu terutama kutipan dari pihak sekolah. Kami memang dari keluarga yang daif dan miskin. Tak dapat dielakkan mak aku terpaksa guna semua duit untuk kitaorang teruskan hidup. Tapi awal-awal lagi depan-depan aku dan semua adik beradik, mak mintak kebenaran kat 2 orang adik-adik aku tu. Katanya kalau dia tak mampu nak ganti di mintak anak-anak dia 2 orang tu halalkan. Jadi budak 2 orang tu izin barulah mak aku gunakan duit-duit tu. Jadi punyalah aku hairan, macam mana seorang ibu pun berat hati nak guna duit anaknya yang yatim padahal nilai taklah sebesar mana dan untuk kegunaan anak-anaknya juga. Sedangkan seorang bapa saudara membelasah harta anak-anak saudaranya yang yatim untuk kemewahan dan kesenangan hidup sendiri. Hadiah-hadiah istimewa dan mahal untuk isteri dan anak. Makan bermewah-mewah. Berlagak dengan menggunakan duit anak yatim…kalau lah dakwaan ini terbukti benar, rasanya 100% teringin nak bagi penyepak atau sebijik dua penendang.

Perbezaan Harta Faraid dan Harta sumbangan

Dalam fikiran aku atau mungkin bapa saudara ini terlalu cetek ilmu agamanya(aku tak kata aku pandai sangat) sampai tak tau nak beza yang mana satu harta anak yatim yang tak boleh disentuh dengan harta abangnya yang diwariskan kepadanya. Kalaulah harta awah abangnya yang diberikan kepada beliau melalui pembahagian faraid, maka itu memang la hak kau. Tapi sumbangan orang ramai ke akaunnya seperti yang dipaparkan oleh TV3 bertujuan untuk membantu kedua-dua beradik yatim tu, maka itu bukan hak kau. 1 sen pun kau tak boleh ambik..sakitnya hati aku. Bukan apa, aku pun ada jugak sedekah kat anak yatim melalui akaun bapa saudaranya tu. Lepas ni kalau ada lagi kes-kes meminta bantuan public, rasa dah was-was pulak nak bagi. Ntah sampai ntah tidak sedekah tu.

harta anak yatim

Tindakan pihak berkuasa

Cuma sekarang ni tengah tertunggu-tunggu, akan adakah tindakan diambil oleh mana-mana pihak berkuasa terhadap bapa saudara yang khianat tu. Apapun perlukan dibuktikan terlebih dahulu kesahihan dakwaan tu. Andai betul, sepatutnya tindakan diambil. Misalnya sita hartanya yang senilai dengan sumbangan yang diberi oleh orang ramai. RM300k, aku rasa boleh cover budak-budak tu sampai habis belajar peringkat universiti.

 

Cakap Tak Serupa Bikin

Cakap Tak Serupa Bikin

Cakap tak serupa bikin

Kali ni hamba nak kongsikan satu cerita yang boleh bikin panas. Melibatkan diri sendiri dan berkaitan pulak dengan Internet Marketer yang menjualkan produk di luar sana. Sebenarnya hamba ni taklah beza dengan orang lain iaitu membeli sesuatu produk mengikut keperluan semasa. Hamba ni agak lama lah juga aktif dengan dropship dan menjual product melalui web dan facebook. So setakat ni hasil jualan tidak lah sehebat mana namun kira boleh cover semua kos marketing dan sewa sistem berkenaan.

Jadi hamba ni nak mengupgradekanlah lagi supaya dapat tingkatkan lagi sell. BIla duk belek-belek internet terjumpalah satu panduan yang memang sangat tepat dan berkaitan dengan sistem yang hamba gunakan. Bila melihat dan membaca salesletternya…huish hati hamba ni berdentum-dentum rasa excited maklumlah boleh buat berpuluh ribu dollar sebulan. Sedangkan hamba berhabis-habisan setakat 200-300 dollar sebulan je mampu capai.

Harga yang terlalu mahal

Sekali lagi terkejut bila melihatkan harga yang terlalu mahal. Buat pertama kalinya di Malaysia yang hamba pernah terlalu hypejumpa mengeluarkan satu panduan dengan kos mencecah ribu ringgit. Tapi hamba tak kisah sebab walaupun mahal, tapi berdasarkan salesletter yang menarik, masih dalam kemampuan kewangan hamba. So hamba beli..

Jadi hebatkah??

Tak hebat mana pun..semuanya telah lama hamba tahu. Kajian-kajian yang mereka tunjuk ajar dalam panduan tu kebanyakannya telah diketahui ramai orang. Yang tersedih, ada antara dropshipper yang didedahkan mempunyai risiko tinggi untuk berurusan. Pasal FB marketing pulak ianya tidak seteliti mana. Sebab hamba pernah mengikuti seminar FBads yang pernah dilancarkan oleh seorang iaitu sifufbads. Dengan teknik dialah hamba boleh dapat sell berbanding sebelum ni sebab hanya fokus pada google adwords sahaja. Berbalik pada panduan tadi, memang kecewa dan apa yang hamba dapat simpulkan, salesletternya terlalu hype. Janganlah begitu ye wahai-wahai pembina dan pencipta panduan.

Ada juga hamba terpikir, betul ke mereka-mereka ini memang berjaya dalam perniagaan mereka? Ataupun mungkin ada jurus-jurus penting yang disorok dan tidak didedahkan dalam panduan yang mereka jual? Sebab itu bila di beli dan diteliti, ianya tidaklah sehebat mana.

Minta refund

Hamba telah minta refund dan alhamdulillah telah masuk ke akaun. Terima Kasih. Cumanya ada rasa sakit hati sikit. Eh tak sikit, tapi banyak. Bila minta refund, dia minta bukti yang panduan mereka telah diikuti dan tak berjaya. Hamba tak dapat buktikan tapi hamba katakan yang panduan mereka itu adalah basic bagi hamba dan dengan jujurnya hamba bagi link hamba sendiri. Mereka bersetuju. Then lepas dapat refund boleh pulak dia cakap – manusia sekarang ni suka ambil kesempatan. Ramai yang cuba nak dapatkan produk percuma dengan claim seolah-olah panduan yang dibeli tidak berkualiti. Punyalah sakit hati hamba, teringin pulak dihati nak viralkan. Tapi sabarlah wahai hati. Yang penting duit tu dah dapat balik. terlalu hype

Hamba ambil keputusan mendelete semua fail yang hamba download. Kalau hamba nak menipu pun buat apa, sebab panduan tu tak memberi apa impak pun. Lagi pulak hati dah sakit. So nyah kau dari laptop ku..hehehe

Maaf atas luahan hati ni harap yang terlibat jangan terasa. Lagipun hamba tak mention pun sesapa. Bagi yang nak keluarkan sesuatu product pastikan salesletter anda semua janganlah terlampau menghype sesangat. kemudian bila dah mention yang refund akan diberi, so jangan la pulak korang tak puas hati bila ada orang minta refund. Kalau tak tahan nak menerima keadaan-keadaan macam tu, jangan lah nak berbisnes. Duk je rumah atau pergi kerja kilang ke ape ke.

 

 

>