Images

15 Idea Perniagaan Internet

15 Idea Perniagaan Internet

Idea Perniagaan Internet

Kali ini saya nak berkongsi 15 idea perniagaan internet yang boleh diceburi untuk menambah income anda. Sebahagianya saya sendiri ‘mengaktifkan’ diri dan sebahgiannya hasil dari kajian dan pemerhatian terhadap perkembangan dunia internet marketer. Pernigaan internet juga membuka peluang kepada golongan suri rumah untuk menceburi bidang perniagaan membantu suami menambah pendapatan.idea perniagaan internet

IDEA 1#

Sebagai penasihat SEO. Ramai blogger di internet yang masih lemah dalam teknik seo. Kebanyakan perniagaan yang mereka lakukan tidak begitu menjadi akibat lemahnya dalam menguasai ilmu SEO. Kandungan blog atau website tidak mendapat tempat yang baik di engine pencari . Anda boleh membantu dengan cara menyediakan perkhidmatan memberi nasihat atau mengambil upah seo untuk meningkatkan kedudukan website. Idea ini memerlukan anda memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam Search Engine Optimization.

IDEA 2#

Web designer/Graphic Designer. Jika anda seorang yang kreatif dan pakar dalam rekabentuk grafik atau web, ini adalah peluang yang sangat baik. Semakin hari semakin banyak perniagaan yang muncul dan dipasarkan melalui internet. Permintaan untuk mendapat designer web, banner, logo dan ecover semakin meningkat. Untuk pasaran Malaysia, persaingan designer website masih rendah.

IDEA3#

Penulis. Permintaan untuk mendapatkan artikel yang baru dan terkini sentiasa ada. Banyak website, blogger dan internet marketer memerlukan content yang fresh dan sesuai dengan tema mereka. Kebanyakan company lebih suka outsources kerja-kerja penyediaan artikel dari menggaji pekerja tetap. Tidak hairan ramai freelancer yanidea perniagaan internetg bertindak sebagai penulis dengan mengambil job dari syarikat- syarikat ini.

IDEA 4#

Translator/penterjemah. Job ini semakin mendapat permintaan dikalangan penulis ebook. Sebagai contoh jika seorang penulis ebook dari England, ingin mengeluarkan ebooknya di dalam bahasa melayu khas untuk pasaran Malaysia dan Indonesia, beliau akan mencari seorang penterjemah untuk menterjemah ebooknya ke dalam versi bahasa melayu.

IDEA 5#

Perniagaan Domain. Perniagaan ini perlukan kos dan skill untuk membeli domain. Domain ini boleh diistilahkan sebagai real estate versi online. Domain umpama sebidang tanah yang perlu dibeli dan kemudian domain yang sama tidak boleh digunakan oleh orang lain. Domain.com pada mulanya beharga kurang dari USD50. Tetapi 5 tahun kemudiannya domain.com telah dijual pada harga berpuluh ribu dollar.

IDEA 6#

Affilate marketing merupakan kaedah pemasaran yang digunakan oleh pengeluar product untuk memasarkan product mereka. Internet marketer akan bertindak mempromosikan sesuatu produk dengan lebih luas. Setiap jualan yang terhasil mereka akan menerima komisyen yang ditetapkan oleh pengeluar produk. Sebagai contoh, sebuah panduan perniagaan internet telah dikeluarkan dengan harga RM 100. Setiap affiliate marketer akan diberi 5o% komisyen dari harga jualan setiap product yang terjual.

IDEA 7#

Servis membina video. Kaedah marketing melaui video menjadi pilihan utama untuk internet marketer. Video yang idea perniagaan internetdihasilkan akan di publish ke youtube untuk meningkatkan lagi hasil jualan. Tidak semua internet marketer mempunyai skill untuk membina video. Masa juga diperlukan untuk membiina video. Kebiasaanya mereka akan outsources job ini kepada orang lain untuk memudahkan kerja mereka.

IDEA 8#

Jika anda mempunyai idea dan pengetahuan tentang sesuatu perkara, anda boleh menghasilkan sebuah ebook panduan. Misalanya anda pakar dalam penanaman hidroponik, terjemahkan idea itu ke dalam sebuah ebook panduan yang boleh membantu orang ramai untuk menanam tanaman sayuran hidroponik. Telah ramai usahawan ebook yang berjaya hasil dari jualan idea mereka.

IDEA 9#

Servis membuat resume, proposal dan thesis. Jika anda seorang student IPT atau seorang yang terlibat dalam bidang pendidikan, anda boleh memasarkan perkhidmatan untuk menyediakan resume untuk pencari kerja, proposal dan thesis bagi tujuan akademik. Pasarkan servis anda dimana-mana site yang sesuai.

IDEA 10#

Membina applikasi. Terdapat beribu-ribu applikasi di store IOS dan Andoid. Applikasi bertujuan untuk memudahkan orang ramai di dalam kehidupan moden ini. Siapa sangka applikasi mencari parking kereta boleh menghasilkan subscriber berjumlah beribu-ribu pengguna. Jika anda mempunyai skill coding, anda boleh menyediakan applikasi yang berguna kepada orang ramai. Selain itu jika anda tidak mampu membina sendiri anda boleh dapatkan bantuan freelancer yang pakar dalam penyediaan applikasi.

IDEA 11#

Blogging. Kalau anda seorang yang mempunyai skill penulisan yang baik, anda perlu memiliki sebuah blog dan bergelar blogger. Jika anda telah mempunyai blog dan memiliki jumlah pelawat yang ramai, blog anda berpotensi untuk menyediakan servis pengiklanan seperti banner atau membuat review product. Syarikat-syarikat pengeluar produk di internet akan mencari anda dalam membantu mereka mempromosi produk dan tujuan branding.

idea perniagaan internet

IDEA12#

Trader Forex. Jika anda seorang yang pakar dalam bidang forex, anda boleh menyediakan perkhidmatan berbayar seperti penghantaran signal entry dan penyediaan indicator. Trader Forex sentiasa mencari indicator-indicator terbaru dan signal entry yang terbaik.

IDEA 13#

Sangat sesuai untuk individu yang bergelar guru dengan menyediakan kemudahan kelas tambahan atau tuisyen didalam talian. Ramai ibu bapa kini sanggup mengeluarkan kos untuk anak mereka belajar melalui talian seperti skype. Kelebihannya adalah seorang guru boleh focus mengajar seorang student sahaja.

IDEA 14#

Jualan barangan fizikal. Anda boleh menghasilkan satu laman web kedai online untuk menyenaraikan barangan atau produk untuk dijual. Dalam laman web kedai online biasanya lengkap dengan maklumat produk dan juga kaedah pembayaran yang sangat memudahkan pembeli membuat transaksi. Banyak produk fizikal di pasaran seperti produk kesihatan, tudung, pakaian, barangan terpakai dan lain-lain lagi. Anda juga boleh memasarkan produk anda di media social seperti facebook.

IDEA 15#

Dropsipper. Dropshipper juga boleh dikatakan sebagai affiliate marketer cuma ia melibatkan barangan fizikal. Dropshipper tidak menyimpan stok sebaliknya mereka bertindak menjadi orang tengah dan mengambil keuntungan dari perbezaan harga jualan dan kos dari pengeluar produk. Dropshipper hanya mencari pelanggan dan segala urusan penghantaran akan diuruskan oleh pihak drophsip.

Terdapat beberapa kaedah pengiklanan untuk 15 idea perniagaan internet di atas.

1# Menggunakan facebook. Anda boleh mempromosikan produk di facebook untuk mendapatkan jualan. Kaedahnya dengan mewujudkan sebuah fan page atau jika mempunyai sedikit modal, anda boleh menggunakan facebook ads.

2# Ebay dan Amzon adalah portal jualan di peringkat international yang menyediakan prospek pembeli yang sangat tinggi. Beribu-ribu orang prospek dari seluruh dunia akan melihat produk anda.

3# Mudah dan lelong pula merupakan portal jualan di dalam negara yang mendapat sambutan tinggi.

4# Duriana pula merupakan portal jualan barangan terpakai yang semakin meningkat naik dan banyak menyenaraikan barangan-barangan gajet dan elektronik.

5# Freelancer.com menyediakan peluang kerja yang banyak kepada anda. Jika anda mempunyai kemahiran seperti menulis, designer, coding, translator dan seo maka freelancer tempat yang sesuai untuk mendapatkan job contract.

6# Selain freelancer.com, anda juga boleh pergi fiverr.com kerana disitu anda boleh menyenaraikan apa- apa skill dan kebolehan anda dengan bayaran setiap gig atau job serendah USD5.

7# Jika anda seorang yang mahir dalam membina website dan blog, anda boleh membina blog atau website dan senaraikanya di laman web Flippa.com. Flippa adalah portal untuk orang ramai menjual dan membeli website atau blog.

15 idea perniagaan internet di atas adalah jenis-jenis perniagaan online yang boleh diceburi. Sebahagian dari 15 idea perniagaan internet tersebut saya sendiri telah ceburi untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Berdasarkan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ini, menceburi perniagaan di internet adalah satu langkah yang terbaik. Berbanding dengan perniagaan offline, perniagaan online hanya memerlukan kos yang minima dan ada yang hampir tiada kos. Risiko kerugian akan dapat dikurangkan ke tahap paling minima.

 

Tips Temuduga Yang Penting

Tips Temuduga Yang Penting

Tips Temuduga

Untuk mendapatkan satu pekerjaan pasti kita akan menghadiri sesi temuduga yang dijalankan oleh syarikat, agensi atau pihak kerajaan sekalipun. Agak susah untuk mendapatkan pekerjaan tanpa sesi temuduga. Saya yakin sebahagian abang-abang dan kakak-kakak yang sudah masuk ke alam pekerjaan seperti saya, pernah menghadiri sesi temuduga sebelum diterima sebagai staff. Untuk pengetahuan anda, sehingga kini saya pernah menghadiri 13 kali sesi temuduga samaada dikelolakan oleh pihak swasta ataupun kerajaan. Dari situ banyak pengalaman yang saya lalui bila berhadapan dengan penemuduga yang berlainan sikap dan skillnya. Jadi saya nak kongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya kepada anda terutama adik-adik yang nak pergi temuduga. Ada beberapa tips temuduga yang ingin saya kongsikan.Tips temuduga

Tips temuduga pertama – Berketerampilan

Semasa melangkah masuk ke bilik temuduga anda mesti dan wajib berpakaian sesuai dan kemas. First impression sangat penting untuk menarik hati penemuduga. Pastikan anda memakai pakaian yang mengikut saiz badan dan juga warna yang lembut. Pernah saya ditegur oleh penemuduga kerana baju kemeja saya kelihatan terlalu besar semasa temuduga di AADK. Memangpun sebab saya memakai baju saiz XL sedangkan badan saya paling besar pun saiz L. Walaupun tidak dipastikan adakah sebab itu saya tidak berjaya dalam temuduga itu, namun teguran itu pasti diambil kira dalam menilai saya.  Tidak dinafikan, keterampilan bukanlah satu perkara yang men’confirm’kan seseorang itu hebat, namun ianya tetap menjadi salah satu kriteria dalam penelitian oleh penemuduga. Cara duduk, kaedah memperkenalkan diri sangat penting di samping menunjukkan sikap menghormati mereka. Selain itu anda perlu ‘memanis’ kan semanis-manisnya wajah anda iaitu senyuman yang menarik tetapi jangan sampai tahap tersengih-sengih macam kerang busuk pula. Pastikan juga jika anda bermisai dan berjanggut, ia telah dicukur dan di trim dengan baik dan kemas.

Tips temuduga kedua – ‘Rajin bercakap’

Jika anda seorang yang pemalu dan pendiam, maka anda perlu buang atau tinggalkan sekejap sikap anda itu diluar pintu bilik temuduga. Anda mestilah menjadi seorang yang pandai bercakap disamping mengeluarkan idea dan pendapat yang bernas. Adakalanya soalan yang ditanya adalah dalam bentuk penyelesaian masalah. Jika anda dilontar dengan soalan sebegitu maka jawapan mestilah bernas dan relevan. Ketika saya menghadiri temuduga LKPPK, saya telah ditanya soalan – Kenapa Malaysia perlu mengeksport beras ke luar negara dan mengimport beras dari India dan Thailand sedangkan dalam masa yang sama pengeluaran padi dalam negara jauh dari mencukupi untuk keperluan rakyat Malaysia?. Untuk soalan yang begini jawapan dari mulut kita jangan hanya berkisarkan kepada satu sudut sahaja, ia perlu merangkumi beberapa aspek yang lain. Ketika menjawap soalan inilah, selain jawapan yang direct kepada soalan, anda boleh memberikan pendapat dan idea tapi pastikan ianya bernas. Soalan jenis ini juga boleh membuat anda berpeluang untuk bercakap tak berhenti.

Tips temudugaRamai nasihat yang telah saya dengar, bila masuk temuduga pastikan bercakap sampai penemuduga tak ada berpeluang untuk bertanya. Nasihat saya, jangan percaya mitos itu. Bercakap pada perkara yang relevan sahaja. Jangan sampai tahap bersembang kosong. Penemuduga jika tidak dapat bertanya disebabkan kepetahan anda, sebenarnya anda yang rugi. Namun, anda perlu ada interaksi yang baik dengan penemuduga.

Adakalanya penemuduga bertanya soalan yang memerlukan anda menjual diri. Bukan maksud jual diri benda tak baik, tapi macam mana anda nak yakinkan penemuduga tentang kemampuan dan kebolehan anda. Soalan ini adalah mudah untuk dijawap iaitu anda yakinkan yang anda adalah pilihan terbaik dan bernilai untuk organisasi tersebut. Adakalanya penemuduga juga bertanyakan soalan sebaliknya iaitu, apakah kelemahan diri anda? Jika soalan ini, jangan pula dijawap secara direct misalnya, saya ni seorang yang lambat memahami arahan. Sebaliknya tukarkan kepada – saya lemah sedikit untuk memahami arahan namun ia tidak menganggu saya kerana saya sudah bersedia untuk membaiki kelemahan saya itu.

Tips temuduga ketiga – Keyakinan/Confident

Ini adalah sangat penting ketika menghadiri temuduga. Tunjukkan keyakinan diri ketika menjawap soalan yang ditanya kepada anda. Pastikan anda memberikan jawapan dengan yakin dan fokus. Elakkan guna perkataan ‘saya rasa, mungkin, saya agak’ atau yang seangkatan dengannya. Penggunaan perkataan seperti itu menunjukkan yang anda tidak confident dengan jawapan yang diberi. Lebih baik jika ditukarkan dengan ‘pada pendapat saya, saya berpendapat’ kerana ia lebih menunjukkan yang anda mempunyai keyakinan dengan melontarkan idea anda sendiri. Selain itu, ketika menjawap solan pastikan mata anda memandang mata penemuduga jangan pula mulut menjawap mata melihat lantai, kipas, dinding atau benda lain. Adakalanya jarak antara kita dan penemuduga memang diletak pada jarak yang agak jauh. Jadi anda perlu bersedia untuk bercakap dengan suara yang lebih kuat dan sesuai pada sesuatu jarak itu. Tujuan kedudukan layout bilik temuduga disusun sebegitu bertujuan untuk menguji keyakinan kita kerana perlu menjawap soalan dengan suara yang lebih kuat namun janganlah pula sampai menjerit..

Tips temuduga keempat – Jangan emosi dan bertenang

Anda perlu jadi seorang yang cool dan rileks. Jangan menunjukkan sikap menggelabah atau tertekan. Jika anda tidak tipstemudugakerjatahu langsung menjawap sesuatu soalan, adalah lebih baik anda menjawap dengan – maaf tuan/puan saya tidak tahu namun saya akan cuba mencari jawapannya untuk menambahkan pengetahuan saya. Ataupun anda jawap dengan lebih sopan – maaf tuan saya tidak tahu kerana ia diluar bidang pengetahuan saya, namun jika tidak keberatan boleh tuan kongsikan maklumat itu untuk menambahkan lagi pengetahuan saya. Inilah jawapan saya ketika tidak mampu menjawap soalan yang dilontarkan dan penemuduga sangat sporting dan memberikan maklumat tersebut ketika itu juga dan alhamdulillah saya berjaya dalam temuduga tersebut. Ajaibkan. Atau mungkin ituah kuasa ayat manis hehehe..

Ada sebilangan calon temuduga tidak dapat mengawal perasaan hingga menangis bila tidak mampu menjawap berkali-kali soalan yang diberi. Kebanyakanya adalah calon temuduga kalangan perempuan yang pernah saya lihat sendiri keluar teresak-esak dari bilik temuduga dan merempan-rempan kat luar. Sampaikan saya pun terpsiko ingatkan penemuduga tu garang.

Persediaan sebelum hadir ke temuduga

Sebelum anda hadir ke sesi temuduga, anda perlu membuat sedikit homework iaitu membuat sedikit sebanyak penyellidikan berkaitan dengan organisasi tersebut. Kajian itu mestilah merangkumi tujuan organisasi, visi dan misi, struktur organisasi dan beberapa maklumat yang lain. Setidak-tidaknya pasti akan ada soalan dari temuduga tentang pengetahuan kita terhadap organisasi tersebut. Selain itu anda perlu menyediakan satu set resume yang lengkap dan menarik beserta dokumen dan salinan dokumen. Setiap dokumen mestilah disusun mengikut susunan yang betul. Dari situ juga penemuduga boleh membuat penilaian terhadap anda. Sedikit kesilapan pada dokumen boleh menidakkan peluang untuk berjaya dalam temuduga.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi tips temuduga, apa yang dikongsikan ini adalah dari pengalaman dan pengetahuan saya sahaja. Untuk adik-adik yang akan menghadiri temuduga, cuba cari sebanyak-banyak tips dan khusus pula untuk adik-adik yang dipanggil temuduga sebagai kakitangan kerajaan, mungkin anda boleh dapatkan tips lebih bernilai disini – Temuduga Kerja Kerajaan

Pelaburan Terbaik terkini

Pelaburan Terbaik terkini

Pelaburan Terbaik untuk kita

Andai anda seorang yang baru mula bekerja dan stabil dari segi kewangan, ada beberapa jenis pelaburan terbaik yang boleh anda fikirkan. Dalam dunia  yang semakin moden seseorang sepatutnya memiliki sekurang-kurangnya 4 jenis pelaburan. Pemilihan pelaburan mestilah pada pelaburan yang paling minima risiko untuk rugi dan sebaik-baiknya hindarkan dari terlibat dengan pelaburan yang high risk kecuali anda sememangnya pakar, berpengalaman dan berpengetahuan.

Pelaburan Terbaik pertama – Unit Amanah ASB

Sebagai orang muda yang mula bekerjaya di tahun pertama, Unit amanah adalah tempat yang sesuai untuk anda pelaburan terbaikmemulakan pelaburan. Buat simpanan antara10-20% dari gaji ke dalam akaun ASB. Cuba disiplinkan diri dengan mengelakan membuat pembelian yang memerlukan komitmen bulanan yang tinggi seperti kereta. Jika terpaksa memiliki kereta, boleh dipertimbangkan untuk membeli kereta terpakai yang lebih murah harganya. ASB akan memberikan anda dividen setiap tahun beserta bonus dan kebiasaanya tidak kurang dari 7% setahun. Ia adalah satu jumlah yang agak banyak jika dibandingkan dengan simpanan lain seperti tabungan di bank yang faedahnya kurang dari 3%. Tambahan pula ASB tidak mengenakan caj setiap kali anda mendeposit ke akaun.

Simpanan di ASB juga lebih baik berbanding dengan simpanan di unit trust seperti di public mutual atau cimb dali equity yang mengenakan caj antara 5.5% ke 6%. Ia juga mempunyai risiko kejatuhan harga saham dan tidak mendapat bayaran dividen jika prestasi saham merudum.

Pelaburan Terbaik kedua – Emas dan Silver

pelaburan terbaik emasDalam masa yang sama, anda boleh buat simpanan 10% dari simpanan bulanan untuk membeli emas atau silver. Andai gaji permulaan anda adalah RM 2500, bermakna sebulan simpanan untuk membeli emas adalah RM 250. Ini bermaksud anda memerlukan 2 atau 3 bulan untuk membeli sekeping dinar. Namun jika anda tidak mampu untuk menunggu lebih lama, maka anda boleh membuat pilihan kedua iaitu silver. Silver dan emas kedua-duanya adalah metal yang sentiasa mendapat permintaan. Sama ada melabur emas atau silver, anda tetap telah melakukan satu pelaburan yang baik dan ianya mudah cair. Jika anda memiliki emas, ianya boleh digadai untuk mendapatkan wang bagi tujuan lain. Boleh lihat post saya sebelum ini berkaitan teknikmengumpul emas.

Tambahan pula emas dan silver bersifat anti inflasi berbanding dengan wang fiat yang kita simpan. Jika berlaku penurunan harga emas, ianya adalah bersifat sementara walaupun mungkin harga itu berada pada kedudukan flat sehingga 3-4 tahun.

pelaburan terbaik terkini

Pelaburan Terbaik ketiga – Tabung Haji

pelaburan terbaikPelaburan di tabung haji juga adalah pelaburan yang baik untuk anda. Selain untuk tujuan mendaftar untuk menunaikan haji, anda juga bakal memperolehi dividen antar 4-6% setahun. Nilai dividen telah siap ditolak dengan kadar zakat sebanyak 2.5%. Anda tidak lagi perlu memikirkan pembayaran zakat berbeza dengan pelaburan emas dan ASB. Pelaburan Tabung Haji juga adalah pelaburan yang berisiko rendah.

Pelaburan Terbaik keempat – Hartanah

pelaburan terbaikPelaburan hartanah adalah pelaburan yang memerlukan kos yang agak tinggi. Jika anda seorang kakitangan awam, anda ada kelebihan untuk membeli rumah pertama dengan menggunakan pinjaman perumahan kakitangan awam tanpa mengeluarkan kos sendiri. Berbeza dengan pinjaman perumahan di bank konvensional yang hanya memberikan 90% pinjaman dari nilai sebenar rumah.

Untuk membeli sebuah rumah atau premis atau tanah, anda memerlukan sejumlah wang yang besar untuk bermula. Namun, pulangan dari pelaburan hartanah juga adalah sangat berbaloi. Hartanah itu boleh di sewa dan anda akan mendapat cashflow setiap bulan di samping peningkatan nilai hartanah tersebut. Namun hartanah memiliki risikonya tersendiri. Sebelum membeli hartanah anda perlu membuat perancangan yang teliti terutama berkaitan dengan lokasi hartanah tersebut. Lokasi sangat penting untuk menentukan nilainya di masa hadapan.

Kesimpulan

Sebenarnya ada banyak lagi pelaburan yang boleh dilakukan seperti pelaburan untuk berniaga dan pelaburan saham. Namun seperti yang saya katakan pada permulaan post tadi, kita sebaik-baiknya bermula dengan pelaburan yang paling minima risiko kerugiannya. Jadi diharapkan post ini dapat membantu pembaca untuk memilih pelaburan yang terbaik.

 

 

Ibu bapa dahulu dengan ibu bapa sekarang

Ibu bapa dahulu dengan ibu bapa sekarang

Ibu bapa dahulu ibu bapa sekarang

Dah lebih seminggu aku tak posting apa-apa, sehingga la hari, apabila bila berlaku sesuatu siang tadi depan mata aku. Sesuatu tu bukanlah benda yang berat cuma mengingatkan aku yang zaman dah berubah dan semakin menghampiri kiamat. Manusia semakin lama sudah semakin berbeza sikap dan kecenderungannya. Perasaan kasih sayang tanggungjawab sesama manusia sudah semakin terhakis. begitu juga apabila sikap ibu bapa sekarang sudah tidak sama lagi dengan ibu bapa dahulu

 

Perbezaan Ibu bapa dahulu dengan sekarang

Masa aku kecik-kecik dulu, kami hidup dalam suasana kampung yang harmoni dan aman. Tak ada anasir-anasir kotor dari luar yang masuk  meresap dalam otak kami. Paling teruk pun Gaban dengan suria perkasa hitam aje. Sesekali kami terpengaruh dengan ultramen. Masa dulu, semua ibu bapa yang ada dikampung tu umpama mak bapa aku jugak. mak bapa aku adalah mak bapak kawan-kawan aku juga. Maksud di sini kami dijaga bukan oleh ibu bapa kami sahaja malah dijaga oleh semua ibu bapa di kampung tu. Tak kira kalau kami ada buat kesalahan dan ternampak oleh orang tua-tua, maka makan maki hamunlah kami dan silap gaya kena hambat dengan pelepah kelapa. Biasanya kami dapat lari, namun berita tu pasti akan sampai ke telinga orang tua kami. Akibatnya makan penampar la tak pun kena sebat dengan penyapu lidi.

Kalau bab makan pun tak sesusah mana. Kami pergi sekolah jalan kaki. Jarak ke sekolah paling jauh pun lingkungan 1 kilometer sebab kat kampung aku ada sekolah rendah. Kadang-kadang time nak balik sekolah hari hujan. Terpaksalah singgah kat rumah rakan yang terhampir. Masa tu memang confirm maknya akan jamu kami makan. Kat rumah sesiapa pun  mesti kami diberi makan. Tapi makan tu tak lah semewah budak-budak sekarang. Nasi dengan lauk-lauk kampung je la. Antaranya ikan puyu masak lemak, sayur pucuk ubi atau pucuk paku, ada masanya masak lemak umbut kelapa, ikan kering macam-macam jenis masakan dan air sirap panas..hehehe…kampung aku dulu mana ada elektrik so tak ada sesiapapun dikampung tu yang ada peti ais. So semua version minuman adalah suam atau panas.

Kalau kami ditimpa sakit yang teruk, pasti ramai orang datang melawat. Walaupun mereka datang melawat dengan tangan kosong aje, tapi itulah kehidupan normal orang tua dulu. Tak macam orang tua sekarang, kalau takda buah tangan memang tak akan sampai.  Zaman aku kecik-kecik dulu penyakit yang glamer adalah demam panas teruk yang sampai 3-4 hari baru pulih. Ada budak-budak yang sampai meracau dan ada juga yang terus mengalami kecacatan sehingga sekarang. Jangan memain dengan demam panas ni. Tambahan pula ibu bapa zaman dulu kurang pengetahuan, kalau anak demam depa bungkus dengan selimut dengan teori nak kasi peluh nanti cepat kebah demam. Ibu bapa zaman sekarang lebih  moden dengan ilmu pengetahuan perubatan.

Ibu bapa sekarang

Kes inilah membuatkan aku terpost ni. Orang tua sekarang pulak lain dah perangainya. Misalanya jika anak beliau ditegur atau dimarahi oleh orang lain kerana kenakalanya, maka bukan anaknya yang dimarah sebaliknya orang yang menegur tu pulak kena marah. Kalau orang tua dulu mendengar dan menggunakan ‘laporan’ orang kampung untuk mendisiplin dan mengajar anak, maka orang tua sekarang kebanyakannya langsung tidak memperdulikan teguran dan pandangan orang lain.

Ibu bapa sekarang ni jauh lebih sibuk berbanding ibu bapa dulu. Kerana pekerjaan dahulu hanya waktu tertentu misalanya bekerja di siang hari  kemudian berada di rumah sepanjang malam. Berbeza ibu bapa sekarang yang ada waktunya bekerja dan balik ke rumah hingga lewat malam. Jadi untuk memantau anak-anak kita memerlukan masa yang banyak dan oleh itu sangat diperlukan maklumat dari jiran-jiran tetangga.

Pesanan kepada aku sendiri

Aku dididik dengan cara orang tua aku yang sentiasa mengambil berat bukan sahaja kepada keluarga sendiri malah kepada orang lain. Jadi aku masih lagi dengan doktrin yang begitu, menyayangi dan mengambil tahu serta tidak mudah untuk berlepas tangan jika terjadi di depan aku kesalahan yang dilakukan oleh golongan anak-anak terutamanya.

Teknik Mengumpul Emas dengan minima kos

Teknik Mengumpul Emas dengan minima kos

Teknik Mengumpul Emas

Sejak penubuhan Public Gold, semakin ramai orang mula sedar akan satu lagi medium pelaburan yang menguntungkan iaitu pelaburan emas. Aku pun mula kenal tentang pelaburan emas sejak tertubuhnya public gold. Sebelum tu hanya beli emas bagi isteri pakai. Kalau ada terfikir pun hanya bertujuan kalau tak cukup duit emas hiasan itu boleh digadai. Mungkin juga ketika tu tidak banyak company yang menyediakan emas dalam bentuk dinar atau bar. Kalau ada pun jumlahnya sangat terhad seperti Kijang bank negara yang sangat sukar didapati. Kalau dapat beli harganya lebih mahal berbanding dengan emas public gold. So post ni aku nak kongsikan 2 strategi dan teknik mengumpul emas dengan kaedah yang sesuai untuk orang bergaji rendah seperti aku.

Teknik Mengumpul Emas Cost Averaging

Pelaburan emas ni ada beberapa teknik yang boleh diamalkan untuk menambah stok. Pertamanya dengan kaedah Costteknik mengumpul emas
Averaging. Dengan teknik pelaburan emas ini kita hanya tumpukan dengan berdisiplin untuk membeli emas pada setiap masa yang ditetapkan. Sebagai contoh aku akan simpan sikit duit untuk membeli 1 dinar emas setiap 2 bulan selepas dapat gaji tanpa mengira harga semasa. Target tempoh disimpan pula minimum 5 tahun. Aku mula melabur sejak pertengahan tahun 2014 dengan membuat pinjaman bank sebab ketika tu untuk menjadi dealer kita perlu membeli stock emas minimum RM20k.. Kelebihan dengan teknik cost averaging ni, kita tidak begitu menampung penyusutan emas yang terlalu banyak(andai berlaku) jika dibandingkan dengan pembelian secara lump sum. Misalanya berlaku penurunan dari bulan ke bulan iaitu dari Januari hingga disember 2013, maka kerugian kejatuhan nilai emas dapat di minimakan berbanding jika membeli sekaligus di bulan Januari.


Namun ada juga segelintir pelabur baru yang ada lebihan duit tergesa-gesa untuk membeli emas sekaligus. Saya kerap menasihati beberapa orang rakan untuk menuntut ilmu tentang gold dahulu sebelum melabur. Perlu pengetahuan untuk memahami pergerakan graf di chart. Bagi mereka yang biasa dengan forex, agak mudah untuk membaca pergerakan gold terutama pada Daily timeframe. Bagaimanapun ada segelintir yang tidak bersetuju dengan alasan membeli emas tidak akan rugi kerana precious metal ni sentiasa akan naik harga. Memang betul, untuk jangka masa panjang harga emas akan berada dalam keadaan bullish trend, namun ada ketikanya emas akan menyusut jauh seperti yang dialami pada tahun 2013 sehinggalah sekarang. Seorang pelabur yang bijak, akan sentiasa membeli pada harga serendah yang boleh untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan.

Teknik Gadaian

Teknik mengumpul emas kedua ini dari awal lagi aku dah guna untuk tambah simpanan emas. Kalau dulu hanya agrobank sahaja yang menerimateknik mengumpul emas emas pelaburan dari public gold ini. Boleh juga di gadai di arrahnu sendiri. Tetapi sekarang teknik ini lebih mudah kerana Public Gold sendiri mula menerima gadaian untuk produk emasnya sendiri. Untuk mengaplikasikan teknik gadaian, kita perlu mempunyai disiplin yang kuat. Jika tidak wang gadaian yang diterima silap gaya boleh habis sebelum sempat membeli emas. Kaedah asal adalah gadai kemudian beli emas baru kemudian jual emas baru untuk sedikit keuntungan dan tebus kembali emas yang di gadai.

Namun doktrin aku sedikit berlainan, mula-mula aku gadai, beli emas baru dengan semua duit gadaian, kemudian selama 6 bulan bayar sikit-sikit duit gadaian emas dengan duit gaji dan akhir sekali selepas 6 bulan kos gadaian habis bayar dan pergi bank ambil balik emas. Dengan itu jumlah emas aku boleh bertambah antara 20% ke 30% setahun. Mungkin sifat pelaburan emas aku ni nak simpan 20 tahun kot. Dan sekarang ni rasa sayang pulak nak jual emas tu. Cadangnya emas tu nak bagi kat anak-anak bila depa besar nanti ataupun beli tanah dengan emas kemudian buat pusaka kat anak-anak…hehehe jauhnya pandangan aku.

Pelbagai Teknik Pelaburan Emas

Sebenarnya ada banyak lagi teknik pelaburan emas. Tapi jiwa raga aku ni serasi dengan 2 kaedah di atas. Sebab dengan strategi tu tak banyak sangat makan kos. Nak beli sekaligus banyak-banyak memang tak termampu. First dulu buat loan sebab nak dapat status dealer tu perlu pembelian dengan jumlah yang besar. Tapi sekarang nak buat loan memang rasa macam tak berani memandangkan ekonomi semakin malap dan kos barangan semakin naik nanti tak cukup pulak duit nak bagi keluarga makan.

Pelaburan Emas pelaburan yang selamat

Bagi aku pelaburan emas adalah satu pelaburan yang selamat. Demand sentiasa ada. kalau ekonomi hancur sekalipun nilai emas tetap ada untuk terus survive. Cuma satu-satunya risiko adalah kehilangan emas. Yang ini susah nak cakap lah, nasihatnya jagalah emas anda tu dengan baik. Simpan di tempat yang selamat mungkin anda dan isteri sahaja yang tahu. So selamat beremas!!

>