Author: olaolico

Beli kereta baru atau terpakai mana pilihan anda

Beli kereta baru atau terpakai mana pilihan anda

 

Persoalan nak beli kereta baru atau terpakai banyak bermain kat kepala terutama orang-orang yang first time nak pakai kereta. Aku dulu pun begitu jugak. Setakat ini aku dah pernah beli 4 buah kereta, 2 buah beli kereta baru dan 2 buah kereta terpakai. Gen 2 terpakai 2008, wira terpakai 2010, avanza 2012 dan iriz yang terkini(tapi sebenarnya isteri yang beli bukan aku). Kat post ni aku nak share tentang pengalaman tentang kelebihan dan kekurangan beli kereta baru atau terpakai untuk jadikan rujukan kat korang yang merancang nak beli kereta.

 

Kelebihan beli kereta baru

Yang pertama, seperti biasa kalau dah namapun baru maka harganya adalah lebih mahal. Misalanya Proton Iriz wife aku adalah 59k berbanding secondhand masa pada tu lingkungan 40k++..banyak tu bezanya. Walaupun begitu, kereta baru akan diberi warranty oleh pengeluar selama 3 tahun minimum dan ada yang sehingga 5 tahun mengikut brand dan model. Jika dalam tempoh itu berlaku kerosakan yang bukan disebabkan kesilapan pengguna maka kita akan di cover oleh warranty. Ianya berbeza dengan kereta secondhand yang tiada warranty dan kalau ada pun mungkin sekitar beberapa bulan sahaja.

beli kereta baru atau terpakai

Kedua pula kos penyenggaraan adalah murah. Kebiasaanya kereta baru tidak perlu kos yang banyak untuk membaiki kerosakan. Avanza aku sejak dibeli sehingga kini tidak ada sebarang masalah yang memerlukan kos pembaikan selain penggantian tayar dan bateri. Selain itu kos yang diperlukan hanya servis 6 bulan sekali.

Kos penggunaan petrol juga lebih rendah berbanding ketika menggunakan gen2 dan wira terpakai. Kegunaan wira sebulan dengan kadar penggunaan yang sama, cc 1.5 dan minyak yang lebih murah ketika itu adalah rm250 sebulan berbanding iriz cc 1.6 sekitar rm170-200 sebulan ketika ini. Kat situ kita boleh tau engine baru minyaknya  lebih ekonomi berbanding engine lama.

Selain itu mudah nak pilih dan dapatkan spec yang kita mahu walaupun spec itu terhad kepada beberapa pilihan. Iriz exec 1.6a, bila confirm nak jenis tu, isi form bank dan bila lulus, kemudian keluar kereta. Berbeza dengan kereta terpakai yang terpaksa jenuh mencari di mudah.my dan tak semua used car ada kereta spec yang kita mahu. Misalnya masa beli wira terpakai terpaksa pergi ampang sebab kat area teluk intan takda spec yang aku nak tu. Bila kita beli kereta terpakai bukan kita tengok spec kereta sahaja, kita juga perlu tengok tahun keluar, owner lama dan bermacam-macam lagi.

 

Kelebihan beli kereta terpakai

Semestinya kereta terpakai harganya lebih murah berbanding kereta baru sehingga perbezaan berpuluh ribu mengikut tahun keluaran. Makin lama usia sesebuah kereta , makin rendahlah harga. Lazimnya kereta yang berusia 5 tahun nilainya tinggal setengah daripada harga asal. Wira aku tahun 2005 dibeli tahun 2010 dengan harga RM24k sahaja. Bila harga murah maka ansuran bulanan pun rendah.

Susut nilai kereta terpakai juga adalah rendah berbanding kereta baru. Kereta yang sudah berumur 4 tahun keatas peratus susutnilai akan adalah kecil. Kalau kereta baru, sebaik je keluar gudang mungkin susut nilai sehingga 10%.

beli kereta baru atau terpakai

Kadar penyenggaraan dan membaiki kerosakan sememangnya untuk kereta terpakai lebih kerap dari kereta baru. Tetapi sparepart mudah dicari dan harganya lebih murah. Disebabkan kereta model lama maka spare part pun semakin banyak. Pernah tahun lepas gearbox wira rosak, tak susah pun nak cari pergi je bengkel baiki kereta terus boleh dapat. Siap pasang setting semua dalam RM1100 je.

 

Kalau tadi tentang kebaikan, sekarang tentang kekurangan pulak.

Kekurangan beli kereta baru

Seperti yang aku cakap tadi, harga kereta baru lebih mahal. Dengan harga yang mahal maka korang kena sediakan deposit yang besar dan bersedia membayar jumlah ansuran bulanan yang tinggi. Biasanya 10% korang perlu ada untuk bayar deposit. Katakan harga kereta RM82k, maknanya korang kena sediakan RM8200.

Perlu bersedia dan menerima hakikat susut nilai yang tinggi. kalau korang dah pakai 5 tahun memang kemungkinan harga dalam lingkungan 50-55% je dari harga asal. Aku pernah tanya pihak proton dan toyota masa nak survey kereta untuk isteri, toyota bersedia untuk menerima avanza aku untuk trade in kereta lain pada nilai 0. Maksudnya tolak avanza ni tanpa aku dapat sesen pun, dan pulak aku kena bayar lagi deposit kereta yang mahu diambil. Pergh!! rugi siot kalau buat macam tu. Berbeza dengan proton yang beri aku lebihan RM2k untuk dijadikan deposit kereta yang baru.

Satu lagi yang biasa terjadi ialah kalau beli kereta baru agak sukar untuk loan approve jika pendapatan bawah RM2k. Ekonomi sekarang tak menentu mana-mana bank kenakan syarat yang sedikit ketat berbanding 5-6 tahun yang lepas. Semua komitmen kita dikira termasuk komitmen luar.

 

Kekurangan beli kereta terpakai

Pertama adalah kekerapan untuk membaiki kerosakan. Biasanya beli kereta baru ni 3-5 tahun pertama boleh free dari sebarang kerosakan insyaallah. Kalau kereta terpakai pakai 2-3 bulan silap gaya mula la keluar duit baiki itu dan ini. Gen-2 aku ketika baru pakai 8 bulan kerosakan pertama adalah kunci jem. Nak ganti satu set hangus RM400+..Wira lagi best, baru seminggu pakai semua lampu dan signal tak berfungsi. Nasib baiklah dia bagi warranty 2 minggu.

Kos minyak yang tak ekonomi. Maklumlah engine dah 4-5 tahun dan dah jalan berpuluh ribu km. Kita pulak bukanya tahu macam mana owner lama jaga kereta tu. Kos minyak kereta terpakai auto lebih tinggi berbanding manual. Lebih teruk kalau tempat kita tinggal jalanya berbukit-bukit. Jenuh press minyak.

Satu lagi seperti yang aku dah mention sebelum ni, nak cari kereta terpakai mengikut spec dan tahun yang kita mahu agak susah berbanding beli kereta baru. Terpaksa menjelajah mencari sehingga ke luar kawasan.

 

Untung beli kereta baru atau terpakai?

Samaada untung atau tidak beli mana-mana satu antara baru atau terpakai bergantung kepada keperluan dan kemampuan. Kalau kita baru kerja dan ada banyak lagi perkara yang perlukan duit maka pilihan terbaik adalah guna kereta terpakai je. Deposit murah ansuran pun rendah, lebih banyak kita dapat simpan duit. Masa aku mula-mula kerja dulu memang niat dihati nak ambil spectra baru keluar masa tu. Dah pergi berkali-kali ke show room untuk lihat dan belek Spectra. Tertelan air liur wei..maklumlah baru kerja, slip pun dah keluar. Dari sekolah menengah lagi teringin nak bawak kereta hehe.. tapi bila baring sebelum tidur, masa tu terpikir – sorang adik masih kat kolej, mak aku nak kena bagi setiap bulan, tunang aku dah meruap-ruap ajak nikah huhu..so..akhirnya gen-2 secondhand je. 2 tahun kemudian beli wira pulak sebab susah sebuah kereta nak pergi kerja di tempat berasingan. Itu pun terpakai.

Kemudian bila anak dah bertambah, gen-2 pun dah meragam sebab dah ‘monopos’ dan ketika itu 5 tahun dah bekerja dan ekonomi keluarga pun stabil, barulah aku berkira-kira beli kereta baru. Masa tu la tarik Avanza dan jual Gen-2 pada adik. Begitu jugak baru-baru ni ambil iriz untuk isteri dan tolak kereta tu pada adik ipar untuk sambung bayar setahun lagi.

 

Nasihat nak beli kereta

Kat sini bukan nak menunjuk yang aku ni beli macam-macam kereta, tetapi nak bagi idea dan pandangan daripada pengalaman sendiri tentang kelebihan/kekurangan membeli kereta terpakai dan baru. Korang yang baru kerja perlu pikir banyak sebelum buat keputusan nak beli kereta.. Sebab ramai sekarang ni muda-muda lagi dah kena isytihar bankrap sebab tak mampu nak maintain bayar ansuran bulanan kereta. Ada yang baru kerja setahun dah tarik wish ada yang beli vios TRD Sportivo..Sebulan RM1k nak bayar. Kalau gaji RM3k, maknanya korang dah hilang 1/3 setiap bulan. Belum lagi minyak dan services. Kan ke tak bijak begitu. Kerana kereta nama kena blacklist.

Jadi rilex-rilex jer. Sabar dan kukuhkan kewangan anda terlebih dahulu walaupun mengambil masa bertahun-tahun. Gunakan duit kepada perkara yang lebih perlu. Jangan ikutkan sangat keinginan hati, takut kelak merana.

Nak sewakan ikut bilik atau sebuah rumah?

Nak sewakan ikut bilik atau sebuah rumah?

Assalamualaikum apa khabar semua.

10 hari tanpa sebarang post, kali ni post berkaitan pendapat yang ingin aku kongsikan kepada tuan-tuan rumah yang hendak menyewakan rumah tetapi masih belum mampu untuk membuat keputusan samaada disewakan sebuah rumah kepada satu penyewa atau sewakan ikut bilik.

Sebenarnya dah agak banyak mesej diterima yang bertanya tentang manakah lebih baik antara 2 pilihan yang telah aku nyatakan di atas. Beberapa pembaca juga menghubungi meminta contoh surat perjanjian yang boleh mereka guna dan edit mengikut kesesuaian masing-masing. So dengan rajinnya aku menggodek emelmatik percuma setahun untuk sediakan satu landing page yang sangat sederhana untuk sesiapa yang nak download contoh perjanjian yang dah aku gunakan di perjanjian sewa rumah

Nak sewakan sebuah rumah atau ikut bilik?

Aku rasa boleh menjawab soalan ini kerana berpengalaman menyewakan dengan kedua-dua pilihan tersebut. Mula-mula aku senaraikan kelebihan kedua-dua pilihan itu.

sewakan ikut bilik

Kebaikan sewakan sebuah rumah:

  • mudah untuk membuat perjanjian kerana hanya satu penama sahaja untuk mewakili setiap orang yang tinggal dirumah tu.
  • kita meletakkan kesemua tanggungjawab hanya kepada seorang penama dan kalau ada kerosakan barang memang kita tuju terus tanggungjawab kepada penama tersebut.
  • tidak ada risiko konflik (pergaduhan) antara penyewa yang jika berlaku pening kepala tuan rumah dibuatnya.

sewakan ikut bilik

Kebaikan sewa ikut bilik:

  • rumah anda berkemungkinan kecil untuk kosong tanpa penyewa. Sebab sekurang-kurangnya akan ada seorang penyewa dan ini menjamin cash flow anda sentiasa ada.
  • sewa ikut bilik lebih menguntungkan kerana anda boleh cas berdasarkan jenis bilik. Untuk master room anda mungkin boleh kenakan cas sehingga 2 kali ganda dari bilik lain kerana bersaiz lebih besar dan mempunyai tandas sendiri. Biasanya hasil sewa ikut bilik lebih besar dari sebuah rumah.
  • kerosakan/kotor rumah tidak menyeluruh kerana kebiasaanya penyewa adalah tidak sekepala dan masing-masing dengan cara sendiri.

 

Ok di bawah ni pula adalah kelemahan kedua-dua pilihan tersebut.

Keburukan sewa sebuah rumah:

  • jika ada kerosakan kebiasaanya bersifat menyeluruh di rumah tersebut kerana sikap ‘sekepala’. kalau dah lihat dapur kotor atau ada kerosakan, percayalah ruangan lain pun lazimnya akan ada juga kerosakan.
  • ada masanya jika penyewa telah keluar, untuk mendapatkan penyewa baru akan mengambil masa mungkin seminggu dua minggu bagi sesetengah kawasan. so jika berlaku macam tu cash flow korang mungkin terganggu sikit.

Keburukan sewa ikut bilik:

  • kebiasaanya akan ada konflik ketidakpuasan hati antara penyewa-penyewa. Biasanya benda ni berlaku apabila berkaitan dengan bil elektrik, air, maintenance dan kerosakan. Kadanag-kadang ada penyewa berasakan tidak adil untuk bayar sama banyak sedangkan penggunaan elektrik dan air mereka adalah sedikit. Tak pasal-pasal hujung bulan sampai lah whatsapp cerita pasal tak puas hati memasing.
  • jika sewakan sebuah rumah, bayaran sewa akan masuk sekaligus dan mudah nak trace. so hujung bulan bukak akaun bila lihat sewa rumah dah masuk maka dah selesai. Berlainan dengan sewa ikut bilik kerana penyewa-penyewa bayar pada tarikh dan masa yang berbeza.

Itulah beberapa kebaikan dan keburukan berdasarkan experience sendiri yang dapat dikongsikan. Pada awal-awal dulu aku sewakan rumah ikut bilik sebab cash kita dapat lebih besar. Tapi dari mengalami beberapa kepayahan seperti yang aku sebut kan di atas, selepas dari itu aku cari penyewa yang nak sewa sebuah rumah walau pun cashflow sedikit rendah.

Tak larat nak layan kerenah penyewa-penyewa. Itu belum lagi bila ada laporan dari penyewa yang mengadu sipolan-sipolan bawak balik boyfriend la kawan la buat bisingla..tak larat den nak layan setiap bulan benda-benda begitu. Namun kalau dapat penyewa-penyewa yang sama-sama bagus insyaallah takde masalah.

Belanjawan 2018 berita gembira untuk kakitangan awam

Belanjawan 2018 berita gembira untuk kakitangan awam

Semenjak 4-5 hari ni semakin luas tersebar desus desas tentang berita gembira untuk kakitangan awam bersempena dengan pembentangan belanjawan 2018 oktober ini. Lebih kurang 3 minggu lagi budget akan dibentang dan hint yang diberikan oleh DS. Najib membuat kakitangan awam tertanya-tanya, apakah berita gembira itu?? Termasuk lah aku yang mengeluarkan tanda tanya dikepala..dapat bonuskah?

belanjawan 2018

Belanjawan 2018 untuk kakitangan awam

Sebagai seorang kakitangan awam yang dah 10 tahun berkhidmat dan bergred 44 cewah!!!..memang setiap tahun akan ternanti-nanti apakah imbuhan yang akan diberikan oleh kerajaan. Almaklumlah setiap kali nak akhir tahun ni banyak kos yang diperlukan yang lebih besar dari kos hari raya. Kos persekolahan anaklah yang paling besar. Kena pulak bila ramai anak yang bersekolah. Misalnya anak aku 4 orang bersekolah, 3 sekolah rendah dan 1 tadika. nak kena beli buku teks lagi untuk anak-anak. Tambah lagi dengan buku latihan kerja yang setiap tahun perlu dibeli sebab habis guna. Kos beli buku ni memang besar tapi nak buat macam mana buku teks disekolah tidak mencukupi maka ada golongan ibu bapa yang terpaksa beli buku teks untuk anak mereka.

Apakah berita gembira untuk kakitangan awam itu?

Setakat ni semua orang taktau apakah berita gembira yang dimaksudkan itu melainkan orang yang membuat belanjawan 2018 itu. Namun ianya boleh diagak apakah kemungkinan imbuhan yang untuk kakitangan awam terutama orang yang pandai mengagak seperti aku huhu..

Jadi disini ada beberapa kemungkinan:

Pertama – Bonus, samaada sebulan atau setengah bulan gaji. Jangkaan aku adalah sebulan gaji dan bonus akan dimasukan mungkin 2 kali iaitu bulan 12 dan bulan 1. (kelebihan bonus kerana jumlah yang besar masuk sekaligus dan menyelesaikan masalah untuk sementara sahaja)

Kedua – Kenaikan tangga gaji sekurang-kurangnya 1 tangga gaji + bantuan khas RM500. Cuma tak pasti bila pula kenaikan tu. Kalau sebelum ni didalam budget 2016, kenaikan 1 tangga gaji adalah pada bulan Julai. Kelebihan kenaikan gaji ni adalah ianya tetap setiap bulan. Maknanya tahun 2018 kita akan dapat 2 kenaikan gaji.(aku suka yang ni)

Ketiga – Bantuan khas RM500. Aku yakin adalah kemungkinan kecil jika hanya pemberian bantuan khas RM500. Kenapa? memandangkan pilihanraya ke 14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya bulan 9 tahun hadapan, maka kemungkinan ketiga(bantuan khas) ini adalah kecil. Namun andai/jika pilihanraya ke 14 boleh dilakukan akhir tahun hadapan maka pilihan ketiga ini adalah berpotensi besar untuk kakitangan awam seperti sebelum-sebelum ini.

belanjawan 2018

Dah 10 tahun sebagai penjawat awam dan telah melalui 2 kali pilihanraya dari 2 pemimpin yang berbeza, tidak sukar untuk mengagak apakah berita gembira yang dimaksudkan. Cuma kalaulah tak dapat seperti apa yang kita jangka dan harapkan jangan pula marah dan memaki hamun.

Keadaan ekonomi tengah tak sedap ni dengan kos kehidupan yang tinggi memang terasa terhimpit terutama golongan berpendapatan rendah. Bantuan BRIM yang diterima oleh golongan tersebut pada aku tidak mencukupi untuk menampung kenaikan kos. Diharap juga supaya nanti akan ada instrumen bagaimana mengawal kenaikan kos dan mengelak dari pembaziran wang negara kepada perkara yang berisiko dan tidak menguntungkan.

 

#Update : nampaknya apa option jangkaan aku adalah meleset sama sekali. Budget kali ini adalah budget pilihanraya juga namun menyasarkan golongan M40 yang kemungkinan dari kajian dibilik perang pilihanraya menunjukkan M40 golongan yang kuat menyokong gabungan BN berbanding penjawat awam yang dikatakan lebih dari 70% telah beralih kepada lawan di PRU 13. Bagaimanapun bersyukurlah atas apa yang ada(diberi) kerana kerajaan masih memberi bantuan RM 1500 kepada semua penjawat awam yang diberi sebanyak 2 kali.

 

 

Theme untuk blog – Percuma atau Premium

Theme untuk blog – Percuma atau Premium

Theme untuk blog – Percuma atau Premium

Theme percuma atau premium(beli). Mana jadi pilihan? untuk pengetahuan korang blog olaoli ni dibina pada bulan 1 tahun 2016. Sehingga sekarang dah berumur lebih kurang setahun 7 bulan. Mula-mula sekali. guna theme percuma sahaja. Tak sampai sebulan kemudian rasa menggatalkan diri untuk try gunakan theme premium. Theme berbayar pertama dapatkan di themejunkie pada harga USD31.20 selepas diskaun. Terus terang sepatutnya aku tak pilih theme itu(DailyTheme) sebab theme tu lebih kepada news dan agak serabut dengan bahagian-bahagian ads dan sebagainya. Tapi itulah, first time takda pengalaman.

Perbezaan percuma dan premium

Aku tidak pakar dalam aspek seo tau yang sejenis denganya tetapi dapat rasakan sedikit perbezaan antara theme percuma dengan premium. Yang paling jelas adalah setiap post selepas menggunakan premium theme sepertinya cepat diindex dan telah beberapa kali muncul di first google page walaupun tidak selalu. Sebelum tu semasa menggunakan theme percuma, walaupun dah ping, dah buat url submit dan share di facebook/twitter, sangat sukar nak muncul di page hadapan walaupun dah bersungguh-sungguh buat kajian keyword dan sebagainya. Dan kebiasaanya memerlukan masa sehingga 10 minit untuk diindex oleh google. Sangat berbeza berbanding theme premium yang hanya perlukan masa sekitar 2-3 minit untuk diindex google.

Selain tu sebagai seorang yang tak paham bab-bab setting blog, menggunakan theme percuma menyebabkan banyak kali blog ini jadi kacau bilau. Theme percuma tak sediakan support cara nak setting dan lagi pulak layout biasanya tak banyak pilihan. Kalau guna premium theme kita akan diberi manual cara nak setting sebab banyak pilihan customize yang disediakan. Lagi pulak sebagai pengguna premium theme, setiap kali ada update kita akan terima secara percuma.

Kelebihan lain pada theme premium adalah dibahagian footer. Tiada paid link atau hidden link yang mempromosikan sesuatu yang diluar kemahuan kita. Berbeza dengan kebanyakan theme percuma yang terdapat paid link kat footer dan tak boleh di buang. Tetapi ia mungkin tidak menjadi masalah jika anda seorang yang pakar tentang code theme. Bagi orang macam aku bila tengok code-code tu rasa nak juling mata.

Adakah theme percuma tidak bagus

Sebenarnya tak boleh juga nak kata theme percuma ni tak bagus. Ramai juga blogger yang masih menggunakan theme percuma. Sebab jika seorang blogger yang baru terjebak dengan dunia blogging rasanya tak perlu segera membeli theme premium.  Malah ramai juga blogger yang tekenal di Malaysia ni hanya menggunakan blogspot dengan theme percuma. Boleh je depa berjaya. kenapa pula kita tak boleh?

Cuma menggunakan premium theme umpama satu pelaburan dalam ‘hartanah’ maya seorang blogger. Domain umpama tanah manakala premium theme macam rumah..eh betui ke perumpamaan aku ni?? Belasah je lah.

Ikut Kemampuan memilih theme

Ikut je lah kemampuan sendiri nak pakai theme apa. Kalau rasa tak mampu atau tak mahu..terus gunakan theme percuma. Ada beribu-ribu theme percuma boleh diguna. Kalau rasa ada kemampuan boleh dapatkan theme menarik yang banyak dipasaran pada pelbagai tingkat harga. Aku sendiri dah bertukar 3 kali theme premium. 2 duit sendiri satu lagi bini belanja. Apapunkan…berblogging ni umpama satu hobby yang akan melahirkan rasa kepuasan yang tak ramai orang faham. Ditambah pulak dengan menggunakan theme yang kita suka tak kisah la premium ke percuma ke..ia akan buat kita rasa betul-betul ‘stim’ untuk terus menulis.

Kesimpulanya

Jika anda serius untuk berblogging dan merancang untuk tempoh yang lama, maka nasihat aku bolehlah bertukar ke premium theme. Tak perlu keluar duit sendiri, ambil masa dahulu untuk dapatkan hasil dari blog seperti affiliate, ads atau lain-lain cara kemudian gunakan hasil tu untuk beli premium theme yang disukai. Insyaallah puas hati.

 

Tips post diindex dengan cepat di google

Tips post diindex dengan cepat di google

Tips post diindex dengan cepat di google

Kalu ikutkan dah lebih kurang 1 tahun 7 bulan aku berblogging di olaoli.com. Ni first time guna blog self-hosted menggunakan netkl. Alhamdulillah semakin hari nampak macam sedikit peningkatan samaada jumlah pelawat ataupun hasil dari blog ini. Dari dulu aku tak pernah berjaya dengan affiliate walaupun untuk jual satu unit pun. Tetapi sekarang berkat usaha dapat juga sell dari affiliate klikjer.com dari link di blog ini.

Bab hasil yang aku dapat tu..nantilah aku cerita. Lagipun bukan lah banyak manapun. Cuma telur busuk(kosong) telah dapat aku pecahkan. Sekarang ni yang aku nak share(ape yang aku tau je lah) ialah bagaimana nak post diindex dengan cepat di google. Ada beberapa langkah.

post diindex dengan cepat di google

Siapkan post dengan sasaran keyword

Ini biasalah bagi mana-mana blogger pun mesti tau bab ni. Kalau nak index ke apa ke pokoknya mestilah ada bina post dulu. Kalau tidak ada artikel so apa yang nak diindex. Dalam masa menulis artikel tu, biasanya kita akan buat sedikit kajian tentang keyword yang nak kita tekankan atau mau berada di page pertama google. Kalau aku, setiap post mengambil masa paling cepat pun 40 minit untuk disiapkan. Itupun kalau buat straight tanpa gangguan.

Ada sesetangah artikel sampai berhari-hari baru siap. Buat sikit-sikit sebab banyak sangat kekangan. tengah menulis tetiba “ayah nak susu!!”..kengkadang “abang, jom keluar jalan-jalan”..tak pun “hello bro, jom lepak-lepak sembang”. Itu semua gangguan yang menjadi punca kerja aku tertinggal dan tertangguh. Padahal idea tengah bercambah dan berkembang mekar.

Submit url post di google atau bing atau yahoo atau kesemuanya

Langkah seterusnya selepas je tekan button publish ialah submit url post tu ke google, bing dan yahoo. Biasanya aku buat satu je iaitu ke google. Masukkan url post terkini korang kat ruangan URL, tik im not robot dan submit request.

post diindex dengan cepat di google

Biasanya inilah langkah pertama aku buat selepas publish mana-mana post artikel. Kalau taktau nak cari kat mana, taip je submit url..nanti keluarla submit link dari pelbagai jenis search engine. Pilihla yang mana korang nak. Memandangkan orang Malaysia ni kebanyakannya tau google je, so submit kat google dah cukup.

Ping artikel post

Langkah ketiga aku akan ping url artikel tersebut selepas submit url di search engine. Ada beberapa tempat aku ping artikel dan yang paling kerap adalah di babab.net. Selain dari babab.net aku akan ping di pingler.com dan pingomatic.com. Mudah je hanya masukkan link sesuatu artikel, title(keyword) dan tick mana-mana category yang sesuai dan selepas masukan captcha code klik button ping.

Share di social media

Langkah seterusnya yang aku buat adalah share di media sosial. Media sosial yang aku guna tak banyak cuma di facebook dan twitter. Itupun bukanya ramai follower. Bagaimanapun ada juga pelawat yang masuk dari laman sosial walau tak banyak mana.

Lepas dah buat semua perkara di atas, try check di google samaada sudah diindex atau belum. Caranya pergi ke google dan buat seperti gambar di bawah

post diindex dengan cepat di google

Kadang-kadang ada artikel yang aku publish diindex tak sampai seminit pun. Kalau paling lama pun dalam lingkungan 1-5 minit sahaja. Perlu diingat, bila diindex bukanlah bermakna post korang dah muncul di page pertama google. Untuk dapat kan 10 rank teratas korang perlu bersaing dari aspek permainan SEO yang aku sendiri pun masih belajar. Ok harapan aku supaya post ini dapat membantu blogger terutama newbie yang mungkin tercari-cari maklumat untuk mempercepatkan blogpost korang diindex di google.

>