Author: olaolico

Lagu Sambutlah Kasih – Lovehunters

Lagu Sambutlah Kasih – Lovehunters

Umur aku tahun ni dah 36 tahun. Dah tua dah. Walaupun dah tua ni aku masih lag seorang peminat pendengar lagu-lagu melayu. Genre aku adalah.. apa saja lagu yang sedap aku dengar. Dan lagu era 90 an adalah lagu-lagu yang paling aku minati yakni waktu ketika aku bersekolah menengah muda remaja. Ketika zaman ni melalak sana sini menyanyi ngan kawan-kawan. Time mencebak sawit ka mengail ikan duk terjerit menyanyi. Antara banyak-banyak lagu yang aku suka, lagu satu ni yang sampai sekarang tak lupa lirik lagi.

Sambutlah Kasih

Lagu ni dinyanyikan oleh sebuah kumpulan dari Singapura yang tak silap aku nama vokalisnya Yazid. Kumpulan ni kira hot jugak sekitar tahun 98-99. Time ni aku di tingkatan 5. Aku suka selain sebab lagunya best, juga kerana suara penyanyi tu yang rock habis terutama time chorus.

Lirik lagu Sambutlah Kasih Lovehunters

Kat sini aku nak share lirik kat sesiapa yang suka lagu ni atau pun first time nak dengar.

 

Tak Pernah ku menduga 
Gelora jiwa sesali dada
Aku jatuh dan aku merindu tanpa kepastian
Bagaimana nantinya
Aku dapat meyakinkan
Rasa cinta dihatiku
Hanyalah untukmu kekasihku

Mendung dalam sinar matamu
Kenangan duka masa lalu
Kepasrahan

Tak ku hiraukan panas mentari lagi                      (chorus)
Demi cinta ku rela menanti
Takkan goyah walaupun badai kan melanda     

Seribu tahun ku tetap setia
Lupakanlah dukamu yang silam
Hulur tanganmu sambut kasihku
Mari bersama kita melangkah                                                         

Membina cinta abadi

Kalau ikutkan banyak lagi lagu-lagu hit era 90an. Lagu-lagu era itu lebih kuat diingatan berbanding lagu sekarang ni. Tak taulah kenapa… samaada dah memang aku membesar di zaman itu atau memang lagu dan liriknya yang lebih menarik. Nak kata lagu-lagu sekarang ni tak sedap pun… tak jugak. Banyak je lagu dari komposer sekarang ni yang sodap telinga aku dengar.

Malam-malam boring takde benda nak buat pasang earphone dengar youtube memang mengasyikkan. Pilihan semua lagu-lagu 90an..emmm dah tua dah aku. hahaha…

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Siapa yang nak melancong dengan penerbangan dan penginapan percuma? Ini peluang anda kerana sempena Tahun Baru Cina, Traveloka kini menganjurkan Traveloka Fly & Win CNY Contest bermula hari ini 22/1/2018 hingga 28/1/2018. Hadiah yang disediakan sangat hebat dan menarik. Cny 2018 contest ini juga menarik dan menyeronokkan. Kenapa? sebab anda perlu main satu permainan yang disediakan oleh traveloka dan share di facebook korang maximum 5 kali sehari. Senang je kan.

Hadiah Cny 2018 contest

Sebelum kita tau apa permainan yang disediakan dalam Cny 2018 contest ini, jom kita lihat dulu hadiah-hadiah yang disediakan kepada pemenang.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Hadiah pertama adalah flight dan penginapan percuma 6 hari 5 malam ke Seoul Korea Selatan untuk 2 orang. Lebih kurang satu minggu tu akan berada di negara K-pop. Peminat K-pop jangan terlepas peluang ini dan ajak rakan-rakan anda yang lain untuk mencuba. Korea selatan merupakan antara destinasi utama rakyat Malaysia untuk pergi melancong.

Hadiah kedua pula adalah percutian 5 hari 4 malam ke Phuket Thailand untuk 2 orang. Rasanya semua orang tahu Phuket merupakan satu tempat pelancongan yang menarik di Thailand dan menjadi tumpuan utama pelancong di negara Gajah Putih itu.

Hadiah ketiga ialah 4 hari 3 malam percutian ke Langkawi , Kedah untuk 2 orang. Pada pendapat saya Langkawi merupakan pulau perlancongan yang paling menarik di Malaysia. Sebab itu 4 kali dah saya melancong ke Langkawi tapi masih tak jemu-jemu. Kat Langkawi ni macam-macam ada, Cabel car, Underwater World Langkawi, Air terjun telaga tujuh, Taman buaya dan lain-lain lagi.

Kemudian 2 hadiah berupa Voucher bernilai RM 1000 setiap satu. Hadiah berbentuk voucher ini untuk pemenang dari perkongsian Traveloka Fly & Win CNY Contest di akaun facebook. So pastikan anda berkongsi (share) dikalangan rakan anda di facebook. Bagaimana pemenang voucher terpilih? ianya dipilih secara rawak(random). So semua orang ada peluang yang sama untuk menang hadiah ini.

Semua hadiah yang disediakan oleh Traveloka adalah sangat menarik. 3 hadiah utama pada anggaran saya bernilai beribu-ribu ringgit jika kita mengeluarkan kos sendiri. Jangan lepaskan peluang menarik ni.

Cara nak sertai Cny 2018 contest

Untuk mula main game yang disediakan dalam contest ini, anda perlu login menggunakan akaun facebook terlebih dahulu seperti screen shot di bawah.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Kemudian anda kan di bawa keruangan berikut sila klik continue.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Kemudian anda akan di bawa ke page berikutnya.  Di situ terdapat 3 button iaitu Terms and Condition untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan, Instruction info tentang cara bermain dan Start Game untuk memulakan permainan dalam Cny 2018 contest ini.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Syarat-syarat penyertaan

  • Setiap peserta mesti mempunyai akaun facebook yang sah dan set pada public.
  • Peserta perlu menjadi follower Traveloka Malaysia Facebook Fan page.
  • Peserta perlu main permaian Traveloka Fly & Win CNY Contest hanya di website yang disediakan oleh Traveloka.
  • Peserta perlu mengisi borang pendaftaran yang disediakan oleh pihak penganjur.
  • Peserta hanya boleh share di facebook maximum 5 kali sehari.
  • Peserta perlu mencapai score tertinggi. Hanya 3 orang sahaja terpilih untuk memenangi 3 hadiah utama.
  • Peserta berpeluang memenangi 2 hadiah sharing Traveloka Fly & Win CNY Challenge di facebook. 2 pemenang akan dipilih secara rawak.
  • Kegagalan peserta mengikuti mana-mana syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

 

Cara permainan game dalam Cny 2018 contest

Ok yang inilah paling penting anda perlu tahu sebelum bermain. Saya dah try memang best dan ralat dibuatnya. Bukan saya je, isteri pun duk main jugak. Kadang-kadang terjerit-jerit jugaklah kami bermain benda ni di laptop. Ok bila kita klik start game kita akan dibawa ke paparan seperti di bawah.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Apa yang perlu anda lakukan adalah elak kapal terbang tu dari melanggar apa-apa halangan yang menyebabkan cabaran terhenti. Terpaksa mulakan semula. Tetapi kalau terjumpa envelop angpau anda perlu langgar untuk dapatkan markah lebih. Setakat ini saya masih mencuba untuk mencapai markah tertinggi namun masih belum berjaya hehehe..so anda mesti mencuba lagi dan lagi untuk dapatkan rekod tertinggi.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Untuk pengetahuan contest ni berlangsung selama 7 hari, jadi ada masa yang banyak untuk mengexpertkan diri dengan permainan ni. Lagi pun anda perlu share setiap hari untuk berpeluang memenangi hadiah voucher Rm1000.

Yang ni saya buat recording untuk anda lihat contoh macam mana saya main game ni. Dah sehari mencuba  bermain, kiranya 82 tu adalah markah tertinggi setakat ni. Cara anda nak naikkan kapal terbang tu ke atas adalah dengan menekan mouse atau touch pad laju laju. Tapi awas jangan sampai terlanggar awan, layang-layang dan belon udara.

Selepas itu anda perlu tekan submit score  dan login facebook. Langkah seterusnya apa yang perlu dibuat adalah share dan pastikan status share adalah public. Kemudian anda akan di bawa ke ruangan register seperti di bawah. Sila isi nama, alamat emel dan no phone yang boleh dihubungi.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Akhir sekali anda akan lihat paparan akhir dari yang menunjukkan score telah berjaya dihantar. Klik button Traveloka untuk melihat melihat hotel-hotel yang tersedia dan penerbangan ke destinasi pilihan. Seperti yang diketahui ramai, harga dari traveloka lebih murah berbanding dengan harga sebenar.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Link untuk menyertai contest

Mesti anda tertanya-tanya, apakah link untuk sertai contest tersebut? Jangan risau semua orang boleh join contest dengan klik Cny 2018 contest . Anda akan dibawa keruangan seperti di screen shot pertama dalam artikel ini. Selain itu sila klik link traveloka jika berminat melihat hotel dan penerbangan yang disediakan oleh pihak traveloka. Sila share kepada rakan-rakan samaada melalui facebook, whatsapp, telegram atau mungkin di blog anda sendiri. So selamat berjaya!

Cara simpan duit gaji

Cara simpan duit gaji

Tips dan idea simpan duit gaji

Tahun ni dikatakan tahun yang mencabar dari aspek kewangan. Samaada benar atau tidak bergantung kepada ekonomi global dan kebijaksanaan pemimpin negara. Namun bukan bermakna kita yang rakyat biasa ni tidak boleh mengambil apa-apa tindakan untuk berhadapan dengan masalah ini. Apa yang kita semua boleh lakukan adalah berusaha menyimpan dan berjimat disamping bijak mengambil peluang untuk membuat pelaburan. Tak semua orang memiliki kelebihan kewangan atau keberanian untuk memulakan sebarang pelaburan. Tetapi yang pasti setiap orang mempunyai sumber pendapatan dari gaji atau upah.

Kali ni aku nak kongsikan idea atau cara simpan duit gaji yang aku terfikir dari pembacaan ataupun kreativiti sendiri. Sharing is caring.

Simpan duit gaji RM 1 setiap hari

Yang ni aku terfikir untuk buat lepas tengok hari-hari anak simpan seringgit dari belanja yang diberi. Aku terfikir… bukankah baik kalau aku pun simpan macam tu walaupun memang aku ada menyimpan sejumlah wang setiap bulan dari gaji. Aku perlu perbanyakkan cara simpan duit gaji walaupun pada jumlah yang sangat kecil iaitu RM1 sehari. Untuk khas tujuan tu, aku mintak kawan tolong buatkan aku sebuah tabung dari buluh mengikut idea aku sendiri. Kena pulak rumah beliau ada buluh besar.

cara simpan duit

Siap di cat warna hijau. Mintak satu… sekali dibuatnya 7. Tapi bukan untuk aku seorang je…di bagi kat rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah idea aku diterima pakai oleh mereka juga huhu…Dalam masa yang sama korang perlukan satu planner atau sebarang jenis buku nota kecil untuk catit setiap hari supaya tak terlupa masukkan RM1 ke dalam tabung tu. Walaupun jumlahnya kecil…tapi kalau maintain sehingga 2-3 tahun hampir RM1k boleh korang simpan.

Simpan duit gaji setiap hari Jumaat

Idea simpan duit ini aku dapat dari pembacaan kat sebuah buku yang dah terlupa apa tajuknya. Cara dia adalah dengan menyimpan setiap hari Jumaat(hari ni korang boleh pilih hari apepun) dan jumlah meningkat dengan tambahan RM1 setiap minggu. Sepatutnya dimulakan pada awal tahun 2018 ataupun minggu pertama.

Misalnya minggu ni pertama RM1. Minggu depan RM2. Minggu depan lagi RM3 dan berterusan begitu sehinggalah minggu terakhir tahun RM52 memandangkan 1 tahun ada 52 minggu. Dijangka setahun anda akan dapat RM1k++..Ditambah lagi dengan simpan RM1 setiap hari jumlah terkumpul sekitar RM17++ dalam masa setahun. Oklah tu sebab kita menyimpan pun santai-santai je bukan dalam jumlah yang besar. Cuma bermula bulan ke 8 dan keatas korang perlu merancang untuk spend jumlah yang lebih besar setiap minggu.

Apapun seperti cara simpan RM1 setiap hari, korang perlu juga buat catatan untuk memastikan tak terlepas untuk membuat tabungan simpanan. Cara ni juga pada aku boleh mendisplinkan diri untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan memandangkan dalan minda kita dah terset yang simpanan perlu dilakukan setiap hari dan setiap minggu.

Untuk tabung pula korang gunakan je tabung yang sama. Kalau ada tabung banyak boleh asing-asingkan. Tapi tabung buluh aku ni panjang pun dah 1 meter, so saiznya terlebih mencukupi.

Simpan semua duit syiling

Okey yang ni aku rasa hampir semua orang ada buat. Cara senang je… asal ada duit syiling je terus simpan. Lepas korang breakfast atau lunch atau selepas apa-apa pembelian asal ada syiling je terus masukkan dalam tabung. simpan elok-elok dan bila penuh sila dapatkan tabung baru jangan di tukar lagi. Yang terbaik adalah dapatkan sebuah tabung bersaiz besar dan tahan sebab wang syiling ni berat. Pastikan tabung korang tu boleh digunakan untuk simpan selama sekurang-kurangnya setahun. Insyallah setahun boleh dapat syiling terkumpul antara RM400-500.

Hujung tahun bawa pergi ke bank untuk tukar tetapi sebaik-baiknya tukar masuk ke akaun terus. Lagi banyak kita menyimpan lagi bagus. Sekurang-kurangnya ia boleh menampung keperluan jika kita sesak manalah tau kena berhenti kerja ka, sakit ka atau apa-apa lagilah yang perlukan duit.

Itulah 3 cara simpan duit gaji yang korang boleh cuba dan amalkan. Ketiga-tiga idea tu perlu dilakukan sekaligus barulah nampak lebih besar di akhir tahun. Tetapi tak semua orang mampu lakukan kerana ada sesetengah mempunyai komitmen yang tinggi. Jika tak mampu nak simpan dengan ke tiga-tiga cara tersebut boleh la pilih 1 atau 2 dan yang penting adalah konsisten menyimpan.

Tahun 2017 dan 2018

Tahun 2017 dan 2018

Post pertama olaoli.com di tahun 2018. Masuk tahun baru maka umur pun semakin bertambah. Tanggungjawab semakin berat. Anak-anak pula semakin membesar. Tahun 2017 bagi aku adalah tahun yang paling getir dan menyediahkan untuk aku sepanjang hidup kerana aku lebih banyak mengalami kegagalan berbanding kejayaan.

Projek tak menjadi

ya..sedih… banyak perancangan yang disusun dan diusahakan tak mencapai target yang dikehendaki malah ada pula yang total lost. emm… dah nasib badan. Tapi mana-mana orang pun akan cakap kegagalan itu adalah satu guru yang mengajar kita untuk berjaya akan datang. Harap-harap begitulah.

Taktaulah apa silapnya sehinggakan benda yang kira aku ni dah expert buat..pun tak berjaya. Selalu aku tanam confirm hidup je.. tapi takdir buat pertama kalinya replanting hampir 75% mati!!.sedih siot..Benih sawit bukan murah.

Penyewa keluar masuk

Ini satu lagi yang membuat aku stress. Tahun sampai 2-3 kali penyewa bertukar. Kalau ikutkan memang aku boleh je tapau duit depoait sebab langgar perjanjian, tapi bila alasannya memang memilukan dan terbukti..aku juga seorang insan yang baik cewah..lemah lembut serta bertolak ansur. Maka ku pulangkan semua deposit(ada la claim sikit-sikit kerosakan). Orang susah kita kena tolong selagi dalam kemampuan kita.

Maintenance kereta tinggi

Ini pun satu hal, 2017 tahun yang paling banyak aku kena keluar kos untuk kereta.. Ditakdirkan dalam sejarah, tahun yang sama 8 bijik tayar(awal dan akhir tahun) dan 2 bateri diganti. Ditambah dengan major services kedua-dua kereta di tahun yang sama.. beriban melayang. Tapi nak buat macam mana, tayar tak ganti berbahaya. Bateri pulak tak ganti langsung tak boleh start. So insyaallah dalam 2 tahun akan datang kalau penjagaan baik tayar ngan bateri tak tuntut dah. Services kereta pulak tak boleh skip untuk memastikan kenderaan tu awet muda.

Kematian saudara mara dan rakan sepermainan

Ni pun memberi kesan sangat mendalam kepada aku. 2 orang sepupu aku adik beradik dan isterinya meninggal akibat kemalangan di jalan Telok memali kampung gajah 13/12 yang lepas. Sepupu aku tu namanya Al zaidin dan adiknya Azira. Turut terkorban isteri AL zaidin iaitu Haslina. Diorang meninggalkan seorang anak perempuan yatim piatu sebaya dengan anak perempuan aku. Hanya tuhan tahu betapa sebak sedihnya aku tambah bila tengok keadaan jenazah yang uzur akibat kemalangan dasyat tu. Terus terang sehingga sekarang aku masih trauma apabila mengingatkan keadaannya kemalangan dan tercampak kedalam air.

2 orang pula rakan sepermainan sejak kecil meninggal akibat serangan jantung. Seorang ketika bermain bola sepak dan seorang lagi ketika berada dalam kereta.. Mereka ni semua umur lingkungan sebaya aku. Memberi kesan sangat pada diri aku sehingga rasa tak bermaya nak kerja. Harap-harap aku boleh atasi trauma ni insyallah. Alfatihah kepada mereka semua semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Perancangan 2018

perancangan tahun 2018

Buat masa ni aku masih dalam mood untuk pulih dari trauma dan phobia apabila pegang stereng. So takda apa perancangan yang aku azamkan tahun ni. Cuma teruskan hidup dan berubah kepada yang lebih baik. Untuk blogging.. baru nak mula datang mood selepas dekat 3 bulan.

Kewangan.. aku akan teruskan untuk berjimat dan berbelanja dengan bijak. Kerugian 2017 perlu ditutup segera samaada menyimpan atau apa-apa cara asalkan….halal.

Gambar sunset di pantai

Gambar sunset di pantai

Hujung-hujung minggu adalah masa lapang di mana jika ada ruang aku akan melayan hobi-hobi. Macam yang dah diceritakan di post tahun lepas, aku ni banyak hobi. Semua hobi tu memang kesukaan aku untuk mengisi masa lapang. Samaada hobi itu bersama kawan, atau bersama keluarga ataupun bersendirian. Minggu lepas aku ambil gambar sunset di pantai bersama isteri. Tinggal anak kat rumah dengan pengasuh, time papa n mama berdating sambil layan hobi. Ok sebelum tu ini ialah senarai hobi-hobi aku:

  1. pasang mokit
  2. memancing
  3. main kereta kontrol dengan anak-anak
  4. layan dslr
  5. game dota2

Antara 5 tu, yang paling kerap adalah Dota 2 sebab main kat bilik je. Kalau tak dapat keluar rumah(disebabkan hujan atau apa2 yang lain) maka aku akan hadap dota 2 je. Keduanya ialah pasang mokit. Yang ini sekali aku hadap start dari asar sampai ke maghrib la. Pasang mokit ni rasa kusyuk tak perasan dah berjam-jam.

Tangkap gambar sunset di pantai

Hujung minggu lepas aku pergi ke pantai untuk ambil gambar sunset. Agak lama dah dslr aku tak beraksi dan hanya menghabiskan masa lapang di dalam dry box. Bila dah lama tak main ni rasa macam lupa-lupa sikit setting yang sesuai. Terpaksalah try and error semula. Isteri pun terbuka hati melayan kehendak aku(meneman) ke pantai.

Seperti biasa D7000 dan D3000 akan adalah gear yang aku ada. Isteri guna D3000 dan aku guna D7000. Sampai pantai dalam pukul 5.00 petang dan singgah kedai minum petang dulu sementara nak tunggu sunset. Seperti biasa pantai kat sini tak ramai sangat orang, jadi agak mudah nak setting tripod dan dslr. Aku ni jenis pemalu, ada rasa segan bila usung dslr dan tripod kat tengah-tengah orang ramai. Taktaulah kenapa.

Kelengkapan untuk ambil gambar sunset di pantai

Selain D7000 dan D3000, aku menggunakan beberapa alatan lain yang agak penting. Pertamanya filter jenama cokin. Filter yang aku biasa guna untuk shoot pemandangan ni biasanya yang biru untuk menampakan kebiruan langit dan warna merah untuk menampakkan kekuatan sinaran matahari terbenam.

gambar sunset di pantai

Kemudian semestinya adalah tripod. Tripod ni penting untuk mengelak gegaran masa tekan shutter. Selain tu sebab lain nak elak gambar senget sebab kadang-kadang tangan kita menggeletar. Last sekali adalah remote untuk trigger. Biasanya bila guna liveview bersama remote ia akan lebih memudahkan berbanding tekan shutter button sendiri. Lagipun untuk ambil gambar sunset sebaiknya menggunakan live-view untuk menghindari kerosakan mata kerana melihat secara terus sinaran cahaya matahari.

Software edit gambar

Software yang aku guna adalah Aperture yang di beli dari Apple apps store. Sebelum tu aku ada guna lightroom 4. Apa yang dapat aku bandingkan adalah penggunaan Aperture lebih mudah dari lightroom 4. Dari segi harga pun tak banyak beza.

Bagi orang yang tak berapa cekap dan bijak macam aku ni, lebih baik pilih yang mudah. Kalau photoshop lagilah aku fail.

Gambar pemandangan sunset di pantai

Hampir pukul 7.30 baru lah bergerak pulang ke rumah. Tapi perjalanan tak jauh pun sekitar 20-30 minit je. Ok kat bawah aku attach gambar dari aku yang tak pro..

gambar sunset di pantai

gambar sunset di pantai

gambar sunset di pantai

gambar sunset di pantai

gambar sunset di pantai

Gambar isteri yang nak pose jugak

gambar sunset di pantai

ni gambar masa matahari terang lagi dalam pukul 5 begitu

gambar sunset di pantai

ni gambar dari tempat yang berbeza

gambar sunset di pantai

 

>