Images

Hari jadi anak kembar saya

Hari jadi anak kembar saya

Hari jadi anak kembar ke-8

Kelmarin 8/1/2017 adalah hari jadi anak kembar saya yang ke lapan. Sekejap je rasanya sejak menyambut mereka lahir 8 tahun yang lalu dan kini dah pun berada di darjah 2. Mereka berdua ni dilahirkan tak cukup bulan, kandungan baru berumur 32 minggu. Ketika tu mama mereka ni berada dalam keadaan yang berbahaya, apabila tekanan darah tiba-tiba sangat tinggi dan badan membengkak dari 65 kg ke 84 kg hanya dalam tempoh masa 4 hari sahaja. Jadi doktor terpaksa menjalankan pembedahan(caesar) untuk keluarkan bayi. Andai dibiarkan lebih 24 jam, memang berbahaya untuk nyawa ibu dan anak. Agak kritikal jugaklah saya melalui detik-detik kelahiran mereka ini.

anak kembar
Dah 8 tahun dah si kembar hadi dan wafi. Semoga selamat dunia akhirat

Sejarah kelahiran anak kembar

Mereka berdua adalah anak sulung saya. Dilahirkan dengan berat tak sampai pun 2 kg, abang 1.6kg dan adik 1.9 kg. Namun alhamdulillah walaupun dilahirkan tak cukup bulan dan tak cukup berat, sehingga kini mereka ni dianugerahkan kesihatan yang baik dan tubuh badan yang agak kuat. Mereka lebih tahan sakit berbanding adik beradik lain yang kalau sakit memang saya dan isteri tak dapat nak tidur. Dari segi saiz tak sebesar mana, tetapi tinggi Malah kalau along beratnya sama je dengan anak saya yang keempat walaupun beza umur 4 tahun. Walaupun berat tak seberat mana tapi dialah yang paling kuat makan. Bukan nak buat lawak atau merepek, tapi dia yang kurus kering berumur 8 tahun lebih kuat makan dari mamanya. Berbeza dengan kembarnya yang makan memilih, kalau tak kena selera memang tak sentuh langsung.

Persamaan dan perbezaan sikap anak kembar

Anak kembar saya ni adalah kembar seiras tetapi kebanyakan sikap dan gaya mereka ni tak sama. Persamaan yang nyata ialah antara mereka ialah bertanggungjawab dan patuh mendengar kata ayah dan mama walaupun sekecil perkara, sangat berbeza dengan adik beradik yang lain. Mungkin juga sebab mereka ini anak sulung. Walaupun begitu banyak aspek lain yang mereka ni tak sama. Misalnya selera makan dan kecenderungan permaianan. Along lebih suka game yang menguji fizikal manakala angah cenderung kepada game indoor seperti catur, carom dan saidina.

anak kembar

Kemudian along ni bersikap sambil lewa ketika buat sesuatu perkara berbeza dengan kembarnya yang fokus dan teliti. Sebab itulah agaknya tulisan along agak buruk dan tulisan angah agak cantik. Dari segi iq kedua-duanya tak banyak beza dan mungkin along sedikit cerdik. Tetapi along dapat tempat kedua sedangkan angah tempat pertama ketika di darjah satu. Bila disemak kertas jawapan saya dan isteri dapat lihat kemungkinan markahnya kurang bukanlah dia tidak faham soalan dan memahami pengajaran guru, tetapi kerana menjawab tidak teliti dan tidak menyemak semula jawapan.

Angah seorang yang suka join aktiviti-aktiviti seperti pertandingan bercerita, membaca, mengira dan melukis. Berbeza dengan kembar sulungnya yang tidak menunjukkan minat aktiviti-aktiviti begitu. Along lebih suka dengan aktiviti olahraga, badminton dan aktiviti outdoor sampai try masuk selection untuk rumah sukan akhir tahun lepas tapi kalah pada pelajar darjah 2 dan 3 hehe..

anak kembar
Masa konvo tadika

Selain itu chemistry antara mereka ni sangat kuat. Mungkin kerana mereka ini kembar, maka kalau apa-apa sahaja yang saya beli dan minta diberikan kepada adik beradik yang lain, pasti mereka akan memanggil pasangan kembarnya dahulu walaupun adik bongsu berumur 2 tahun sedang berdiri di depan mata.

Kehendak anak kembar

Anak kembar saya ni tidak banyak kehendak dan bukan jenis meminta-minta. Seingat saya, sejak kecil kalau pun mereka meminta itu pun selepas saya tanya apa yang mereka hendak. Macam hari jadi mereka ni, bila ditanya mereka mahu apa jawapanya “mama masak sedap-sedap je la”..oh senangnya hehe.. Berbeza dengan anak saya yang ketiga, bila ditanya mahu hadiah apa, jawapanya “saya nak handphone je ayah”..padahal umur baru 5 tahun tapi permintaan boleh tahan..

Harapan saya

Saya dan isteri memang letak banyak harapan pada si kembar ni. Di sebabkan anak sulung, jadi mereka inilah diharapkan dapat menjaga dan membimbing adik-adik yang lain terutama bila kami suami isteri tiada di rumah berkerja.  Sebagai ibu bapa kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak bukan sahaja ketika msih kecil malah sehingga dewasa. Untuk sediakan mereka dalam keadaan yang baik bagi menghadapi kehidupan dewasa apabila mereka besar nanti adalah menyediakan asas akhlak dan keperibadian yang mulia.

[wdps id=”1″]

Buat duit dengan blog tanpa modal

Buat duit dengan blog tanpa modal

Buat duit dengan blog tanpa modal

Sebelum ni saya ada bincangkan macam mana nak buat duit tanpa modal, post kali ni  pula disenaraikan 8 kaedah yang saya ketahui bagaimana kita boleh buat duit dengan blog. Ramai orang kurang percaya dan tidak yakin tentang prospek untuk menjana hasil dari blog. Lagipun menjadi seorang blogger menuntut lebih banyak komitment, masa dan fokus malah ada ketikanya melebihi waktu bekerja makan gaji. Ia kerana seorang blogger perlu sentiasa menyediakan post yang berkualiti dari semasa ke semasa.
Panduan Buat Duit Blog
Namun apabila sudah serasi dengan cara kerja sebagai seorang blogger, pasti penulisan semakin berkualiti dan mendapat ramai pelawat yang setia membaca di laman blog anda. Bagaimanapun perlu diingat, kejayaan menghasilkan sebuah blog yang baik sukar untuk dicapai dalam jangka masa yang pendek.

Macam mana blogger buat duit dengan blog

Disini ada 10 kaedah atau teknik yang dilakukan oleh kebanyakan blogger untuk menghasilkan pendapatan.

1. Affiliate – merupakan cara buat duit dengan blog yang paling biasa dan mungkin diketahui oleh semua blogger. Terdapat banyak syarikat dan individu yang menyediakan program affiliate mencari agen untuk mempromosi dan menjual produk mereka. Kebiasaanya blogger akan dibayar komisyen berdasarkan harga sebenar produk. Namun setakat ini saya tidak begitu berjaya dengan program affiliate seperti blogger yang lain-lain.

buat duit dengan blog

2. Ruang pengiklanan – banyak syarikat dan pengeluar produk yang bersedia mengambil peluang dengan membayar kos kepada anda untuk meletakkan banner iklan mereka di mana-mana bahagian di blog anda seperti di sidebar, header atau pun banner didalam post. Anda akan mungkin secara mingguan atau bulanan atau mungkin secara lump sum.

buat duit dengan blog

3. Review product – sesetengah blogger akan di bayar upah untuk membuat review atau mempromosi produk dengan menulis artikel. Ada masanya artikel telah ditulis siap dan anda sebagai tuan punya blogger cuma diminta untuk publishkan dalam post dengan meletakkan link ke laman web atau blog mereka.

buat duit dengan blog

4. Google adsense – google adsense adalah salah satu kaedah buat duit dengan blog melalui pengiklanan pay per click yang kerap kita lihat diblog-blog. Biasanya google adsense diletakkan dibahagian header, sidebar dan kadangkala di dalam post. Hasil google adsense sangat bergantung kepada jumlah pelawat yang datang ke blog. Jika sesebuah blog mempunyai pelawat yang ramai maka tinggi kemungkinan untuk mendapatkan klik dan begitulah sebaliknya.

buat duit dengan blog

5. Penulis bebas – ada masanya anda diminta untuk menyedia dan menulis artikel berdasarkan sesuatu topik yang mungkin juga berkaitan dengan niche blog anda sendiri. Kadang-kadang anda di minta untuk menghasilkan artikel untuk di post ke jurnal atau majalah. Sebenarnya banyak peluang untuk seseorang blogger menulis selain di dalam blog.

buat duit dengan blog

6. Menulis ebook – apabila anda sudah mahir dengan apa yang anda lakukan, ambil peluang itu untuk menghasilkan ebook panduan dalam bentuk info yang boleh dijual dan menjana pendapatan. Contoh yang terbaik ialah blogger saudara ahmad faizal yang telah menghasilkan sebuah ebook panduan seo merah jambu telah mendapat sambutan hangat dikalangan blogger.

buat duit dengan blog

7. Grafik designer – jika memiliki skill untuk membuat design, anda boleh letakkan link servis di blog bersama-sama model kerja yang anda lakukan. Ramai blogger yang sentiasa memerlukan design untuk logo, header dan untuk post mereka sendiri. Jangan lupa untuk mendapatkan review setiap customer anda. Dengan review yang positif servis anda akan sentiasa mendapat permintaan.

buat duit dengan blog

8. Menyediakan servis seo – seo adalah perkara paling penting untuk memajukan sesebuah laman web atau blog. Seseorang yang pakar tentang seo mempunyai peluang untuk menyediakan servis seo kepada syarikat atau sesiapa yang ingin menaikkan laman web atau blog mereka ke page pertama di search engine. Biasanya penyedia servise seo akan dibayar dengan jumlah agak tinggi kerana untuk mendapatkan tempat yang baik di search engine adalah satu perkara yang sukar terutama bagi keyword-keyword yang tinggi persaingan.

buat duit dengan blog

Inilah 8 cara atau teknik buat duit dengan blog yang saya ingin kongsikan dengan anda. Macam manapun tidak semua blogger berblogging bertujuan mencari income. Ramai juga antaranya yang menjadikan blog umpama sebuah diari untuk kenang-kenangan. Kebiasaanya mereka ini post berkisarkan kehidupan dan apa yang mereka lalui harian. Tidak kurang juga berblogging sekadar berkongsi hobi dan pendapat.

Seperti juga saya, berblogging lebih kepada hobi dan suka-suka walaupun banyak juga entry saya yang mengisarkan tentang info seperti posting ini. Kalaupun sebelum ini saya pernah meletakkan banner affiliate dan nuffnang, namun ianya tidak lebih dari sekadar nak nampak blog ni bling-bling dengan banner warna-warni. Mungkin next time saya akan fokus untuk buat duit dengan blog.

Buat Duit Blog
[wdps id=”1″]

Tarian zapin negeri Johor

Tarian zapin negeri Johor

Tarian zapin negeri Johor

Saya ni salah seorang peminat dengan tarian zapin walaupun tak pandai da tak pernah cuba menari zapin. Usahkan nak menari zapin, menari ape pun tak tau. Maklumlah jenis badan keras macam kayu. Tapi kalau satu benda tu kita tak boleh buat bukan bermakna kita tak boleh minat. Dibawah ni salah satu video satu kumpulan yang menari zapin. Nampak best dan menarik. Tarian mereka pun sama je.

Tarikan tarian zapin negeri Johor

Saya tertarik dengan tarian zapin ni sebab dia nampak penuh kemelayuan dan gagah. Ada tarian yang sesuai untuk penari lelaki dan ada tarian yang sesuai untuk penari perempuan. Kalau tarian zapin oleh orang lelaki ia akan nampak gagah sopan. Kalau tarian zapin oleh perempuan kita boleh nampak keayuan dan kesopanannya. Aspek tu tak boleh nampak kalau kat tarian-tarian baru yang selalu keluar kat tv tu. Tarian zapin kebiasaanya dilakukan secara berkumpulan dan diiringi dengan alunan muzik dari gambus, gendang, dumbuk dan juga suara penyanyi. Bagaimanapun adakalanya hanya muzik sahaja tanpa iringan suara penyanyi.

Sejarah tarian zapin

Apa yang saya ketahui, zapin ni di bawa dari tanah arab selepas kedatangan agama islam ke tanah melayu. Pada ketika tu tarian zapin ni kiranya adalah cara berhibur mereka disamping bersyair dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam alunan muzik. Pada awalnya ia berdasarkan kepantasan gerakan kaki sahaja. Kemudian tarian ni mula mengalami revolusi selepas berasimilasi dengan adat dan budaya bangsa melayu di dalam empayar Johor-Riau. Boleh dikatakan kini, zapin sangat serasi dengan negeri Johor. Malah dikatakan lebih terorganisasi berbanding daerah-daerah melayu yang lain seperti jambi, deli, singapura dan kawasan-kawasan yang pernah termasuk di dalam wilayah kekuasaan empayar Johor.

Pada awalnya zapin ni hanya tarian untuk orang lelaki. Namun selepas negara merdeka golongan wanita jua telah terlibat dengan aktiviti tarian zapin. Terdapat banyak jenis zapin, cuma yang saya tahu seperti zapin pekajang, zapin lenga dan beberapa lagi. Semua itu dikateggorikan sebagai zapin melayu. Zapin melayu mengalami banyak perubahan dan gaya dari zaman ke zaman. Ia berbeza dengan zapin arab yang masih tiada banyak perubahan dan masih sama dengan asalnya.

Peninggalan pusaka kebudayaan seni melayu

Sebagai keturunan melayu, sehebat manapun tarian lain terutama tarian moden, sepatutnya kita mewarisi dan memelihara tarian tradisional zapin ini dengan sebaiknya. Sebab bagi saya identiti bangsa bukan sahaja berdasarkan bahasa dan warna kulit, malah meliputi semua kebudayaan yang dicipta dan diamalkan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu.

[wdps id=”1″]

Azam baru tahun 2017

Azam baru tahun 2017

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan 2016 dan membuka lembaran baru tahun 2017. Masuk je tahun 2017 maknanya umur kita pun dah meningkat setahun lagi. Oh aku dah semakin tua..korang mungkin masih muda lagi kot..haha. Biasanya setiap awal tahun atau nak menyambut tahun baru masa tu kita menanam azam apa yang kita nak buat sepanjang tahun. Aku pun begitu jugak walaupun lebih 50% azam tak tercapai. Azam baru tahun 2017 yang nak aku ceritakan ni kalau korang nak bacalah..berkaitan dengan aktiviti blogging. Lain-lain azam simpan dalan hati je la.

azam baru

Azam baru 2017

Azam tahun baru ni nak perbaiki kelemahan 2016, merajinkan diri untuk memosting. Titan cakap kat sini seorang blogger mengambil masa lebih kurang 3 tahun untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dari blog mereka. Aku baru aje terbaca posting tu dan memang sedikit sebanyak memberi sentuhan jiwa raga untuk ambil tindakan yang lebih produktif. Malas? ya itulah sikap yang perlu  diubah kalau nak berjaya. Rajin? ya itula pulak sifat yang perlu dimiliki. Senang ke nak rajin? itulah persoalannya..

azam baru

Mungkin 1 atau 2 kali seminggu kekerapa yang sesuai untuk hasilkan post. Kalau nak buat setiap hari atau 2 hari sekali, mungkin blogger sepenuh masa je kot yang mampu.

Blogging adalah satu aktiviti yang menarik sebenarnya. Menulis, berhubung dan berkenalan dengan rakan blogger lain. Kadang-kadang ada event di kalangan blogger dengan bermacam tujuan. Yang pasti untuk networking disamping merapatkan tali silaturrahim. Setakat ni tak pernah la aku join event kalangan blogger ni. Sebab aku segan, malu, rasa kecil pasal blog yang tak berapa manja sangat ni.

Langkah awal azam baru 2017

Azam baru untuk serius berblogging ni dah start bila tukar theme lama ke theme writing ni. Tukar theme pasal aku cuba nak ubah angin mungkin dengan ‘reformasi’ theme ni boleh merajin dan memajukan lagi olaoli.com. Pilihan theme pun simple lebih kepada personal blog dan bukan nak cari duit. Mungkin bila nak masuk third year baru fikirkan untuk cari duit..mungkinlah.

Seterusnya azam baru adalah untuk belajar benda-benda yang aku masih tak pandai-pandai dan memahami aspek-aspek yang penting berkaitan dengan blogging selain penulisan. Benda yang yang susah dan menyusahkan tapi di perlukan adalah macam mana nak mem ‘push’ kan post kita naik ke first page rank dengan keyword yang hot. Barulah pelawat ramai.

azam baru

Kesimpulan

Macam pengalaman aku dan ramai orang yang lain, azam ni hangat-hangat awal-awal je. Lepas tu azam ntah ke mana kitanya ntah ke mana. Apapun azam ni kalau nak maintain, kita kena ada sumber motivasi yang boleh naik kan semula mood kita time down. Bukan mudah untuk mengekalkan sesuatu momentum melainkan apa yang diusahakan itu sudah menunjukkan hasil yang menguntungkan.

[wdps id=”1″]

 

 

Buat duit tanpa modal dengan menjual produk fizikal

Buat duit tanpa modal dengan menjual produk fizikal

Buat duit tanpa modal ?…anda pernah dengar tak ayat begitu. Betulkah boleh buat duit tanpa modal dengan menjual produk fizikal? Sebenarnya agak ramai orang berjaya menjana keuntungan dalam perniagaan online yang pada awalnya bermula tanpa sebarang kos. Mereka sangat bergantung kepada sumber-sumber percuma dan mudah didapati oleh semua orang. Namun kelebihan mereka adalah penggunaan kaedah dan pendekatan yang tepat.

Mereka tidak menyimpan produk, tidak membayar kos pengiklanan dan tidak membuat research untuk mencipta atau membina produk. Mereka hanya menggunakan sumber percuma dan fokus kepada pemasaran. Untuk kali ini saya akan menyenaraikan langkah-langkah dan sumber-sumber percuma yang biasa digunakan. Apa yang akan dibincangkan ini adalah berkaitan dengan kaedah online bukan offline.

Buat duit tanpa modal dengan Dropship

Kini bukan seperti 5-6 tahun lepas. Sekarang ni bermacam syarikat, individu dan online store yang menyediakan peluang untuk menjadi agen dropshipper. Untuk buat duit tanpa modal bukan sesuatu yang mustahil lagi. Kalau anda rajin bersiar-siar di facebook, anda pasti sesekali terjumpa dengan iklan sperti “agen droship diperlukan” atau “peluang jual produk XXXX tanpa modal”. Mereka semua adalah individu atau pengeluar produk yang ingin mencari agen untuk menjual produk mereka. Pengeluar juga mahu mengecilkan kos. Dengan bantuan agen, maka kos pemasaran mereka dapat dikurangkan. Disitulah kita akan mengambil peluang  dengan menjadi agen dropship mereka. Sebagai agen dropship peranan anda adalah mempromosikan  produk mereka dengan meletak harga lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan.

buat duit tanpa modal

Harga produk – (kos produk + shipping cost) = Untung

Maknanya anda perlu markup sedikit harga untuk mendapatkan keuntungan. Kelebihan dropship ialah anda tidak menggunakan sebarang kos untuk membeli produk tersebut. Anda juga tak perlu fikir dan bersusah payah berkaitan dengan penghantaran produk. Yang lebih penting anda bebas risiko kerugian jika produk tidak berjaya dijual.

Affiliate produk fizikal

Antara online store terkenal yang menyediakan program affiliate di Malaysia adalah Lazada dan Zalora. Kedua-dua online store ini adalah tempat yang menjadi favourite orang ramai untuk shopping pelbagai jenis barangan fizikal. Di lazada ramai internet marketer mengambil peluang untuk memasar dan mempromosi produk dengan mendapat komisyen antara 6-10% setiap jualan. Untuk menjadi agen affiliate juga adalah percuma anda hanya perlu mendaftar di ruangan lazada affiliate program. Saya di fahamkan yang jika pengunjung klik link atau banner lazada di blog kita, maka cookies yang tersimpan adalah selama 30 hari. Ini bermakna jika seseorang pengunjung klik banner atau link lazada di blog anda tetapi tidak melakukan pembelian sekarang, namun beliau melakukan pembelian mungkin 2-3 minggu selepas itu, maka anda akan tetap mendapat komisyen.

buat duit tanpa modal

Selain lazada, zalora juga menyediakan program affiliate. Namun zalora adalah online store yang menjual produk pakaian dan acessories lelaki/wanita. Bagaimanapun ia adalah online store yang terkenal untuk shopping fesyen.

Seterusnya ialah bagaimana nak mempromosi tanpa modal.

Pemasaran Facebook

Promosi dengan mengguna social media yang paling terkenal iaitu facebook. Setiap orang boleh membuka akaun facebook tanpa sebarang kos. Apabila memiliki facebook kita boleh membina seberapa banyak page yang kita mahu.  Page adalah tempat terbaik untuk kita memasarkan produk. Bina page berdasarkan niche yang kita mahu. Misalnya jika anda mahu menjual produk pemutih kulit maka ia tergolong dalam niche kecantikan dan permintaan adalah dari golongan wanita. Sebagai contoh sehingga kini saya memiliki 5 page antaranya fotografi, olaoli, pertanian, buku/majalah dan preluv. Kesemuanya dengan niche yang berlainan.

buat duit tanpa modal

Anda boleh mula meningkat dan menambah like dengan rajin mempromosi page. Semakin ramai like page anda maka semakin ramailah prospek untuk membeli produk yang dipromosi. Selain itu anda boleh gunakan page tersebut untuk promosi produk dalam niche yang sama.

Pemasaran Instagram

Instagram juga merupakan salah satu lagi social media yang sangat berkesan mempromosi produk. Semakin banyak follower maka semakin banyaklah orang yang akan melihat sesuatu yang kita promote. Promosi di instagram mungkin sedikit berbeza dari facebook. Anda perlu post gambar dan dalam masa yang sama tingkatkan follower anda. Kaedah bagaimana nak tambah follower akan saya bincangkan nanti di post akan datang.

buat duit tanpa modal

Blog

Ya, ini salah satu lagi kaedah yang jadi pilihan internet marketer. Bagi sesetengah orang, mereka berpendapat membina blog satu perkara yang sukar dan memerlukan kos. Sebenarnya tidak begitu ya kawan-kawan. Kita boleh buat blog secara percuma dengan blogspot. Banyak kelebihan dengan blog kerana ia boleh menjadi platfom untuk kita buat review produk. Selain itu blog sangat membantu untuk nak mem’brand’ kan diri supaya ramai orang mengenali kita dan yakin dengan review yang kita tulis. Blog juga adalah sangat sesuai untuk kita letak banner promosi sesuatu produk.

buat duit tanpa modal

Kesimpulan

Memang tidak mustahil untuk buat duit tanpa modal dan kos. Sudah ramai yang membuktikan bermula dengan percuma namun berjaya menjana hasil yang besar. Anda juga boleh bermula dengan percuma, kemudian selepas berjaya meraih keuntungan maka anda boleh mula berjinak untuk menghasilkan produk sendiri sekaligus menggunakan kaedah pengiklanan berbayar. Menggunakan servis berbayar pasti akan menghasilkan hasil dan keuntungan yang lebih besar.

[wdps id=”1″]

 

>