Images

Bulan Ramadhan menjelang tiba

Bulan Ramadhan menjelang tiba

Bulan Ramadhan menjelang tiba

Tinggal 3 hari je lagi kita nak berpuasa di bulan Ramadhan. Anak-anak pun tak sabar nak berpuasa almaklumlah puasa tahun ni 2 minggu kena cuti sekolah. Ada chance lah mereka nak puasa sebab kurang letih. Sebab 1 hari bersamaan dengan RM5..Kalau puasa10 hari dah dapat RM 50. Kaedah ayah nak galak anak berpuasa.

2-3 hari lepas aku dah ternampak dah iklan hari raya kat tv. Cuma lupa tv3 atau astro. Ramadhan belum lagi bermakna Syawal lagilah belum. Namun kat tv dah keluar dulu iklan raya takde pulak ternampak lagi iklan nak puasa. Kengkadang rasa pelik jugak zaman sekarang ni, sebab zaman aku kecik-kecik dulu akan keluar dulu iklan puasa contohnya chef wan punye program memasak, iklan makanan dan minuman untuk berbuka puasa dan lain-lain lagi. Tapi la ni iklan pasal puasa aku tak nampak lagi tetapi iklan hari raya dah keluar.

bulan ramadhan

Berenti anak-anak aku main bila dengan irama lagu raya kat tv. “eh dah nak raya” – anak aku 5 tahun

“Raya ape kalau puasa pun belum”..aku pangkah

“tapi tu lagu raya” ..kenyataan anak

“tv tu tak pandai tak pernah puasa” ..ayat untuk mematikan sebarang persoalan lagi.

Mungkin jugak ini merupakan salah satu marketing strategi. Menggalakkan orang ramai untuk bersedia simpan duit untuk beli keperluan hari raya kot. Sebab kalau tak diiklan dari awal takut lah nanti orang taktau dan duit orang ramai dah habis beli produk lain. Mungkinlah..mungkin..aku bukannya pakar pasal marketing ni.

Kemudian setiap tahun mesti ada iklan hari raya yang menyentuh jiwa penonton samaada sedih atau gembira. Namun semuanya memberikan pengajaran dan kesedaran kepada orang ramai. Sebab hari raya ini adalah satu masa yang sangat sesuai untuk umat islam mengeratkan lagi tali silaturahim. Sebab di lain waktu kita bukanya banyak kesempatan untuk berjumpa bersalam bersembang dengan saudara mara, jiran sekampung atau sesiapa sahaja.

Orang islam di Malaysia ni(taktau lah negara asia yang lain macam mana) memang sejak zaman berzaman diasuh menyambut hari raya aidilfitri ni secara besar-besaran. Ibu bapa biasanya sedih kalau anak-anak tak balik. Nilai bersama di hari raya adalah lebih besar maknanya berbanding hari lain. Dan tidak kurang juga berhabis duit untuk meraikan aidilfitri sampai berhutang sana-sini. Semua dalam rumah bertukar wajah. Sangat berbeza dengan negara-negara timur tengah(maklumat rakan-rakan yang belajar disana). Aidilfitri disana disambut secara sederhana sahaja. Tetapi mereka menyambut Ramadhan secara besar-besaran dengan masjid sentiasa penuh.

bulan ramadhan

Mencari keberkatan di Bulan Ramadhan

Eh kat Malaysia pun masjid penuh jugak tapi time terawih je la..

Aku harap bulan Ramadhan ini akan lebih menceriakan hidup kita semua. Walaupun tak boleh makan, tetapi keceriaanya adalah bersama amal ibadah yang dituntut oleh Islam. Moh kita tadarus al-quran, berbanyak bersedekah, bersederhana berbelanja dan terawih bersama. Eh banyak lagi sebenarnya..

Jadi dengan itu dengan lebih awal Olaoli.com ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan kepada semua umat Islam semoga kita mendapat segala keberkatan dari Allah S.W.T.

 

Tips elak perceraian untuk suami isteri

Tips elak perceraian untuk suami isteri

Assalamualaikum. Hari ni aku nak jadi ustaz untuk memberi nasihat kepada anda di luar sana tips elak perceraian berlaku dalam keluarga kita. Perceraian adalah satu perkara harus yang paling Allah tak suka.

so siapakah aku yang nak memberi nasihat ni?

Adakah aku sebenarnya seorang ustaz?? tak

Adakah aku seorang kaunselor? pun tidak

atau aku ni seorang tok imam kampung?? tidaklah jugak…

Jadi..siapakah aku yang nak beri nasihat nih??

Aku hanya seorang lelaki yang dah berkahwin dan mempunyai setengah dozen anak dan seorang isteri tetapi sangat banyak pengalaman sebagai pendengar masalah perceraian yang banyak berlaku disekeliling aku..ahli keluarga aku sendiri, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan lama semasa di universiti dulu dan kenalan-kenalan rapat di FB.

Sebabkan aku ni baik berkawan dengan semua orang suka bersembang membuang masa dengan rakan-rakan, makanya bila mereka ada masalah banyaklah dijadikan aku sebagai tempat bercerita untuk lepaskan stress.

So kali ni aku nak kasi tips elakkan perceraian. Semua tips yang aku kongsikan ni adalah berdasarkan punca masalah perceraian yang berlaku dikalangan orang yang aku kenali. Aku susun mengikut ranking punca utama faktor perceraian tu berlaku.

Tips elak perceraian

kewangan – ya. Inilah punca perceraian paling banyak terjadi dikeliling aku. Masalah kewangan ni boleh dikatakan sampai tahap nak beli susu anak pun tak ada. Kena pulak dengan sikap isteri yang tak mampu untuk harungi kehidupan susah. Namun puncanya juga adalah ketidakmampuan menahan kehendak berbelanja besar ketika pendapatan melebihi perbelanjaan. Beli itu beli ini tambah hutang itu tambah hutang ini. Tukar-tukar kereta beli phone mahal-mahal.

Bila sampai satu tahap kronik, semua hutang-hutang di bank tak mampu dibayar. Kereta kena tarik dan terpaksa jual semua harta benda yang ada untuk tanggung makanan harian. Terpaksa pula meminjam dengan kawan-kawan. Tapi lama-lama kawan pun dah tak nak bagi pinjam lagi kalau hutang lama tak dibayar. Akibat tertekan, maka hari-harilah bergaduh. Mulalah ungkit mengungkit. Akhirnya…cerai. Jadi sebagai ketua keluarga jagalah kewangan anda dari defisit setiap bulan. Tak payah la suap kat mulut anak bini ayam setiap hari…suap je ikan masin kalau ikan masin je yang mampu kita beli. Macam orang-orang tua kata, biar genting jangan putus.

panas baran –  ini satu hal lagi..memang sesiapa pun tak boleh tahan kalau suaminya kaki pukul. Hari-hari, silap sikit penampar sampai ke muka. Walaupun semua keperluan hidup dilengkapkan oleh suami, tapi takda isteri kot yang boleh tahan maki hamun dan penampar setiap kali terbuat salah. Ya lah terlupa gosok baju kerja pun kene pelempang….. sapa tahan. Belajarlah sabaq-sabaq..jangan nak tendang terajang anak bini kat rumah…sebab orang-orang yang hang duk tendang terajang tu sebenarnya sayang kat hang. Kawal-kawal lah panas baran tu. Sebab itu semua pengaruh syaitan dalam hati perut tu.

poligami – ok yang ni susah mau cakap. Sebab orang perempuan memang tak suka bab ni. Orang lelaki memang boleh berpoligami kalau dia mampu dari segala hal. Walaupun dah ada anak ramai, dah ada bini punyalah lawa, tapi kalau dia mampu zahir batin boleh je dia kawin lagi. Tapi sebahagian besar isteri ni memang tak boleh terima bab poligami ni. Bergaduh dan akhirnya minta dilepaskan(cerai). Biasanya kalau suami yang berniat nak poligami ni memang taknak ceraikan isteri pertama sebab sayang tu tetap sayang.

Pada pendapat akulah, sebelum nak poligami korang kena didik dulu isteri tu tentang agama. Sebab, bila lihat geng-geng ustaz-ustaz yang aku kenali ada isteri 2, 3 dan ada 4. Kenapa isteri-isteri mereka tak bergaduh dan tak bercerai berai? sebab isteri mereka telah dididik dengan pemahaman dan ilmu agama yang mendalam. Jadi mereka tahu hak suami tu bagaimana dan hak mereka pula setakat mana.

Tidak menghormati suami – ini pasal isteri yang tak pandai nak respek suami. Sepatut dalam rumah tangga ni isteri takut suami, ni tidak suami takut kat isteri. Sebab isteri dia ni suka meninggikan suara kat suami, tak kira lah kat depan anak-anak ka, depan kawan-kawan ka hatta depan mak mertua sendiri pun begitu. So lama-lama suami dah hilang sabar, mungkin juga atas nasihat atau ‘hasutan’ orang lain…ambik kau talak 3. kecoh satu taman. So…pada isteri jangan duk nak melangkau kuasa suami. respek pada suami anda kerana dia adalah ketua keluarga. sebusuk-busuk dia pun, dia adalah suami. Dan para suami, tolonglah ada ego sikit. Memang la kita sayang bini, tapi jangan sampai bini pijak kepala.

dan yang terakhir

suami penagih dadah – ni taktau nak cakap apa. Kalau dah penagih dadah bukan sahaja tak berguna kepada anak bini malah kepada agama, negara dan bangsa pun. Jauhi diri dari pengaruh dadah. Dadah adalah musuh negara.

Tips elak perceraian yang lain

Yang ni pada pendapat aku:

  • hormat menghormati sesama suami isteri
  • bersyukur atas apa je kurniaan atau ujian dari Allah yang kita hadapi
  • jangan tertimbul sedikit pun perasaan kesal terhadap kelemahan pasangan
  • nasihat menasihati
  • sediakan diri dari aspek fizikal yang menarik kepada pasangan anda. yang isteri jaga makan(diet) kasi macam piala. Yang suami pergi gym angkat besi banyak-banyak. apapun ikutlah taste pasangan korang macam mana. kalau isteri nakkan suami gemuk chubby..tak payah pergi gym telan jela nasi banyak-banyak. macam tu jugak kalau sisuami suka isteri dia gebu debab..pi la makan nasi siang malam.
  • kerap buat seks..(ni penting ni)

tips elak perceraian

Perceraian ni biasanya tak beri masalah sangat pun pada isteri atau suami. Yang menjadi masalah adalah anak-anak. Mereka ni akan hidup menderita kurang kasih sayang. Budak PMR 8A bila ibu bapa bercerai SPM lingkup. Anak-anak yang dulu aktif bercakap bila ibu bapa bercerai jadi pendiam. Dan lebih sedih bila tengok anak yang dulunya gemuk obesiti bila ibu bapa bercerai terus susut dan kurus.

Nasihat pada rakan-rakan dan pembaca serta diri sendiri juga. Hiduplah kita berkasih sayang. Sebab hidup ni bukan untuk diri sendiri je. Tetapi untuk orang lain juga.

Sekian terima kasih

 

[wdps id=”1″]

Tips bagaimana nak elak sinki tersumbat di rumah

Tips bagaimana nak elak sinki tersumbat di rumah

​Tips bagaimana nak elak sinki tersumbat di rumah

​Hari ni berpeluh-peluh mengepam pelocok akibat sinki tersumbat. Sampai memancut air keluar dari bahagian bawah sinki. Perghh letih betui mengalahkan pergi gym. Sebelum ni tak pernah pulak tersumbat.

Hampir-hampir juga nak panggil plumber. Tapi plumber upahnya sangat gratis dong

Mungkin sebab dah terlalu lama dengan anak dan bini main tolak je nasi ngan benda-benda lain dalam sinki, itu pasal lah agaknya tersumbat.

Lagi satu puncanya bila sisa-sisa minyak terkumpul lama-lama dia akan mengeras dan menyekat laluan air tu.

​Bila dah tersumbat tahap tu, penggunaan pelocok dah tak ​berkesan. Lantak lah kau nak hentak sekuat mana pun, sisa-sisa makan yang dah mengeras tu tak boleh pergi dah. Aku guna 2 pelocok lagi satu kat sinki dan satu lagi bawah singki.

Last-last keluar rumah cucuk saluran tu dari luar guna dawai keras. Akhirnya berjayalah jugak pecah-pecahkan benda-benda yang keras tu. Then baru pump balik pakai pelocok.

elak singki tersumbat

​​Langkah pencegahan elak sinki tersumbat

​Cara pertama seperti yang biasa orang buat ialah ​curahkan air panas kat saluran sinki tu. Tapi bukan air panas je..air panas yang dicampurkan dengan garam kasar. Tapi garam halus pun ok.

Nak siram air panas tu tak boleh sikit. Kena dalam satu jug saiz 2 liter tu. Sesetengah orang memang buat macam tu, tapi hanya buat seminggu sekali atau sebulan sekali.

Yang terbaik adalah buat setiap hari dan paling elok last malam sebelum masuk tidur. Supaya minyak-minyak tepu tu tak sempat tepu.

 Kalau air panas tu setakat secawan atau segelas tak cukup untuk 'maintain' panas sampai ke dalam saluran bawah sinki. Kadang-kadang ada rumah yang saluran sinkinya panjang.

Sat lagi air panas tu sempat sejuk sebelum sampai ke seluruh saluran.

Tapi jenuh hari-hari nak beli garam pulak kan?

Letak jaring

​Ada sesetengah sinki memang berjaring yang bertujuan untuk mengelakkan sisa makanan yang bersaiz besar masuk ke dalam saluran sinki.

Sisa makanan yang bersaiz besar ni pun antara faktor jugalah yang menyumbatkan saluran.

Ada juga kalau gaya lama(macam aku) setiap kali nak basuh pinggan pastikan sisa makanan di tuang dulu ke dalam tong sampah kat sebelah sinki.

Yang masalahnya, kalau orang dewasa memang faham tapi kalau anak-anak kecil ni kadang-kadang buat kadang-kadang tidak.

elak singki tersumbat

Pump guna pelocok

​Inisiatif boleh diambil dengan cara kerap guna pelocok walaupun tak tersumbat. Sebab nak tersumbat bukan dalam masa yang singkat.

Ambik masa berbulan barulah sinki tersumbat. So rajin-rajinkan lah untuk pump guna pelocok seminggu sekali.

Biasanya pengumpulan sisa makanan berlaku sikit-sikit sampailah saiznya menutup laluan air. Kalau ​rajin pam pakai pelocok maknanya takda chance la sinki nak tersumbat.

Tapi..aku tak rajin.

​Bahan chemical untuk atasi masalah sinki tersumbat

So, bagi korang yang sinki dapur tersumbat atau dah memang selalu tersumbat boleh la cuba tips yang aku kongsikan ni. Manalah tau kot-kot boleh membantu. Korang senang..aku pun senang cewahh..sharing is caring. 

Kalau korang dah tak boleh nak atasi masalah sinki tersumbat tu, cadangan aku pergi je kedai hardware tanya dia apa chemical yang orang biasa guna untuk ​buang sisa yang tersumbat kat saluran sinki.

Nanti depa bagi latu. Aku dah lupa apa nama chemical tu. Atau korang boleh beli di shopee.

UPDATE: ada satu lagi kaedah nak hilangkan pepejal dalam saluran sinki yang dikongsikan oleh seorang blogger terkenal iaitu Bro Anuar . Caranya adalah dengan menuangkan ke dalam sinki cecair clorox. Bahan chemical di dalam clorox mampu untuk mengurai pepejal dari minyak/lemakyang berada di dalam saluran singki.

Plan digi terbaru lebih menarik

Plan digi terbaru lebih menarik

Bertukar ke Plan digi terbaru

Awal tahun lepas aku tukar plan digi yang baru ketika itu. Korang boleh baca post Tukar ke Digi Smartplan 45Plan tu dengan 3gb internet/sebulan dan 50 minit percuma. 3gb internet memang tak cukup untuk aku sebagai seorang yang suka bermain-main dengan maklumat. Kalau kat pejabat bila kerja semua dah settle biasanya dalam pukul 4 petang sebelum nak balik, masa tu ambil peluang search google apa-apa maklumat yang aku suka. Tapi no facebook ya..sebab aku tak begitu menyosial sangat.  

plan digi terbaru
Ni plan yang lama. Aku ambil Rm 45

Pilihan plan digi terbaru

Kebiasaan sebulan bil aku akan jadi sehingga RM70-80. Sebab setiap bulan terpaksa menambah data. Sampai la keluar tahun lepas plan digi terbaru yang lebih sesuai dan kena dengan budget.

digi plan terbaru

Seperti plan terdahulu, aku memilih pakej kat tengah maka kali ni pun aku pilih yang tengah jugak..yang penting bukan jari tengah. Ok plan ni RM80 sebulan menyediakan 20gb data namun dibahagikan kepada 2 iaitu 10gb data internet sebulan dan 10 gb lagi untuk hari minggu je dari 12.01am pagi sabtu hingga 11.59pm ahad. Kemudian boleh rollover maximum 2gb dari monthly data ke bulan depan. Namun yang weekend data tak boleh rollover. Penggunaaan 10 gb dari isnin hingga jumaat adalah cukup-cukup untuk aku seorang insan yang bertubuh besar.

Kelebihan lain dengan plan digi terbaru

Yang ini pun penting dalam plan digi terbaru ni, iaitu unlimited panggilan ke mana-mana network. So yang ni memang aspek penting sebab aku boleh bergayut telefon mak atau adik beradik selama mana aku nak. Kalau lah plan ni dah wujud time aku bercinta, alangkah indahnya. Kemudian diberikan 300 sms percuma ke semua network. Tapi yang ni jarang-jaranglah aku guna..mungkin sebulan tak sampai 10 kali aku hantar mesej kat orang. Kebiasaanya pakai telegram atau whatsapp je lebih senang dan hanya menggunakan data internet sahaja.

Plan digi terbaru untuk pakej RM50 sebulan

Kalau sesiapa yang sekarang masih guna prepaid dan penggunaan sebulan cecah RM 50 ada baiknya korang terus guna postpaid plan digi terbaru RM50 sebulan tu. Dengan pakej postpaid digi ni korang boleh dapat 10GB data internet sebulan yang mana 5GB untuk pengunaan dari isnin hingga jumaat dan 5GB lagi untuk guna waktu hujung minggu. Korang juga akan dapat 100 mesej percuma ke mana-mana network. Dan Rollover adalah 1GB untuk dibawa ke bulan hadapan.

So marilah kita bertukar ke pakej digi plan terbaru ni. Kalau nak puas hati lagi, boleh terus guna pakej RM110 sebulan tu boleh dapat 25GB sebulan dan unlimited untuk weekend. Puas hati tu brader, time cuti duk kat rumah taram lah guna banyak manapun.

[wdps id=”1″]

 

 

>