Category: Blogging

Tanda migrain, punca migrain pengalaman dan petua

Tanda migrain, punca migrain pengalaman dan petua

​Punca migrain

​Baru-baru ni teman kena migrain untuk kali kedua yang baru disedari yang ianya adalah migrain. Punca migrain ni lain sikit taktaulah orang lain pun ada yang kena situasi sama.

Pertama kali langsung tak sangka yang ianya migrain walaupun isteri cakap itu adalah simtom dan tanda migrain.

Mana kita nak sangka sebab dari kecik teman bukan jenis yang pening-pening atau sakit kepala. Kalau nak sakit kepala pun time demam atau selsema(resdung).

Dari apa yang dberitahu oleh doktor simtom yang teman alami merupakan tanda migrain yang tak ramai orang alami.

​Tanda migrain

Tanda migrain yang teman alami adalah berbeza antara pertama kali kena dengan yang kali kedua. 

Kali pertama masa nak bangun subuh dalam pukul 4.30. Masa tu kat rumah mak teman di kampung. Bila duduk dari baring pandangan mata jadi tak stabil. Bila lihat dinding dan almari macam almari dan dinding tu bergerak ke sebelah kiri.

Bertambah kuat bila mata teman memandang ke sebelah kiri tanpa menoleh sehingga rasa nak muntah.

Tetapi awal-awal kena tu takde la sakit kepala pun. Time tu risau ingatkan kena heart attack ke sebab apa yang teman selalu baca antara simtom heart attack kita akan rasa berpinar dan rasa nak muntah tiba-tiba. 

Teman terpaksa baring terlentang, sebab baring terlentang je yang boleh hilangkan rasa berpinar dan berpusing serta loya nak muntah.

Masa tu teman rasa pelik sangat sebab bila baring terlentang je terus normal

Masalah penglihatan ketika migrain

Kali ke dua ketika teman kat tempat kerja.

Tanda migrain kali kedua teman kena ni yang dikatakan tak ramai sangat orang alami. Waktu tengahari lebih kurang pukul 12.30, tengah teman menulis tiba-tiba rasa hairan sebab teman hanya nampak tulisan yang ditulis tetapi tak nampak tangan dan pen yang menulis.

Maknanya time teman menulis tu terus nampak tulisan je keluar tapi tak nampak tangan teman sendiri. Punyele terkejut...dah ada hantu ape ke pulak mengacau tengah-tengahari tu.

Tapi teman tak kisah sebab takde pun sakit kepala ke ape. Tengahari tu teman keluar pergi ambil anak di tadika.

​Masa tu lah ujian paling dasyat bila teman bawak kereta teman hanya nampak kereta di hadapan tapi teman langsung tak nampak kereta dari arah bertentangan disebelah kanan.

Punye risau masa tu takut-takut eksiden sebab hanya nampak bila pandang tepat je. Kalau tak, pandangan tu semua macam lutsinar. 

​Masa anak masuk kereta bila tengok muka dia lagi hairan, sebelah je mukanya nampak sebelah kanan jadi lutsinar atau hampir-hampir hilang.

Sampai je kat rumah dengan jangkaan mungkin sebab hari terlalu panas teman terus masuk bilik pasang aircond baring terlentang.

Teman anggap boleh hilang kalau sama macam kena yang dikampung sebelum tu. Malangnya tak yang datang adalah sakit kepala yang melampau.

Ambil panadol dan cuba tidur dan akhirnya tertido la juge. Bangun je dari tidur alhamdulillah pandangan normal balik, cuma sakit kepala tu yang masih sama

Ambil masa 2-3 hari baru sakit kepala tu beransur hilang.

​Bubur kacang durian punca migrain

​Yang ini teman mendiagnosis diri teman bukan mengambil faktor pengalaman orang lain. Balik je dari klinik teman terpikir apa sebab teman kena migrain.

Doktor banyak sebut tentang punca migrain tapi macam takda satu pun yang berkaitan dengan teman. 

Tetapi...bila dipikir-pikir semula akhirnya teman berjaya mendiagnosis punca migrain yang teman alami.

Bila duduk dari baring pandangan mata jadi tak stabil. Bila lihat dinding dan almari macam almari dan dinding tu bergerak ke sebelah kiri.

Doktor ada sebut tentang alahan kepada makanan kekacang. Teman takda pun masalah alahan apa-apa makanan sebelum ini.

Bila difikir dan dikaji semula puncanya adalah salah satu makanan kegemaran teman iaitu bubur kacang. Ini bubur favourate teman sejak kecik.

TETAPI..bukanlah sebab bubur kacang sahaja yang menyebabkan teman migrain. Punca migrain ni kerana teman makan BUBUR KACANG DURIAN.. bila teman kaji balik baru ingat pertama kali kena pun sebab malam tu makan bubur kacang durian kat kanpung.

Tanda migrain dan punca migrain pengalaman dan petua

Ihsan google

​Teman buat kajian semula dengan meminta isteri buatkan bubur kacang tanpa durian, Tetapi alhamdulillah tak kena lagi migrain. Jadi sejak tu walaupun tekak ni teringin sangat nak makan bubur durian, terpaksalah ditahan-tahan. Tak sanggup rasa nak alami lagi sekali migrain.

​Petua nak kurangkan migrain

​Dalam banyak-banyak petua nak hilangkan migrain ,ada 2 petua yang agak berkesan untuk mengurangkan sakit kepala migrain ​ni.

Tanda migrain dan punca migrain pengalaman dan petua

Pertama baring dalam bilik yang gelap atau kurang cahaya. Teman tutup langsir pasang kipas pasang aircond, rilex dan jangan buat apa-apa aktiviti.

Petua ni mengurangkan sakit kat bijik mata. Sebab teman migrain bukan kepala je sakit dengan bijik mata pun berdenyut sakit.

Kedua balut dua-dua tangan dengan kain yang basah. Ni kawan yang bagi petua, dia suruh masa rehat baring tu balut tangan dengan kain bersih dan basah supaya dapat kurangkan sakit kepala yang berdenyut tu. 2 petua ni memang teman rasa keberkesanannya.

Kalau mike atau kome adala masalah migrain cubalah 2 petua di atas tu manalah tau berkesan bantu masalah kome.

olaoli

Migrain yang teman alami ni tidaklah seteruk berbanding dengan pesakit yang terus menerus mengidapi migrain. Migrain teman ni sementara sebab alahan kepada makanan. Jadi tak pastilah samaada petua yang teman beri tu sesuai atau tidak untuk orang lain.

Pengalaman kerja hantar tong gas

Pengalaman kerja hantar tong gas

2-3 hari lepas ternampak motor delivery tong gas. Teringat kembali nostalgia zaman belajar di UiTM Shah Alam 15 tahun yang lepas. Masa tu sama jugak macam-macam pelajar lain, kesempitan duit terutama bulan-bulan akhir setiap semester. Macam-macam kerjalah dibuat masa cuti semester untuk cari duit. Duit untuk bayar yuran next semester. Aku bukan jenis duduk di rumah tunggu mak suap.

Walaupun hanya cuti semeter, pada pandangan aku kalau cuti sepenuhnya hanya makan minum menyusahkan mak bapak, tu dah masuk kategori menganggur. Zaman tu untuk fakulti sains gunaan rata-rata yuran semester sekitar RM300-350. Sekarang ni taktaulah berapa mungkin besar lagi.

Kebiasaanya time cuti semester aku akan buat pilihan untuk balik kampung dan buat kerja kampung. Kerja-kerja kampung ni biasalah ambil upah potong buah sawit, angkut sawit ke tempat penimbang. Upah setiap tan RM50. Tapi itu kene bagi gak dengan kawan sebab aku tak buat kerja sorang-sorang takut injured. Kita buat kerja tu untuk cari duit nak belajar bukan nak jadikan kerja hakiki. So taknak push sangat sebab biasanya kerja sawit ni efek pada pinggang dan lebih teruk lagi risiko kena buasir.

Penghantar gas di Puncak Alam

Untuk semester 5 aku tak balik ke kampung. Sebab masa tu fikir semester 6 kena buat thesis. Nak kene pakai banyak duit. Kerja sawit kat kampung dapat setakat 4-5 ratus je setakat lepas yuran. Ptptn tak ada lebih. Sekadar cukup untuk bayar sewa rumah, makan dengan keperluan harian je. Masa tu la aku ikut kawan bekerja hantar gas masak kat Puncak Alam. Sebulan tepat aku bekerja sebagai penghantar gas huhu..

Kawasan Puncak Alam ketika tu agak luas dan ramai penduduk. Seingat aku banyak lagi taman-taman perumahan di Puncak Alam yang masih dalam pembinaan. Mungkin sekarang Puncak Alam lebih maju. 

Berbalik semula cerita tadi, kat Puncak Alam aku bekerja dengan seorang bekas tentera, orang Kelantan yang bermastautin kat situ. Panggilan aku kat dia abang Din. Abang Din laki bini adalah bekas tentera. Sama kem, start services sama dan tamat services pun serentak. Depa ni memang suami isteri yang baiklah pernah aku jumpa. Bagi aku kerja, bagi aku makan dan bagi aku tempat tinggal walaupun tak pernah kenal.

​Selepas graduate pun aku bekerja hantar tong gas juga sebab lambat baru dapat kerja. Hampir 9 bulan selepas graduate aku masih menghantar resume ke sana-sini. Sementara tu aku kembali ke Puncak Alam kerja dengan Abang Din. Korang boleh baca post Siswazah Menganggur di sini.

penghantaran tong gas

Ihsan google

Sepanjang kerja hantar gas tu, banyak perkara-perkara baru yang aku belajar. Macam-macam jenis manusia aku jumpa. Macam-macam perangai pelik aku pernah tengok. Keadaaan rumah macam-macam rupe pernah aku lihat. Sebab bukan mudah nak masuk rumah orang ni, tukang hantar gas je yang biasa dapat kebenaran masuk kerumah sampai la ke dapur.

Tempoh masa aku berkerja adalah dari pukul 7 pagi sampai 12 malam. Aku bekerja 17 jam sehari selama sebulan huhu..hanya orang yang biasa kerja berat je sanggup. Mungkin aku dah biasa kerja sawit so rasa macam tidak masalah sangat. Apapun angkat tong gas pergi tingkat 4 memang buat aku termuntah jugak. Mula-mula tu taktau lagi teknik angkat. Angkat tong gas tak sama dengan angkat sawit. 

Angkat sawit banyak guna bisep

Angkat tong gas perlu letak kat belakang tengkuk.​

​Masalah yang paling berat adalah susah nak tidur. Sebab bila-bila masa je orang call suruh hantar gas. Sehari time siang dapatlah tidur dalam setengah jam. Bab tidur tu lah yang masalah sikit. Tapi kira ok sebab budak-budak baru nak up. Yang penting setiap kerja yang kita buat dapat duit. Motif utamanya adalah mencari dana semester 6.

Kaedah penghantaran adalah menggunakan motor je. Cuma motor tu telah dipasang dengan besi untuk letak dan sangkut tong gas. Sekali jalan boleh bawak 3 tong. Satu tong letak melintang dan 2 lagi sangkut di kiri dan kanan. 

penghantaran tong gas

Ihsan google

Memang kerja tu sentiasa berada kat atas motor je sebab bila ada order perlu terus hantar tak boleh tunggu-tunggu kumpul order baru nak hantar. Nanti marah orang sebab tak boleh masak. 

Upah 

Upah dibayar berdasarkan jenis rumah. Dibahagikan kepada 3 kategori. Rumah teres, rumah flat tingkat 1&2 dan rumah flat tingkat 3&4. ​ Upah:

  • rumah teres - RM1.00
  • rumah flat 1&2 - RM1.50
  • rumah flat 3&4 - RM2.00

Sehari lingkungan antara 40-60 tong gas order yang aku kene hantar. Purata upah sehari adalah antara RM40-RM80. Setiap hari aku siap doa, banyak-banyak la order masuk. Makin banyak order makin banyaklah upah aku dapat. Paling best jika order dari restoren atau gerai-gerai tepi jalan. Sekali depa order 3 tong terus. Syok menghantar sekaligus.

Itulah pengalaman kerja time cuti semester. Tak duduk diam kat rumah. Masa tu penat bahaya tak fikir sangat, dalam kepala nak cari duit banyak-banyak. Asal halal ok dah. So pada mana-mana adik-adik yang berada dalam cuti semester, jangan lepak kat rumah aje. Keluar pergi cari kerja. Belajar bergaul dan memahami dunia dengan reality sebenar. Semua tu tak dapat kat dalam kuliah.

​Nasihat aku kepada bakal-bakal graduan diluar sana guna semua masa dan peluang untuk mencari duit dan pelajari sesuatu yang baru. Jangan balik duduk rumah goyang kaki. Cabar diri untuk menjadi seorang yang rajin dan berdikari. Elakkan dari menjadi seorang penganggur.


 

olaoli

Kerja yang banyak memberi pengalaman bila berhadapan dengan karenah manusia. Walaupun ia hanya sekadar penghantar tong gas tetapi banyak yang dapat dipelajari bila berhadapan dengan pembeli.

 

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Siapa yang nak melancong dengan penerbangan dan penginapan percuma? Ini peluang anda kerana sempena Tahun Baru Cina, Traveloka kini menganjurkan Traveloka Fly & Win CNY Contest bermula hari ini 22/1/2018 hingga 28/1/2018. Hadiah yang disediakan sangat hebat dan menarik. Cny 2018 contest ini juga menarik dan menyeronokkan. Kenapa? sebab anda perlu main satu permainan yang disediakan oleh traveloka dan share di facebook korang maximum 5 kali sehari. Senang je kan.

Hadiah Cny 2018 contest

Sebelum kita tau apa permainan yang disediakan dalam Cny 2018 contest ini, jom kita lihat dulu hadiah-hadiah yang disediakan kepada pemenang.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Hadiah pertama adalah flight dan penginapan percuma 6 hari 5 malam ke Seoul Korea Selatan untuk 2 orang. Lebih kurang satu minggu tu akan berada di negara K-pop. Peminat K-pop jangan terlepas peluang ini dan ajak rakan-rakan anda yang lain untuk mencuba. Korea selatan merupakan antara destinasi utama rakyat Malaysia untuk pergi melancong.

Hadiah kedua pula adalah percutian 5 hari 4 malam ke Phuket Thailand untuk 2 orang. Rasanya semua orang tahu Phuket merupakan satu tempat pelancongan yang menarik di Thailand dan menjadi tumpuan utama pelancong di negara Gajah Putih itu.

Hadiah ketiga ialah 4 hari 3 malam percutian ke Langkawi , Kedah untuk 2 orang. Pada pendapat saya Langkawi merupakan pulau perlancongan yang paling menarik di Malaysia. Sebab itu 4 kali dah saya melancong ke Langkawi tapi masih tak jemu-jemu. Kat Langkawi ni macam-macam ada, Cabel car, Underwater World Langkawi, Air terjun telaga tujuh, Taman buaya dan lain-lain lagi.

Kemudian 2 hadiah berupa Voucher bernilai RM 1000 setiap satu. Hadiah berbentuk voucher ini untuk pemenang dari perkongsian Traveloka Fly & Win CNY Contest di akaun facebook. So pastikan anda berkongsi (share) dikalangan rakan anda di facebook. Bagaimana pemenang voucher terpilih? ianya dipilih secara rawak(random). So semua orang ada peluang yang sama untuk menang hadiah ini.

Semua hadiah yang disediakan oleh Traveloka adalah sangat menarik. 3 hadiah utama pada anggaran saya bernilai beribu-ribu ringgit jika kita mengeluarkan kos sendiri. Jangan lepaskan peluang menarik ni.

Cara nak sertai Cny 2018 contest

Untuk mula main game yang disediakan dalam contest ini, anda perlu login menggunakan akaun facebook terlebih dahulu seperti screen shot di bawah.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Kemudian anda kan di bawa keruangan berikut sila klik continue.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Kemudian anda akan di bawa ke page berikutnya.  Di situ terdapat 3 button iaitu Terms and Condition untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan, Instruction info tentang cara bermain dan Start Game untuk memulakan permainan dalam Cny 2018 contest ini.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Syarat-syarat penyertaan

  • Setiap peserta mesti mempunyai akaun facebook yang sah dan set pada public.
  • Peserta perlu menjadi follower Traveloka Malaysia Facebook Fan page.
  • Peserta perlu main permaian Traveloka Fly & Win CNY Contest hanya di website yang disediakan oleh Traveloka.
  • Peserta perlu mengisi borang pendaftaran yang disediakan oleh pihak penganjur.
  • Peserta hanya boleh share di facebook maximum 5 kali sehari.
  • Peserta perlu mencapai score tertinggi. Hanya 3 orang sahaja terpilih untuk memenangi 3 hadiah utama.
  • Peserta berpeluang memenangi 2 hadiah sharing Traveloka Fly & Win CNY Challenge di facebook. 2 pemenang akan dipilih secara rawak.
  • Kegagalan peserta mengikuti mana-mana syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

 

Cara permainan game dalam Cny 2018 contest

Ok yang inilah paling penting anda perlu tahu sebelum bermain. Saya dah try memang best dan ralat dibuatnya. Bukan saya je, isteri pun duk main jugak. Kadang-kadang terjerit-jerit jugaklah kami bermain benda ni di laptop. Ok bila kita klik start game kita akan dibawa ke paparan seperti di bawah.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Apa yang perlu anda lakukan adalah elak kapal terbang tu dari melanggar apa-apa halangan yang menyebabkan cabaran terhenti. Terpaksa mulakan semula. Tetapi kalau terjumpa envelop angpau anda perlu langgar untuk dapatkan markah lebih. Setakat ini saya masih mencuba untuk mencapai markah tertinggi namun masih belum berjaya hehehe..so anda mesti mencuba lagi dan lagi untuk dapatkan rekod tertinggi.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Untuk pengetahuan contest ni berlangsung selama 7 hari, jadi ada masa yang banyak untuk mengexpertkan diri dengan permainan ni. Lagi pun anda perlu share setiap hari untuk berpeluang memenangi hadiah voucher Rm1000.

Yang ni saya buat recording untuk anda lihat contoh macam mana saya main game ni. Dah sehari mencuba  bermain, kiranya 82 tu adalah markah tertinggi setakat ni. Cara anda nak naikkan kapal terbang tu ke atas adalah dengan menekan mouse atau touch pad laju laju. Tapi awas jangan sampai terlanggar awan, layang-layang dan belon udara.

Selepas itu anda perlu tekan submit score  dan login facebook. Langkah seterusnya apa yang perlu dibuat adalah share dan pastikan status share adalah public. Kemudian anda akan di bawa ke ruangan register seperti di bawah. Sila isi nama, alamat emel dan no phone yang boleh dihubungi.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Akhir sekali anda akan lihat paparan akhir dari yang menunjukkan score telah berjaya dihantar. Klik button Traveloka untuk melihat melihat hotel-hotel yang tersedia dan penerbangan ke destinasi pilihan. Seperti yang diketahui ramai, harga dari traveloka lebih murah berbanding dengan harga sebenar.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Link untuk menyertai contest

Mesti anda tertanya-tanya, apakah link untuk sertai contest tersebut? Jangan risau semua orang boleh join contest dengan klik Cny 2018 contest . Anda akan dibawa keruangan seperti di screen shot pertama dalam artikel ini. Selain itu sila klik link traveloka jika berminat melihat hotel dan penerbangan yang disediakan oleh pihak traveloka. Sila share kepada rakan-rakan samaada melalui facebook, whatsapp, telegram atau mungkin di blog anda sendiri. So selamat berjaya!

Theme untuk blog – Percuma atau Premium

Theme untuk blog – Percuma atau Premium

Theme untuk blog – Percuma atau Premium

Theme percuma atau premium(beli). Mana jadi pilihan? untuk pengetahuan korang blog olaoli ni dibina pada bulan 1 tahun 2016. Sehingga sekarang dah berumur lebih kurang setahun 7 bulan. Mula-mula sekali. guna theme percuma sahaja. Tak sampai sebulan kemudian rasa menggatalkan diri untuk try gunakan theme premium. Theme berbayar pertama dapatkan di themejunkie pada harga USD31.20 selepas diskaun. Terus terang sepatutnya aku tak pilih theme itu(DailyTheme) sebab theme tu lebih kepada news dan agak serabut dengan bahagian-bahagian ads dan sebagainya. Tapi itulah, first time takda pengalaman.

Perbezaan percuma dan premium

Aku tidak pakar dalam aspek seo tau yang sejenis denganya tetapi dapat rasakan sedikit perbezaan antara theme percuma dengan premium. Yang paling jelas adalah setiap post selepas menggunakan premium theme sepertinya cepat diindex dan telah beberapa kali muncul di first google page walaupun tidak selalu. Sebelum tu semasa menggunakan theme percuma, walaupun dah ping, dah buat url submit dan share di facebook/twitter, sangat sukar nak muncul di page hadapan walaupun dah bersungguh-sungguh buat kajian keyword dan sebagainya. Dan kebiasaanya memerlukan masa sehingga 10 minit untuk diindex oleh google. Sangat berbeza berbanding theme premium yang hanya perlukan masa sekitar 2-3 minit untuk diindex google.

Selain tu sebagai seorang yang tak paham bab-bab setting blog, menggunakan theme percuma menyebabkan banyak kali blog ini jadi kacau bilau. Theme percuma tak sediakan support cara nak setting dan lagi pulak layout biasanya tak banyak pilihan. Kalau guna premium theme kita akan diberi manual cara nak setting sebab banyak pilihan customize yang disediakan. Lagi pulak sebagai pengguna premium theme, setiap kali ada update kita akan terima secara percuma.

Kelebihan lain pada theme premium adalah dibahagian footer. Tiada paid link atau hidden link yang mempromosikan sesuatu yang diluar kemahuan kita. Berbeza dengan kebanyakan theme percuma yang terdapat paid link kat footer dan tak boleh di buang. Tetapi ia mungkin tidak menjadi masalah jika anda seorang yang pakar tentang code theme. Bagi orang macam aku bila tengok code-code tu rasa nak juling mata.

Adakah theme percuma tidak bagus

Sebenarnya tak boleh juga nak kata theme percuma ni tak bagus. Ramai juga blogger yang masih menggunakan theme percuma. Sebab jika seorang blogger yang baru terjebak dengan dunia blogging rasanya tak perlu segera membeli theme premium.  Malah ramai juga blogger yang tekenal di Malaysia ni hanya menggunakan blogspot dengan theme percuma. Boleh je depa berjaya. kenapa pula kita tak boleh?

Cuma menggunakan premium theme umpama satu pelaburan dalam ‘hartanah’ maya seorang blogger. Domain umpama tanah manakala premium theme macam rumah..eh betui ke perumpamaan aku ni?? Belasah je lah.

Ikut Kemampuan memilih theme

Ikut je lah kemampuan sendiri nak pakai theme apa. Kalau rasa tak mampu atau tak mahu..terus gunakan theme percuma. Ada beribu-ribu theme percuma boleh diguna. Kalau rasa ada kemampuan boleh dapatkan theme menarik yang banyak dipasaran pada pelbagai tingkat harga. Aku sendiri dah bertukar 3 kali theme premium. 2 duit sendiri satu lagi bini belanja. Apapunkan…berblogging ni umpama satu hobby yang akan melahirkan rasa kepuasan yang tak ramai orang faham. Ditambah pulak dengan menggunakan theme yang kita suka tak kisah la premium ke percuma ke..ia akan buat kita rasa betul-betul ‘stim’ untuk terus menulis.

Kesimpulanya

Jika anda serius untuk berblogging dan merancang untuk tempoh yang lama, maka nasihat aku bolehlah bertukar ke premium theme. Tak perlu keluar duit sendiri, ambil masa dahulu untuk dapatkan hasil dari blog seperti affiliate, ads atau lain-lain cara kemudian gunakan hasil tu untuk beli premium theme yang disukai. Insyaallah puas hati.

 

Tips post diindex dengan cepat di google

Tips post diindex dengan cepat di google

Tips post diindex dengan cepat di google

Kalu ikutkan dah lebih kurang 1 tahun 7 bulan aku berblogging di olaoli.com. Ni first time guna blog self-hosted menggunakan netkl. Alhamdulillah semakin hari nampak macam sedikit peningkatan samaada jumlah pelawat ataupun hasil dari blog ini. Dari dulu aku tak pernah berjaya dengan affiliate walaupun untuk jual satu unit pun. Tetapi sekarang berkat usaha dapat juga sell dari affiliate klikjer.com dari link di blog ini.

Bab hasil yang aku dapat tu..nantilah aku cerita. Lagipun bukan lah banyak manapun. Cuma telur busuk(kosong) telah dapat aku pecahkan. Sekarang ni yang aku nak share(ape yang aku tau je lah) ialah bagaimana nak post diindex dengan cepat di google. Ada beberapa langkah.

post diindex dengan cepat di google

Siapkan post dengan sasaran keyword

Ini biasalah bagi mana-mana blogger pun mesti tau bab ni. Kalau nak index ke apa ke pokoknya mestilah ada bina post dulu. Kalau tidak ada artikel so apa yang nak diindex. Dalam masa menulis artikel tu, biasanya kita akan buat sedikit kajian tentang keyword yang nak kita tekankan atau mau berada di page pertama google. Kalau aku, setiap post mengambil masa paling cepat pun 40 minit untuk disiapkan. Itupun kalau buat straight tanpa gangguan.

Ada sesetangah artikel sampai berhari-hari baru siap. Buat sikit-sikit sebab banyak sangat kekangan. tengah menulis tetiba “ayah nak susu!!”..kengkadang “abang, jom keluar jalan-jalan”..tak pun “hello bro, jom lepak-lepak sembang”. Itu semua gangguan yang menjadi punca kerja aku tertinggal dan tertangguh. Padahal idea tengah bercambah dan berkembang mekar.

Submit url post di google atau bing atau yahoo atau kesemuanya

Langkah seterusnya selepas je tekan button publish ialah submit url post tu ke google, bing dan yahoo. Biasanya aku buat satu je iaitu ke google. Masukkan url post terkini korang kat ruangan URL, tik im not robot dan submit request.

post diindex dengan cepat di google

Biasanya inilah langkah pertama aku buat selepas publish mana-mana post artikel. Kalau taktau nak cari kat mana, taip je submit url..nanti keluarla submit link dari pelbagai jenis search engine. Pilihla yang mana korang nak. Memandangkan orang Malaysia ni kebanyakannya tau google je, so submit kat google dah cukup.

Ping artikel post

Langkah ketiga aku akan ping url artikel tersebut selepas submit url di search engine. Ada beberapa tempat aku ping artikel dan yang paling kerap adalah di babab.net. Selain dari babab.net aku akan ping di pingler.com dan pingomatic.com. Mudah je hanya masukkan link sesuatu artikel, title(keyword) dan tick mana-mana category yang sesuai dan selepas masukan captcha code klik button ping.

Share di social media

Langkah seterusnya yang aku buat adalah share di media sosial. Media sosial yang aku guna tak banyak cuma di facebook dan twitter. Itupun bukanya ramai follower. Bagaimanapun ada juga pelawat yang masuk dari laman sosial walau tak banyak mana.

Lepas dah buat semua perkara di atas, try check di google samaada sudah diindex atau belum. Caranya pergi ke google dan buat seperti gambar di bawah

post diindex dengan cepat di google

Kadang-kadang ada artikel yang aku publish diindex tak sampai seminit pun. Kalau paling lama pun dalam lingkungan 1-5 minit sahaja. Perlu diingat, bila diindex bukanlah bermakna post korang dah muncul di page pertama google. Untuk dapat kan 10 rank teratas korang perlu bersaing dari aspek permainan SEO yang aku sendiri pun masih belajar. Ok harapan aku supaya post ini dapat membantu blogger terutama newbie yang mungkin tercari-cari maklumat untuk mempercepatkan blogpost korang diindex di google.

>