Category: Blogging

Ketahui post paling popular di blog anda dengan Google Analytic

Ketahui post paling popular di blog anda dengan Google Analytic

Post paling popular dengan Google analytic

 

Khas untuk blogger yang masih newbie, post ni aku nak share cara bagaimana nak tahu yang manakah post di blog korang yang paling popular. Apa maksud paling popular? Maknanya post yang paling banyak dapat pageview atau pelawat yang membaca.

 

Sebelum tu aku nak jelaskan kepentingan atau kelebihan jika seorang blogger mengetahui post terbaik yang pernah beliau hasilkan.

 

Pertama bagus dijadikan idea untuk menghasilkan post baru yang mempunyai niche sama atau perkara yang sama. Misalnya post paling banyak page view di blog olaoli.com ini adalah Perjanjian Sewa Rumah. Jadi aku hasilkan artikel lain yang boleh related dengan post tersebut seperti artikel Sikap Penyewa Yang Tidak Bertanggungjawab. Kemudian buat link dari post popular tersebut pergi ke artikel baru tu. So boleh kurangkan sikit bounce rate.

 

Kedua apabila kita ketahui artikel yang ramai pengunjung, boleh jadikan ia tempat untuk collect email subsriber. Untuk yang ini memang dah ada dalam perancangan aku, namun masih belum buat sebab tak bersedia untuk menanggung kos memandangkan blog ni belum mempunyai pendapatan yang stabil.

 

Ketiga adalah monitize post tersebut. Antara yang biasa mana-mana blogger buat adalah letak link atau banner affiliate. Pastikan jugak produk affiliate itu ada berkaitan dengan post tersebut. Kemudian yang ada akaun google adsense boleh letakkan adsense korang kat dalam post tu. Tapi aku sendiri pun takda akaun adsense, sampai sekarang tak approve(sedih tui).

 

Langkah-langkah menggunakan Google Analytic untuk lihat post terbaik

 

Mula-mula dah semestinya korang perlu login masuk ke google analytic menggunakan akaun gmail yang korang dah daftar.

post popular dengan google analytic

Kemudian pilih date range data yang korang nak tahu. Pilihan tempoh tu ikut sukahati koranglah nak berapa hari. Ada orang yang guna data sebulan, ada yang seminggu dan ada yang cuma mahu data sehari je. Sebagai contoh kat atas data sehari pada 15.8.2017.

post popular dengan google analytic

Lepas tu pergi ke bahagian kiri dan pilih Behavior.

post popular dengan google analytic

Pilih site content dan pilih all pages.

post popular dengan google analytic

Akhir sekali korang akan nampak ruangan di sebelah kananya. Kat situ korang boleh lihat jumlah pageview tertinggi mengikut ranking.

post popular dengan google analytic

Berdasarkan data di google analytic tu, pageview di blog olaoli.com pada 15/8/2017 adalah 166 dan paling banyak dari post tentang Pengalaman Batuk Teruk. Untuk pengetahuan anda juga, kita boleh gunakan plugin google analytic dan ianya lebih mudah sebab tak perlu nak login google analytic lagi. Korang boleh pantau di dashboard blog je. Harap post ini dapat membantu sesiapa yang mungkin masih tak tau lagi cara nak check post paling popular di blog.

Blog pilihan terbaik olaoli 2017

Blog pilihan terbaik olaoli 2017

Blog Pilihan Terbaik

Ya..kali ni aku nak ‘membodek’ blogger-blogger terkenal(dikenali ramai) kat dalam post aku ni. Dah setahun lebih aku berblogging dan lebih kurang 67 post setakat ini. Kebanyakan post adalah hal peribadi aku sendiri. Sepanjang tu jugak dah 2 kali aku bertukar theme, Writing dan buzzblog. Nak jadi blogger ni memang semangat kena kuat baru boleh bertahan. Aku..semangat tak cukup kuat maa..itu pasal usia blog dah setahun setengah tapi post baru setakat 60 lebih. Tapi disebabkan beberapa perkara telah mendorong aku bersemangat untuk memblogging.

Pertama, sebab post aku ada orang komen..Yes memang seronok ada orang komen kat blog. Tak kisah la sebab blogwalking ke, pokoknya aku suka bila post ada orang komen. Pendapat orang lain taktaulah macam mana.

Kedua, aku dah merasai sedikit hasil dari blog dengan publish artikel dari beberapa pihak tertentu. Tak lah banyak mana, tapi boleh la cover kos hosting dan domain untuk 2-3 tahun.

Ketiga, pelik tapi benar..aku rasa hebat bila aku ada blog..ntahlah

Kembali ke tajuk asal, kali ni aku nak ambil kesempatan untuk menyenaraikan beberapa blog pilihan terbaik yang menjadi pilihan aku. Kenapa jadi pilihan aku??

pasal aku selalu pergi sana..

sebab aku dah hafal dah link..

dah memang aku suka..

 

Senarai Blog Pilihan Terbaik Olaoli.com

Ok yang pertama menjadi pilihan aku adalah mrhanafi.com . Ya sejak awal-awal lagi, blog ni mungkin paling kerap aku lawati. Salah satu sebab ialah hampir setiap hari ada post baru. Bila ada fresh content setiap hari, itu pasal aku kena buka untuk baca. Tak silap aku blogger orang Sarawak. Dah 4-5 tahun bergelar seorang blogger. Beliau ni jugak kerap juga komen di blog aku. Baru-baru ni beliau dah tukar theme.

blog pilihan terbaik

Blog pilihan terbaik yang kedua adalah ahmadfaizal.com. Tak silap aku beliau seorang guru pendidikan jasmani kesihatan. Blog ni jadi pilihan aku atas sebab 2 perkara iaitu gaya penulisan dan menjadi sumber inspirasi..Hah!! kenapa pulak inspirasi..Sebab beliau selalu post artikel tentang hasil dan cara buat duit di interntet. Tu yang tak tahan tu. Dan yang lebih berbisa bila attach gambar cek atau bukti penerimaan pembayaran. emm..ya sangat berbisa dan beracun. Hilang rasa putus asa dan kembali bersemangat..huhu

blog pilihan terbaik

Seterusnya adalah broframestone.com..ya blogger ni adalah blogger sepenuh masa. Sangat aktif dengan program beliau. Aku ikut friend dengan beliau  dan ikuti setiap post/aktivitinya samaada di twitter, instagram, facebook dan blog. Penulisan yang sempoi dan berserta gambar di setiap post. Aku ni suka baca post yang ada gambar. Dan gambar tu pulak adalah gambar yang sebenar bukan copy dari google macam kat blog aku ni.

blog pilihan terbaik

Bagi aku broframestone juga adalah seorang yang mudah dan tidak berkira untuk berkawan. Blogger paling cepat follow aku balik di twitter dan instagram. Blog beliau ni banyak maklumat dari pelbagai niche. Gajet, makanan, pelancongan dan macem-macem lagi.

Keempat adalah blog hairul.com. Aku terjumpa blog ni lebih kurang 7-8 bulan yang lepas. terjumpa masa aku duk search cara cak buat cream puff. Mr Hairul ni juga ada keluarkan panduan nak buat puff dan beberapa panduan yang lain seperti nak buat bun, pizza dan kek. Dari situ lah aku follow blog ni. Theme yang simple dan rasanya warna utama adalah biru…Ala-ala facebook. Penulisan bro Hairul ni juga menarik untuk dibaca walaupun penulisannya lebih ‘skema’ berbanding ahmadfaizal a.k.a titan.

blog pilihan terbaik

 

Demikianlah 4 blog pilihan terbaik pada pandangan dan perasaanku. Aku teringin nak jadikan blog ni ke tahap mereka. Dikenali, ramai follower, hasilkan income yang banyak, tersusun. Tapi bolehkah aku menjadi seperti mereka. Jawapannya tak boleh!!…apasal? sebab aku malas. Kepada yang newbie seperti aku…contohilah seperti mereka insyaallah anda juga boleh berjaya.

 

[wdps id=”1″]

Bulan Ramadhan menjelang tiba

Bulan Ramadhan menjelang tiba

Bulan Ramadhan menjelang tiba

Tinggal 3 hari je lagi kita nak berpuasa di bulan Ramadhan. Anak-anak pun tak sabar nak berpuasa almaklumlah puasa tahun ni 2 minggu kena cuti sekolah. Ada chance lah mereka nak puasa sebab kurang letih. Sebab 1 hari bersamaan dengan RM5..Kalau puasa10 hari dah dapat RM 50. Kaedah ayah nak galak anak berpuasa.

2-3 hari lepas aku dah ternampak dah iklan hari raya kat tv. Cuma lupa tv3 atau astro. Ramadhan belum lagi bermakna Syawal lagilah belum. Namun kat tv dah keluar dulu iklan raya takde pulak ternampak lagi iklan nak puasa. Kengkadang rasa pelik jugak zaman sekarang ni, sebab zaman aku kecik-kecik dulu akan keluar dulu iklan puasa contohnya chef wan punye program memasak, iklan makanan dan minuman untuk berbuka puasa dan lain-lain lagi. Tapi la ni iklan pasal puasa aku tak nampak lagi tetapi iklan hari raya dah keluar.

bulan ramadhan

Berenti anak-anak aku main bila dengan irama lagu raya kat tv. “eh dah nak raya” – anak aku 5 tahun

“Raya ape kalau puasa pun belum”..aku pangkah

“tapi tu lagu raya” ..kenyataan anak

“tv tu tak pandai tak pernah puasa” ..ayat untuk mematikan sebarang persoalan lagi.

Mungkin jugak ini merupakan salah satu marketing strategi. Menggalakkan orang ramai untuk bersedia simpan duit untuk beli keperluan hari raya kot. Sebab kalau tak diiklan dari awal takut lah nanti orang taktau dan duit orang ramai dah habis beli produk lain. Mungkinlah..mungkin..aku bukannya pakar pasal marketing ni.

Kemudian setiap tahun mesti ada iklan hari raya yang menyentuh jiwa penonton samaada sedih atau gembira. Namun semuanya memberikan pengajaran dan kesedaran kepada orang ramai. Sebab hari raya ini adalah satu masa yang sangat sesuai untuk umat islam mengeratkan lagi tali silaturahim. Sebab di lain waktu kita bukanya banyak kesempatan untuk berjumpa bersalam bersembang dengan saudara mara, jiran sekampung atau sesiapa sahaja.

Orang islam di Malaysia ni(taktau lah negara asia yang lain macam mana) memang sejak zaman berzaman diasuh menyambut hari raya aidilfitri ni secara besar-besaran. Ibu bapa biasanya sedih kalau anak-anak tak balik. Nilai bersama di hari raya adalah lebih besar maknanya berbanding hari lain. Dan tidak kurang juga berhabis duit untuk meraikan aidilfitri sampai berhutang sana-sini. Semua dalam rumah bertukar wajah. Sangat berbeza dengan negara-negara timur tengah(maklumat rakan-rakan yang belajar disana). Aidilfitri disana disambut secara sederhana sahaja. Tetapi mereka menyambut Ramadhan secara besar-besaran dengan masjid sentiasa penuh.

bulan ramadhan

Mencari keberkatan di Bulan Ramadhan

Eh kat Malaysia pun masjid penuh jugak tapi time terawih je la..

Aku harap bulan Ramadhan ini akan lebih menceriakan hidup kita semua. Walaupun tak boleh makan, tetapi keceriaanya adalah bersama amal ibadah yang dituntut oleh Islam. Moh kita tadarus al-quran, berbanyak bersedekah, bersederhana berbelanja dan terawih bersama. Eh banyak lagi sebenarnya..

Jadi dengan itu dengan lebih awal Olaoli.com ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan kepada semua umat Islam semoga kita mendapat segala keberkatan dari Allah S.W.T.

 

Plan digi terbaru lebih menarik

Plan digi terbaru lebih menarik

Bertukar ke Plan digi terbaru

Awal tahun lepas aku tukar plan digi yang baru ketika itu. Korang boleh baca post Tukar ke Digi Smartplan 45Plan tu dengan 3gb internet/sebulan dan 50 minit percuma. 3gb internet memang tak cukup untuk aku sebagai seorang yang suka bermain-main dengan maklumat. Kalau kat pejabat bila kerja semua dah settle biasanya dalam pukul 4 petang sebelum nak balik, masa tu ambil peluang search google apa-apa maklumat yang aku suka. Tapi no facebook ya..sebab aku tak begitu menyosial sangat.  

plan digi terbaru
Ni plan yang lama. Aku ambil Rm 45

Pilihan plan digi terbaru

Kebiasaan sebulan bil aku akan jadi sehingga RM70-80. Sebab setiap bulan terpaksa menambah data. Sampai la keluar tahun lepas plan digi terbaru yang lebih sesuai dan kena dengan budget.

digi plan terbaru

Seperti plan terdahulu, aku memilih pakej kat tengah maka kali ni pun aku pilih yang tengah jugak..yang penting bukan jari tengah. Ok plan ni RM80 sebulan menyediakan 20gb data namun dibahagikan kepada 2 iaitu 10gb data internet sebulan dan 10 gb lagi untuk hari minggu je dari 12.01am pagi sabtu hingga 11.59pm ahad. Kemudian boleh rollover maximum 2gb dari monthly data ke bulan depan. Namun yang weekend data tak boleh rollover. Penggunaaan 10 gb dari isnin hingga jumaat adalah cukup-cukup untuk aku seorang insan yang bertubuh besar.

Kelebihan lain dengan plan digi terbaru

Yang ini pun penting dalam plan digi terbaru ni, iaitu unlimited panggilan ke mana-mana network. So yang ni memang aspek penting sebab aku boleh bergayut telefon mak atau adik beradik selama mana aku nak. Kalau lah plan ni dah wujud time aku bercinta, alangkah indahnya. Kemudian diberikan 300 sms percuma ke semua network. Tapi yang ni jarang-jaranglah aku guna..mungkin sebulan tak sampai 10 kali aku hantar mesej kat orang. Kebiasaanya pakai telegram atau whatsapp je lebih senang dan hanya menggunakan data internet sahaja.

Plan digi terbaru untuk pakej RM50 sebulan

Kalau sesiapa yang sekarang masih guna prepaid dan penggunaan sebulan cecah RM 50 ada baiknya korang terus guna postpaid plan digi terbaru RM50 sebulan tu. Dengan pakej postpaid digi ni korang boleh dapat 10GB data internet sebulan yang mana 5GB untuk pengunaan dari isnin hingga jumaat dan 5GB lagi untuk guna waktu hujung minggu. Korang juga akan dapat 100 mesej percuma ke mana-mana network. Dan Rollover adalah 1GB untuk dibawa ke bulan hadapan.

So marilah kita bertukar ke pakej digi plan terbaru ni. Kalau nak puas hati lagi, boleh terus guna pakej RM110 sebulan tu boleh dapat 25GB sebulan dan unlimited untuk weekend. Puas hati tu brader, time cuti duk kat rumah taram lah guna banyak manapun.

[wdps id=”1″]

 

 

Membeli di lazada adalah berbaloi dan selamat

Membeli di lazada adalah berbaloi dan selamat

Membeli di lazada kali ketiga

Hari ini sampai bungkusan pembelian kali ketiga aku di lazada. First bulan januari tahun lepas beli barangan sekolah isteri seperti mesin laminate, puncher dan macam-macam jenis kertas yang aku sendiri pun tak tau nak guna untuk apa. Kemudian isteri aku duk beli berkotak-kotak pampers di lazada hujung tahun lepas. Masa promosi tu boleh dapat pampers petpet saiz L dengan purata harga RM13.00 setiap satu pek. Dalam satu pek tu tak silap aku ada 48 keping kot.

Kali ni aku beli seluar track untuk aku dan isteri. Dari pengalaman membeli di lazada ni dapat disimpulkan ianya mudah dan cepat. Untuk order memang terbaik dan mudah, bertambah baik apabila aku sebagai pengguna kad cimb dan maybank dapat menikmati diskaun sekurang-kurangnya 10%. Kalau shopping online kat tempat lain agak kurang peluang nak jumpa less nih. Untuk penghantaran memang cepat malah lebih baik kalau dibandingkan membeli di ebay atau amazon. Padahal produk tracksuit tu dari china namun penghantaranya cuma mengambil masa 9 hari sahaja.

membeli di lazada

Pilihan membeli di lazada

Kat lazada ni bermacam-macam barangan dijual. Banyak pilihan tersedia dan kita boleh buat pilihan yang paling tepat. Kadang-kadang antara penjual juga meletakkan harga berbeza walaupun jenis barangan yang sama. Ada juga menyediakan pakej menarik seperti jumlah yang banyak tetapi dengan harga purata yang lebih murah.

membeli di lazada

Bungkusan barangan lazada

Setakat tiga kali aku membeli di lazada ni, dari aspek packaging memang puas hati. Packagingnya selamat dan untuk barangan mudah pecah ia akan diletakkan dalam kotak bersama bubble wrap. Begitu juga dengan pembelian sebelum ini seperti pampers, ia di letakkan dalam kotak dan di wrap dengan baik untuk mengelakkan dari terbuka atau rosak terkena air.

 

Shipping cost

Di lazada ni kebanyakan barangan adalah dengan penghantaran percuma. Kita tidak di cas untuk kos penghantaran berbeza dengan di lelong yang hampir semua pembelian dengan kos penghantaran. Namun begitu ada juga barangan yang dikenakan charge tetapi pada kos yang agak rendah.

Kualiti barangan

Tiada beza sangat membeli di lazada dengan membeli di tempat lain. Kualiti banyak bergantung kepada harga dan brand. Kalau tracksuit yang aku beli, memang sesuailah kualiti dengan harganya. Lagipun ia adalah brand dari China dan kebiasaanya ia tidak standing dengan kualiti nike atau adidas. Apapun berbaloilah dengan harganya.

Refund/penggantian barangan

Setakat ni aku tak pernah lagi ada masalah yang perlu minta refund atau hantar semula barang. Namun mengikut pengalaman rakan-rakan, mereka pernah issue refund sebab terima barangan yang berlainan atau dah rosak. Kebanyakannya jenis barangan elektronik seperti power bank dan charger laptop atau phone. Tapi memang dapat refund dan ada juga terima barang yang diganti semula.

Kesimpulanya aku memang puas hati membeli di lazada ni. Untuk korang yang masih belum pernah membeli di lazada lagi bolehlah try, insyaallah korang puas hati. Pilihan di lazada ni sangat banyak. Rambang mata nak pilih yang mana satu. Kalau aku nak beli tracksuit kat kedai ,paling lama pun 20 minit belek-belek, kemudian terus grab satu bayar kat kaunter sebab pilihan tak banyak. Tapi kalau kat lazada ni, 1 jam macam tak cukup nak belek-belek sebab banyak sangat tracksuit kat situ. Dalam masa yang sama aku dapat menambah pengetahuan tentang fesyen-fesyen tracksuit yang terbaru hehehe… Selamat mencuba.

[wdps id=”1″]

>