Pengalaman kerja hantar tong gas

Posted on 4 min read 236 views

2-3 hari lepas ternampak motor delivery tong gas. Teringat kembali nostalgia zaman belajar di UiTM Shah Alam 15 tahun yang lepas. Masa tu sama jugak macam-macam pelajar lain, kesempitan duit terutama bulan-bulan akhir setiap semester. Macam-macam kerjalah dibuat masa cuti semester untuk cari duit. Duit untuk bayar yuran next semester. Aku bukan jenis duduk di rumah tunggu mak suap.

Walaupun hanya cuti semeter, pada pandangan aku kalau cuti sepenuhnya hanya makan minum menyusahkan mak bapak, tu dah masuk kategori menganggur. Zaman tu untuk fakulti sains gunaan rata-rata yuran semester sekitar RM300-350. Sekarang ni taktaulah berapa mungkin besar lagi.

Kebiasaanya time cuti semester aku akan buat pilihan untuk balik kampung dan buat kerja kampung. Kerja-kerja kampung ni biasalah ambil upah potong buah sawit, angkut sawit ke tempat penimbang. Upah setiap tan RM50. Tapi itu kene bagi gak dengan kawan sebab aku tak buat kerja sorang-sorang takut injured. Kita buat kerja tu untuk cari duit nak belajar bukan nak jadikan kerja hakiki. So taknak push sangat sebab biasanya kerja sawit ni efek pada pinggang dan lebih teruk lagi risiko kena buasir.

Penghantar gas di Puncak Alam

Untuk semester 5 aku tak balik ke kampung. Sebab masa tu fikir semester 6 kena buat thesis. Nak kene pakai banyak duit. Kerja sawit kat kampung dapat setakat 4-5 ratus je setakat lepas yuran. Ptptn tak ada lebih. Sekadar cukup untuk bayar sewa rumah, makan dengan keperluan harian je. Masa tu la aku ikut kawan bekerja hantar gas masak kat Puncak Alam. Sebulan tepat aku bekerja sebagai penghantar gas huhu..

Kawasan Puncak Alam ketika tu agak luas dan ramai penduduk. Seingat aku banyak lagi taman-taman perumahan di Puncak Alam yang masih dalam pembinaan. Mungkin sekarang Puncak Alam lebih maju. 

Berbalik semula cerita tadi, kat Puncak Alam aku bekerja dengan seorang bekas tentera, orang Kelantan yang bermastautin kat situ. Panggilan aku kat dia abang Din. Abang Din laki bini adalah bekas tentera. Sama kem, start services sama dan tamat services pun serentak. Depa ni memang suami isteri yang baiklah pernah aku jumpa. Bagi aku kerja, bagi aku makan dan bagi aku tempat tinggal walaupun tak pernah kenal.

​Selepas graduate pun aku bekerja hantar tong gas juga sebab lambat baru dapat kerja. Hampir 9 bulan selepas graduate aku masih menghantar resume ke sana-sini. Sementara tu aku kembali ke Puncak Alam kerja dengan Abang Din. Korang boleh baca post Siswazah Menganggur di sini.

Pinitpenghantaran tong gas

Ihsan google

Sepanjang kerja hantar gas tu, banyak perkara-perkara baru yang aku belajar. Macam-macam jenis manusia aku jumpa. Macam-macam perangai pelik aku pernah tengok. Keadaaan rumah macam-macam rupe pernah aku lihat. Sebab bukan mudah nak masuk rumah orang ni, tukang hantar gas je yang biasa dapat kebenaran masuk kerumah sampai la ke dapur.

Tempoh masa aku berkerja adalah dari pukul 7 pagi sampai 12 malam. Aku bekerja 17 jam sehari selama sebulan huhu..hanya orang yang biasa kerja berat je sanggup. Mungkin aku dah biasa kerja sawit so rasa macam tidak masalah sangat. Apapun angkat tong gas pergi tingkat 4 memang buat aku termuntah jugak. Mula-mula tu taktau lagi teknik angkat. Angkat tong gas tak sama dengan angkat sawit. 

Angkat sawit banyak guna bisep

Angkat tong gas perlu letak kat belakang tengkuk.​

​Masalah yang paling berat adalah susah nak tidur. Sebab bila-bila masa je orang call suruh hantar gas. Sehari time siang dapatlah tidur dalam setengah jam. Bab tidur tu lah yang masalah sikit. Tapi kira ok sebab budak-budak baru nak up. Yang penting setiap kerja yang kita buat dapat duit. Motif utamanya adalah mencari dana semester 6.

Kaedah penghantaran adalah menggunakan motor je. Cuma motor tu telah dipasang dengan besi untuk letak dan sangkut tong gas. Sekali jalan boleh bawak 3 tong. Satu tong letak melintang dan 2 lagi sangkut di kiri dan kanan. 

Pinitpenghantaran tong gas

Ihsan google

Memang kerja tu sentiasa berada kat atas motor je sebab bila ada order perlu terus hantar tak boleh tunggu-tunggu kumpul order baru nak hantar. Nanti marah orang sebab tak boleh masak. 

Upah 

Upah dibayar berdasarkan jenis rumah. Dibahagikan kepada 3 kategori. Rumah teres, rumah flat tingkat 1&2 dan rumah flat tingkat 3&4. ​ Upah:

  • rumah teres - RM1.00
  • rumah flat 1&2 - RM1.50
  • rumah flat 3&4 - RM2.00

Sehari lingkungan antara 40-60 tong gas order yang aku kene hantar. Purata upah sehari adalah antara RM40-RM80. Setiap hari aku siap doa, banyak-banyak la order masuk. Makin banyak order makin banyaklah upah aku dapat. Paling best jika order dari restoren atau gerai-gerai tepi jalan. Sekali depa order 3 tong terus. Syok menghantar sekaligus.

Itulah pengalaman kerja time cuti semester. Tak duduk diam kat rumah. Masa tu penat bahaya tak fikir sangat, dalam kepala nak cari duit banyak-banyak. Asal halal ok dah. So pada mana-mana adik-adik yang berada dalam cuti semester, jangan lepak kat rumah aje. Keluar pergi cari kerja. Belajar bergaul dan memahami dunia dengan reality sebenar. Semua tu tak dapat kat dalam kuliah.

​Nasihat aku kepada bakal-bakal graduan diluar sana guna semua masa dan peluang untuk mencari duit dan pelajari sesuatu yang baru. Jangan balik duduk rumah goyang kaki. Cabar diri untuk menjadi seorang yang rajin dan berdikari. Elakkan dari menjadi seorang penganggur.


 

Pinitolaoli

Kerja yang banyak memberi pengalaman bila berhadapan dengan karenah manusia. Walaupun ia hanya sekadar penghantar tong gas tetapi banyak yang dapat dipelajari bila berhadapan dengan pembeli.

 

(Visited 137 times, 1 visits today)
Please follow and like us:
Pinit
  • menarik la cerita awak bro..

    alhamdulillah berkat susah payah dan otak money matter telah membolehkan bro dan sekeluarga hidup senang sekarang..

    aamiin..

    • ya bro dijadikan cerita untuk anak-anak supaya mereka ada motivasi dan berani.

      • betul tu..

        yang penting belajar untuk berdikari ..

        belajar untuk survive dalam dunia yang penuh mencabar ini

  • Saya tingkatan 3 lagi dah start buat part time masa cuti sekolah. Masa tu sorang sorang pergi KL selamba je . Tapi sekarang nak lepas anak saya tak berani. Saya suruh kerja part time di Seremban 2 je. Di sini lebih safe dan boleh save duit macam macam.

    • kalau dapat kerja dekat dengan rumah memang banyak dapat save. zaman dulu tak banyak risiko, sekarang ni pelbgaai risiko menunggu tu yang kita jadi takut nak lepaskan anak

  • terbaik bro.. aku pulak, masa belajar, kerja part time promoter.. memang sengkek masa tuh.. tuh yang aku cari jalan dengan kawan2… cari jalan.. business part time pun ada jugak.. masing2 punya ikhtiar..

    • ya bro yang penting kita kena terus berikhtiar

  • Kerja makan gaji atau kerja sendiri pun tak jadi masalah asalkan halal. Baca post ni teringat abang ipar saya pernah kerja bawak lori gas sebelum bukak kedai runcit sendiri.

    • oh abang ipar pernah kerja bawa lori gas. Cuma bezanya saya bawa motor gas hehe

  • Kalau zaman skrg ni, RM2 utk angkut ke tngkt 3 & 4, saya rasa x ada anak2 muda kita yg sggup hantar tong gas.

    • mungkin upah sekarang naik. Saya kerja dulu pun dah berbelas tahun yang lepas

  • >
    Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

    Enjoy this blog? Please spread the word :)