Author: olaolico

Pengalaman kerja hantar tong gas

Pengalaman kerja hantar tong gas

2-3 hari lepas ternampak motor delivery tong gas. Teringat kembali nostalgia zaman belajar di UiTM Shah Alam 15 tahun yang lepas. Masa tu sama jugak macam-macam pelajar lain, kesempitan duit terutama bulan-bulan akhir setiap semester. Macam-macam kerjalah dibuat masa cuti semester untuk cari duit. Duit untuk bayar yuran next semester. Aku bukan jenis duduk di rumah tunggu mak suap.

Walaupun hanya cuti semeter, pada pandangan aku kalau cuti sepenuhnya hanya makan minum menyusahkan mak bapak, tu dah masuk kategori menganggur. Zaman tu untuk fakulti sains gunaan rata-rata yuran semester sekitar RM300-350. Sekarang ni taktaulah berapa mungkin besar lagi.

Kebiasaanya time cuti semester aku akan buat pilihan untuk balik kampung dan buat kerja kampung. Kerja-kerja kampung ni biasalah ambil upah potong buah sawit, angkut sawit ke tempat penimbang. Upah setiap tan RM50. Tapi itu kene bagi gak dengan kawan sebab aku tak buat kerja sorang-sorang takut injured. Kita buat kerja tu untuk cari duit nak belajar bukan nak jadikan kerja hakiki. So taknak push sangat sebab biasanya kerja sawit ni efek pada pinggang dan lebih teruk lagi risiko kena buasir.

Penghantar gas di Puncak Alam

Untuk semester 5 aku tak balik ke kampung. Sebab masa tu fikir semester 6 kena buat thesis. Nak kene pakai banyak duit. Kerja sawit kat kampung dapat setakat 4-5 ratus je setakat lepas yuran. Ptptn tak ada lebih. Sekadar cukup untuk bayar sewa rumah, makan dengan keperluan harian je. Masa tu la aku ikut kawan bekerja hantar gas masak kat Puncak Alam. Sebulan tepat aku bekerja sebagai penghantar gas huhu..

Kawasan Puncak Alam ketika tu agak luas dan ramai penduduk. Seingat aku banyak lagi taman-taman perumahan di Puncak Alam yang masih dalam pembinaan. Mungkin sekarang Puncak Alam lebih maju. 

Berbalik semula cerita tadi, kat Puncak Alam aku bekerja dengan seorang bekas tentera, orang Kelantan yang bermastautin kat situ. Panggilan aku kat dia abang Din. Abang Din laki bini adalah bekas tentera. Sama kem, start services sama dan tamat services pun serentak. Depa ni memang suami isteri yang baiklah pernah aku jumpa. Bagi aku kerja, bagi aku makan dan bagi aku tempat tinggal walaupun tak pernah kenal.

​Selepas graduate pun aku bekerja hantar tong gas juga sebab lambat baru dapat kerja. Hampir 9 bulan selepas graduate aku masih menghantar resume ke sana-sini. Sementara tu aku kembali ke Puncak Alam kerja dengan Abang Din. Korang boleh baca post Siswazah Menganggur di sini.

penghantaran tong gas

Ihsan google

Sepanjang kerja hantar gas tu, banyak perkara-perkara baru yang aku belajar. Macam-macam jenis manusia aku jumpa. Macam-macam perangai pelik aku pernah tengok. Keadaaan rumah macam-macam rupe pernah aku lihat. Sebab bukan mudah nak masuk rumah orang ni, tukang hantar gas je yang biasa dapat kebenaran masuk kerumah sampai la ke dapur.

Tempoh masa aku berkerja adalah dari pukul 7 pagi sampai 12 malam. Aku bekerja 17 jam sehari selama sebulan huhu..hanya orang yang biasa kerja berat je sanggup. Mungkin aku dah biasa kerja sawit so rasa macam tidak masalah sangat. Apapun angkat tong gas pergi tingkat 4 memang buat aku termuntah jugak. Mula-mula tu taktau lagi teknik angkat. Angkat tong gas tak sama dengan angkat sawit. 

Angkat sawit banyak guna bisep

Angkat tong gas perlu letak kat belakang tengkuk.​

​Masalah yang paling berat adalah susah nak tidur. Sebab bila-bila masa je orang call suruh hantar gas. Sehari time siang dapatlah tidur dalam setengah jam. Bab tidur tu lah yang masalah sikit. Tapi kira ok sebab budak-budak baru nak up. Yang penting setiap kerja yang kita buat dapat duit. Motif utamanya adalah mencari dana semester 6.

Kaedah penghantaran adalah menggunakan motor je. Cuma motor tu telah dipasang dengan besi untuk letak dan sangkut tong gas. Sekali jalan boleh bawak 3 tong. Satu tong letak melintang dan 2 lagi sangkut di kiri dan kanan. 

penghantaran tong gas

Ihsan google

Memang kerja tu sentiasa berada kat atas motor je sebab bila ada order perlu terus hantar tak boleh tunggu-tunggu kumpul order baru nak hantar. Nanti marah orang sebab tak boleh masak. 

Upah 

Upah dibayar berdasarkan jenis rumah. Dibahagikan kepada 3 kategori. Rumah teres, rumah flat tingkat 1&2 dan rumah flat tingkat 3&4. ​ Upah:

  • rumah teres - RM1.00
  • rumah flat 1&2 - RM1.50
  • rumah flat 3&4 - RM2.00

Sehari lingkungan antara 40-60 tong gas order yang aku kene hantar. Purata upah sehari adalah antara RM40-RM80. Setiap hari aku siap doa, banyak-banyak la order masuk. Makin banyak order makin banyaklah upah aku dapat. Paling best jika order dari restoren atau gerai-gerai tepi jalan. Sekali depa order 3 tong terus. Syok menghantar sekaligus.

Itulah pengalaman kerja time cuti semester. Tak duduk diam kat rumah. Masa tu penat bahaya tak fikir sangat, dalam kepala nak cari duit banyak-banyak. Asal halal ok dah. So pada mana-mana adik-adik yang berada dalam cuti semester, jangan lepak kat rumah aje. Keluar pergi cari kerja. Belajar bergaul dan memahami dunia dengan reality sebenar. Semua tu tak dapat kat dalam kuliah.

​Nasihat aku kepada bakal-bakal graduan diluar sana guna semua masa dan peluang untuk mencari duit dan pelajari sesuatu yang baru. Jangan balik duduk rumah goyang kaki. Cabar diri untuk menjadi seorang yang rajin dan berdikari. Elakkan dari menjadi seorang penganggur.


 

olaoli

Kerja yang banyak memberi pengalaman bila berhadapan dengan karenah manusia. Walaupun ia hanya sekadar penghantar tong gas tetapi banyak yang dapat dipelajari bila berhadapan dengan pembeli.

 

Basuh pakaian di kedai dobi layan diri

Basuh pakaian di kedai dobi layan diri

Hari raya punye pasal buat pertama kali dalam sejarah 11 tahun terakhir aku basuh pakaian di dobi layan diri. Dulu last guna semasa di batu pahat kat dalam kolej hanya dengan kos RM 1 untuk 8 kg kain.  Lame dah tu.  Di daerah aku tinggal sekarang ni sebelum ni memang tak pernah ada dobi layan diri ni.

Tahun 2018 secara tiba-tiba kedai dobi layan 'bercambah' dengan banyaknya sehingga 1 baris bangunan berderet 3 buah kedai. . Jika sebelum ni ada kedai dobi biase je. Eh kot-kot ada yamg tak tau apa itu dobi boleh la baca di sini. Jangan tak tau ye dobi asalnya dhobi adalah satu pekerjaan kelompok rakyat di india dari dulu lagi iaitu membasuh pakaian. Bukan perkataan 'mat saleh' ye.


Punca ke dobi layan diri

Seperti yang aku cakap tadi, punca aku menjejakkan kaki ke dobi layan diri ni adalah kerana hari raya.

Kenapa pulak sebab hari raya??

Hari raya ni 3 kali kami buat open house. 3 kali open house disebabkan ada 3 'geng'. Geng kerja bini aku, geng kerja aku dan geng anak-anak aku. Maklumlah kami beraya di perantauan. So jarak antara open house ni tak jauh. Beza 2 hari sekali. Hari raya ni macam jugak hari-hari biasa, sehari tak basuh pakaian maka semakin menimbun. Disebabkan hari raya orang akan bertandang ke rumah maka kami pun rasa agak segan nak jemur baju sebab tempat jemuran yang ada hanya di halaman depan.

Jadi semakin hari maka semakin berbakul-bakul pakaian kat bilik belakang yang tidak dibasuh. Lepas habis raya ke tujuh baru lah basuh pakaian. Timbul pulak masalah sebab mesin basuh setakat 7 kilo je. Tambahan lagi ada satu set jemuran je. Time tulah terpikir nak hantar kedobi dan ketika itu jugak teringatkan dobi layan diri yang selalu nampak. So ini masanya nak try. Maka dengan hebatnya 4 bakul penuh pakaian 1 keluarga 8 orang masuk ke dalam belakang avanza. 

Kedai dobi layan diri sekarang berbeza.

Dengan yakinnya aku bawak turun semua bakul berisi pakaian dan masuk menuju mesin basuh di kedai dobi. Terus cari lubang syiling. Untuk pengetahuan korang memandangkan kali terakhir 11 tahun dulu guna dobi layan diri pakai syiling maka RM15 aku cedok duit syiling anak-anak.

Aku tanya awek sebelah(tak pasti masih anak dara atau bini orang), kat mana nak masukkan syiling.

Awek tu jawab "nak masuk syiling?".

Terus aku senyap, dalam hati "adakah teknologi sudah berubah??"

dobi layan diri

Mungkin die perasan aku confius, dia jawab "bang kita tak masuk syiling kita masukan token. 1 token RM1 tapi kena beli kat mesin token tu. Sekali guna mesin basuh kena masukkan 3 token"... Mak ai main token pulak dah..

Dengan muka paling hensem yang pandai merendahkan diri, "oo ye ke dik. Alahai abang ni primitif sikit maklumlah orang lame",

​Ketawa awek tu bila aku cakap begitu

Nampak lawa dan ayu pulak awek atau isteri orang tu huhu..

Kos dobi layan diri dengan dobi biasa

Kos antara kedai dobi layan diri dengan kedai dobi biasa memang agak jauh bezanya. Ukuran sebelum ini untuk 2 bakul pakaian biasa di hantar ke kedai dobi biasa di caj sebanyak RM 12 kering dan siap lipat. Di kedai dobi biasa RM 3 tetapi perlu dijemur sekejap dan tidak dilipat. Tapi memasing ada pro dan kontra lah. Kalau kita ni jenis pemalas dan nak cepat serta banyak duit baik hantar ke dobi biasa. Tapi kalau kita rajin dan tak perlu tergesa-gesa cari pakaian better hantar dobi layan diri.

kedai dobi layan diri

Selain tu kalau dobi layan diri ni kita boleh nampak tahap kebersihan(kesucian tidak pasti) dan prosedurnya sebab kita yang uruskan sendiri berbeza dengan hantar ke dobi biasa yang kita tak nampak macam mana mereka basuh pakaian kita. ​Tapi tetiba teringat isu viral kes kedai dobi hanya untuk muslim sampai sultan pun bising-bising.

Rasa bergaya di dobi layan diri

Aku tak tau sama korang faham ke idak tajuk di atas ini rasa bergaya di dobi layan diri. Inilah yang aku rasa, macam hebat dan bergaya pulak. Sambil tunggu antara 30-45 minit pakaian tu di basuh, boleh order minuman dan makanan ringan seperti burger dan french fries. Duduk kat sofa sambil mata memandang tv bersaiz 42 inch yang ada di dalam kedai tu.

Masa tu juga time untuk bukak ipad tengok blog dan affiliate akaun kot-kot ada sell sangkut (yang ini datang untuk kali yang berikutnya). Dan sehingga hari ni, dah 3-4 kali aku pergi ke kedai dobi tu sampai bini pun heran ape ke halnya nak hantar ke dobi padahal boleh je basuh kat rumah.

Alasan aku "kalau kita jarang gunakan mesin basuh tu jangka hayatnya mungkin lebih panjang". Tergelak dia. Tapi dia memang tau sebab apa aku suka melepak kat kedai dobi tu. Bila aku duk kedai dobi tu aku dapat banyak ilham hahaha..kalau korang perasan kan sejak akhir2 ni aku makin kerap post blog. Semua post yang baru ni kebanyakannya draft kat kedai dobi tu lah.. enkome jangan kate teman gile pulak.


Kedai dobi layan diri pernah menjadi viral apabila timbul isu sebuah kedai dobi hanya untuk orang Islam dan dilarang kepada bukan islam. Pemilik kedai dobi tersebut telah menerima kritikan terutama dari bukan islam malah orang islam juga. Sehinggakan isu tersebut mendapat perhatian sultan yang memberi kata dua kepada pemilik kedai tersebut. Akhirnya sipemilik terpaksa akur...



Anak perempuan seorang

Anak perempuan seorang

Alhamdulillah Allah taala kurniakan 6 orang anak. Dari 6 tu sorang je anak perempuan. Disebabkan dia sorang maka dialah yang paling aku manjakan walaupun bawah dia ada 2 orang adik lagi. Bila hanya dia sorang aje perempuan dan dikelilingi adik beradik lelaki maka sikap dan perbuatannya banyak menyerupai abang-abangnya. Bergusti, melompat, berlawan, main bola walaupun pakai tudung.

Sikap menyerupai budak lelaki

Sebagai bapa di zaman serba canggih dan pelik ini, dalam hati aku tersirat satu kegusaran tentang pembentukan sikap dan kecenderungan anak perempuan ini. Ya lah asyik-asyik main lawan-lawan. Bergusti. Main bola sepak kat laman rumah. Bila dibelikan barang mainan masak-masak dan anak patung, adalah 2-3 minit dia main lepas tu permainan lelaki jugak dimainnye. Tapi rasanya mungkin sebab dia terlalu kecik lagi dan takda lagi rakan-rakan sepermainan. Kalau ada pun jumpa di tadika je.

Kecederaan

Disebabkan dia perempuan, sekuat manapun hatin bermain dengan abang-abangnya dia tetaplah badan seorang budak perempuan. Dalam banyak-banyak kecederaan, malam kelmarinlah kecederaan paling teruk setakat ini. Ikut along, angah dan alang main lompat antara sofa ke sofa. Silap langkah lompat tak sampai sofa tersembam ke meja kopi. Ambek kau! Berdarah. Gusi atas terbelah dengan gigi sekali tertolak kedalam. Habis satu malam kat emergency..hai lah anak..

anak perempuan seorang

​hampir-hampir pengsan kesakitan

Tapi sebelum bawa ke emergency sempat jugak lah seliang kat abang-abangnya. Dah dilarang di marah memang nak melompat jugak. Asal nampak aku masuk bilik lelap mata masa tu la depa beroperasi. Itu belum lagi kalau aku takda di rumah. Dengan mamanya langsung tak takut. Memang boleh dikatakan rumah aku antara rumah terbising di taman perumahan ni. Bila sunyi tu maknanya habislah tu semua tidur. Tapi kena tunggu sama ada malam atau time hujan lebat. Aman rumah semua bergelimpangan tidur.

Doktor kata kecederaan tu tak perlu jahit Cuma perlu press gusi yang terbelah supaya kedudukanya sama semula dan nanti katanya akan kembali normal. Esokannya pergi ke klinik pergigian kerajaan untuk cabut gigi-gigi susu yang tersumpik dan patah setengah tu supaya tidak menganggu pertumbuhan gigi yang baru.

anak perempuan seorang

tunggu doktor cabut gigi

​Lepas ni ntah ape pulak depa nak buat. Tahun lepas Alongnya patah tangan jatuh disekolah. Sebelum tu pulak alangnya terlentang dalam bilik air kena 3 jahitan. Kali ni die pulak. Sesetengah orang berani tinggalkan anak-anak dirumah untuk ke kedai sekejap. Tapi aku tak berani sebab tanpa aku di rumah mereka akan lebih bermaharajalela.

olaoli

​Anak kesayangan dan kemanjaan bukan bermakna diberi muka dalam segala hal. kalau buat kesalahan perlu dibetulkan. Juga bukan bermakna anak lain tidak disayangi. Kasih sayang sama je.

PC gaming baru olaoli

PC gaming baru olaoli

Gaming sekarang ni berada di zaman yang kemuncaknya pada aku. Kemungkin akan terus memuncak atau tidak, tak dapat dipastikan. Namun ramai orang bermain game terutama lelaki tetapi tidak bermakna orang perempuan langsung tak main game. Atuk-atuk pun ada lagi yang layan cucu-cucu main game. Betui tak tipu sebab aku pernah tengok. Salah ke main game? tak salah ia cuma satu hobi tetapi mestilah terkawal jangan sampai lupa segala-galanya. Lupa makan, lupa minum, lupa solat, lupa anak bini…kalau begitu alamatnya jahanam la hidup. Nak main game perkara yang mesti ada:

  • Meja
  • ​Kerusi
  • ​PC

eh takkan benda ni pun nak bagitau hehe..tapi manalah tau kalau ada yang taktau.. kisahnya kat sini aku nak bagitau korang aku sudah pun bertukar rig untuk gaming. Sebelum ni pc biase-biase je sekarang ni kiranya oklah sikit.

PC Gaming Baru

Pc yang baru ni dengan jelasnya diceritakan ialah isteri aku yang hadiahkan huhu..harganya murah je..sebab kombinasi terpakai dan baru. Maklumlah isteri budget rendah je tapi die tengok aku ni suka main game maka bila ada masalah kat pc lama maka dihadiahkanyalah pada aku yang baru. Kenapa bini aku bagi pc baru? Sebab pc lama tu banyak kelemahan maklumlah dah buruk. Ok game yang aku layan secara permenant ada 6 je:

  • Dota 2
  • CSGo
  • Fifa Manager 2018
  • Fifa online
  • Pc Builder Simulation
  • Age Of empire
pc gaming baru

Tapi kalau ikutkan banyak lagi game kat akaun steam, Cuma yang 6 tulah paling kerap aku main. Jadi masalah timbul bila pc lama tak boleh bawak beberapa game untuk tempoh main yang lama seperti fifa online dan pc builder simulation. Dia akan terkeluar sebab spec minima game tu melebihi atau sama dengan spec pc. Selalulah aku bercerita kat bini misalnya “yang..abang tak boleh main game ni sebab pc abang tang boleh angkat”..Bini jawab “kesianye…”. Dapat gaji terus bagi peruntukan hoho..hadiah anniversary.

​Spec pc gaming baru

Sebenarnya spec pc gaming baru ni tak lah hebat mana pun tetapi masih jauh lebih baik dari spec yang lama. Aku beli pc ni dari seorang seller dari group facebook PC Gaming Community Malaysia. Ahlinya pun berbelas ribu.

  • CPU - i3 3220
  • ​RAM – 8gb DDR3
  • ​HDD – 500gb
  • ​GPU – Asus Radeon 6870 (rendah sikit dari 750Ti)
  • ​Power Supply – 550 watt
  • Casing – Armageddon T1G Black
pc gaming baru

Spec pc ni tak la hebat mana tapi semua game kegemaran aku boleh main dengan jayanya. Dota 2 ultra setting. Csgo high-ultra setting. PC builder simulation high setting. Asal boleh main dah kira puas hati sebab pernah beli game sekali tak boleh running. Terpaksa lah simpan kat steam je.

Spec pc gaming lama

Spec lama ni adalah basic je Cuma sesuai untuk buat kerja-kerja ofis. Tapi aku ada upgrade sikit. Sebab itulah masih boleh main beberapa game walaupun pada setting yang sangat rendah. Bila setting graphic paling low memang macam nak jadi 2D lah. Misalnya dota 2, dengan setting yang paling low, bila beli item effect langsung tak keluar huhu..

  • ​CPU - Pentium D 3.00
  • ​RAM - 4gb
  • ​HDD – 250gb
  • ​GPU – ATI Radeon 5450hd
  • ​Power Supply – 250 watt

Korang nampak tak berapa rendahnya spec pc lama ni..apapun ianya tetap berjasa menaikkan level dota 2 aku ke peringkat Archon. Bukan sonang…

​Upgrade PC gaming baru

Emmm..ya aku sudah merancang untuk upgrade pc gaming baru ni. Sebab sekarang ni bottlenecknya lebih 11% agak besar. So performance tak berada pada tahap yang sepatutnya. Tapi taktaulah bila nak upgrade memandangkan lepas raya ni banyak duit kena pakai.


olaoli

​Main game bukanlah satu kesalahan. Jika kena caranya kita akan jadi lebih kreatif boleh berfikir dengan pantas jika ada masalah. Orang main game ni juga kebiasaanya ia lebih fokus. Admin rasa lah...

Lebih baik beli atau sewa rumah

Lebih baik beli atau sewa rumah

​Blog ini pernah berkongsi satu artikel iaitu beli kereta baru atau terpakai. Kali ni nak share pula pendapat dan pandangan aku tentang yang mana lebih baik beli atau sewa rumah. Kebanyakan kita tahu semakin hari harga rumah semakin mahal. Semakin dekat lokasinya dengan kawasan yang sibuk dan maju maka semakin tinggilah harga rumah tersebut.

Atas sebab itu ramai orang yang terkejar-kejar dan berlumba membeli rumah untuk pelbagai tujuan samaada untuk tinggal sendiri atau untuk di sewakan. Di kawasan yang maju seperti lembah Klang agak sukar untuk mendapatkan rumah dengan harga yang murah. Tidak semua orang berkemampuan untuk membeli rumah, pilihan yang ada adalah mencari rumah untuk di sewa. Sungguhpun begitu bukanlah semestinya tindakan membeli rumah adalah satu tindakan yang bijak dan bukan pula bermakna menyewa adalah satu kesilapan.


Kelebihan beli rumah

Ada beberapa kelebihan beli rumah jika dibandingkan dengan menyewa. Jika kita memiliki sebuah rumah maka ianya adalah hak kita sepenuhnya.


lebih baik beli atau sewa rumah

Macam-macam perkara boleh dibuat.

Kita boleh tukar cat, paku sana sini, boleh renovate dan macam-macam lagi. Pendek kata rumah aku sukahati akulah!

Selain tu kita tak hadapi kenaikan kos bulanan. Kalau beli rumah ni ansuran bulanan biasanya adalah tetap selama mana perjanjian. Jika perjanjian RM1000 sebulan selama 30 tahun maka nilai RM1000 lah yang perlu dibayar sampai 30 tahun. Kalau ada kenaikan pun disebabkan kadar BLR yang berubah dan ianya jarang berlaku.

Kelebihan lain rumah yang kita beli tu juga boleh disewakan. Ada orang yang beli rumah memang tujuan untuk di sewakan macam aku. Setiap bulanan hasil sewa yang diterima mencukupi untuk membayar ansuran bulanan dan maintenance kos. Maknanya penyewa yang bayarkan ansuran bulanan bukan kita.


Keburukan beli rumah

​Kalau ada kelebihan, pasti ada keburukan dan kelemahan. Begitu jua dengan membeli rumah, ada beberapa keburukan yang ada antaranya aku alami sendiri.

lebih baik beli atau sewa rumah

Pertama misalnya adalah kos downpayment atau deposit. Beli guna loan kerajaan memang tanpa deposit. Tapi jika kita beli guna pinjaman dari bank deposit diperlukan dan kebiasaanya adalah 10% dari harga jualan.

Katakanlah sebuah unit semi D beharga RM 320k, maka deposit yang diperlukan adalah RM 32k. Bukan sikit nak kumpul duit sampai banyak tu. Jadi kita terpaksalah membuat simpanan yang banyak dari gaji bulanan. Namun ada beberapa kaedah lain untuk mendapatkan deposit salah satunya adalah membuat personal loan untuk deposit. Ramai orang buat begitu tetapi aku tak galakkan sebab nanti hutang korang akan bertambah. namun tidak dinafikan ianya adalah cara yang lebih pantas untuk dapatkan deposit..

Keburukan lain ialah penyenggaraan jika berlaku kerosakan rumah. Biasanya dialami oleh mereka yang menyewakan rumah kepada orang. Seperti yang aku lalui selepas penyewa keluar memang banyak kerosakan berlaku. Pernah sekali deposit pun tak boleh cover kos pembaikan. Kalau sewakan rumah fully furnish lagilah banyak masalah jika berlaku kerosakan pada aircond, tv, mesin basuh atau peti ais.

Satu lagi ialah masalah ketika hendak menjual rumah. bagi aku rumah bukanlah satu pelaburan yang kecairanya tinggi. Nak jual rumah atau aset seperti itu memakan masa yang lama. Mungkin berbulan-bulan. Belum lagi kos yuran yang tak silap antara 4%-6%. 

Kerugian boleh berlaku ​apabila sewa rumah adalah lebih rendah dari jumlah ansuran. Maknanya tuan rumah perlu tambah lagi kos untuk membayar ansuran.


Kelebihan sewa rumah

Sebelum ada rumah aku juga adalah penyewa. Dari pengalaman aku sebenarnya menyewa ni ada banyak kelebihan. Pertama ialah kita tak perlu pening jika perlu berpindah.

kelebihan sewa rumah

​Aku banyak kali berpindah rumah sewa dan tak jadi masalah sebab tak perlu fikir rumah yang ditinggalkan sebab bukan rumah aku hehehe..kalau orang yang kerjanya tidak tetap kat sesuatu kawasan memang menyewa adalah satu tindakan yang tepat.

Tak payah fikir nak bayar cukai. Cukai pintu, insurans itu semua tuan rumah yang perlu sediakan bukan penyewa. Apa yang kita perlu buat adalah menyediakan duit yang cukup untuk bayar sewa rumah setiap bulan. kalau tak bayar alamat kena halaulah...

Seterusnya kita tak perlu bertanggungjawab untuk buat pembaikan rumah jika berlaku kerosakan. Misalnya angin kuat tiba-tiba atap tercabut, pembaikan tu perlu dibuat oleh tuan rumah bukanya penyewa. Ataupun jika dinding rumah retak, tuan rumah perlu bertanggungjawab untuk membaiki keroskan tersebut.



Keburukan sewa rumah

Walaupun banyak kelebihan sewa rumah, tetapi ada beberapa keburukan yang anda perlu pertimbangkan untuk buat keputusan sama ada lebih baik beli atau sewa rumah. Pertama adalah penyewa perlu bersedia berhadapan dengan kenaikan kadar sewa. Adakalanya tuan rumah akan menaikkan sewa rumah setiap tahun walaupun dengan kadar kenaikan yang rendah. Ada juga tuan rumah yang menaikkan kadar sewa tinggi dan sesuka hati.

Kedua ialah kepayahan apabila tempoh sewaan semakin dekat. Anda perlu bersedia lebih awal untuk berpindah dan mencari rumha sewa baru. Kebiasaanya tuan rumah akan menaikkan kadar sewa jika kita ingin menyambung tempoh sewaan. Dan adakalanya juga tuan rumah akan menolak untuk lanjutkan sewaan apabila tidak berpuas hati dengan keadaan rumah.

Ketiga ialah anda tetap juga tidak mempunyai rumah sendiri. duit anda digunakan untuk membayar sewa rumah. Jika sebulan anda bayar sewa pada kadar Rm 700 dan anda telah diami selama 5 tahun bermakna anda telah bayar sewa sebanyak RM42000.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian untuk buat pilihan lebih baik beli atau sewa rumah. Sebab kalau nak beli banyak lagi perkara yang perlu dinilai. Lokasi, jumlah ansuran, permintaan dan beberapa aspek lain untuk elakkan dari kerugian.


olaoli

​Diharap pendapat dan pandangan admin ini dapat membantu sesiapa sahaja yang sedang membuat pilihan samaada beli atau sewa rumah. Untuk beli rumah melibatkan loan sehingga beratus ribu. Jadi buatlah keputusan terbaik.


>