Anak perempuan seorang

Posted on 2 min read 94 views

Alhamdulillah Allah taala kurniakan 6 orang anak. Dari 6 tu sorang je anak perempuan. Disebabkan dia sorang maka dialah yang paling aku manjakan walaupun bawah dia ada 2 orang adik lagi. Bila hanya dia sorang aje perempuan dan dikelilingi adik beradik lelaki maka sikap dan perbuatannya banyak menyerupai abang-abangnya. Bergusti, melompat, berlawan, main bola walaupun pakai tudung.

Sikap menyerupai budak lelaki

Sebagai bapa di zaman serba canggih dan pelik ini, dalam hati aku tersirat satu kegusaran tentang pembentukan sikap dan kecenderungan anak perempuan ini. Ya lah asyik-asyik main lawan-lawan. Bergusti. Main bola sepak kat laman rumah. Bila dibelikan barang mainan masak-masak dan anak patung, adalah 2-3 minit dia main lepas tu permainan lelaki jugak dimainnye. Tapi rasanya mungkin sebab dia terlalu kecik lagi dan takda lagi rakan-rakan sepermainan. Kalau ada pun jumpa di tadika je.

Kecederaan

Disebabkan dia perempuan, sekuat manapun hatin bermain dengan abang-abangnya dia tetaplah badan seorang budak perempuan. Dalam banyak-banyak kecederaan, malam kelmarinlah kecederaan paling teruk setakat ini. Ikut along, angah dan alang main lompat antara sofa ke sofa. Silap langkah lompat tak sampai sofa tersembam ke meja kopi. Ambek kau! Berdarah. Gusi atas terbelah dengan gigi sekali tertolak kedalam. Habis satu malam kat emergency..hai lah anak..

Pinitanak perempuan seorang

​hampir-hampir pengsan kesakitan

Tapi sebelum bawa ke emergency sempat jugak lah seliang kat abang-abangnya. Dah dilarang di marah memang nak melompat jugak. Asal nampak aku masuk bilik lelap mata masa tu la depa beroperasi. Itu belum lagi kalau aku takda di rumah. Dengan mamanya langsung tak takut. Memang boleh dikatakan rumah aku antara rumah terbising di taman perumahan ni. Bila sunyi tu maknanya habislah tu semua tidur. Tapi kena tunggu sama ada malam atau time hujan lebat. Aman rumah semua bergelimpangan tidur.

Doktor kata kecederaan tu tak perlu jahit Cuma perlu press gusi yang terbelah supaya kedudukanya sama semula dan nanti katanya akan kembali normal. Esokannya pergi ke klinik pergigian kerajaan untuk cabut gigi-gigi susu yang tersumpik dan patah setengah tu supaya tidak menganggu pertumbuhan gigi yang baru.

Pinitanak perempuan seorang

tunggu doktor cabut gigi

​Lepas ni ntah ape pulak depa nak buat. Tahun lepas Alongnya patah tangan jatuh disekolah. Sebelum tu pulak alangnya terlentang dalam bilik air kena 3 jahitan. Kali ni die pulak. Sesetengah orang berani tinggalkan anak-anak dirumah untuk ke kedai sekejap. Tapi aku tak berani sebab tanpa aku di rumah mereka akan lebih bermaharajalela.

Pinitolaoli

​Anak kesayangan dan kemanjaan bukan bermakna diberi muka dalam segala hal. kalau buat kesalahan perlu dibetulkan. Juga bukan bermakna anak lain tidak disayangi. Kasih sayang sama je.

(Visited 53 times, 1 visits today)
Please follow and like us:
Pinit
  • kasihannya anak bro…

    saya sarankan anak perempuan bro perlu rapat emak dia..

    barulah ada sifat feminin ..

    jika rapat dengan ayah atau adik beradik lelaki memang macam tulah jadinya..agresif sedikit

    • tapi dia nak lebih suka dengan ayahnya walau kemanapun

      • ikut kebiasaan macam tulah..

        saya ada dua anak perempuan..

        mereka memang kamceng dengan saya..

        cuma kalau nak tacle awek tu payah la sikit sebab anak perempuan jeles kalau bapa mereka ‘ gatal ‘ sikit hahahaha

        • hahaha susah kalau macam tu.. takpe pakat elok2. lama2 depa bagi greenlight tu

  • Nanti dah besar, jadi lawa la anak dara sorang ni 🙂

  • AsSalam..
    Anak perempuan memang kena lebihkan sikit. Kerana perasaan dan keperluan merek memang lebih berbanding anak lelaki. Walau di ayah pening dengan karenah anak-anak…dari satu segi bagus juga. Anak aktif bermain fizikal…bukan bermain gajet!

    • ya tuan. Lagi-lagi dia sorang lagi la terlebih manja. Gajet memang menyenangkan ibu bapa jaga anak-anak sebab mereka akan senyap dan diam tetapi banyak kemudaratan dari segi yang lain pula

  • >
    Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

    Enjoy this blog? Please spread the word :)