Category: Pengalaman

Sakit Gastrik Pengalaman Yang Menyeksakan

Sakit Gastrik Pengalaman Yang Menyeksakan

​Punca sakit gastrik

Satu ketika dulu, aku menghidap sakit gastrik yang sangat teruk. Ketika tu aku ​ni obesiti seperti yang aku pernah post sebelum ini iaitu diet nak kuruskan badan. ​Punca sakit gastrik kebiasaanya dari pengambilan pemakanan yang tidak seimbang, kurang makan, ​lewat makan dan makan sesuatu jenis makanan dengan terlalu ekstrem.

Misalannya suka makan makanan yang pedas dan masam. Bagi ​mereka yang bukan islam selalunya akibat dari pengambilan minuman keras seperti beer yang berlebihan. ​Tanda gastrik ni sebenarnya banyak dan berbeza antara pesakit.

Tanda-tanda sakit gastrik

​Tanda-tanda gastrik yang aku alami ni mungkin berbeza sedikit dengan orang lain. Aku tidak mengalami sebarang simtom kesakitan pada perut.

Sesetengah pesakit gastrik akan mengalami kesakitan pada perut sehingga ada yang perlu dirujuk ke hospital. Tetapi apa yang aku alami ialah simtom yang menyerupai pesakit jantung.

Antara simtom yang aku alami ialah badan berpeluh sejuk, nafas jadi pendek, dada rasa menyucuk-nyucuk, dada berdebar-debar, kaki jadi lemah, tekak rasa loya nak muntah dan perasaan jadi seperti cemas.​

​Bila google di internet memang sangat menyerupai simtom pesakit jantung. Masa tu perasaan aku hanya Allah sahaja yang tau bila mengenangkan muda-muda dah kena sakit jantung.

Apa yang aku ingat, ​mula rasa tanda-tanda gastrik ni sejak​ berumur 20 tahun semasa di Uitm. Tapi tidaklah seteruk sekarang.

Sakit gastrik yang teruk

​Satu malam aku kena sakit gastrik yang teruk sehingga nafas tinggal setengah je. 

Isteri bawa aku ke unit emergency di hospital. ​Doktor buat pemeriksaan jantung aku guna mesin ECG. Result pemeriksaan menunjukkan jantung aku 100% normal tiada sebarang masalah. 

Ye la duk ingat sebelum ni diri ni ada masalah jantung. Tapi alhamdulillah jantung dalam keadaan sihat.

Kemudian doktor bagi minum sejenis ubat yang macam gaviscon tu. Selang 10 minit aku mula bersendawa panjang berkali-kali.

Selepas sendawa tu lah aku mula berasa pulih dan hilang rasa sesak nafas. Doktor confirmkan yang aku menghidap gastrik dan badan aku terlalu banyak asid sehingga tubuh terasa lemah dan sangat lesu walaupun tak buat apa-apa aktiviti berat.

Nasihat doktor jangan makan makanan dalam kuantiti yang banyak dan lewat makan.Tapi heran tak ada pulak doktor sebut jangan makan masam dan pedas.

Apapun rasa lega kerana dalam otak masa tu duk pikir sakit jantung je.

sakit gastrik

Sejak itu aku mula memakan ubat gaviscon setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Tapi nak menghilangkan sakit gastrik bukan semudah itu.

Sampai satu tahap gaviscon dah tak memberi kesan lagi. Dan dari situ lah aku mula berdiet dengan dibantu oleh isteri tersayang.

Untuk mengatasi sakit gastrik mestilah dimulai dengan mengambil diet yang baik dan seimbang. Dalam tempoh berdiet hampir setiap malam aku terbaring lemah sebab gastrik biasanya kena waktu pagi dan malam.

Tetapi selepas lingkungan pukul 9-10 malam kebiasanya aku akan termuntah, kemudian barulah aku kembali lega.

Muntah aku tu cuma cecair putih yang sangat masam.

Itulah rutin aku selama 2 bulan. siksa...

​Rawatan gastrik secara tradisional

Selain berdiet, aku berikhtiar dengan mengambil ubatan lain yang sesuai untuk mengubati gastrik aku.

Ubatan aku prefer lebih kepada tradisional memandangkan ubat yang doktor bagi dah tak berkesan. Ubatan tradisional ​yang aku ambil adalah perubatan cina yang banyak menggunakan gabungan akar kayu, itupun atas nasihat seorang blogger yang pernah berkongsi masalah beliau dalam satu post​.(tapi aku tak ingat blogger yang mana sebab dah lama)

Untuk minuman aku amalkan minum susu kambing dari produk purenet setiap pagi. Minum air kosong je kebanyakan masa.

​Makanan pulak aku hanya makan berlaukkan masakan rebusan je. Ayam rebus. Ikan rebus. 

Alhamdulillah diet seimbang selang seli juga dengan herbalife, ubatan tradisional dan susu kambing, berjaya mengurangkan sakit gastrik aku sehingga 95%..

pandai pulak aku main peratus ni..

Tapi rasanya banyak lagi ubat gastrik di luar sana yang bagus dan berkesan. Cuma ditakdirkan aku tak jumpa dan kalau korang ada pengalaman ubat gastrik yang bagus silalah kongsi diblog ni.

​Pada pendapat aku, sakit gastrik sukar untuk diubati dengan perubatan hospital. Ia perlu diubati dengan kaedah perubatan tradisional dan pemakanan diet yang seimbang.

Kesan sakit gastrik

Sakit gastrik ni memberi kesan yang sangat teruk.

Kerapkali aku terpaksa mengambil cuti sakit untuk berehat di rumah. Jarang-jarang aku dapat melayani anak-anak belajar terutama waktu malam.

Kalau kena outstation memang aku kena minta tolong kawan replace, sebab tak confident nak gerak jauh sorang-sorang.

Kadang-kadang tengah drive gastrik aku datang terpaksa lah aku parking tepi jalan baring dulu dalam kereta tunggu sampai lega.

Kalau tidak, nak tekan pedal pun kaki menggeletar. Mungkin orang yang tidak mengalami masalah gastrik anggap ia satu penyakit yang ​mengada-ngada, tapi bagi orang yang pernah mengalaminya, kesan sakit gastrik ni memang bukan biasa-biasa. 

Boleh sampai tahap tak bergerak dibuatnye.

​Makanan sesuai untuk pesakit gastrik

Walaupun kini aku dah sihat dan boleh bekerja dengan baik, tetapi penyakit gastrik ini tidak lah pulih 100%.

Sesekali kalau aku extreme makan makanan yang pedas, memang terasa badan lain macam. Makanan masam memang aku dah tak sentuh dan takmau lagi sentuh.

Bukan setakat makanan yang masam, air yang masam pun aku dah tak minum. Tak banyak makanan untuk gastrik.

Bila dah kena gastrik pemakanan ​wajib dijaga dengan betul. Terutama ketika hari raya sebab ketika tu makanan banyak yang berlemak dan berkarbonat.

Pada korang yang ada gastrik, lebih baik berubat segera, kalau dibiarkan takut jadi ulcer gastrik dalam perut.

Kalau itu berlaku korang kena la dapatkan rawatan endoscopy yang masukkan kamera dalam perut. Seorang rakan aku cerita prosedur endoscopy ni sekejap dalam lingkungan 8 minit sahaja, tetapi sakitnya hanya Allah yang tau.

Jadi marilah kita sama-sama menjaga kesihatan kita agar sentiasa sihat dari segala jenis penyakit dengan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.


olaoli

​Admin menasihatkan pembaca yang memang menghidapi gastrik supaya mengutamakan pemakanan yang sesuai dan elakkan makanan berminyak, bergas, pedas, masam serta jangan makan dengan kuantiti yang besar.  Tidak perlu ambil apa-apa supplement cukup sekadar mengamalkan diet yang seimbang.


Zaman kanak-kanak dulu

Zaman kanak-kanak dulu

Zaman kanak-kanak dulu

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling best. Zaman di mana keinginan hanya nak main. Jarang-jarang susah hati. Jarang-jarang bermasam muka. Jarang-jarang bersedih hati. Jarang-jarang boleh duduk diam. Hati sentiasa ceria. Inilah zaman badan paling best condition. Paling teruk pun demam, itupun sesekali je. Kali ni kita bersembang pulak pasal hobi zaman kanak-kanak dulu.

 

Waktu berhobi

Masa aku kecik-kecik dulu, boleh dikatakan hobi tiada sempadan masa. Kalau tak sekolah, pagi-pagi lagi dah pergi main dengan kawan-kawan. Pukul 12 baru balik itupun dah kena jerit suruh balik makan.  Aku budak lelaki, kalau pagi-pagi tu biasanya ada beberapa aktiviti yang sesuai di buat. Antaranya lawan ikan laga, lawan spider, operasi cari spider dan pasang perangkap dalam parit untuk dapatkan ikan laga. Itu perkara yang wajib dilakukan kalau time cuti sekolah. Aku dulu mana boleh pagi-pagi duduk diam-diam je. mesti ada benda yang perlu dibuat.

zaman kanak-kanak dulu

Sebelah petang pulak lebih banyak aktiviti yang dibuat. Kebiasaanya pukul 4 dah mula dah aku keluar rumah cari kawan. Aktiviti sebelah petang terlalu banyak tetapi bukanlah semua dibuat. Bergantung pada musim juga. Kalau musim hujan maka parit akan berair, maka itu adalah musim ikan laga. Jadi semua budak lelaki akan terjun dalam parit sauk atau pasang jerat nak tangkap ikan laga. Proses nya berterusan, selepas ikan laga dapat ditangkap maka kita akan buat stok dimasukkan ke dalam botol kicap dan ditanam dalam tanah untuk temph beberapa hari. Tujuannya adalah untuk naikkan ‘taiko’ ikan laga tu. Biasanya selepasa di keluarkan dari tanah ikan laga itu berwarna lebih hitam dan kelihatan lebih garang.

zaman kanak-kanak dulu

Kalau tiba musim banyak burung kat padang, maka itu pulak adalah musim melastik burung. Maka tergantunglah lastik dileher berjalan ke pelosok kampung ikut denai-denai kebun orang dan yang pasti pokok buah-buahan mula lah berpenunggu. Masa tu lah burung banyak nak makan buah, kami bersedia di bawah dengan lastik memasing. Bila ada yang mengena, maka bersoraklah dan naiklah ranking beliau dikampung sebagai pelastik yang hebat hehehe..

Hobi outdoor

Hobi aku tak ada satu pun yang bersifat indoor, semuanya outdoor. Mungkin zaman tu kampung aku tak ada elektrik. Jadi tak semua rumah ada tv. Kalau ada rumah yang bertelevision, kebiasaanya dikuasakan oleh bateri sel basah yang guna kat kereta tu. Zaman tu mana ada tablet, hendphone, smartphone atau apa-apa gadjet elektronik. Kami pun kalau nak dengar berita hanyalah dari radio arwah ayah aku yang dikuasakan oleh 6 biji bateri 1.5v. Radio tu hanya dipasang waktu ada berita je. Tahanlah bateri tu untuk seminggu lebih.

Kelebihan hobi zaman kami dulu

Tubuh badan kami lebih cergas dan kuat. Badan kami slim tidak ada yang obesiti. Sebab sebanyak mana kami makan maka berkali ganda aktiviti kami yang boleh membakar semua lemak di badan. Selain itu, aku dulu seorang yang pemberani, pernah sekali terpijakkan ular sawa masa tengah berlari dalam hutan koko sebab kena sergah dengan babi hutan. Tapi tak pernah serik malah pergi panggil kawan ramai-ramai dengan bangga tunjuk tempat terpijak ular. Kanak-kanak zaman tu juga lebih pandai menghormati orang tua. Ibu bapa pula tidak marah andai anaknya dimarahi oleh orang lain di sebabkan kenakalan.zaman kanak-kanak dulu

Kelemahan hobi zaman dulu

Hobi kami dulu tidak banyak membantu dalam meningkatkan prestasi pelajaran. Berbanding hobi zaman kanak-kanak sekarang yang banyak berlandaskan pembelajaran mereka. Hobi menonton televisyen boleh membantu mendapatkan maklumat untuk meluaskan pengetahuan mereka. Di samping permainan di tablet yang boleh merangsang daya pemikiran untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Sekarang dah dewasa, so aku pun masih juga berhobi. Antaranya fotografi, gym untuk bersenam, pasang mokit dan main game. Ye lah, takkan aku nak terjun parit tangkap ikan laga dan melastik burung. Tak ke nampak pelik. Apapun setiap orang ada kenangan semasa kanak-kanak. Kalau lah boleh diputar waktu, teringin juga kembali sekejap ke zaman kanak-kanak dulu.

Nak turunkan berat badan

Nak turunkan berat badan

Kali ni aku nak kongsikan dengan engkorang strategi diet nak kuruskan badan dengan cara aku sendiri. Ni kisah benar ye. Experience sendiri. Ada kesedihan dalam cerita ni. Bermulalah alkisah…

Menu pilihan:

Punca berat badan berlebihan

diet nak kuruskan badanTahun 2012 dulu berat aku 95 kg dengan ketinggian 173cm. BMI aku ketika tu adalah bersamaan dengan 31.75 jauh dari sepatutnya iaitu ideal BMI 23 dengan berat 68 kg. Sesetengah kata gemuk is awesome. Aku taktaulah tang mana awesomenye. Bukan menghina sebab aku sendiri pernah terlajak berat, tetapi bila gemuk bagi aku banyak keterbatansanya. Walaupun seaktif mana pun aku berjogging dan bersukan, tetap juga dihinggapi penyakit walaupun sepatutnya penyakit tu bukan penyakit orang muda bawah 30an.

Banyak yang tak best semasa aku gemuk dulu. Selalu jadi bahan mulut member. Bila keluar beli pakaian ramai-ramai, orang senang-senang je dapat cari saiz 30, 32, 34, yang aku ni nak mencari saiz 40 atau 42 punyalah susah. Masa tu la keluar ayat tahap kurang ajar ‘tu la besaq macam anak gajah’, ‘ko jalan laju sikit aku rasa macam gempa bumi’..macam2 lagilah. Tapi semua tu terima dengan hati yang tenang. Aku taklah marah member bergurau macam tu. Tapi sakit juge huh..Kemudian yang tak best bila tengok orang lain yang slim, nampak smart je bila memakai. Kalau hari raya elok je depa dressing baju raya bersampin. Sekali aku memakai tu dia..haha tak tahan robah rabih sana sini. Kang ada jugak la yang menyebut hoi debab nya pungkoq hang..tu la yang aku menyampah bila orang kata pongkoq besar.
Gemuk ada sebabnya. Kalau dah terlajak berat, mau mengaku atau tidak, makanlah puncanya. Gemuk bukan datang dengan sendiri tanpa usaha hehehe.. dalam banyak-banyak perkara, makanlah yang paling susah nak dikawal walaupun seseorang tu dah beriltizam nak kuruskan badan. Makan jugalah aspek yang berkali-kali aku gagal atasi masa mula-mula berdiet. Kalau dipaksa juga datanglah simtom-simtom lemah lutut nak berjalan. Sampai tahap tangan boleh menggeletar lagi tu. Biasanya tengahari makan 2 pinggan nasi, bila start diet just makan setengah pinggan je. Kurang 3/4 dari kuantiti biasa. Banyak tu kuantiti yang hilang.

Diet nak kuruskan badan

Bila start je diet , plan makan aku disusun oleh isteri tercinta. Apa yang aku makan akan dipantau oleh beliau. Segala-gala yang dia masak semuanya akan ambil kira kewujudan aku dirumah. Bergoreng, berlemak dan bermanis tidak lagi mendapat tempat di rumah aku. Semua makan yang dihidangkan hanya sedang-sedang je. Setiap pagi, aku akan ‘dipaksa’ mengambil herbalife sahaja. Tiada lagi nasi lemak, tiada lagi kuih, tiada lagi roti canai. Di tempat kerja pun aku dah dipesan siap-siap jangan makan lemak-lemak, goreng-goreng dan benda yang manis. Di sebabkan makanan kat kedai makan tak kena dengan ciri-ciri yang dikehendaki oleh isteri aku, terpaksa lah aku balik ke rumah setiap kali rehat tengahari.

Isteri akan rebus ayam atau ikan yang diolah jadi sedikit berperisa dengan nasi putih semangkuk kecil. Sayur rebus mesti ada setiap kali makan. Kemudian petang pukul 5.30 sampai rumah aku kena terus makan malam. Makanan nye jugak sama macam makan tengahari. Bila malam, masuk pukul 9 perut aku dah tak boleh bertahan lagi. Masa tu isteri akan sediakan satu shake herbalife untuk tampung lapar aku. So begitulah rutin aku selama 1 bulan pertama. Dan hasilnya selepas 3 minggu berat aku tinggal 81 kg.

Nak turunkan berat badan

diet nak kuruskan badanMember semua nampak perubahan aku. Masa tu la aku ambil peluang promote herbalife kat member-member dan dapat la sikit income. Setengah orang promote herbalife habis-habisan tapi badannya tak macam makan herbalife. Tak ke pelik tu. Ramai jugalah rakan-rakan ambil herbalife kat aku nak turunkan berat badan. Walaupun berat aku turun begitu banyak, tapi tidak banyak perubahan positive pada bentuk badan. Nampak sedikit jatuh di bahagian dada, perut dan punggung. Masa tu lah aku mula berkawan rapat dengan besi di gym. Aku join gym rakyat sebab murah. Asal malam je pas maghrib aku berjoging di gym. Hampir 3 bulan bergelumang dengan gym akhirnya dapatlah aku kembalikan tubuh badan macam ketika berumur 20 tahun di UiTM dulu.

Seronok bila badan aku kembali cantik dan berotot, member tak kutuk, isteri makin sayang. Keyakinan semakin bagus. Tapi aku tak seronok bila penyakit yang aku dapat semasa gemuk tetap ada dalam badan aku. Ubat perlu dimakan setiap hari sampai bila-bila. Nasihat aku, jagalah pemakanan sekarang selagi masih sihat. sebab kalau dah kena sakit yang jenis kronik ni, memang payah untuk pulih kembali. Diet nak kuruskan badan ni ada pelbagai kaedah dan cara. Apapun berdiet jangan sampai tak makan.

Hobi kumpul Diecast dan pasang mokit

Hobi kumpul Diecast dan pasang mokit

Hobi kumpul diecast dan pasang mokit

Kali ni aku nak kongsikan minat atau hobi aku pulak. Semua orang ada hobi masing-masing. Walaupun dah tua sekalipun selagi badan rasa sihat kita mesti ada hobi untuk dilakukan waktu lapang. Hobi aku ni lain sikit dan setengah orang kata “apelah faedahnye”. Hobi aku adalah kumpul Diecast dan pasang mokit.

72

Diecast dan mokit yang aku minat adalah dari jenis pesawat pejuang. Kalau model kereta motorcycle tu aku tak lah berminat. Jiwaku suka tengok jet fighter agaknya. Sebelum tu aku nak explainlah sikit perbezaan diecast dan mokit. Diecast biasanya berharga lebih mahal iaitu tak kurang dari RM200 untuk sebiji pesawat. Diecast ni kita tak boleh buat sendiri, perlu terus dibeli dari pengeluar seperti Hobby Master, Witty Wings, Sky Guardian dan macam-macam lagi. Diecast diperbuat sebahagian bodynya dari besi dan lebih berat. Bila pegang feel dia lebih syoklah. Kualiti berbeza antara pengeluar. Setakat ni kualiti yang paling kureng adalah Witty Wing, tapi itu lah brand yang paling banyak aku kumpul. Sebab murah berbanding brand yang lain. Murah-murah pun tak kurang RM200 gak harganya.

 

hobi kumpul diecast pasang mokit

 

Mokit pulak singkatan Model Kit. ModelKit atau mokit ni Dari pengalaman aku, nak pasang mokit senang je sebab ada diberi sekali panduan memasang. Cuma yang perlu skill bila kita nak cat mokit tu. Banyak gak alatan dan bahan yang perlu dibeli. Kita perlu ada jenis cat yang kita nak guna. Gam atau cement wajib ada untuk lekatkan part-part yang perlu digam. Brush perlu untuk cat kat body mokit. Tapi bagi yang professional mereka akan guna air spray. Kelebihan guna spray ni akan dapat jimatkan penggunaan cat. Yang lebih penting buatan lebih licin sekata. Tapi untuk dapatkan air spray tu harganya agak mahal. Paling murah pun lingkungan RM300 ke 400.

 

Dari segi saiz diecast atau mokit kebiasaanya adalah 1:72 yang bermaksud diecast atau mokit itu adalah 72 kali ganda lebih kecil dari saiz jet pejuang yang sebenar. Setakat ni aku dah ada 9 diecast dan 23 buah mokit. Tapi masih ada 9 mokit masih dalam kotak yang menunggu masa untuk dipasang. Biasanya pemasangan satu mokit mengambil masa 3 hari untuk siap. So bila masa lapang aku akan duduk mengadap meja kerja untuk memasang dan mengecat mokit. Lepas siap, semua akan masuk inventory untuk disusun di rak khas untuk diecast dan mokit.

Pelajar IPTA tak cukup makan? Meh abg ajar nak cukup makan

Pelajar IPTA tak cukup makan? Meh abg ajar nak cukup makan

Pelajar IPTA tak cukup makan?

Hari-hari viral kat media social betapa susahnya kehidupan pelajar sekarang berbanding dulu. Ada pelajar yang kebuluran la kat IPTA pasai takda duit nak makan. Ada yang cerita hanya makan sekali sehari je. Ada lagilah macam-macam versi kepayahan kekurangan duit nak belajar. Alasan utama kos hidup yang tinggi. Harga buku mahal. Kos pengangkutan tinggi. Ya memang semua tu berlaku. Kos memang semakin meningkat. Tapi itu bukan bermakna kita hanya tahu mengeluh sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa. So mahu atau tidak kita kena upgrade kehidupan untuk  hadapi kepayahan tu.

Meh aku cerita ringkas pasal pengalaman hidup aku. Zaman aku belajar dulu nak bagitau hangpa, lebih teruk dari sekarang. Aku nak cerita dari tingkatan 1. Bukan nak bangga diri, aku ni kiranya kategori pelajar yang agak pandai lah. Peliknya seumur hidup aku ketika sekolah menengah, tidak sekalipun aku pernah menerima biasiswa dari kerajaan. Walaupun aku anak orang susah anak yatim. Sampaikan punya lah sakit hati bila dengar kawan-kawan anak orang senang, malas belajar tapi dapat biasiswa. Tapi aku tak cakap apa-apa, sekadar dalam hati je ketidakpuasan tu. Susah memang susah, tapi aku berusaha. Petang aku akan ikut kawan pergi ambik upah cebak(potong) sawit. Korang ada buat kerja-kerja begitu? Sejak tingkatan 1 aku buat kerja tu. Alhamdulillah dapat gred 1 SPM.

Bila dapat tawaran masuk U timbul satu lagi masalah. Takda duit. Korang ingat zaman dulu macam sekarang. Sekarang kita banyak bantuan kerajaan bagi anak-anak orang yang tidak berkemampuan nak masuk U. Macam-macam jenis yayasan. Aku dulu mana dapat apa. Puas aku dengan mak pergi kebajikan masyarakat, pergi baitulmal sambil usung surat tawaran masuk u tu nak minta bantuan.  Isi borang dan mereka janji kemungkinan besar aku akan dapat bantuan sebab dari keluarga yang susah, tapi itu semua tinggal janji kosong. Ini kisah benar berlaku tahun 1999. Call PTPTN nak minta bantuan awal, pun tak dapat. Masa tu, kalau lah mak aku tak kuat, memang aku putus asa dah.

Akhirnya mak aku buat keputusan pajakkan tanah 1 ekar pada orang sebab nak dapatkan duit belajar. Dapatlah pajakan 25 tahun dengan hanya RM6000 je. Satu lagi pengorbanan besar mak pada aku sebab aku ni jela satu-satunya anak dia yang ada hati nak belajar. Bila dah masuk U, aku kena tunggu hujung semester 1 dah nak masuk semester 2 barulah pinjaman PTPTN masuk akaun. Bukan macam sekarang cepat je korang dapat. Tapi sejak aku dapat je duit PTPTN hinggalah habis belajar 3 tahun + 2 tahun(dip and deg), aku tak pernah kehabisan duit.

Sebab aku tak macam korang. aku pandai berjimat dan pandai cari duit. Korang pasti akan cakap, macam mana nak cari duit sedangkan kita sedang belajar! Mana ada masa nak bekerja! Tu lah korang. Apekejadahnya nak kerja masa belajar. Korang kena target time cuti sem tu pergi cari kerja. Ini tidak kauorang cuti sem berbulan-bulan melepak je kat rumah berlagak kononya aku budak U nak rehat sebab letih belajar. Aku dulu balik je kampung, turun sungai menjala udang galah. Kadang-kadang pasang pukat kalau air timpas(airsurut). Harga masa tu sekilo RM25 je pun. Petang-petang kalau tak turun sungai aku pergi kayuh basikal dalam 10 km pergi padang golf jadi kedi. Dalam cuti sem tu aku press habis-habis tenaga cari duit sebanyak boleh. Nak tampung duit PTPTN, sebab PTPTN kasi bukanya cukup nak cover sepanjang semester.

Aku duk umah sewa kat Shah Alam.  Sebulan RM600. Menyewa berenam. Kami bergilir-gilir masak. Terutama makan malam. Ada sorang member aku lagilah, siap bawak bekal pegi kelas. Time rest, makan tu je tak payah makan kat cafe. Korang bayangkan berapa banyak boleh save. Kalau sekali makan sorang-sorang kat seksyen 2 biasanya rm4-6. Tapi kos kami masak makan malam bersama dalam 7-8 ringgit je. Lauk biase je lah, telur goreng, ikan kering goreng, ikan goreng, kicap, dan sayur goreng. Kadang-kadang sayur pun takda. Maggi tu sentiasa dalam stok. Tak cukup makan nasi kena cover dengan magi pulak. Tak jugak kami bodoh makan benda-benda macam tu. Salah sorang housmate aku dah jadi seorang pilot Air Asia. Walaupun masa pegi kelas bawak nasi ngan lauk ikan kering goreng. Kalau terbaca post ni jangan marah ye sebab aku tak sebut nama ko.

Kami pun dulu ada jugak komputer. Tapi kami beli komputer secondhand je yang banyak jual kat tepi giant seksyen 18 tu. Jadilah untuk boleh buat assignment. Kalau nak search internet kami pergi cyber cafe. Bukan macam sebahagian korang, beli laptop high spec nak buat main game. Guna PTPTN beli smartphone memahal. Lepas tu ada jugak yang subscribe postpaid yang perlu ada monthly komitment. Beli pakaian saje je kerjanya. Belanja pulak awek. Aku dulu pun ada jugak awek(dah jadi bini). Tapi kami sesama orang susah so masing-masing memahami kesusahan tu. Dating kat dalam kampus je time ada gap kelas.

Jadi nasihat aku pada adik-adik di sana yang sedang belajar, hangpa kena ingat yang dunia semakin maju, kos semakin meningkat, manusia semakin ramai, persaingan semakin kritikal, cubalah upgrade kemampuan diri tu. Mesti lebih rajin. Jangan tumpu kepada satu perkara sahaja. Kerana sekarang ni kita perlu buat macam-macam kerja(dah macam kata-kata sorang menteri tu pulak)untuk tambah pendapatan.

Apa yang aku taip ni sebenarnya nak jadikan contoh pada korang student IPTA yang terbaca post ni. Bukan nak tunjuk pandai. Hasil dari pengalaman sendiri. Jadi bila aku baca kes-kes sekarang ni pelajar tak cukup duit nak makan, ada yang usus pecah berderai, ada yang makan sehari sekali maka nasihat aku carilah duit. Korang muda dan kuat. Tambahan sekarang ni korang boleh buat bisnes online. Boleh jual dropship, ebook, affiliate dan macam-macam lagi. Di zaman aku dulu benda-benda ni tak terkenal pun lagi. Di dunia ni tiada ruang untuk orang yang malas berusaha. Korang sebagai pelajar universiti mesti jadi individu atau golongan yang pro aktif bukan menganga je setiap masa.

>