contoh perjanjian sewa rumah
Perjanjian Sewa Rumah
Selepas 3 bulan dari tarikh serah kunci, dapat juga penyewa yang nak menyewa rumah pertamaku. Perkara pertama yang aku buat adalah menyediakan perjanjian sewa rumah.
Perjanjian sewa rumah ni tuan rumah yang buat ye. Maknanya kita sebagai tuan rumah lah yang akan buat surat perjanjian tu.
Best jugak pengalaman pertama. Dari kecik kebiasaan keluarga aku membayar sewa rumah kat orang. Ni first time pulak aku merasa makan duit orang yang menyewa property aku sendiri.
Alhamdulillah syukur.
Kepentingan Perjanjian Sewa Rumah
Tujuan post ni bukan nak menunjuk-nunjuk ke ape, tapi nak berkongsi perkara yang wajib kita buat masa nak sewakan rumah pada orang iaitu perjanjian sewa rumah.
Kalau masa kecik dulu, ayah aku sewa rumah dengan perjanjian mulut je. Takde deposit. Takda tandatangan ape-ape.
Semuanya main lisan je. Tapi itu dulu semasa zaman manusia kurang 'macam-macam'. Sekarang ni dah lain.
Manusia dah advance dari dulu
So jangan skip penyediaan dokumentasi sewa rumah dengan alasan percaya hanya berdasarkan pandangan zahir kita pada seseorang penyewa.
Ramai yang menghadapi isu apabila penyewa buat masalah.
Sebab itulah saya kongsikan dengan anda contoh agreement sewa rumah ni. Boleh subscribe borang untuk download percuma ya.
Susah ke nak buat perjanjian sewa rumah ni?
sebenarnya tak susah mana pun.
Lepas dah ada bakal penyewa korang perlu segera dapatkan satu perjanjian atau buat satu perjanjian. Kalau nak taip sendiri memang payah.
Kalau ada modal besar boleh la pegi mintak kat lowyer. Tapi kalau korang sedang-sedang je macam aku ni, bukak internet dan download.
Banyak contoh-contoh perjanjian sewa rumah kat internet. Lepas download korang perlu baca dan pastikan sesuai dengan kehendak korang.
Misalnya perkakasan rumah seperti mesin basuh, katil dan lain-lain lagi mestilah dalam keadaan baik apabila penyewa menamatkan tempoh sewaan. Aku buat begitu sebab aku sewakan rumah yang fully furnish.
Langkah untuk buat Perjanjian Sewa Rumah sah
Ok, perkara lain ialah korang perlu minta nama penuh, alamat dan ic penyewa tu. Sebab semua tu perlu dimasukkan dalam surat perjanjian sewaan.
Lepas je siap, korang kena send pada penyewa atau serahkan pada penyewa untuk dibaca dan teliti samaada mereka bersetuju atau tidak. Kalau semua ok (bakal penyewa bersetuju), penyewa turunkan tandatangan dan proceed kepada serahan deposit.
Sebelum tu, seelok-eloknya sediakan 2 salinan perjanjian. Satu untuk simpanan korang dan satu lagi untuk simpanan penyewa. Tapi jangan lepas tandatangan terus bagi penyewa sebab korang kena bawa balik dulu untuk tujuan mati setem.
Bila dah selesai serah kunci, maka penyewa dah boleh masuk rumah. Tapi kerja korang tak selesai lagi. Bawak perjanjian tu pegi LHDN. Cakap nak mati setem. Nanti LHDN akan tengok perjanjian tu dan bagitau korang berapa setem hasil yang korang perlu beli.
Setem hasil ye bukan setem hantar surat.
Lepas tu korang perlu pegi ke pejabat pos untuk beli setem tu mengikut jumlah yang dibagitau oleh LHDN. Tapi kadang-kadang di LHDN pun ada juga jual setem hasil tu.
Kemudian korang bawak balik setem hasil dan perjanjian tu kembali ke LHDN untuk tujuan mati setem. Selepas semua tu berjaya. Korang simpan satu dan satu lagi perjanjian tu serahkan pada penyewa untuk simpanan mereka.
Bila perjanjian tu dah mati setem di LHDN, maka ianya adalah sah untuk di bawa ke mahkamah jika berlaku perbalahan antara kita dan penyewa. Sebab sikap penyewa ni ada bermacam-macam.
Yang dirisaukan jika mendapat penyewa yang tidak bertanggungjawab. Harap taklah berlaku sehingga tahap itu.
Tapi masih ramai juga owner yang tak matikan setem sebab takut kena cukai. Cukai ni sebenarnya, korang tak boleh nak elak. Bank negara dan LHDN bole trace akaun kita. Mana nak lari. Mereka tau semua duit dalam akaun kita tu. Bayar jelah kerana kan kita ni rakyat Malaysia.
Contoh Perjanjian Sewa Rumah
So guys itu yang aku nak kongsi dari pengalaman aku. Pengalaman pertama menyewakan rumah. Untuk korang yang tak tau nak download kat mana, senang je korang boleh pergi ke scribd.com.
Di situ ada beratus-ratus contoh perjanjian sewaan rumah. Perjanjian sewa kilang bangunan besar pun ada.
Atau pun korang boleh download dari dengan isi form di bawah. So insyaallah bila dah masuk ke mailing list olaoli.com, sebarang idea maklumat akan terus disalurkan ke emel korang. Just isi nama dan emel, then klik button hantar.
kemudian link download perjanjian sewa rumah akan dihantar ke emel korang. dan kalau nak tau pendapat aku tentang mana lebih baik samaada sewakan sebuah rumah atau sewakan ikut bilik boleh baca di sini. Terima Kasih