Tag: dpim uitm perlis

Teman bekas pelajar UiTM Perlis

Teman bekas pelajar UiTM Perlis

​Teman bekas student UiTM Perlis

​Ini first time teman nak share tentang tempat teman pernah belajar. Untuk post ni ialah UiTM Arau cawangan Perlis. Ok inilah destinasi pertama dalam hidup teman mula berjauhan dari keluarga untuk mencari ilmu.

Perlis sebuah negeri kecil yang berada paling utara Semenanjung Malaysia. Negeri ni walaupun kecil tapi banyak tempat-tempat menarik dan institusi pendidikan.

Salah satunya adalah UiTM. UiTM Arau ketika tahun 2000 adalah salah satu dari tiga cawangan yang menyediakan course yang agak asing iaitu Diploma Planting Industry Management.

uitm perlis

​Course DPIM UiTM Arau, Perlis

​ok untuk pengetahuan korang teman ni adalah salah sorang alumni DPIM atau melayu nya kita sebut Diploma Pengurusan Ladang.

Ketika itu hanya terdapat 3 sahaja cawangan UiTM yang menyediakan course ini iaitu UiTM sabah, Uitm Jengka, Pahang dan paling ramai penuntut adalah di Arau Perlis.

​No kat matrix teman adalah 2000158009 batch 55 11/2000 - 11/2003. Tapi sayang teman dah kehilangan matrix card tu.. tapi nasib baik masih ingat lagi.

Teman berada dibumi Perlis menuntut ilmu adalah selama 3 tahun. Jadi dalam tempoh itu banyak tempat yang teman dah pergi di Perlis tu. maklumlah zaman umur 19 tahun.

Duduk diam dalam bilik itu bukan sikap teman.

​Di UiTM Perlis ini terdapat 350 hektar ladang yang digunakan untuk memberikan latihan sebenar kepada student course DPIM. 

Kat situ jugak jadi tempat untuk menjalankan penyelidikan pertanian seperti penanaman anggur, ternakan-ternakan, crop, tembakau dan salah satu yang penting adalah penyelidikan penanaman pokok kelapa sawit. 

uitm perlis

Daya tarikan yang ada di UiTM

​Baik...teman berasal dari Teluk Intan Perak. Satu daerah yang tidak lah terlalu maju dan tidaklah terlalu kebelakang.

Jadi first time pijak kaki di Arau Perlis tidaklah begitu mengejutkan teman. Sebab teman dah biasa dengan hutan belukar ni.

Namu berbeza bagi sesetengah yang lain terutama yang datang dari lembah Klang dan selatan semenanjung. Ada antara mereka ni agak sukar dan perlu mengambil masa yang agak lama untuk membiasakan diri.

Mungkin sekarang ni tahun 2019 UiTM dan negeri Perlis dah mengalami banyak kemajuan sebab teman pun dah lama tak ke Perllis.

​Cuma kalau dulu macam tak ada apa sangat di Perlis. Malah apa yang teman lihat bandar Teluk intan di Hilir Perak ketika itu lebih maju dari ibu neberi Kangar(orang Perlis baca ni jangan la marah pulak).

Namun ada kelebihan di Perlis yang tidak ada di tempat lain terutama UiTM cawangan Arau.

Pertama di Perlis ni ada musim-musim. Paling teman suka musim sejuk walaupun di waktu tengahari ketika matahari memancar.

uitm perlis

Tak rasa panas. Berjalan pergi kelas tengahari tak berpeluh. Sejuk je. Sebab itu kami berjaya tanam anggur di ladang UiTM Perlis dulu.

Di UiTM Perlis ni juga banyak tempat beriadah. Tempat jogging kami bukan kat atas track ye..tapi kat dalam dusun buah-buahan.

Kami joging dalam ladanag UiTM ikut denai-denai kecil yang berkilometer jaraknya dalam ladang UiTM.

​Ketika itu(sekarang tak pasti) kerap akan diadakan program ​yang melibat semua pelajar. Masa tu jumlah pelajar adalah 5200 orang lebih kurang.

Dengan jumlah yang kecil ni memang pihak universiti mudah nak kawal pelajar. 

Biasanya pelajar akan dipanggil berkumpul dan mendengar ceramah seperti di Pusat Islam dan stadium UiTM.

Time tu student UiTM Arau agak baik disiplinnya. 99% akan mengikuti program-program tu terutama yang melibatkan keagamaan. Pusat Islam sentiasa hidup dengan program yang berterusan.

​Apa yang menarik di Perlis

​Perlis walaupun tidak mempunyai pusat membeli belah yang besar(ketika tu ada top di Kangar) tapi ada daya tarikan yang lain. Salah satunya Padang besar..

rasanya semua orang tau nama tempat ni. Kat sini banyak dijual barangan yang murah-murah. Kalau dulu kami sebagai pelajar UiTM selalu pergi beli pakaian di sana.

​Selain tu kami suka pergi ke Wang Kelian.

Rasanya mesti ramai tau nama tempat tu terutama kes yang berlaku 2 tahun lepas tu. Perkuburan beramai-ramai Rohingya ditemui di situ. Tapi yang teman nak ​sebutkan ialah gerai-gerai jualan yang ada di Wang Kelian. 

Harganya agak murah juga setanding dengan Padang Besar. Yang best kat situ Tom Yam.

Tom Yam yang ada kat kedai-kedai makannya sedap lain macam. Padahal kedai-kedai makan biasa je pun. Tapi keenakannya kalah restoren besar.

​Pilihan lain kami akan pergi ke Kuala Perlis. Kat Kuala Perlis ni tumpuan utama adalah untuk cari tempat makan.

Kat situ sepanjang pantai Kuala Perlis tu banyak kedai dan restoren makanan laut. Dan first time jugak lah teman mengenali menu sotong goreng tepung. Sedap oii... ​

uitm perlis

Masa tu Kuala Perlis tak berapa maju.

​Teman berpendapat masa tu kerajaan negeri tak cukup usaha untuk memajukan Kuala Perlis kerana ia boleh jadi satu kawasan pelancongan bagi menjana ekonomi negeri Perlis.

​Saiz UiTM Arau

​UiTM arau mula-mula teman masuk dulu bangunan terakhir di belakang adalah kolej Resak. Kolej Resak ni kolej student perempuan. Awek teman sekarang isteri dulu duduk situ. Dibelakang tu cerun ke bawah dan seluruh tempat tu adalah dusun buah-buahan.

Masa teman part 2, pembinaan telah dimulakan untuk membina beberapa kolej bersaiz jauh lebih besar dari kolej lama.

Ia hanya mengambil masa dalam setahun lebih sahaja untuk siap dan semasa teman part 6 kolej tu siap dan boleh dihuni.

Jumlah student UiTM Perlis juga meningkat. Tak silap namanya kolej Melati dan satu lagi teman lupa dah.

Sebelum Kolej baru siap, UiTM tu kecil je. Student akan berjalan kaki ke kelas. Bagi yang ada motor akan bawa motorlah.

Tapi ketika tu sangat sukar untuk cari student yang berkereta.

Dari kolej penginapan paling belakang iaitu Resak ke bangunan kelas paling jauh adalah 15 minit jalan kaki je. Kolej ​teman pulak adalah Jati. Kolej jati adalah kolej yang paling baik kedudukannya. 

Berhadapan dengan Pusat Islam/masjid. Besebelahan dengan gerai dan dewan makan. Alhamdulillah dari part 1 sampailah part 6 teman tetap berada di kolej jati. Kat sana nama kolej diambil dari nama pokok.

Antaranya Resak, Jati, kempas, Nyatoh, Beringin, Cengal dan beberapa yang lain yang aku dah lupa namanya. 

Jadi UiTM Perlis masa tu kecil je. Tapi ada jugak pelajar yang lambat sampai ke kelas sampai kena halau dengan lecturer...

​UiTM Perlis sentiasa di hati

​Sejauh mana pun teman merantau untuk belajar, UiTM Perlis tetap legend dihati teman. UiTM Shah Alam dan UTHM batu Pahat belum dapat mengatasi kenangan semasa di UiTM Perlis. 

Teman pun selalu bercita-cita untuk melawat UiTM tu tapi ​ada ja halangan nak ke sana.

Jadi mana-mana adik-adik yang ditawarkan belajar di UiTM Arau Perlis jangan lah rasa stress. Pergi dulu. paling lama sebulan lah rasa tak best tu. Lepas itu percayalah mesti rasa tak nak dan sedih untuk tinggalkan tempat tu.

Almaklumlah UiTM Perlis tu berada di paling hujung. Jika kita dah masuk alam pekerjaan nanti sangat susah nak luangkan masa untuk ke sana. Percaya lah sebab teman sendiri dah melaluinya.

​Gambar di atas tu semua gambar dari google bukan gambar teman. Gambar teman semua tinggal kat rumah mak di kampung. itu pun kalau masih terjaga dengan baiklah.

>
Ada masalah mari kita sembang