Makan Harta Anak Yatim
Makan Harta Anak Yatim
Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita tuduhan terhadap adik kepada mangsa ‘Lebuhraya Duke’ yang menggunakan duit sumbangan orang ramai kepada anak-anak arwah untuk keperluan diri sendiri. Dikatakan kesemua sumbangan dari public berjumlah lingkungan RM300k tetapi hanya RM12k sahaja diserahkan kepada kedua-dua adik beradik tu. Mak oi..Bukan la nak tunjuk diri ni pandai, tapi semua kita jelas tentang kesalahan dan hukum menggunakan atau memakai harta anak yatim ni.
Seingat aku dulu, masa arwah ayah meninggal, dua orang adik aku yang kecil masih lagi yatim. Sorang darjah 6 dan seorang lagi darjah 5. Banyak la jugak sumbangan saudara mara, orang kampung dan sekolah kepada 2 adik-adik aku tu terutama kutipan dari pihak sekolah. Kami memang dari keluarga yang daif dan miskin. Tak dapat dielakkan mak aku terpaksa guna semua duit untuk kitaorang teruskan hidup. Tapi awal-awal lagi depan-depan aku dan semua adik beradik, mak mintak kebenaran kat 2 orang adik-adik aku tu. Katanya kalau dia tak mampu nak ganti di mintak anak-anak dia 2 orang tu halalkan. Jadi budak 2 orang tu izin barulah mak aku gunakan duit-duit tu. Jadi punyalah aku hairan, macam mana seorang ibu pun berat hati nak guna duit anaknya yang yatim padahal nilai taklah sebesar mana dan untuk kegunaan anak-anaknya juga. Sedangkan seorang bapa saudara membelasah harta anak-anak saudaranya yang yatim untuk kemewahan dan kesenangan hidup sendiri. Hadiah-hadiah istimewa dan mahal untuk isteri dan anak. Makan bermewah-mewah. Berlagak dengan menggunakan duit anak yatim…kalau lah dakwaan ini terbukti benar, rasanya 100% teringin nak bagi penyepak atau sebijik dua penendang.
Perbezaan Harta Faraid dan Harta sumbangan
Dalam fikiran aku atau mungkin bapa saudara ini terlalu cetek ilmu agamanya(aku tak kata aku pandai sangat) sampai tak tau nak beza yang mana satu harta anak yatim yang tak boleh disentuh dengan harta abangnya yang diwariskan kepadanya. Kalaulah harta awah abangnya yang diberikan kepada beliau melalui pembahagian faraid, maka itu memang la hak kau. Tapi sumbangan orang ramai ke akaunnya seperti yang dipaparkan oleh TV3 bertujuan untuk membantu kedua-dua beradik yatim tu, maka itu bukan hak kau. 1 sen pun kau tak boleh ambik..sakitnya hati aku. Bukan apa, aku pun ada jugak sedekah kat anak yatim melalui akaun bapa saudaranya tu. Lepas ni kalau ada lagi kes-kes meminta bantuan public, rasa dah was-was pulak nak bagi. Ntah sampai ntah tidak sedekah tu.
Tindakan pihak berkuasa
Cuma sekarang ni tengah tertunggu-tunggu, akan adakah tindakan diambil oleh mana-mana pihak berkuasa terhadap bapa saudara yang khianat tu. Apapun perlukan dibuktikan terlebih dahulu kesahihan dakwaan tu. Andai betul, sepatutnya tindakan diambil. Misalnya sita hartanya yang senilai dengan sumbangan yang diberi oleh orang ramai. RM300k, aku rasa boleh cover budak-budak tu sampai habis belajar peringkat universiti.
isu makan harta hasil sumbangan anak yatim ni dah lama sebenarnya..cuma kes ni jadi viral kat internet..
ciktom biase follow telekung project..ownernya terpaksa strict dalam tapis nak mintak bantuan duit operate dengan terus bayar kepada pihak hospital dengan jumlah sebenar harga bayaran utk operation..sebab banyak kes sebelum tue, mak ayah joli dengan duit sumbangan yg dapat..pastu ckp duit operation xcukup sebab dah terguna utk bermewah..tu tak termasuk lagi mintak dari pelbagai pihak dengan tujuan ambil kesempatan…
kalau dah parent sendiri sanggup buat macam tu kat anak sendiri..apatah lagi bapa saudara makan duit anak saudara..
ciktom memang elakkan derma ke akaun persendirian sebab banyak rasa was2. baik salurkan duit derma kepada saluran yang betul.
Rugilah bagi sesiapa yang mempergunakan anak yatim untuk kepentingan sendiri. Sedangkan usap ubun2 mereka pom dah dapat pahala