Batuk teruk kahak berdarah pengalaman dan petua
Pengalaman kahak berdarah serta petua hilangkan batuk dan gatal tekak
Aku nak share dengan korang pengalaman batuk teruk kahak berdarah dan petua hilangkan batuk dan gatal tekak ni. Sebulan sebelum isteri bersalin anak ke-6, aku mengalami situasi batuk yang teruk dan lama. Bila dah lama batuk sampai lah satu pagi kahak aku berdarah dan agak banyak. Pada awalnya pada anggapan aku batuk berkahak tak berhenti mungkin sebab tidur dalam bilik dengan aircond terpasang dan tak berbaju tak berselimut.
Hampir sebulan aku biarkan sebab ingat tak seteruk mana. Setiap kali baring telentang akan berbunyi nyeri kat dada time tarik nafas dalam-dalam.
Akibatnya terbatuk setengah mati. Asal malam nak tido je mesti rasa stress sebab tidur tak cukup. Ada masa nya sampai terjaga malam sebab rasa dada penuh dengan dan sebu.
Kahak berdarah
Di sebabkan batuk yang terlalu teruk dan lama, seluruh belikat dan dada rasa sakit Ada masanya sampai termuntah-muntah. Beberapa hari jugaklah terpaksa ambil mc sebab tak larat sangat nak kerja.
Sampai lah satu pagi lebih kurang 3 minggu batuk tak berhenti, terkeluar kahak dan bercampur darah. Masa tu terkejut jangan cakaplah. Dah macam-macam perkara terbayang lah... apa penyakit la pulak dalam badan aku ni.
Walaupun darah tu kadar dalam 20% je, tapi satu perkara baru yang tak pernah berlaku dalam hidup aku. Sebelum ni batuk macam mana pun tak pernah la kahak berdarah.
Sebab kat tekak aku cuma rasa gatal tak terasa pedih berbeza dengan sebelum ini asal kalau batuk teruk mesti tekak pedih. Tapi hanya awal pagi aje kahak tu bercampur darah, selepas tu normal macam biasa..memang mengkonfiuskan aku.
Selepas 4 pagi berturut-turut kahak aku berdarah, langkahkan kaki juga pergi hospital untuk dapatkan rawatan.
kahak berdarah dikatakan simtom penyakit TB
Pergi kat hospital ni macam biasalah yang checknya bukan doktor pun sebaliknya medical assistant je. Aku kena pergi buat xray dulu then bawak result tu jumpa MA tu semula.
Bila dia tengok dia cakap "en kena check tb kemungkinan tb atau batuk kering"..
terus aku sahut dalam hati dengan kasar
"abah kau la tb".
Tak pasal-pasal kena buat rawatan tb kat kulit tu. Kena hantar spesimen kahak berdarah 3 pagi berturut-turut. Kena ambil darah. Dalam masa yang sama kena makan antbiotik.
Pasal antibiotik tu sampai sakit perut cirit birit dibuatnya. Antibiotik tak sesuai dengan aku dan digantikan dengan yag lain.
Kesemua arahan aku buat kecuali yang jalani ujian suntikan kat bawah kulit tangan. Aku tak nak buat sebab bukan takut kena suntik, tapi aku taknak pergi ke wad ujian tu di jalankan iaitu di wad kuarantin penyakit-penyakit berjangkit. Tu yang aku takut.
Doktor sahkan kahak berdarah hanya akibat luka ditekak
Selepas satu minggu, MA kasi appointment jumpa doktor. Boleh pulak dihantarnya appointment tu hari isnin, punyalah ramai orang, dekat 2 jam menunggu barulah dapat jumpa doktor.
Sebelum doktor terangkan tentang masalah aku tu dia sound terus pasal kenapa tak jalani ujian tb tu. Aku pulak tengah panas baran(letih menunggu + dengan puasanya) aku pun tersound lah balik
"so tb ke sekarang??".
Agaknya doktor tengok emosi aku tak berapa nak lurus sangat, dia cool dan terangkan yang batuk aku tu cuma biasa dan kahak berdarah di sebabkan batuk terlalu lama sehingga 3 minggu. So tekak trauma itu sebab ia berdarah.
Kemudian nasihat doktor agar meminum air kosong dan kurang kan minum air yang berais. Selain tu dinasihatkan sentiasa berbaju walaupun di rumah. Elakkan makan buah-buahan yang sejuk macam tembikai dan rambutan.
Petua hilangkan batuk dan gatal tekak
Sebenarnya sebelum appointment jumpa doktor tu batuk aku dah hilang dah. Tapi jumpa jugak doktor sebab nak habiskan perubatan. Jadi kat sini aku nak share petua hilangkan batuk dan gatal tekak ni. Senang je amalkan madu campur dengan air suam dengan sikit perahan limau.
Rasanya 2 hari je amalkan memang lega terus batuk yang dekat sebulan tu. Petua tu mak aku bagi lepas dia perasan aku tak berenti batuk. Alhamdulillah bukan penyakit berbahaya. Sebelum tu dah berbotol dan bermacam jenis ubat batuk aku telan untuk melegakan batuk tu. Ketika itulah aku sedari ubat batu brocol antara ubat batuk yang paling kuat kesan mengantuk jika terambik overdose huhuhu..
Selain tu sebaiknya mandi air panas untuk elakkan terbentuknya kahak dan elakkan mandi waktu malam.
Saya tengah demam. Baru start batuk.. dan ada kahak.. demam dah masuk hari ke 6..
Kahak perasan ada darah skit.. risau juga ni
Pergi check puan. Tapi jangan lah check kat klinik biasa. Mereka cuma check kita 4-5 minit kemudian bagi ubat. Teruslah ke hospital walaupun leceh prosedurnya. Jika mampu terus pergi ke private hospital
madu campur dgn air limau.. boleh cuba petua nie pula jika kena batuk..
saya pula selalu amalkan makan bawang putih bakar..
pehh..memang ngeri kalau kena bab batuk berdarah nih.
ngeri.
Bapa sy sama juga seperti kamu belitahu dlm blog ni… Jadi saya pun suruh try bapa sy.
Tengah alami batuk kahak berdarah. Aku da 2 minggu batuk. Tapi batuk yang teruk tu waktu malah je. Tekak rasa mcm gatal sangat. So dah pergi jumpe doctor dia cakap bukan masalah batuk tapi lebih pada post nasal drop. Maknanya waktu tdo hingus patot keluar kat hidung instead dia lalu dekat kerongkong tu dan berkumpul situ. Lepas ambil ubat selesema dah kurang sikit tapi masalah sekarang dah 3 hari bagun tdo nampak ada kahak yg warna hitam melekat dekat kerongkong. Lepas dah keluarkan baru rasa lega. Lepas ni nak pergi jumpa doc balik
dh 3 hari bila pagi kerap kahak ada darah bila slepas itu takde batuk and kahak takde darah.baru 3 hari situasi mcm ni and x plan lg nk jmp doc sbb gi klinik hmya mntk ubat demam and batuk ja sbelum ni. darah keluar dekat kahak 1st smpai 3rd jer, lps dri xde dah tapi still risau jgk sbb sbelum ni 5 tahun dulu pnh kena tb dab paru2 berair serentak, tb kebetulan baru nak jadi and air dh nk penuh tank sbelah kiri. masuk wad keluar air 4 kali, 3 cucuk blkg 1 pakai tiub msk bwh ketiak dpt 1 5 liter, kluar wad lps 10 hari smbg mkn ubat tb 8 bulan sbb smoking kata doc. tu jela risau gak ni sbelum ni tb bru nk jdi so tanda2 mcm batuk darah mmg xde…
Saya tngah alami perkara yang sama sekarang ni…sebelum saya kena batuk bedara ni mmg saya dah amalkan madu tamba limau nipis tp tak tahu la knpa bole jd mcm ni..risau juga
tapi cik jika sudah berjumpa doktor dan disahkan bukan penyakit berbahaya saya rasa tak perlu risau.
Saya pernah dengar juga petua ni.. Alhamdulillah, bukan TB tuan. huhu