Bagaimana nak mula buat blog

Bagaimana nak mula buat blog

Bagaimana nak mula buat blog

bagaimananakmulabuatblogKali ni aku sebagai seorang newbie blogger, nak kongsikan cara bagaimana nak mula buat blog. Ia berdasarkan pengalaman aku sendiri untuk buat blog ini yang sebenarnya baru je berumur 2 minggu lebih. Sebelum ini dalam tahun 2011 aku pernah selama setahun berblog tapi menggunakan platform blogspot.com secara percuma. So sekarang ni aku dah upgrade guna wordpress dengan domain dan hosting sendiri. Dalam tempoh 2 minggu, ni aku rasa banyak perbezaan blog wordpress dengan domain hosting berbayar berbanding blog percuma dari segi traffic. Di bawah ni 4 step bagaimana nak bina blog.

Langkah pertama adalah mencari idea apa domain yang aku nak guna. Sebab sekali kita dah beli domain, domain tu tak boleh lagi ditukar. Kalau nak tukar nama domain yang lain kenalah keluar kos lagi untuk beli domain yang baru. Disebabkan aku nak guna untuk blog peribadi so aku pilih la Olaoli.com. Kena lah sikit hujung tu dengan nama aku. Selepas pilih domain, aku pilih pula pakej hosting yang sesuai. Disebabkan aku ni seorang newbie, pilihan aku adalah pakej yang paling murah dan basic je. Dan sebelum terlupa, aku dapatkan domain dan hosting dari NetKl.com. Setakat ni servis netkl bagus sebab mereka respon sebarang pertanyaan aku dengan cepat dan pantas.bagaimananakmulabuatblog

Langkah kedua ialah aku memilih theme yang sesuai dengan ‘mata’ dan ‘jiwaku’. Maksud aku sedap mata melihat. Mata aku bukan mata korang ye hehe..Ada ramai otai blogger yang mencadangkan memlih theme yang mesra seo. Setakat ni aku tak faham sangat apa yang dimaksudkan dengan theme mesra seo. Harap otai yang terbaca post ni boleh beri komen atau pendapat atau penerangan sama ada di komen atau satu post di blog mereka. Dalam memilih theme ni banyak yang free dan ada yang berbayar. Pada aku yang umpama tunas pokok ni tiada sebab aku nak beli yang berbayar. Sebab 1 theme tak kurang dari USD50. bagaimanapun aku yakin, pasti ada kelebihan menggunakan theme yang berbayar.

Bina Blog Sendiri

Langkah ke tiga aku install plugin dalam blog. Ada setengah pendapat kata jangan install lebih dari 10 plugin dalam sesuatu blog. Kalau plugin terlalu banyak akan menyebabkan loading time blog menjadi lambat. Implikasinya akan mengurangkan visitor sebab visitor boring nak tunggu blog kita lembap. Tapi aku install sampai 14 buah plugin dan memang nampak macam slow la sikit loading blog aku. Disebabkan aku ni baru nak berkecimpung dengan wordpress, so aku cuba-cuba test and error banyak plugin.

bagaimana nak mula buat blog

 

Langkah ke empat dan terakhir ialah mula membuat post/content. Banyak pendapat, awal-awal blog dilancarkan seelok-eloknya kerap membuat posting misalanya sehari satu post. Tapi aku tak mampu juga nak buat sekerap tu. Jadi aku buat post bila ada idea saja. Kadang-kadang bila idea terlebih banyak, aku akan senaraikan dalam notepad untuk posting yang akan datang. Takut nanti terlupa pulak kalau tak buat note.

Itulah 4 step yang aku lalui bagaimana nak mula buat blog. Sebenarnya tak la susah sangat. Cuma sedikit masalah bila dalam dashboard wordpress. Nak hadap editor dan bagai-bagai benda yang lain tu  yang buat pening kepala sikit. Next time aku kongsikan pulak macam mana cara budak kecil seperti aku nak mengindexkan blog aku ni ke search engine dengan kadar tak berapa segera.

Bina Blog Sendiri

[wdps id=”1″]

(Visited 515 times, 1 visits today)
    • jika tak de blog terpaksa tulis kat wall media sosial la jawapnya

  • saljuhumairah says:

    kalau yang baru nak start blog, aku sangat setuju dengan cadangan untuk terus beli domain/hosting…sebab nanti bila dah famous, korang dah malas nak buat tu semua… lebih baik susah dari awal…boleh goyang kaki dikemudian hari..

    • ye bro. sepatutnya terus je mula dengan beli domain dan hosting. Lagipun tak la mahal sangat. Pakej aku subscribe cuma RM 65 setahun. Harga mampu milik

  • janji ada blog.. mula2 dulu nak start buat hosting sendiri. blur. terpaksa google english… bm dulu macam takda, ada tapi tak berapa paham.. hentam jerla.

  • thanks tuan ada info camni, memudahkan newbie

  • jika biasa akan menjadi mudah bro..yang tak mudah ialah tulis blog..ambik masa juga nak fikirkan kerana tulis yang boleh memberi manfaat kepada pembaca

  • Benda2 yang teknikal seperti hosting, tema blog dsb adalah perkara kecil. Rasanya x susah hendak pelajar dan jika ada lebih pelaburan, invest pada hosting yg bagus dan tema yang premium. Ini ialah plan jangka panjang jika betul2 ada niat hendak serius berblogging.
    The most difficult part ialah hendak isi content. Again, jika fikir jangka panjang, isikan dengan content yang berinformasi dan membantu pembaca. My 5 cents. 😀 Semoga sukses selalu.

    • terima kasih tuan atas pandangan..boleh ke beri cadangan link untuk beli premium theme sebab terlalu banyak tapi kalau ada testimonial dari orang berpengalaman kondicen sikit

  • mula2 berhosting sendiri memang kepeningan…

    nak bukak WP pun menyampah sebab tak reti @ tak sebulu…hihi

    • ya sekarang ni saya pun masih belajar dari blogger yang lain

  • teringat pulak kenangan kali pertama berhosting..pening jugak nak belajar perkara baru..tapi alhamdulillah rakan blogger banyak menolong dan search google tutorial dan juga tutorial dari Netkl banyak membantu…

  • Rindu gila nak berhosting semula, last berhosting tahun 2011…

    2012 sampai lah januari 2016 TAK PERNAH SENTUH BLOG LANGSUNG siap delete blog.. heehhehe

    Bulan Februari 2016 ni je baru start berbloging balik.. Ni pun pakai blogspot jeeeeee… 🙁

    Buat blog balik pun sebab ketagih nak main SEO je.. ehehehe

  • Masih lagi dengan theme yang free, insyaAllah akan menyusul dengan theme premium pula untuk blog yang sekarang ni

  • >
    %d bloggers like this: