Tukar ke Digi Smartplan 45
Tukar ke Digi Smartplan 45
Setelah 3 tahun 2 bulan, akhirnya aku telah terminate plan digi lama aku dan tukar ke digi smartplan 45 yang baru. Sebelum ini aku melanggan iDigi internet 2GB pada akhir tahun 2012 pakej RM60/month. Masa tu aku nak beli iphone 5, so disebabkan masih terlalu awal jadi agak sukar nak dapatkan devices tu. So pilihan yang ada hanyalah dapatkan di telco yang perlu dibeli dengan kontrak selama 12 atau 24 bulan. Dan ketika itu hanya Digi sahaja yang masih ada stok iphone 5. Disebabkan dah minat sangat dengan iphone 5, jadi aku beli dan subscribe jugaklah kontrak 24 bulan dengan Digi walaupun pada masa yang sama menggunakan line celcom.
Pada awal tu memang aku pandang rendah keupayaan line Digi. Sebab memang masa tu coverage digi masih kurang terutama di kawasan-kawasan kampung atau pedalaman(aku orang kampung). Namun tidak dikawasan bandar atau pekan. Line digi ada masanya jauh lebih baik dari line celcom. Disebabkan aku tinggal di area kampung, so boleh dikatakan line Digi tu seperti tak bermakna. Hanya bayar saja setiap bulan. Kadang-kadang aku biarkan sampai 3 bulan baru sekali bayar.
Apabila masuk awal tahun 2014, coverage Digi mula semakin baik. Di kawasan kampung aku dari tiada bar, muncul sehingga 3 bar. Boleh dapat 3G untuk line internet. Itu memang satu perkembangan yang baik untuk Digi. Sehinggalah kini internet digi aku dah boleh pakai 4G, sedangkan celcom masih lagi dengan 3G. Kalau dulu internet tidak begitu penting seperti sekarang. Tapi bila munculnya whatsapp, telegram, wechat dan lain-lain media sosialnya maka internet memang satu keperluan. Jarang aku bermesej atau call. kebanyakan kaedah aku contact rakan-rakan, dan adik beradik aku menggunakan whatsapp dan telegram.
Berbalik kepada smartplan digi 45, ianya adalah hampir sama dengan plan iDigi 60 aku yang lama tetapi dengan harga yang lebih murah. Kelebihanya ialah ada freecall sebanyak 50 minit/sebulan untuk mana-mana sahaja line telco. Then yang lebih penting untuk aku ialah unlimited call dan sms kepada 3 rakan yang menggunakan line digi. So disitu aku dapat save bila call mak, wife dan adik aku. Saiz penggunaan internet masih sama iaitu 2GB.
Bagaimanapun 2Gb mungkin agak kecil kini untuk aku yang terlalu beronline. Kalau dirumah ok sebab ada streamyx. Tapi sebab kerja banyak kena keluar kawasan, jadi kadang-kadang semua data internet digi dan celcom aku habis jugak dan terpaksa subscribe tambahan data. Mungkin juga penyelesaiannya adalah berpindah pula ke Digi smartplan 65 5GB yang lebih besar. Apapun kena fikir budget dulu, bukan boleh main-main subscribe je kan. Bagi anda yang nak subscribe pakej digi yang murah ni, boleh dapatkan di digi centre sebab tarikh akhir pakej ni sehingga 31 Januari sahaja. Kalau nak murah lagi ada pakej RM25 dengan 1GB internet.
Tapi kalau tak sempat jangan risau sebab digi ni kerap buat promosi macam pakej. Setahun sampai 2-3 kali mereka lancarkan pakej yang berbeza.
dulu saya pakai digi gak untuk internet sahaja, sekarang dah tamat dah
saya guna digi khas untuk broadband je 🙂
pakai dg prepaid… pakai yang data rm 3 seminggu… whattsap free.. fb boleh run tapi slow giler babengla.. haha , takpela siang kerja sini tak guna sangat telepon… mlam rumah ada internet..
part slow tu tak perasan la pulak
saya memang pakai digi all this while