MB Kedah

MB Kedah

MB Kedah

2-3 hari ni suasana politik negara panas bila satu sidang media oleh beberapa ADUN negeri Kedah diadakan untuk menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan MB Kedah iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Mereka meminta campur tangan Putrajaya untuk mengubah atau menukar kepimpinan negeri Kedah.

mukhrizmahathir

Aku mengikuti perjalanan permusuhan antara 2 pihak yang bermusuhan dalam UMNO Kedah ni sejak 3 tahun lepas lagi. Sebab aku orang Kedah so mesti aku ambik tau. Begini pada pendapat aku, sebenarnya tidak dinafikan yang Ahmad Bashah seorang ADUN yang bagus berkhidmat kepada rakyat Kedah. Beliau seringkali dilihat hadir dalam program rakyat dan menyumbangkan pelbagai bantuan kepada rakyat Kedah. Masa aku kawin dulu pun banyak gak bantuan yang dia berikan terutama barangan untuk masak kenduri walaupun daerah aku bukan dalam kawasan dia. Begitu juga bantuan anak yatim, keluarga yang susah banyak disalurkan atas usaha beliau. Sehinggalah satu ketika sebelum pilihanraya 2013 nama Ahmad Bashah adalah nama yang paling kuat disebut-sebut untuk memegang jawatan MB Kedah jika Barisan Nasional menang.mb kedah

Namun, bilik perang pilihanraya umno melihat walaupun PAS di bawah kepimpinan Almarhum Tuan Guru Azizan Razak dalam keadaan yang lemah ketika itu, tetapi PM Datuk Seri Najib masih meragui peluang untuk menang ataupun jangkaan hanya 50-50. Ketika itu sokongan Tun Mahathir kepada PM Datuk Seri Najib Tun Razak amat kuat malah turut turun berkempen di beberapa daerah di Kedah. Melihat keaadaan itu, maka beliau telah bertindak dengan menjamin kepada rakyat Kedah, jika Barisan Nasional menang maka Datuk Seri Mukhriz adalah menteri besar. Ketika itu aku melihat sekeliling, penyokong-penyokong PAS terdiam dan mula berfikir. Ramai penyokong PAS mula beralih angin. Mahu atau tidak, perlu diakui faktor ‘aura’ Tun Mahathir kepada rakyat Kedah dan latarbelakang Datuk Seri Mukhriz yang bersih membuatkan Barisan Nasional dengan mudah menguasai 2/3 DUN. Dari situ aku melihat Datuk Seri Mukhriz telah digunakan dengan baik untuk menguasai Kedah dan ia berjaya.

mb kedah

 

Aku yakin untuk mencapai majoriti 2/3 jika tanpa janji PM Datuk Seri Najib itu ia adalah mustahil. Sedangkan ketika itu Datu Seri Mukhriz telah menjawat jawatan Timbalan Menteri Antarabangsa dan Industri. Ada juga ura-ura tindakan itu untuk menyekat Datuk Seri Mukhriz dari menjawat jawatan Menteri Penuh.

 

Mukhriz Sebagai MB Kedah

Apabila Datuk Seri Mukhriz memulakan tugasnya, hingga saat ini jarang-jarang untuk mendengar kemarahan rakyat kepada beliau berbanding MB-MB Kedah sebelumnya. Pendapat aku, beliau berjaya mem’balance’kan antara dunia dan akhirat. Isu KUIN  juga dapat diselesaikan dengan baik oleh beliau. Alhamdulillah aku dapat menikmati lebih banyak kemudahan dizamannya.

Tetapi kenapa beliau dibenci oleh pemimpin UMNO yang lain? Isu politik seperti ini tidak semua rakyat dapat memahami. Sebahagian rakyat hanya memikirkan kehidupan harian dan keselesaan hidup. Tetapi pemimpin memikirkan tentang survive politik dan kuasa. Berkaitan dengan isu melibatkan MB Kedah Datuk Seri Mukhriz tidak lain adalah kelantangan bapanya Tun Mahathir yang menekan PM untuk turun dari jawatanya disebabkan beberapa isu, seperti ekonomi, kes 1MDB, wang 2.6 billion dan isu lemahnya kepimpinan beliau sendiri.

mb kedah

Bagaimanapun, cantas mencantas dalam dunia politik Malaysia bukan hanya berlaku di pihak kerjaan sahaja, malah juga berlaku kepada pihak pembangkang. Misalanya pemecatan bekas MB Selangor dan digantikan dengan Azmin Ali sebagai MB yang baru tanpa alasan yang kukuh sehingga rakyat tidak mampu memahaminya. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang dilihat mampu memimpin Selangor lebih maju. Tetapi beliau diturunkan dan diganti dengan Azmin Ali yang dilihat lebih lemah dengan banyak isu utama Selangor tidak dapat diselesaikan lagi hingga kini terutama melibatkan isu air.

Perlukah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijatuhkan? rakyat kata tidak perlu tetapi musuh politik kata perlu. Begitu juga yang terjadi kepada MB Mukhriz. Rakyat Kedah sayang beliau, tetapi musuh politiknya sangat membenci beliau.

Implikasi yang mesti ditanggung

Kesan jika Datuk Seri Mukhriz sebagai MB Kedah digantikan ketika ini adalah sangat buruk. Dalam politik segalanya boleh terjadi. Ketika ini PAS menunjukkan mesra kepada Barisan Nasional. Apa akan jadi jika pilihanraya seterusnya PAS kembali kepangkuan Pakatan Pembangkang. Jika ia berlaku selepas Datuk Seri Mukhriz dipecat, maka Kedah akan kembali ke tangan pembangkang. Penguasaan parlimen akan semakin lemah berbanding pru-pru sebelum ini.

Mungkin PM akan bertindak lebih bijak dengan menggantikan jawatan MB Kedah dengan jawatan lain seperti timbalan menteri seperti yang pernah dijawat oleh Datuk Seri Mukhriz sebelum ini. Tujuannya adalah untuk mengelak kemarahan penyokong-penyokong akar umbi yang boleh diterjemahkan di peti undi PRU akan datang

(Visited 175 times, 1 visits today)
  • macam-macam isu sekarang ni.

    ni zaman mb kedah la plakk..

  • >
    %d bloggers like this: