Beza lelaki lembut dengan pondan
Post teman kali ni agak keras sikit. Sebab teman dah semakin risau melihat satu perangai kotor yang semakin merebak dalam masyarakat. Apa yang teman nak sebut kali ini adalah berkaitan dengan pondan. Lelaki lembut ada di mana-mana sahaja. Salahkah jika sifatnya lembut? teman rasa tak. Perwatakan lembutnya bukan disengajakan dah memang Allah jadikan dia seorang lelaki yang sebegitu.
Kawan-kawan teman pun ramai yang gayanya agak lembut tetapi mereka tetap lelaki, berkahwin dan memiliki anak. Masa di sekolah dan universiti dulu pun ramai jumpa lelaki-lelaki lembut tetapi kehidupan mereka adalah normal sama seperti lelaki sejati macam teman huhu..kehendak sama, selera kat wanita pun sama dan pengotor pun sama haha..Jadi lelaki lembut bukan seorang pondan. Sebab ramai orang yang salah sangka terutama budak-budak. Bila tengok gaya cakap lembut-lembut dah digelarnya pondan.
Bagaimanapun kini semakin ramai muncul lelaki-lelaki lembut yang cenderung untuk menjadi seorang perempuan a.k.a pondan. Taktaulah samada mereka memang nafsunya hanya kepada lelaki atau pun mereka rasa diri tu seperti perempuan. Golongan pondan ni rasanya tak sama dengan golongan gay. Biasanya golongan gay ni mereka tidak sampai pakai seperti seorang perempuan. Jadi gay ni sangat susah untuk dikesan. Berbeza dengan golongan pondan yang jelas boleh diketahui dari tatacara lenggok pertuturan dan pemakaian. Salahkah jadi pondan? jawapanya SANGAT SALAH!! Tetapi apa pandangan masyarakat Malaysia terutama orang Melayu terhadap fenomena gila ni? pada pandangan teman sangat menyedihkan. Apa yang sedih? sebab orang Melayu tak kisah sangat pun!!
Cuba lihat program-program lawak di astro. Takkan kome tak perasan macam si Nabil, Johan, Zizan, Achek dan lain-lain lagi membawa watak seorang perempuan dan memakai pakaian perempuan, bermake up dan siap pakai coli lagi!! Patutkah buat begitu?? Itu salah satu cara yang mungkin tak disedari ‘mempromosikan’ lagi golongan tersebut. Teman tak kata pulak yang pelakon-pelakon tu jadi pondan cuma yang pastinya penonton yang berjumlah jutaan manusia melihat dan bergelak ketawa. Malah ada pulak yang memuji “cantik pulak zizan ni kan?”.. “ Apek nampak lawa bila kena makeup”.. Kemudian tonton dengan anak-anak. Benda tu meresap dalam pemikiran anak-anak seperti
“oh pakai perempuan tak salah”
“ha’ahkan orang lelaki kadang-kadang lagi cantik dari perempuan”
Macam-macam lagi la kemungkinan bermain dalam fikiran anak-anak yang kita mungkin tidak tau. Itu belum lagi beberapa orang lelaki yang tidak seperti lelaki yang semakin viral. Mereka ini semuanya telah bergelar jutawan dan kaya-raya. Mereka sudah mula berani memakai seksi dan diupload ke media sosial untuk ditatap oleh orang ramai. Ada tak apa-apa tindakan dari pihak penguatkuasa??? TIADA!!!!!!!!! Mereka di tahan? Tidak. Mereka terus dibiarkan dan dibiarkan…
Satu lagi teman risau apabila melihat pihak penguatkuasa pun macam tak berfungsi. Mereka hanya pergi tangkap pondan-pondan yang melacurkan diri sahaja. Tetapi pondan yang tidak terlibat dengan aktiviti tu tidak pula ditahan.Di pusat-pusat shopping di Kuala Lumpur kerap teman jumpa golongan2 ini berjalan membeli belah dengan amannya berpakaian layak untuk seorang perempuan.
Mereka bebas.
Sekarang ni pulak dah muncul ngo-ngo yang memperjuangkan hak-hak untuk golongan LGBT seperti mereka ini.
Untuk apa semua itu??
Mereka minta golongan ini diiktiraf. Kenapa nak perjuangkan kesalahan golongan yang sama seperti kaum Nabi Luth tu. Nak minta bala malapetaka Allah??!! Yang sedihnye kenapa sebahagian yang memperjuangkan golongan ini terdiri dari orang-orang Melayu.
Malah ada juga dikalangan mereka ini terdiri dari golongan professional dan keturunan anak-anak orang ternama.
Bagi teman, lelaki yang bertukar menjadi seorang pondan samaada bertukar jantina atau tidak, mestilah diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman yang seuai untuk mengelak daripada pengaruh dan gejala kotor ini merebak kegenerasi seterusnya. Mereka ini sepatutnya jika didapati bersalah perlu diasingkan ke tempat lain supaya tidak dapat bersosial dengan orang awam yang lain supaya dapat dielakkan kemungkinan berlaku ‘jangkitan’.
Tapii...teman duk mengomel begini apa hasilnya?? tiada apa-apa hasil. cuma teman nak lepaskan benda yang teman tak suka sangat-sangat. Patut kah mereka ini diberi peluang untuk berubah? semestinya ya.. tolong berubah dan kembali ke pangkal jalan sebab jalan yang diambil tu sangat salah. Jangan ikutkan hasutan iblis tu. Berapa lama nak hidup begitu?
Kita sebagai rakyat marhain ni kena mainkan peranan jugak untuk atasi segala masalah jijik dalam negara ni. Kita tak boleh bagi muka pada mereka-mereka ni. Mereka sudah silap dan jangan ditunjukkan sokongan yang akan membuat mereka terus hanyut. Semua rakyat perlu ambil peranan untuk perbetulkan semula mereka yang dah tersesat identiti ni..
Semoga kita dijauhkan dari hukuman Allah Taala yan diturunkan kepada umat Nabi luth dahulu.
Teman takut satu hari nanti tiba-tiba kat Malaysia ada pertandingan Ratu Cantik Pondan macam di luar negara.
Teman takut pesta gay yang pernah digembar gemburkan akan menjadi kenyataan.
Teman seriau jika berlaku perkahwinan sesama jenis di Malaysia.
Teman semakin cemas bila melihat Menteri Agama tidak 'handal' berdepan tekanan puak LGBT.
Teman PALING TAKUT jika rakyat Malaysia terutamanya orang Islam tidak menentang golongan ini.