Cuti Sempena Hari Pertabalan Di-Pertuan Agong
Cuti sempena hari pertabalan Yang Di-Pertuan Agong
Esok 24 April adalah hari pertabalan yang di-Pertuan Agong XV, iaitu Sultan Muhammad V. Maka seluruh rakyat Malaysia diberi pelepasan am termasuklah semua kakitangan awam seperti aku. Alhamdulillah dapat lah sehari lagi berguling-guling di rumah dengan anak-anak. Sepatutnya time cuti ni bawa anak-ronda-ronda keliling pantai(sebab kawasan aku ni tepi laut). Tapi disebabkan minggu depan pun isnin cuti juga bersempena hari pekerja, so tangguh ke minggu depan picnic kat pantai
Venue hari pertabalan Yang di-pertuan Agong
Kalau ikutkan berita di akhbar, pertabalan tu akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara. Namun yang pasti sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan agama, bangsa dan negaranya maka esok adalah waktu yang ditunggu pagi-pagi kat depan tv untuk menonton upacara pertabalan tu. Kalau ikutkan dah 3 kali sebelum ni setiap kali istiadat pertabalan Agong aku tak pernah miss. Aku harap esok jangan lah tetiba ada hal pulak.
Kali ni kita akan dipimpin pula oleh seorang sultan yang rasa semua orang dah kenal, dikenali dengan warak dan berjiwa rakyat. Mana taknya boleh makan nasi lemak kat masjid dengan orang awam. Pada aku dia buat begitu bukan atas soal politik atau apa, tetapi memang itu kehendaknya sendiri. Berbeza dengan politician yang berbuat sesuatu atas dasar keuntungan dan kelebihan politik mereka.
Dan tak lupa juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong iaitu Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah yang merupakan seorang sultan yang paling bijak dan tinggi pencapaiannya di dalam bidang akademik. Mewarisi kebijaksanaan bapanya iaitu Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah yang pernah menjawat jawatan Ketua hakim negara pada tahun 1982.
Fungsi Yang di-Pertuan Agong.
Kalau nak disenaraikan memang banyak tugas seorang Agong. Melantik perdana menteri, membubar parlimen, melantik hakim negara adalah sebahagian tugasnya. Namun bagi aku sebagai seorang rakyat biasa, tugas Agong yang terpenting adalah melindungi agama islam dan menjaga hak orang melayu, bumiputera Sabah dan Serawak. Dalam ketika kepentingan Islam di negara ini aku lihat semakin dicabar dan ditekan dengan beraninya oleh kaum bukan Islam, seorang Agong yang warak, muda, berkarisma dan berwibawa amat diperlukan.
Selain itu juga, kuasa utama Agong adalah sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia(ATM) yang sebahagian besarnya terdiri dari orang melayu beragama islam. Kebanyakannya berada dalam Rejimen Askar Melayu Diraja(RAMD). Diharap ATM semakin kuat dan utuh di bawah pemerintahan Sultan Muhammad V untuk melindungi maruah negara dan mengelakkan berlakunya sekali lagi tragedi Tanduo.
Pandangan aku, rakyat memandang tinggi terhadap gandingan Yang di-pertuan Agong dan timbalan Yang di-Pertuan Agong kali ni kerana baginda berdua dilihat mempunyai reputasi yang tinggi. Seorang islamic dan seorang lagi bijakpandai. Semoga Malaysia terus maju aman dan damai.
Alhamdulillah.. dapat cuti esok..
Semoga baginda yang dipertuan agong dipanjangkan umur dan dapat mentadbir negara dengan baik.
alhamdulillah cuti hari ni
Seorang Raja yang ‘Cool’ dan mudah menjadi teladan bagi rakyat. Daulat Tuanku.