Tips elak jadi mangsa rogol

Tips elak jadi mangsa rogol

Elak dari menjadi mangsa rogol

Dah sebulan lebih aku tak buat apa-apa posting di blog ni. Maklumlah menjaga 6 orang anak dan isteri dalam bulan pantang. Tak ada masa nak fikir tentang post dan blog. Tapi alhamdulillah sekarang ni semua dah stabil, isteri pun dah kuat. Anak-anak pun dah dapat membiasakan diri dengan adik terbaru. Abang cik pun dah boleh menerima kehadiran adik bongsu.

mangsa rogol

Kali ni aku nak post idea aku sendiri khas untuk orang perempuan tentang bagaimana hendak mengelakkan diri dari menjadi mangsa rogol. Semenjak 2 menjak ni banyak berita-berita kes rogol dan perkosa terpampang di dada akhbar dan media sosial. Ada juga kes-kes yang pelakunya adalah melibatkan ahli keluarga sendiri. Tak kurang juga mangsa-mangsa rogolnya adalah kanak-kanak yang berumur seawal 6 tahun. Aku ada isteri(kira cantik gaklah kat mata aku) hehe dan aku juga ada anak perempuan. So mereka ni menjadi kerisauan aku dan taknak perkara buruk itu terjadi kat keluarga sendiri. Ada beberapa tips yang aku selalu aku sebut kat mereka dan aku nak kongsikan dengan pembaca blog ni.

Pakaian seksi

Janganlah pakai pakaian yang seksi dan menjolok mata. Sakit kalau terjolok mata. Kalau keluar rumah cubalah pakai pakaian yang besar, sopan dan menutup aurat. Jangan  memakai pakaian yang ketat dan sendat. Sesetengah orang perempuan ni pulak, tudung wajib pakai taknak orang nampak rambut. Dah bagus dah tutup rambut. Tapi tu dia… baju ngan seluar ketat seketat-ketatnya. Punyalah sampai tersembul benda-benda yang tak sepatutnya tersembul. Pada pemerhatian aku, bukan saja anak-anak dara ja yang berpakaian begitu, malah yang dah berstatus isteri orang pun sama.

Bila dah pakai seksi meksi ketat mendat, maka tak kah itu memberi santapan percuma kepada lelaki lain. Orang lelaki ni bila duk tengok benda-benda begitu dari mata bawa ke hati terus ke otak dan tertelan air liur. Kat otak tulah bila hilang kawalan macam-macam boleh terjadi. Bukanlah nak kata semua lelaki sikap macam tu. Aku tak macam tu hehe..titan pun tak macam tu haha..

Pakaian menutup aurat

 

Namun hakikatnya bukanlah semua mangsa rogol itu berpakaian seksi malah ada yang berpakaian sopan berbaju kurung. Sebab kejadian rogol bukan disebabkan satu atau dua faktor sahaja.

Make up

Adik-adik kakak-kakak… semua suka make up kan. Tapi berpada-padalah. Janganlah terlalu cantik sampai sekali orang terpandang teringin nak pandang lagi. Kalau kat tempat kerja aku ni pun ada yang sesetengah tu make up mak oi…dah macam pengantin aku tengok. Lawa siot. Make up cun-cun kat rumah dah la. Kat luar pakai bedak ngan lipstik dah la kot.

Aku tahu memang semua orang perempuan nak kelihatan cantik. Nak nampak pipi gebu, nak nampak hidung kelihatan mancung, taknak orang nampak jerawat dan sentiasa kelihatan menarik. Tapi tak berbaloi rasanya jika anda jadi ‘idaman’ lelaki berhidung belang.

Menjaga pergaulan

Part ni penting ni. Elakkan bergaul terlalu ‘over’ dengan orang lelaki bukan muhrim anda. Bercakap bila perlu sahaja atau boleh la jugak kot kalau sekadar bertegur sapa. Jangan sampai bersembang dan berdekah ketawa. Yang ni biasa ni bukan aku je, korang yang lain pun mesti pernah melihat situasi ni. Hindarkan dari aktiviti yang boleh mendatangkan rasa ‘suka’ orang kepada anda.

Elak ikut jalan yang sunyi

Jangan berjalan di kawasan yang sunyi. Kawasan yang sungi bukan je kat jalan atau lorong-lorong, tetapi juga di kawasan parking, lif, tangga, kaki lima kediaman flat atau apartmen. Tempat-tempat yang aku sebut tu adalah berdasarkan kes-kes rogol yang selalu aku baca di media sosial dan akhbar. Kalau balik kerja tu, cubalah balik secara berkumpulan, saling jaga menjaga. Banyak kes mangsa rogol adalah ketika balik kerja terutama shift malam. Malah ada masanya perogol adalah rakan-rakan sekerja yang dikenali.

Sentiasa alert pada situasi

Manalah tau jika anda berada bersama dengan rakan-rakan lelaki, silalah memasang syak wasangka untuk keselamatan anda. Cuba datangkan perasaan risau walau lelaki itu adalah tunang anda sekali pun. Jangan terlau percaya kepada seseorang. Sebab iblis tu sentiasa pandai membisik ayat-ayat yang menggoda.

Seni mempertahankan diri

Sedikit sebanyak cubalah belajar teknik mempertahankan diri. Sekurang-kurangnya asas pukulan yang boleh digunakan untuk memberi efek gentar kepada perogol. Penting juga mengetahui dimana titik-titik kelemahan pada tubuh badan manusia bagi membolehkan pukulan anda memberi kesan yang maximu pada penyerang.

seni mempertahankan diri

 

 

Membawa semburan lada

Ini adalah salah satu ikhtiar terakhir, iaitu membawa ke mana-mana sahaja satu alat mempertahankan diri iaitu semburan lada. Biasanya kalau wanita di negara-negara omputih ia adalah alat yang biasa digunakan untuk mengelak dari menjadi mangsa rogol. Namun berbeza di negara kita, ia dianggap satu alatan yang sangat asing. Biasanya sesiapa yang terkena semburan lada ni di mata akan mengalami kesakitan yang amat sangat. Kalau tengok video ada yang sampai berguling menahan sakit. So ia beri masa yang cukup untuk mangsa melarikan diri.

semburan lada

Jadi itulah adik-adik dan kakak-kakak tips macam mana nak elak dari menjadi mangsa rogol dari  olaoli.com. Kalau nak keluar dari rumah adalah lebih baik jika anda berteman dengan adik beradik atau ibu bapa. Jangan berani sangat nak keluar waktu malam walaupun anda menaiki kereta.

Disamping itu sentiasalah berdoa kepada ALLAH S.W.T agar dihindari dari kejadian-kejadian yang tidak diingini. Kalau ia berlaku juga, anda juga perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri dengan membuat laporan terus kepada pihak polis. Jangan memendamkan kejadian hitam itu, kelak anda sendiri akan merana.

Bagi masyarakat pula, jangan sesekali memandang hina kepada mangsa-mangsa rogol. Mangsa rogol bukan seorang yang kotor kerana itu bukan disebabkan kehendak hatinya melainkan ianya adalah satu paksaan secara kekerasan. Kalau anda memandang mangsa rogol itu hina, cuba bayangkan kalau anak atau isteri anda menjadi mangsa rogol apakah perasaan anda bila orang memandang hina pada keluarga anda.

[wdps id=”1″]

 

(Visited 428 times, 1 visits today)
  • Setuju dengan semua yang di tulis di atas tu, kena jaga semuanya bermula dari diri kita sendiri, InsyaAllah selamat.

  • >
    %d bloggers like this: