Membeli di lazada adalah berbaloi dan selamat
Membeli di lazada kali ketiga
Hari ini sampai bungkusan pembelian kali ketiga aku di lazada. First bulan januari tahun lepas beli barangan sekolah isteri seperti mesin laminate, puncher dan macam-macam jenis kertas yang aku sendiri pun tak tau nak guna untuk apa. Kemudian isteri aku duk beli berkotak-kotak pampers di lazada hujung tahun lepas. Masa promosi tu boleh dapat pampers petpet saiz L dengan purata harga RM13.00 setiap satu pek. Dalam satu pek tu tak silap aku ada 48 keping kot.
Kali ni aku beli seluar track untuk aku dan isteri. Dari pengalaman membeli di lazada ni dapat disimpulkan ianya mudah dan cepat. Untuk order memang terbaik dan mudah, bertambah baik apabila aku sebagai pengguna kad cimb dan maybank dapat menikmati diskaun sekurang-kurangnya 10%. Kalau shopping online kat tempat lain agak kurang peluang nak jumpa less nih. Untuk penghantaran memang cepat malah lebih baik kalau dibandingkan membeli di ebay atau amazon. Padahal produk tracksuit tu dari china namun penghantaranya cuma mengambil masa 9 hari sahaja.
Pilihan membeli di lazada
Kat lazada ni bermacam-macam barangan dijual. Banyak pilihan tersedia dan kita boleh buat pilihan yang paling tepat. Kadang-kadang antara penjual juga meletakkan harga berbeza walaupun jenis barangan yang sama. Ada juga menyediakan pakej menarik seperti jumlah yang banyak tetapi dengan harga purata yang lebih murah.
Bungkusan barangan lazada
Setakat tiga kali aku membeli di lazada ni, dari aspek packaging memang puas hati. Packagingnya selamat dan untuk barangan mudah pecah ia akan diletakkan dalam kotak bersama bubble wrap. Begitu juga dengan pembelian sebelum ini seperti pampers, ia di letakkan dalam kotak dan di wrap dengan baik untuk mengelakkan dari terbuka atau rosak terkena air.
Shipping cost
Di lazada ni kebanyakan barangan adalah dengan penghantaran percuma. Kita tidak di cas untuk kos penghantaran berbeza dengan di lelong yang hampir semua pembelian dengan kos penghantaran. Namun begitu ada juga barangan yang dikenakan charge tetapi pada kos yang agak rendah.
Kualiti barangan
Tiada beza sangat membeli di lazada dengan membeli di tempat lain. Kualiti banyak bergantung kepada harga dan brand. Kalau tracksuit yang aku beli, memang sesuailah kualiti dengan harganya. Lagipun ia adalah brand dari China dan kebiasaanya ia tidak standing dengan kualiti nike atau adidas. Apapun berbaloilah dengan harganya.
Refund/penggantian barangan
Setakat ni aku tak pernah lagi ada masalah yang perlu minta refund atau hantar semula barang. Namun mengikut pengalaman rakan-rakan, mereka pernah issue refund sebab terima barangan yang berlainan atau dah rosak. Kebanyakannya jenis barangan elektronik seperti power bank dan charger laptop atau phone. Tapi memang dapat refund dan ada juga terima barang yang diganti semula.
Kesimpulanya aku memang puas hati membeli di lazada ni. Untuk korang yang masih belum pernah membeli di lazada lagi bolehlah try, insyaallah korang puas hati. Pilihan di lazada ni sangat banyak. Rambang mata nak pilih yang mana satu. Kalau aku nak beli tracksuit kat kedai ,paling lama pun 20 minit belek-belek, kemudian terus grab satu bayar kat kaunter sebab pilihan tak banyak. Tapi kalau kat lazada ni, 1 jam macam tak cukup nak belek-belek sebab banyak sangat tracksuit kat situ. Dalam masa yang sama aku dapat menambah pengetahuan tentang fesyen-fesyen tracksuit yang terbaru hehehe… Selamat mencuba.
[wdps id=”1″]
Pernah beli barang elektrik kat lazada. kali kedua guna dah rosak.
Alhamdulillah. Smooth je proses penggantian.
Yang lecehnya nak wrap bagai masa nak pos balik kat lazada. Heee..
Yang penting, postage diorang refund.
Oh puan dah pernah alami barang rosak ya. alhamdulillah sebab dapat refund semula termasuk postage tu.
kalau ada penggantian dah kira bagus juga tu..