Tips pencahayaan dalam rumah

Tips pencahayaan dalam rumah

Pencahayaan dalam rumah

Kali ni aku nak berkongsi pengalaman bagaimana nak meningkatkan pencahayaan dalam rumah. Untuk pengetahuan korang, rumah yang aku sewa bersama keluarga ni saiznya agak besar tetapi design rumah ni menyebabkan ruang tamunya menjadi gelap. Ruang tamu langsung tiada tingkap. Walaupun pintunya menggunakan cermin sliding door namun perlu juga buka sekurang-kurangnya 1 lampu waktu siang supaya nampak terang. Kalau tak, anak duk berlari sebelah kita pun boleh terlanggar.

pencahayaan dalam rumah

2-3 tahun pertama memang tak ambil berat tentang pencahayaan ni. Siap kami cat dinding rumah warna merun lagi. Sudah la gelap ditambah lagi dengan warna yang gelap, maka semakin kelamlah ruang tamu aku. Kat bawah ni  dikongsikan beberapa langkah yang aku ambil untuk meningkatkan pencahayaan dalam rumah.

Perabot warna putih

Mula-mula hidup berkeluarga dulu, asal beli sofa, meja atau kabinet tv semua warna kayu. Ada yang warna hitam, coklat atau merah. Bila perabot dah mula rosak kami tukar dengan perabot yang bewarna putih atau cerah. Kalau sofa, bila dah terkoyak, kami hantar ke kedai untuk balut semula dengan warna cream. Begitu juga dengan coffe table dan kabinet tv lama yang asalnya warna hitam bila dah usang kami gantikan dengan warna putih. Warna putih/cerah dari perabot ni sedikit sebanyak membantu memantulkan sedikit cahaya yang masuk dari pintu.

Pasang cermin di dinding

Tips seterusnya ialah memasang cermin di dinding ruang tamu. Kedudukan cermin pula mestilah dipasang di dinding yang bertentangan dengan pintu masuk. Sebab cermin ni akan bertindak memantulkan cahaya kepelbagai arah. Secara tak langsung cahaya yang diserak ni dapat memenuhi ruang tamu kita. Di samping tu cermin ni digunakan sepenuhnya oleh aku sendiri untuk angkat dumbell..dan bini aku pulak guna cermin tu nak betul-betulkan tudung sebab saiznya lagi besar dari cermin make up dalam bilik.

pencahayaan dalam rumah

Pasang langsir warna putih/cerah

Tips ni penting sebab cahaya yang dipantulkan oleh cermin tadi pasti akan tertuju ke langsir yang kedudukannya bertentangan. Pemilihan warna langsir sangat penting, penggunaan warna yang gelap tidak banyak membantu meningkatkan pencahayaan dalam rumah walaupun kita dah pasang cermin. Sebelum aku tukar ke langsir putih, langsirnya asalnya berwarna kelabu gelap.

pencahayaan dalam rumah

Cat warna putih!

Yang ni memang tak dinafikan semua orang pasti akan terfikir idea untuk mengecat dinding dengan warna putih/cerah jika mahu meningkat pencahayaan dalam rumah. Yes sebenarnya inilah langkah pertama yang aku buat sebelum menukar warna perabot, langsir dan memasang cermin.

pencahayaan dalam rumah

Mungkin banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan pencahayaan dalam rumah. Namun berdasarkan pengalaman aku sendiri, 4 tips di atas ni pun dah ok untuk korang nak dapatkan pencahayaan dalam rumah yang lebih baik.

 

[wdps id=”1″]

(Visited 613 times, 1 visits today)
  • memang rumah aku sekarang..

    banyak warna cerah-cerah dalam rumah.

    memang terasa besaq sikit la rumah sekarang nih.

    • ya bro..kalau cerah-cerah ni kita nampak rumah macam luas dan jauh antara dinding ke dinding

  • rumah saya pun gelap kerana cat yang gelap…

    ruang yang sedehana dah nampak kecik…

  • Langsir suami memilih warna selain putih sebab dia tak nak nampak kotor. Almaklumlah anak-anak selalu bermain kat langsir kan.

    • Betul tu..sebulan sekali saya kena basuh langsir sebab anak-anak main lap ja tangan

  • Jom cat dinding warna putih. Nampak luas juga.

  • kami pun memang suka kaler cerah, bagi nampak luas. rupanya bagus juga untuk pencahayaan

  • rumah yang mempunyai pencahayaan yang baik memang selesa utk didiami..

  • Nice info… Salam perkenalan dari Kelab best Blogger Network (BBN)

  • Teknik pencahayaan yang betul dan menarik bukan saja nampak cantik tapi bagi mood kat penghuni dalam rumah juga

  • >
    %d bloggers like this: