About me
Inilah Olaoli
Dari kecik-kecik sampai la dah tua ni, keluarga dan saudara mara semua panggil saya Oli. Mungkin sebab nama saya Fadzli. Umur dah 3+.. hah kan dah tua tu. Isteri setakat ni baru seorang dan anak setakat ni baru 6. Hajat di hati nak buat satu team bola sepak, tapi akan daya isteri cakap dah tak larat lagi nak beranak.
Blogger…sebenarnya dulu pernah ada blog dan agak aktif cuma masa tu pakai blogspot je dan ada juga berbayar.. Hampir3 tahun juga aktif, tapi akhirnya tewas a.k.a mengalah. Sebab buat blog pada masa tu niatnya adalah untuk cari duit. So buat affiliate, buat adsense(sebelum kena ban) dan macam-macam lagilah. Dan…bila tak berjaya sesen pun, maka terus layu di tasik madu.
So sejak awal tahun 2016, saya mula berblog kembali tapi bukan niat utama cari duit..Lebih kepada nak cari pembaca je. Belajar sikit-sikit pasal seo, belajar pasal pembinaan content dan belajar mencari kawan sesama blogger. Dalam tak fokus untuk buat duit, boleh pulak blog ni hasilkan income walaupun tak sebanyak mana. Kebanyakannya adalah dari publish artikel dan affiliate. So hasil tu dapatlah digunakan untuk bayar hosting beli plugin-plugin kesukaan iaitu dari Thrive theme. Kat Thrive theme ni ada pelbagai plugin yang menarik tertarik kedeboom. Cubaa korang try tengok pasti tergoda.
Lupa nak bagitau sekarang tengah belajar menulis ebook. hah! ya saya sedang buat ebook..nanti saya bagi ye bila dah siap..percuma je. Dalam pembikinan ada 2. Tapi kedua-dua tak siap lagi haha..tapi…fokus saya adalah pada forex dan blogging, sebab benda tu je pandai sikit-sikit. Cuma tak pasti la tahun bila ebook aku tu nak siap.
Kepada rakan-rakan atau pelawat blog ni sudi lah sekiranya memberi komen dan juga like FB page olaoli. Dengan sokongan anda semua diharap tuan punya blog ini(sayalah tu) dapat motivasi untuk terus ‘berkarya’ dengan lebih baik lagi.
Sejak bulan May 2017, alhamdulillah dah beberapa kali kolaborasi dengan beberapa pihak untuk post artikel di blog ini. Dan juga kebuntuan melalui affiliate juga sudah dapat dipecahkan melalui beberapa sell melalui link di blog olaoli.com ni. Terima kasih kepada pelawat yang sudi bertandang ke blog ini. Tanpa anda siapalah saya.
Kepada sesiapa yang ingin mempromosi sesuatu tetapi dengan budget yang rendah boleh lah ‘mencuba’ untuk promosi di blog ini. Rendah je cas.
Banner di bahagian sidebar – RM10 sahaja sebulan.
Banner di bahagian bawah post – RM10 sebulan
Publish dalam post dengan review – RM50
Jika nak bekerjasama dengan olaoli.com sila hubungi menggunakan borang di bawah. Pertanyaan anda akan dijawab secepat mungkin.