Category: Pelaburan

Buku-buku hartanah dalam koleksi olaoli

Buku-buku hartanah dalam koleksi olaoli

Aku adalah seorang yang agak rajin membaca cewahh… selepas lama tak posting terus ayat pertama memuji diri sendiri. Tapi memang benar aku memang rajin membaca. Taktaulah kenapa..sejak kecik asal jumpa benda boleh dibaca mesti aku akan baca… walaupun surat khabar yang dah 2-3 bulan. Apatah lagi jika terjumpa buku-buku atau majalah. Banyak juga koleksi buku-buku dan majalah yang aku kumpul sejak sekian lama. Kalau  time dapat gaji dan kebetulan ke bandar pasti tak lupa untuk singgah ke kedai buku seperti Popular, The times dan Harris. Kalau tak ke bandar pegi kat pekan cari buku di kedai-kedai buku biasa. Biasanya aku banyak membeli buku-buku yang berkaitan dengan motivasi, sejarah, perniagaan, pelaburan dan tidak ketinggalan buku-buku hartanah.

Amalan membaca ni satu amalan yang patut  ada pada semua manusia terutama orang Islam. Dengan membacalah jalan utama untuk memiliki dan mengetahui banyak pengetahuan. Anak-anak perlu digalakkan membaca dan memiliki buku selain dari membaca di tablet atau phone.

Koleksi buku hartanah

Dalam banyak-banyak koleksi buku yang aku ada, kategori yang paling sikit adalah berkaitan dengan hartanah. Sebab utama adalah pada pendapat aku satu ketika dulu pelaburan hartanah ni mudah difahami dan skopnya kecil. Tetapi lepas membeli rumah pertama baru lah aku sedar betapa ilmu yang aku ketahui tentang hartanah adalah sangat menima. Banyak benda yang aku tak faham dan konfius. Start dari situlah aku mula mencari ilmu-ilmu melalui buku-buku hartanah yang ada di pasaran.

So, posting ni aku nak kongsikan beberapa buku hartanah yang pada aku bagus untuk dibaca dan dimiliki. Buku pertama yang aku baca bertajuk “How You Can Become A Multi Millionaire Real Estate Investor” -Milan Doshi.

buku-buku hartanah

Buku ini dalam bahasa Inggeris. Aku dapatkan buku hartanah ini di Times lebih kurang 4 tahun yang lepas. Amat berbaloi kerana isi yang padat dengan info dan tips yang boleh diikut dan diamalkan. Di bawah adalah isi kandungan:

buku-buku hartanah

Seterusnya adalah buku hartanah berbahasa melayu pula yang ditulis oleh penulis tempatan iaitu “Bijak Hartanah – Menyelongkar Rahsia Rumah Lelong” – Asharil Suhardi Abdullah. Nak bagi tau hangpa la kan.. lepaih baca buku ni tak lama kemudian aku berjaya menang sebuah rumah lelong di Sungai Petani pertengahan tahun 2016 dan sebuah lagi di Ipoh awal tahun 2017. Kedua-duanya telah berjaya di sewakan. Bagi sesiapa yang masih takda lagi ilmu tentang rumah lelong boleh dapatkan buku ni. Korang boleh lihat gambarajah di bawah.

buku-buku hartanah

buku-buku hartanah

Buku hartanah sesuai untuk bakal graduan

Buku hartanah ketiga ialah “Hipster Hartanah” – Harith Faisal. Ini buku hartanah yang terbaru aku beli bulan Disember yang lepas di Popular Tesco Alor Setar. Selepas selesai baca, selain ilmu tentang hartanah, pada aku buku ini lebih kepada memotivasikan golongan muda terutama graduan yang baru berkerja untuk bijak merancang kewangan dengan memulakan langkah melabur membeli rumah berbanding perkara yang lain seperti kereta. Para student Universiti yang tak lama lagi nak graduate, sila dapatkan buku ini kerana sedikit sebanyak boleh menggugurkan niat-niat korang yang nak pakai kerta mahal, handphone mahal dan semua benda-benda tak penting.

buku-buku hartanah

buku-buku hartanah

buku-buku hartanah

buku-buku hartanah

 

Buku panduan Homestay

Buku ni aku dah beli agak lama dan beberapa kali diulang baca. Namun hingga kini aku tak pernah praktikkan secara menyeluruh. Pernah sekejap aku buat homestay, tetapi disebabkan sibuk dengan kerja hakiki, aku tiada masa untuk menguruskan homestay kena pula jarak antara rumah yang dibeli dengan rumah aku sekitar 1 jam. Namun insyallah jika satu masa nanti aku ada sebuah rumah yang berdekatan dengan tempat tinggal, homestay memang dalam perancangan memandangkan lokasi tempat tinggal aku ni merupakan kawasan yang agak hot dekat dengan beberapa institusi tinggi dan pelancongan.

buku-buku hartanah

buku-buku hartanah

 

Buku panduan membeli rumah pertama

Buku ni dibeli 2-3 bulan selepas aku dah tandatangan SnP rumah pertama tahun 2014. Pelik tapi itu la hakikatnya bila dah selesai urusan beli rumah baru la terjumpa buku yang tajuknya sangat sesuai dengan aku ketika tu. Buku ni pun aku dapatkan di Times. Penulisnya bernama Emrull Iqbarullah. Apapun lepas baca buku tu rasa was-was adakah lokasi pilihan aku tu betul.  Tapi syukur rasanya apa yang telah aku buat sebelum itu berada di landasan yang betul. Takut-takut juga kalau keputusan silap memandangkan ketika perumahan rumah pertama aku dibangunkan kawasan sekelilingnya masih belum membangun. Masih berhutan lagi.

Alhadulillah sekarang kawasn tu memang mengalami pembangunan pesat. Sebuah sekolah menengah, sebuah kolej swasta dan beberapa kompleks membeli belah telah siap sepenuhnya serta beroperasi.

Kesimpulan

Demikianlah adanya beberapa buku hartanah milik hamba yang dikongsikan. Jika anda sedang mencari buku/panduan hartanah, bolehlah cari buku-buku yang aku kongsikan di atas di popular dan Times atau mana-mana kedai buku biasa. Carilah ilmu sebelum bertindak membuat pelaburan membeli rumah.

Sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab

Sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab

Satu ketika dulu aku ada post satu artikel tentang perjanjian sewa rumah. Dalam post tu juga aku ada selitkan tentang rumah aku yang berjaya disewakan. Kalau tak baca lagi boleh baca di sini. Untuk pengetahuan korang aku dan isteri ada 2 unit rumah dan kedua-duanya di sewakan. Unit rumah aku fully furnish manakala unit rumah isteri partially furnish. Walaupun rumah aku cuma satu bilik tetapi ia berjaya disewakan pada kadar harga RM 700 sebulan manakala 3 bilikrumah isteri aku cuma dapat disewakan RM 800 sebulan sahaja.

Sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab

Kali ni apa yang nak aku ceritakan adalah berkaitan dengan tajuk iatu sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab. Selepas setahun setengah, penyewa maklumkan yang beliau akan dipindahkan ke tempat lain dan tidak dapat meneruskan sewaan. Tidak jadi masalah untuk aku sebab dikawasan rumah aku tu memang demand rumah sewa tinggi terutama jika fully furnish. Baru sehari je letak iklan kat mudah aku dah dapat penyewa baru.

Lepas je aku terima kunci dari bekas penyewa aku terus masuk untuk bersihkan rumah sebab penyewa baru akan masuk. Di situlah bermulanya kekecewaan bila lihat keadaan rumah huru hara dan perkakasan dalam rumah ada yang rosak dan tak cukup sifat. 1 tahun 7 bulan satu masa yang singkat kalau kita di rumah pun dalam tempoh tu perabot dan peralatan elektrik semua dalam keadaan yang baik. Tapi tidak apabila kita dapat penyewa yang tidak bertanggungjawab. Mesin basuh kemik sana sini. Peti ais bahagian pintu atas bekas berlubang-lubang seperti diketuk dengan benda tajam. TV full hd aku kesan kemik di 2 tempat pada bingkai tv. Tapak kaki tv juga patah seperti terjatuh dari kabinet.

Penyewa juga dipesan sebarang kerosakan dalam rumah mestilah bagitau kepada aku dengan cepat sebab selagi dalam tempoh warranty sebarang pembaikan adalah percuma. Malangnya disebabkan tidak ada rasa tanggungjawab, ia dibiarkan sahaja rosak tanpa sebarang makluman.

sikap penyewa
bahagian yang terkopek di pintu bilik air

Sikap penyewa yang tidak ada perasaan malu

Bahagian dapur kabinet yang aku pasang, dibahagian atasnya melekat dengan kesan minyak yang tak boleh ditanggalkan. Jenuh aku menenyeh menyabun dan bermacam cara lagi. Macam langsung tak pernah dilap berbulan-bulan. Itu belum lagi lantai yang mengalami kerosakan. Yang membuat aku paling ‘terkesima’ apabila melihat dinding rumah. Habis melekat-lekat pita hitam dan berlubang-lubang bekas paku. Padahal aku dah pesan dan memang ada pun dalam perjanjian sewaan tidak boleh memaku di dinding rumah. Bukan sahaja dinding rumah malah pintu bilik air dan bilik juga berlubang dengan bekas paku.

sikap penyewa tidak bertanggungjawab
kesan pita hitam dan paku yang banyak. terpaksa cover pakai wallpaper

Bertambah sakit hati boleh pula minta full deposit semula dengan alasan nak bayar deposit sewa rumah baru. Jika keadaan rumah dah begitu maka jangkaan utility bil pasti ada masalah dan memang betul sangkaan aku apabila bil elektrik tertunggak selama 2 bulan dan kini aku menunggu bil terbaru pula. Begitu juga bil air yang tertunggak selama 3 bulan.

Claim deposit untuk sebarang kerosakan

Oleh sebab itu aku telah claim deposit 2 bulan + 200 utility untuk sebarang kerosakan dan bil tertunggak. Semua kos aku tolak beli cat, wallpaper, penutup lampu dan beberapa barangan lain. Aku cuma pulangkan beberapa ratus sahaja. Nak marah tak marah dah itu pun kos yang perlu aku cover. Beliau adalah sangat beruntung kerana dapat rumah tu ketika semua perabot dan barangan elektriknya baru dibeli. Sepatutnya dijaga dengan baik. Rumah aku tu kabinet selain kabinet dapur telah dipasang kerana termasuk bersama pakej rumah. Semuanya built in termasuklah wardrobe. Sebarang kerosakan menyebabkan aku terpaksa memanggil syarikat yang memasang perabot rumah tu semula untuk pembaikan dengan kos yang lebih tinggi.

Tindakan terbaru untuk mengelakkan mengalami situasi yang sama

Penyewa baru telah pun menerima kunci dan tandatangan perjanjian penyewaan yang baru kelmarin. Aku telah menambah beberapa term yang ‘keras’ dalam perjanjian lebih banyak dari perjanjian dengan penyewa sebelum ini. Antaranya ialah

  1. sebarang kerosakan peralatan elektrik dan jika tidak dibaiki maka deposit akan digunakan untuk menggantikan barangan yang rosak dengan yang baru.
  2. maksimum penghuni hanya 2 orang sahaja.
  3. RM 500 akan di charge dari deposit rumah jika penyewa memaku/kesan paku pada dinding atau mana-mana bahagian dalam rumah.

Dan perubahan pada deposit ialah 3+1+RM300. Sebelum ini 2+1+RM200. Alhamdulillah penyewa baru ni bersetuju dengan syarat-syarat yang terdapat dalam perjanjian tersebut. So Hari isnin ni aku akan ke LHDN untuk matikan setem sewaan tersebut.

sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab
Selepas seharian mencuci, mengecat dan mengemop bahagian dry kitchen

Kesimpulan untuk Tuan rumah sewa

Nasihat aku kepada tuan-tuan rumah yang nak sewakan rumah, pertama kita mesti ada satu dokumen yang sah untuk menguatkan sebarang tuntutan terhadap sebarang masalah kemudian hari. Yang aku maksudkan adalah Dokumen Perjanjian Sewaan rumah. Term-term yang terdapat dalam perjanjian mestilah jelas dan tidak merugikan kita sebagai owner. Antara kesilapan aku ialah hanya meletakkan perkataan larangan terhadap paku dinding rumah. Aku tak boleh nak charge besar untuk beli cat dan simen. Dan lagi stress ialah aku tak cukup masa nak mengecat menyimen(malas pun ada jugak). So perubahan yang aku buat ialah terus charge RM 500 jika larangan pemakuan dinding dilanggar oleh penyewa. Alhamdulillah penyewa baru ni bersetuju, mungkin sebab mereka ni perempuan dan tak suka kot memaku-maku dinding.

Syarat yang banyak bukanlah bertujuan untuk mengambil kesempatan ke atas penyewa atau mengongkong penyewa. Sebaliknya ia bertujuan untuk mencegah kerugian terhadap tuan rumah yang telah mengeluarkan kos yang besar untuk memberi keselesaan kepada penyewa. Rumah sewa juga adalah satu bisnes. Mana-mana bisnes pun konsepnya adalah mengelakkan dari mengalami sebarang kerugian dan mendapat keuntungan. So bagi aku ianya adalah win-win situation samaada kepada penyewa mahupun tuan rumah.

Risiko pelaburan emas

Risiko pelaburan emas

Pelaburan emas 

Sebelum ni aku ada publish satu post berkaitan dengan strategi dan teknik mengumpul emas, tapi kali ni aku nak sentuh pula berkaitan dengan risiko pelaburan emas. Semua pelaburan di dunia ini pasti ada risiko untuk mengalami kerugian. Namun risiko kerugian itu boleh diminimakan dengan ilmu atau pengetahuan tentang pelaburan tersebut. Ramai dealer-dealer emas terutama dari public gold yang kerap menceritakan tentang kelebihan dan kebaikan pelaburan emas. Namun pernah tak kita dengar mereka ceritakan risiko dalam pelaburan emas ni? Tak pernahkan? Sekarang aku nak kongsikan sedikit sebanyak yang aku tau risiko pelaburan emas

Risiko kejatuhan harga emas

Inilah risiko yang dialami oleh ramai orang di era bermula penghujung tahun 2012 hingga 2015. Ketika tu kejatuhan harga mencecah sehingga 40%. Cuba anda bayangkan pelabur emas yang membeli emas ketika harga pada USD1820 tetapi menurun tinggal USD1070. Banyak tu nilai penyusutan emas dan berlaku dalam tempoh ​setahun sahaja. Masalah tak di situ? Masalah bergantung kepada sesiapa yang tidak merancang pelaburan emas dengan baik.

Ada rakan-rakan yang buat kesalahan dengan membuat pelaburan emas menggunakan sebahagian besar duit simpanan ketika harga emas berada diparas tertinggi di penghujung tahun 2012. Misalannya menggunakan 90% dari saving untuk membeli emas, dan kemudianya emas mengalami penyusutan sehingga 40%. Ramai yang garu kepala lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan situasi memerlukan wang waktu kecemasan. Mau atau tidak terpaksalah emas tu digadai atau dijual dengan harga yang jauh lebih rendah dari ketika membeli.

Pelaburan emas perlukan ilmu pengetahuan dan kesabaran yang tinggi. Pelaburan bukan bermakna asal ada duit je terus laburkan. Kita perlu faham, pelaburan emas yang berjaya akan mengambil masa yang lama untuk melipatkaligandakan hasilnya. Kita lihat saja antara pelabur terkenal di dunia iaitu Warren Buffet yang memegang sesuatu portfolio sehingga berpuluh tahun lamanya. Jadikan itu contoh bahawa sangat kecil kemungkinan untuk berjaya dalam pelaburan emas dalam tempoh masa yang singkat.

Ketidakmampuan pengeluar membeli semula

Yang ini satu lagi masalah dihadapi oleh pelabur emas. Kebanyakannya terjadi pada syarikat-syarikat kecil yang tidak mengalami modal yang terhad. Aku sendiri pernah mengalami masalah ni bila membeli emas dari sebuah syarikat kecil yang mengeluarkan emas dalam bentuk ketulan dan perhiasan. Namun menjadi masalah bila dia tidak mampu untuk pusing modal dan tidak cukup modal untuk membeli semula produk emas yang dikeluarkannya dari pembelinya sendiri. Bila situasi ni terjadi, aku cuba menjualnya di tempat lain seperti di kedai emas dan public gold. Kat situlah nilai emas tersebut diletak terlalu murah. Keputusannya tak jadi jual dan masih ada dalam simpanan.. Sebab rasa rugi, lebih baik disimpan untuk digadai kalau sesak nak pakai duit. Sebab jika digadai di bank rakyat, ia tetap diterima dengan nilai harga semasa.

cara menurunkan kolestrol

Risiko Emas Hilang

Risiko pelaburan emas yang ketiga ni sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri. Walaupun risiko ni boleh dianggap risiko kecil, tapi aku sendiri pernah mengalami kehilangan 2 keping 1 dinar. Sampai sekarang tak jumpa. Jenuh mencari, nak kata anak hilangkan tak mungkin anak-anak tahu dimana aku simpan. Nak kata pencuri masuk rumah, awat depa tak ambik semua. Setiap keping emas nilainya mencecah hingga berbelas ribu. So kita perlu membuat satu catatan tempat-tempat kita menyimpan emas.

Syarat sebelum ceburi pelaburan emas

  • mempunyai simpanan yang mencukupi untuk situasi kecemasan
  • mempunyai perancangan pelaburan emas yang teratur dan baik
  • bersedia dengan ilmu dan pengetahuan sebelum mula melabur.
  • cuba elakkan dari membeli emas sekaligus. digalakkan menggunakan kaedah cost averaging bagi meminimakan kos.
  • latih diri supaya tidak terburu-buru dan sentiasa bersabar dengan mengikut perancangan pelaburan yang telah disediakan.

  • ​Pendapat dan pandangan admin ini tidak semestinya betul. Anda perlu bijak membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam mana-mana sahaja pelaburan termasuk pelaburan emas.


    Pelaburan Terbaik terkini

    Pelaburan Terbaik terkini

    Pelaburan Terbaik untuk kita

    Andai anda seorang yang baru mula bekerja dan stabil dari segi kewangan, ada beberapa jenis pelaburan terbaik yang boleh anda fikirkan. Dalam dunia  yang semakin moden seseorang sepatutnya memiliki sekurang-kurangnya 4 jenis pelaburan. Pemilihan pelaburan mestilah pada pelaburan yang paling minima risiko untuk rugi dan sebaik-baiknya hindarkan dari terlibat dengan pelaburan yang high risk kecuali anda sememangnya pakar, berpengalaman dan berpengetahuan.

    Pelaburan Terbaik pertama – Unit Amanah ASB

    Sebagai orang muda yang mula bekerjaya di tahun pertama, Unit amanah adalah tempat yang sesuai untuk anda pelaburan terbaikmemulakan pelaburan. Buat simpanan antara10-20% dari gaji ke dalam akaun ASB. Cuba disiplinkan diri dengan mengelakan membuat pembelian yang memerlukan komitmen bulanan yang tinggi seperti kereta. Jika terpaksa memiliki kereta, boleh dipertimbangkan untuk membeli kereta terpakai yang lebih murah harganya. ASB akan memberikan anda dividen setiap tahun beserta bonus dan kebiasaanya tidak kurang dari 7% setahun. Ia adalah satu jumlah yang agak banyak jika dibandingkan dengan simpanan lain seperti tabungan di bank yang faedahnya kurang dari 3%. Tambahan pula ASB tidak mengenakan caj setiap kali anda mendeposit ke akaun.

    Simpanan di ASB juga lebih baik berbanding dengan simpanan di unit trust seperti di public mutual atau cimb dali equity yang mengenakan caj antara 5.5% ke 6%. Ia juga mempunyai risiko kejatuhan harga saham dan tidak mendapat bayaran dividen jika prestasi saham merudum.

    Pelaburan Terbaik kedua – Emas dan Silver

    pelaburan terbaik emasDalam masa yang sama, anda boleh buat simpanan 10% dari simpanan bulanan untuk membeli emas atau silver. Andai gaji permulaan anda adalah RM 2500, bermakna sebulan simpanan untuk membeli emas adalah RM 250. Ini bermaksud anda memerlukan 2 atau 3 bulan untuk membeli sekeping dinar. Namun jika anda tidak mampu untuk menunggu lebih lama, maka anda boleh membuat pilihan kedua iaitu silver. Silver dan emas kedua-duanya adalah metal yang sentiasa mendapat permintaan. Sama ada melabur emas atau silver, anda tetap telah melakukan satu pelaburan yang baik dan ianya mudah cair. Jika anda memiliki emas, ianya boleh digadai untuk mendapatkan wang bagi tujuan lain. Boleh lihat post saya sebelum ini berkaitan teknikmengumpul emas.

    Tambahan pula emas dan silver bersifat anti inflasi berbanding dengan wang fiat yang kita simpan. Jika berlaku penurunan harga emas, ianya adalah bersifat sementara walaupun mungkin harga itu berada pada kedudukan flat sehingga 3-4 tahun.

    pelaburan terbaik terkini

    Pelaburan Terbaik ketiga – Tabung Haji

    pelaburan terbaikPelaburan di tabung haji juga adalah pelaburan yang baik untuk anda. Selain untuk tujuan mendaftar untuk menunaikan haji, anda juga bakal memperolehi dividen antar 4-6% setahun. Nilai dividen telah siap ditolak dengan kadar zakat sebanyak 2.5%. Anda tidak lagi perlu memikirkan pembayaran zakat berbeza dengan pelaburan emas dan ASB. Pelaburan Tabung Haji juga adalah pelaburan yang berisiko rendah.

    Pelaburan Terbaik keempat – Hartanah

    pelaburan terbaikPelaburan hartanah adalah pelaburan yang memerlukan kos yang agak tinggi. Jika anda seorang kakitangan awam, anda ada kelebihan untuk membeli rumah pertama dengan menggunakan pinjaman perumahan kakitangan awam tanpa mengeluarkan kos sendiri. Berbeza dengan pinjaman perumahan di bank konvensional yang hanya memberikan 90% pinjaman dari nilai sebenar rumah.

    Untuk membeli sebuah rumah atau premis atau tanah, anda memerlukan sejumlah wang yang besar untuk bermula. Namun, pulangan dari pelaburan hartanah juga adalah sangat berbaloi. Hartanah itu boleh di sewa dan anda akan mendapat cashflow setiap bulan di samping peningkatan nilai hartanah tersebut. Namun hartanah memiliki risikonya tersendiri. Sebelum membeli hartanah anda perlu membuat perancangan yang teliti terutama berkaitan dengan lokasi hartanah tersebut. Lokasi sangat penting untuk menentukan nilainya di masa hadapan.

    Kesimpulan

    Sebenarnya ada banyak lagi pelaburan yang boleh dilakukan seperti pelaburan untuk berniaga dan pelaburan saham. Namun seperti yang saya katakan pada permulaan post tadi, kita sebaik-baiknya bermula dengan pelaburan yang paling minima risiko kerugiannya. Jadi diharapkan post ini dapat membantu pembaca untuk memilih pelaburan yang terbaik.

     

     

    Teknik Mengumpul Emas dengan minima kos

    Teknik Mengumpul Emas dengan minima kos

    Teknik Mengumpul Emas

    Sejak penubuhan Public Gold, semakin ramai orang mula sedar akan satu lagi medium pelaburan yang menguntungkan iaitu pelaburan emas. Aku pun mula kenal tentang pelaburan emas sejak tertubuhnya public gold. Sebelum tu hanya beli emas bagi isteri pakai. Kalau ada terfikir pun hanya bertujuan kalau tak cukup duit emas hiasan itu boleh digadai. Mungkin juga ketika tu tidak banyak company yang menyediakan emas dalam bentuk dinar atau bar. Kalau ada pun jumlahnya sangat terhad seperti Kijang bank negara yang sangat sukar didapati. Kalau dapat beli harganya lebih mahal berbanding dengan emas public gold. So post ni aku nak kongsikan 2 strategi dan teknik mengumpul emas dengan kaedah yang sesuai untuk orang bergaji rendah seperti aku.

    Teknik Mengumpul Emas Cost Averaging

    Pelaburan emas ni ada beberapa teknik yang boleh diamalkan untuk menambah stok. Pertamanya dengan kaedah Costteknik mengumpul emas
    Averaging. Dengan teknik pelaburan emas ini kita hanya tumpukan dengan berdisiplin untuk membeli emas pada setiap masa yang ditetapkan. Sebagai contoh aku akan simpan sikit duit untuk membeli 1 dinar emas setiap 2 bulan selepas dapat gaji tanpa mengira harga semasa. Target tempoh disimpan pula minimum 5 tahun. Aku mula melabur sejak pertengahan tahun 2014 dengan membuat pinjaman bank sebab ketika tu untuk menjadi dealer kita perlu membeli stock emas minimum RM20k.. Kelebihan dengan teknik cost averaging ni, kita tidak begitu menampung penyusutan emas yang terlalu banyak(andai berlaku) jika dibandingkan dengan pembelian secara lump sum. Misalanya berlaku penurunan dari bulan ke bulan iaitu dari Januari hingga disember 2013, maka kerugian kejatuhan nilai emas dapat di minimakan berbanding jika membeli sekaligus di bulan Januari.


    Namun ada juga segelintir pelabur baru yang ada lebihan duit tergesa-gesa untuk membeli emas sekaligus. Saya kerap menasihati beberapa orang rakan untuk menuntut ilmu tentang gold dahulu sebelum melabur. Perlu pengetahuan untuk memahami pergerakan graf di chart. Bagi mereka yang biasa dengan forex, agak mudah untuk membaca pergerakan gold terutama pada Daily timeframe. Bagaimanapun ada segelintir yang tidak bersetuju dengan alasan membeli emas tidak akan rugi kerana precious metal ni sentiasa akan naik harga. Memang betul, untuk jangka masa panjang harga emas akan berada dalam keadaan bullish trend, namun ada ketikanya emas akan menyusut jauh seperti yang dialami pada tahun 2013 sehinggalah sekarang. Seorang pelabur yang bijak, akan sentiasa membeli pada harga serendah yang boleh untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan.

    Teknik Gadaian

    Teknik mengumpul emas kedua ini dari awal lagi aku dah guna untuk tambah simpanan emas. Kalau dulu hanya agrobank sahaja yang menerimateknik mengumpul emas emas pelaburan dari public gold ini. Boleh juga di gadai di arrahnu sendiri. Tetapi sekarang teknik ini lebih mudah kerana Public Gold sendiri mula menerima gadaian untuk produk emasnya sendiri. Untuk mengaplikasikan teknik gadaian, kita perlu mempunyai disiplin yang kuat. Jika tidak wang gadaian yang diterima silap gaya boleh habis sebelum sempat membeli emas. Kaedah asal adalah gadai kemudian beli emas baru kemudian jual emas baru untuk sedikit keuntungan dan tebus kembali emas yang di gadai.

    Namun doktrin aku sedikit berlainan, mula-mula aku gadai, beli emas baru dengan semua duit gadaian, kemudian selama 6 bulan bayar sikit-sikit duit gadaian emas dengan duit gaji dan akhir sekali selepas 6 bulan kos gadaian habis bayar dan pergi bank ambil balik emas. Dengan itu jumlah emas aku boleh bertambah antara 20% ke 30% setahun. Mungkin sifat pelaburan emas aku ni nak simpan 20 tahun kot. Dan sekarang ni rasa sayang pulak nak jual emas tu. Cadangnya emas tu nak bagi kat anak-anak bila depa besar nanti ataupun beli tanah dengan emas kemudian buat pusaka kat anak-anak…hehehe jauhnya pandangan aku.

    Pelbagai Teknik Pelaburan Emas

    Sebenarnya ada banyak lagi teknik pelaburan emas. Tapi jiwa raga aku ni serasi dengan 2 kaedah di atas. Sebab dengan strategi tu tak banyak sangat makan kos. Nak beli sekaligus banyak-banyak memang tak termampu. First dulu buat loan sebab nak dapat status dealer tu perlu pembelian dengan jumlah yang besar. Tapi sekarang nak buat loan memang rasa macam tak berani memandangkan ekonomi semakin malap dan kos barangan semakin naik nanti tak cukup pulak duit nak bagi keluarga makan.

    Pelaburan Emas pelaburan yang selamat

    Bagi aku pelaburan emas adalah satu pelaburan yang selamat. Demand sentiasa ada. kalau ekonomi hancur sekalipun nilai emas tetap ada untuk terus survive. Cuma satu-satunya risiko adalah kehilangan emas. Yang ini susah nak cakap lah, nasihatnya jagalah emas anda tu dengan baik. Simpan di tempat yang selamat mungkin anda dan isteri sahaja yang tahu. So selamat beremas!!

    >