Category: Kekeluargaan

Tips elak perceraian untuk suami isteri

Tips elak perceraian untuk suami isteri

Assalamualaikum. Hari ni aku nak jadi ustaz untuk memberi nasihat kepada anda di luar sana tips elak perceraian berlaku dalam keluarga kita. Perceraian adalah satu perkara harus yang paling Allah tak suka.

so siapakah aku yang nak memberi nasihat ni?

Adakah aku sebenarnya seorang ustaz?? tak

Adakah aku seorang kaunselor? pun tidak

atau aku ni seorang tok imam kampung?? tidaklah jugak…

Jadi..siapakah aku yang nak beri nasihat nih??

Aku hanya seorang lelaki yang dah berkahwin dan mempunyai setengah dozen anak dan seorang isteri tetapi sangat banyak pengalaman sebagai pendengar masalah perceraian yang banyak berlaku disekeliling aku..ahli keluarga aku sendiri, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan lama semasa di universiti dulu dan kenalan-kenalan rapat di FB.

Sebabkan aku ni baik berkawan dengan semua orang suka bersembang membuang masa dengan rakan-rakan, makanya bila mereka ada masalah banyaklah dijadikan aku sebagai tempat bercerita untuk lepaskan stress.

So kali ni aku nak kasi tips elakkan perceraian. Semua tips yang aku kongsikan ni adalah berdasarkan punca masalah perceraian yang berlaku dikalangan orang yang aku kenali. Aku susun mengikut ranking punca utama faktor perceraian tu berlaku.

Tips elak perceraian

kewangan – ya. Inilah punca perceraian paling banyak terjadi dikeliling aku. Masalah kewangan ni boleh dikatakan sampai tahap nak beli susu anak pun tak ada. Kena pulak dengan sikap isteri yang tak mampu untuk harungi kehidupan susah. Namun puncanya juga adalah ketidakmampuan menahan kehendak berbelanja besar ketika pendapatan melebihi perbelanjaan. Beli itu beli ini tambah hutang itu tambah hutang ini. Tukar-tukar kereta beli phone mahal-mahal.

Bila sampai satu tahap kronik, semua hutang-hutang di bank tak mampu dibayar. Kereta kena tarik dan terpaksa jual semua harta benda yang ada untuk tanggung makanan harian. Terpaksa pula meminjam dengan kawan-kawan. Tapi lama-lama kawan pun dah tak nak bagi pinjam lagi kalau hutang lama tak dibayar. Akibat tertekan, maka hari-harilah bergaduh. Mulalah ungkit mengungkit. Akhirnya…cerai. Jadi sebagai ketua keluarga jagalah kewangan anda dari defisit setiap bulan. Tak payah la suap kat mulut anak bini ayam setiap hari…suap je ikan masin kalau ikan masin je yang mampu kita beli. Macam orang-orang tua kata, biar genting jangan putus.

panas baran –  ini satu hal lagi..memang sesiapa pun tak boleh tahan kalau suaminya kaki pukul. Hari-hari, silap sikit penampar sampai ke muka. Walaupun semua keperluan hidup dilengkapkan oleh suami, tapi takda isteri kot yang boleh tahan maki hamun dan penampar setiap kali terbuat salah. Ya lah terlupa gosok baju kerja pun kene pelempang….. sapa tahan. Belajarlah sabaq-sabaq..jangan nak tendang terajang anak bini kat rumah…sebab orang-orang yang hang duk tendang terajang tu sebenarnya sayang kat hang. Kawal-kawal lah panas baran tu. Sebab itu semua pengaruh syaitan dalam hati perut tu.

poligami – ok yang ni susah mau cakap. Sebab orang perempuan memang tak suka bab ni. Orang lelaki memang boleh berpoligami kalau dia mampu dari segala hal. Walaupun dah ada anak ramai, dah ada bini punyalah lawa, tapi kalau dia mampu zahir batin boleh je dia kawin lagi. Tapi sebahagian besar isteri ni memang tak boleh terima bab poligami ni. Bergaduh dan akhirnya minta dilepaskan(cerai). Biasanya kalau suami yang berniat nak poligami ni memang taknak ceraikan isteri pertama sebab sayang tu tetap sayang.

Pada pendapat akulah, sebelum nak poligami korang kena didik dulu isteri tu tentang agama. Sebab, bila lihat geng-geng ustaz-ustaz yang aku kenali ada isteri 2, 3 dan ada 4. Kenapa isteri-isteri mereka tak bergaduh dan tak bercerai berai? sebab isteri mereka telah dididik dengan pemahaman dan ilmu agama yang mendalam. Jadi mereka tahu hak suami tu bagaimana dan hak mereka pula setakat mana.

Tidak menghormati suami – ini pasal isteri yang tak pandai nak respek suami. Sepatut dalam rumah tangga ni isteri takut suami, ni tidak suami takut kat isteri. Sebab isteri dia ni suka meninggikan suara kat suami, tak kira lah kat depan anak-anak ka, depan kawan-kawan ka hatta depan mak mertua sendiri pun begitu. So lama-lama suami dah hilang sabar, mungkin juga atas nasihat atau ‘hasutan’ orang lain…ambik kau talak 3. kecoh satu taman. So…pada isteri jangan duk nak melangkau kuasa suami. respek pada suami anda kerana dia adalah ketua keluarga. sebusuk-busuk dia pun, dia adalah suami. Dan para suami, tolonglah ada ego sikit. Memang la kita sayang bini, tapi jangan sampai bini pijak kepala.

dan yang terakhir

suami penagih dadah – ni taktau nak cakap apa. Kalau dah penagih dadah bukan sahaja tak berguna kepada anak bini malah kepada agama, negara dan bangsa pun. Jauhi diri dari pengaruh dadah. Dadah adalah musuh negara.

Tips elak perceraian yang lain

Yang ni pada pendapat aku:

  • hormat menghormati sesama suami isteri
  • bersyukur atas apa je kurniaan atau ujian dari Allah yang kita hadapi
  • jangan tertimbul sedikit pun perasaan kesal terhadap kelemahan pasangan
  • nasihat menasihati
  • sediakan diri dari aspek fizikal yang menarik kepada pasangan anda. yang isteri jaga makan(diet) kasi macam piala. Yang suami pergi gym angkat besi banyak-banyak. apapun ikutlah taste pasangan korang macam mana. kalau isteri nakkan suami gemuk chubby..tak payah pergi gym telan jela nasi banyak-banyak. macam tu jugak kalau sisuami suka isteri dia gebu debab..pi la makan nasi siang malam.
  • kerap buat seks..(ni penting ni)

tips elak perceraian

Perceraian ni biasanya tak beri masalah sangat pun pada isteri atau suami. Yang menjadi masalah adalah anak-anak. Mereka ni akan hidup menderita kurang kasih sayang. Budak PMR 8A bila ibu bapa bercerai SPM lingkup. Anak-anak yang dulu aktif bercakap bila ibu bapa bercerai jadi pendiam. Dan lebih sedih bila tengok anak yang dulunya gemuk obesiti bila ibu bapa bercerai terus susut dan kurus.

Nasihat pada rakan-rakan dan pembaca serta diri sendiri juga. Hiduplah kita berkasih sayang. Sebab hidup ni bukan untuk diri sendiri je. Tetapi untuk orang lain juga.

Sekian terima kasih

 

[wdps id=”1″]

Cuti hari pekerja peluang bawa keluarga berkelah

Cuti hari pekerja peluang bawa keluarga berkelah

Esok 1 Mei bersamaan dengan hari isnin adalah hari cuti bersempena dengan hari pekerja/buruh. Dengan cutinya hari isnin maka dapatlah kami bercuti selama 3 hari. Sabtu, Ahad dan Isnin..Wah best..tahun ni ada plan bawa keluarga.

cuti hari pekerja

Plan cuti hari pekerja

Tahun lepas cuti hari pekerja kami tak kemana hanya rehat di rumah. Tahun ni dah pasang plan nak bawa anak-anak dan isteri berkelah di pantai mandi manda. Tapi taktau nak pergi pantai atau pergi ke air terjun. Kalau ikutkan undi anak-anak(yang dah boleh mengundi) majoriti nak ke air terjun. Tapi aku ni ada sikit rasa risau kalau mandi kat air terjun ni. Pertama takutkan penyakit kencing tikus, sebab penyakit ni banyak kes berlaku selepas balik dari mandi kat kawasan air terjun. Maklumlah kat tempat air terjun ni majoriti pengunjung macam tak tau sangat nak jaga kebersihan. Sisa makanan main campak je sana sini.

Satu lagi yang rasa sedikit phobia kat air terjun bila mengingatkan banyak sangat kes di tv pasal kepala air yang agak banyak meragut nyawa pengunjung air terjun. Walaupun hidup dan mati itu ketentuan Allah namun sebagai manusia biasa ni tetap ada kerisauan terutama bila ramai ahli keluarga.

So sebagai bapa, maka kuasa veto telah digunakan iaitu berkelah ke pantai. Sebab kat pantai ni senang sikit kawal. Syaratnya pasang siap-siap pelampung kat lengan masing-masing dan perlu dipantau oleh aku dan isteri.

cuti hari pekerja
Gambar hiasan

Persediaan berkelah

Sebenarnya tak ada persediaan apa pun. Tapi anak-anak aku dah mula buat persediaan. Kelmarin dah kena paksa pergi supermarket pergi beli pelampung dan seluar renang. Yang anak pompuan aku 4 tahun dah pandai mintak bikini. Takpa la hang kecik lagi. Jangan isteri yang mintak bikini sudahlah. Macam-macam sebelum-sebelum ni isteri akan sediakan nasi, air dan perapan ayam. Aku ni kalau pegi piknik fesyen aku bakar-bakar ayam. Bawak portable kitchen, 2 tong gas dan pemanggan ajaib cukuplah. Kalau orang lain depa bakar ayam atas jaring besi dengan bara api. Tapi aku pakai pemanggang ajaib dengan dapur gas kecik je. Orang lain teruk berkipas nyalakan api, yang aku main pulas dan sekejap je masak.

cuti hari pekerja
Gambar hiasan

Pergi picnic ni kena pergi awal pagi sebab kalau lewat orang ramai. Susah nak cari port yang best. Kena pulak time-time cuti hari pekerja lagilah bersusun orang bawa keluarga. Lagi pun kat laut ni kalau mandi dah pukul 11 ke atas, memang boleh hitam kulit sebab panas. Tapi kalau budak-budak bukan mereka peduli panas ka terbakar ka kulit. Asalkan dapat berkelah dan mandi manda.

Sebenarnya aktivit berkelah ni bukanlah favourate aku. Aku lebih suka outing ngan rakan-rakan pergi shoot gambar serangga ka, main slow shutter ka atau pun pergi memancing. Namun menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk merancang sesuatu aktiviti bersama anak-anak supaya menguatkan lagi perasaan kasih sayang. Sebab hari isnin sampai jumaat dan sabtu sesekali dari pukul 7 ibu bapa dah keluar rumah pergi kerja, petang nanti pukul 5 lebih baru lah sampai rumah. Time malam jelah pun dapat melayan anak-anak. Kadang-kadang kalau dah letih sangat terpaksalah tidur awal.

Jadi dengan peluang cuti hari pekerja ni aku gunakan untuk bawa anak-anak berjalan dan layan aktiviti yang mereka suka. Tapi…nasiblah diorang suka berkelah, kalau suka shopping macam maknya boleh senget kepala aku.

Sempena program mini karnival JPJ

Sempena program mini karnival JPJ

Sempena program mini karnival JPJ

Hari ni sempena cuti hari sabtu, aku bawa isteri dan 2 orang anak pergi ke mini karnival JPJ yang jaraknya cuma 10 minit sahaja dari rumah. 4 orang anak tak ikut, sorang sebab masih baby, dan 3 orang lagi malas nak ikut. Taktau la sebab apa taknak ikut, sebab biasanya kalau aku nak pegi kedai pun semua melompat nak ikut. Tapi bagus juga volunteer taknak ikut sebab orang terlalu ramai di karnival tu, agak susah nak bawak 5 orang budak. So tinggallah dengan orang gaji.

mini karnival jpj
Kiosk produk tempatan

Kalau ikutkan inilah kali pertama diadakan karnival oleh JPJ di ditempat aku ni. Kalau karnival anjuran Polis, bomba atau hospital, memang dah beberapa kali diadakan. So bila dah banyak kali takdalah excited nak pergi. Tapi ini disebabkan first time karnival oleh JPJ, nak tau juga macam mana rupanya dan apa yang ada disana.

Aktiviti di mini karnival JPJ

Seperti karnival-karnival anjuran polis dan bomba, tidak banyak bezanya. Kebanyakannya hampir sama, bermula dengan perasmian pesuruhjaya tinggi JPJ kemudian diikutilah dengan program dan aktiviti dari pelbagai unit di kiosk masing-masing. Antaranya disediakan permainan untuk kanak-kanak, rawatan percuma pergigian, bahagian kesihatan yang menyediakan servis percuma untuk check tekanan darah, promosi lesen kenderaan dengan kos yang lebih rendah dan beberapa aktiviti yang lain.

Terdapat kiosk-kiosk yang menjual dan mempromosi produk-produk tempatan dan aks seperti kerepek, makanan berdasarkan coklat, sambal, perencah masakan, sos dan jeruk-jeruk. Dan tak lupa juga pameran dari Toyota dan Proton seperti Hilux, Saga, Inova dan Ertiga. Daya tarikan utama di kiosk-kiosk adalah cabutan bertuah. Cabutan bertuah sememangnya mendapat sambutan hangat pengunjung namun seperti biasa aku sejak kecik sampai ke besar kalau cabutan bertuah tak pernah bertuah.

mini karnival jpj
Kakak dan alang terjumpa kawan se tadika

Disebabkan panas terik yang melampau, air-air yang disediakan digerai-gerai memang menjadi tumpuan pengunjung untuk mendapat minuman segar dan sejuk. Maklumlah tengah panas-panas ditambah dengan jumlah pengunjung yang ramai…3 kali kami beli air sepanjang perjalanan menghabiskan satu pusingan karnival.  Sejam lebih gak kami nak lalu kat semua tempat di karnival tu. Kena pulak anak tersangkut bila ada pulak badutman buat persembahan belon kat situ. Ditarik dah tak jalan dah selagi tak dapat belon.

mini karnival jpj
Alang bersama Zuhid dan Alisya

Cabutan bertuah di mini karnival JPJ

Dalam banyak-banyak cabutan bertuah, yang paling best adalah yang disediakan oleh pihak JPJ sendiri. Cabutan bertuahnya adalah hadiah berupa 20 buah basikal dan 3 buah motorsikal honda wave. Namun seperti biasa nombor yang aku pegang memang tak pandai nak bertuah. Hanya melihat orang menyorong basikal dan motorsikal dengan tepukan dan sorakan huhu..kalaulah dapat wave tu…merempitlah aku dengan bini

 

Pendapat tentang mini karnival anjuran jpj

Bagi aku, penganjuran karnival ni pengisian dan aktivitinya tak banyak beza dari karnival anjuran agensi lain. Pameran-pameranya dari pihak-pihak yang sama juga. Apapun di karnival ini banyak pameran-pameran dari agensi kerajaan yang menyediakan maklumat-maklumat terkini seperti peluang bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan terutama kepada pelajar-pelajar lepasan universiti.

Kemudian tak lepaskan peluang untuk bawak anak-anak tangkap gambar kat helicopter. Tapi helicopter tengah parkinglah. first time dapat tengok cockpit pilot heli ni. Walaupun ni helicopter kecik tapi boleh juling mata aku melihat betapa banyaknya meter kat depan pilot.

mini karnival jpj

 

Tapi…kan best kalau ada disediakan kaunter pembayaran saman dengan potongan 50% haha..aku ada saman jpj tak setel lagi nih..tapi nantilah aku bayar..

 

[wdps id=”1″]

 

Hari jadi anak kembar saya

Hari jadi anak kembar saya

Hari jadi anak kembar ke-8

Kelmarin 8/1/2017 adalah hari jadi anak kembar saya yang ke lapan. Sekejap je rasanya sejak menyambut mereka lahir 8 tahun yang lalu dan kini dah pun berada di darjah 2. Mereka berdua ni dilahirkan tak cukup bulan, kandungan baru berumur 32 minggu. Ketika tu mama mereka ni berada dalam keadaan yang berbahaya, apabila tekanan darah tiba-tiba sangat tinggi dan badan membengkak dari 65 kg ke 84 kg hanya dalam tempoh masa 4 hari sahaja. Jadi doktor terpaksa menjalankan pembedahan(caesar) untuk keluarkan bayi. Andai dibiarkan lebih 24 jam, memang berbahaya untuk nyawa ibu dan anak. Agak kritikal jugaklah saya melalui detik-detik kelahiran mereka ini.

anak kembar
Dah 8 tahun dah si kembar hadi dan wafi. Semoga selamat dunia akhirat

Sejarah kelahiran anak kembar

Mereka berdua adalah anak sulung saya. Dilahirkan dengan berat tak sampai pun 2 kg, abang 1.6kg dan adik 1.9 kg. Namun alhamdulillah walaupun dilahirkan tak cukup bulan dan tak cukup berat, sehingga kini mereka ni dianugerahkan kesihatan yang baik dan tubuh badan yang agak kuat. Mereka lebih tahan sakit berbanding adik beradik lain yang kalau sakit memang saya dan isteri tak dapat nak tidur. Dari segi saiz tak sebesar mana, tetapi tinggi Malah kalau along beratnya sama je dengan anak saya yang keempat walaupun beza umur 4 tahun. Walaupun berat tak seberat mana tapi dialah yang paling kuat makan. Bukan nak buat lawak atau merepek, tapi dia yang kurus kering berumur 8 tahun lebih kuat makan dari mamanya. Berbeza dengan kembarnya yang makan memilih, kalau tak kena selera memang tak sentuh langsung.

Persamaan dan perbezaan sikap anak kembar

Anak kembar saya ni adalah kembar seiras tetapi kebanyakan sikap dan gaya mereka ni tak sama. Persamaan yang nyata ialah antara mereka ialah bertanggungjawab dan patuh mendengar kata ayah dan mama walaupun sekecil perkara, sangat berbeza dengan adik beradik yang lain. Mungkin juga sebab mereka ini anak sulung. Walaupun begitu banyak aspek lain yang mereka ni tak sama. Misalnya selera makan dan kecenderungan permaianan. Along lebih suka game yang menguji fizikal manakala angah cenderung kepada game indoor seperti catur, carom dan saidina.

anak kembar

Kemudian along ni bersikap sambil lewa ketika buat sesuatu perkara berbeza dengan kembarnya yang fokus dan teliti. Sebab itulah agaknya tulisan along agak buruk dan tulisan angah agak cantik. Dari segi iq kedua-duanya tak banyak beza dan mungkin along sedikit cerdik. Tetapi along dapat tempat kedua sedangkan angah tempat pertama ketika di darjah satu. Bila disemak kertas jawapan saya dan isteri dapat lihat kemungkinan markahnya kurang bukanlah dia tidak faham soalan dan memahami pengajaran guru, tetapi kerana menjawab tidak teliti dan tidak menyemak semula jawapan.

Angah seorang yang suka join aktiviti-aktiviti seperti pertandingan bercerita, membaca, mengira dan melukis. Berbeza dengan kembar sulungnya yang tidak menunjukkan minat aktiviti-aktiviti begitu. Along lebih suka dengan aktiviti olahraga, badminton dan aktiviti outdoor sampai try masuk selection untuk rumah sukan akhir tahun lepas tapi kalah pada pelajar darjah 2 dan 3 hehe..

anak kembar
Masa konvo tadika

Selain itu chemistry antara mereka ni sangat kuat. Mungkin kerana mereka ini kembar, maka kalau apa-apa sahaja yang saya beli dan minta diberikan kepada adik beradik yang lain, pasti mereka akan memanggil pasangan kembarnya dahulu walaupun adik bongsu berumur 2 tahun sedang berdiri di depan mata.

Kehendak anak kembar

Anak kembar saya ni tidak banyak kehendak dan bukan jenis meminta-minta. Seingat saya, sejak kecil kalau pun mereka meminta itu pun selepas saya tanya apa yang mereka hendak. Macam hari jadi mereka ni, bila ditanya mereka mahu apa jawapanya “mama masak sedap-sedap je la”..oh senangnya hehe.. Berbeza dengan anak saya yang ketiga, bila ditanya mahu hadiah apa, jawapanya “saya nak handphone je ayah”..padahal umur baru 5 tahun tapi permintaan boleh tahan..

Harapan saya

Saya dan isteri memang letak banyak harapan pada si kembar ni. Di sebabkan anak sulung, jadi mereka inilah diharapkan dapat menjaga dan membimbing adik-adik yang lain terutama bila kami suami isteri tiada di rumah berkerja.  Sebagai ibu bapa kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak bukan sahaja ketika msih kecil malah sehingga dewasa. Untuk sediakan mereka dalam keadaan yang baik bagi menghadapi kehidupan dewasa apabila mereka besar nanti adalah menyediakan asas akhlak dan keperibadian yang mulia.

[wdps id=”1″]

Ibu bapa dahulu dengan ibu bapa sekarang

Ibu bapa dahulu dengan ibu bapa sekarang

Ibu bapa dahulu ibu bapa sekarang

Dah lebih seminggu aku tak posting apa-apa, sehingga la hari, apabila bila berlaku sesuatu siang tadi depan mata aku. Sesuatu tu bukanlah benda yang berat cuma mengingatkan aku yang zaman dah berubah dan semakin menghampiri kiamat. Manusia semakin lama sudah semakin berbeza sikap dan kecenderungannya. Perasaan kasih sayang tanggungjawab sesama manusia sudah semakin terhakis. begitu juga apabila sikap ibu bapa sekarang sudah tidak sama lagi dengan ibu bapa dahulu

 

Perbezaan Ibu bapa dahulu dengan sekarang

Masa aku kecik-kecik dulu, kami hidup dalam suasana kampung yang harmoni dan aman. Tak ada anasir-anasir kotor dari luar yang masuk  meresap dalam otak kami. Paling teruk pun Gaban dengan suria perkasa hitam aje. Sesekali kami terpengaruh dengan ultramen. Masa dulu, semua ibu bapa yang ada dikampung tu umpama mak bapa aku jugak. mak bapa aku adalah mak bapak kawan-kawan aku juga. Maksud di sini kami dijaga bukan oleh ibu bapa kami sahaja malah dijaga oleh semua ibu bapa di kampung tu. Tak kira kalau kami ada buat kesalahan dan ternampak oleh orang tua-tua, maka makan maki hamunlah kami dan silap gaya kena hambat dengan pelepah kelapa. Biasanya kami dapat lari, namun berita tu pasti akan sampai ke telinga orang tua kami. Akibatnya makan penampar la tak pun kena sebat dengan penyapu lidi.

Kalau bab makan pun tak sesusah mana. Kami pergi sekolah jalan kaki. Jarak ke sekolah paling jauh pun lingkungan 1 kilometer sebab kat kampung aku ada sekolah rendah. Kadang-kadang time nak balik sekolah hari hujan. Terpaksalah singgah kat rumah rakan yang terhampir. Masa tu memang confirm maknya akan jamu kami makan. Kat rumah sesiapa pun  mesti kami diberi makan. Tapi makan tu tak lah semewah budak-budak sekarang. Nasi dengan lauk-lauk kampung je la. Antaranya ikan puyu masak lemak, sayur pucuk ubi atau pucuk paku, ada masanya masak lemak umbut kelapa, ikan kering macam-macam jenis masakan dan air sirap panas..hehehe…kampung aku dulu mana ada elektrik so tak ada sesiapapun dikampung tu yang ada peti ais. So semua version minuman adalah suam atau panas.

Kalau kami ditimpa sakit yang teruk, pasti ramai orang datang melawat. Walaupun mereka datang melawat dengan tangan kosong aje, tapi itulah kehidupan normal orang tua dulu. Tak macam orang tua sekarang, kalau takda buah tangan memang tak akan sampai.  Zaman aku kecik-kecik dulu penyakit yang glamer adalah demam panas teruk yang sampai 3-4 hari baru pulih. Ada budak-budak yang sampai meracau dan ada juga yang terus mengalami kecacatan sehingga sekarang. Jangan memain dengan demam panas ni. Tambahan pula ibu bapa zaman dulu kurang pengetahuan, kalau anak demam depa bungkus dengan selimut dengan teori nak kasi peluh nanti cepat kebah demam. Ibu bapa zaman sekarang lebih  moden dengan ilmu pengetahuan perubatan.

Ibu bapa sekarang

Kes inilah membuatkan aku terpost ni. Orang tua sekarang pulak lain dah perangainya. Misalanya jika anak beliau ditegur atau dimarahi oleh orang lain kerana kenakalanya, maka bukan anaknya yang dimarah sebaliknya orang yang menegur tu pulak kena marah. Kalau orang tua dulu mendengar dan menggunakan ‘laporan’ orang kampung untuk mendisiplin dan mengajar anak, maka orang tua sekarang kebanyakannya langsung tidak memperdulikan teguran dan pandangan orang lain.

Ibu bapa sekarang ni jauh lebih sibuk berbanding ibu bapa dulu. Kerana pekerjaan dahulu hanya waktu tertentu misalanya bekerja di siang hari  kemudian berada di rumah sepanjang malam. Berbeza ibu bapa sekarang yang ada waktunya bekerja dan balik ke rumah hingga lewat malam. Jadi untuk memantau anak-anak kita memerlukan masa yang banyak dan oleh itu sangat diperlukan maklumat dari jiran-jiran tetangga.

Pesanan kepada aku sendiri

Aku dididik dengan cara orang tua aku yang sentiasa mengambil berat bukan sahaja kepada keluarga sendiri malah kepada orang lain. Jadi aku masih lagi dengan doktrin yang begitu, menyayangi dan mengambil tahu serta tidak mudah untuk berlepas tangan jika terjadi di depan aku kesalahan yang dilakukan oleh golongan anak-anak terutamanya.

>