Hari jadi anak kembar saya

Hari jadi anak kembar saya

Hari jadi anak kembar ke-8

Kelmarin 8/1/2017 adalah hari jadi anak kembar saya yang ke lapan. Sekejap je rasanya sejak menyambut mereka lahir 8 tahun yang lalu dan kini dah pun berada di darjah 2. Mereka berdua ni dilahirkan tak cukup bulan, kandungan baru berumur 32 minggu. Ketika tu mama mereka ni berada dalam keadaan yang berbahaya, apabila tekanan darah tiba-tiba sangat tinggi dan badan membengkak dari 65 kg ke 84 kg hanya dalam tempoh masa 4 hari sahaja. Jadi doktor terpaksa menjalankan pembedahan(caesar) untuk keluarkan bayi. Andai dibiarkan lebih 24 jam, memang berbahaya untuk nyawa ibu dan anak. Agak kritikal jugaklah saya melalui detik-detik kelahiran mereka ini.

anak kembar
Dah 8 tahun dah si kembar hadi dan wafi. Semoga selamat dunia akhirat

Sejarah kelahiran anak kembar

Mereka berdua adalah anak sulung saya. Dilahirkan dengan berat tak sampai pun 2 kg, abang 1.6kg dan adik 1.9 kg. Namun alhamdulillah walaupun dilahirkan tak cukup bulan dan tak cukup berat, sehingga kini mereka ni dianugerahkan kesihatan yang baik dan tubuh badan yang agak kuat. Mereka lebih tahan sakit berbanding adik beradik lain yang kalau sakit memang saya dan isteri tak dapat nak tidur. Dari segi saiz tak sebesar mana, tetapi tinggi Malah kalau along beratnya sama je dengan anak saya yang keempat walaupun beza umur 4 tahun. Walaupun berat tak seberat mana tapi dialah yang paling kuat makan. Bukan nak buat lawak atau merepek, tapi dia yang kurus kering berumur 8 tahun lebih kuat makan dari mamanya. Berbeza dengan kembarnya yang makan memilih, kalau tak kena selera memang tak sentuh langsung.

Persamaan dan perbezaan sikap anak kembar

Anak kembar saya ni adalah kembar seiras tetapi kebanyakan sikap dan gaya mereka ni tak sama. Persamaan yang nyata ialah antara mereka ialah bertanggungjawab dan patuh mendengar kata ayah dan mama walaupun sekecil perkara, sangat berbeza dengan adik beradik yang lain. Mungkin juga sebab mereka ini anak sulung. Walaupun begitu banyak aspek lain yang mereka ni tak sama. Misalnya selera makan dan kecenderungan permaianan. Along lebih suka game yang menguji fizikal manakala angah cenderung kepada game indoor seperti catur, carom dan saidina.

anak kembar

Kemudian along ni bersikap sambil lewa ketika buat sesuatu perkara berbeza dengan kembarnya yang fokus dan teliti. Sebab itulah agaknya tulisan along agak buruk dan tulisan angah agak cantik. Dari segi iq kedua-duanya tak banyak beza dan mungkin along sedikit cerdik. Tetapi along dapat tempat kedua sedangkan angah tempat pertama ketika di darjah satu. Bila disemak kertas jawapan saya dan isteri dapat lihat kemungkinan markahnya kurang bukanlah dia tidak faham soalan dan memahami pengajaran guru, tetapi kerana menjawab tidak teliti dan tidak menyemak semula jawapan.

Angah seorang yang suka join aktiviti-aktiviti seperti pertandingan bercerita, membaca, mengira dan melukis. Berbeza dengan kembar sulungnya yang tidak menunjukkan minat aktiviti-aktiviti begitu. Along lebih suka dengan aktiviti olahraga, badminton dan aktiviti outdoor sampai try masuk selection untuk rumah sukan akhir tahun lepas tapi kalah pada pelajar darjah 2 dan 3 hehe..

anak kembar
Masa konvo tadika

Selain itu chemistry antara mereka ni sangat kuat. Mungkin kerana mereka ini kembar, maka kalau apa-apa sahaja yang saya beli dan minta diberikan kepada adik beradik yang lain, pasti mereka akan memanggil pasangan kembarnya dahulu walaupun adik bongsu berumur 2 tahun sedang berdiri di depan mata.

Kehendak anak kembar

Anak kembar saya ni tidak banyak kehendak dan bukan jenis meminta-minta. Seingat saya, sejak kecil kalau pun mereka meminta itu pun selepas saya tanya apa yang mereka hendak. Macam hari jadi mereka ni, bila ditanya mereka mahu apa jawapanya “mama masak sedap-sedap je la”..oh senangnya hehe.. Berbeza dengan anak saya yang ketiga, bila ditanya mahu hadiah apa, jawapanya “saya nak handphone je ayah”..padahal umur baru 5 tahun tapi permintaan boleh tahan..

Harapan saya

Saya dan isteri memang letak banyak harapan pada si kembar ni. Di sebabkan anak sulung, jadi mereka inilah diharapkan dapat menjaga dan membimbing adik-adik yang lain terutama bila kami suami isteri tiada di rumah berkerja.  Sebagai ibu bapa kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak bukan sahaja ketika msih kecil malah sehingga dewasa. Untuk sediakan mereka dalam keadaan yang baik bagi menghadapi kehidupan dewasa apabila mereka besar nanti adalah menyediakan asas akhlak dan keperibadian yang mulia.

[wdps id=”1″]

(Visited 212 times, 1 visits today)
  • Wah Ada anak kembaq laaa..

    Sudi nak share tips guane nak dapat anak kembaq? hehe

  • >
    %d bloggers like this: