Category: Kekeluargaan

TIPS KAWAL MARAH

TIPS KAWAL MARAH

TIPS KAWAL MARAH

Sikap pemarah adalah sikap yang berbahaya dan perlu dikawal. Kalau kita tak mampu nak mengawal amarah adalah sangat berisiko berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Namun nak mengawal amarah ni perlukan kemahiran.

Mengawal marah adalah kemahiran penting yang dapat membantu kita berinteraksi dengan lebih baik dan menjaga hubungan yang sihat. Berikut adalah beberapa tips untuk mengawal marah:

1. Kenali Punca Kemarahan

Luangkan masa untuk mengenal pasti apa yang membuatkan anda marah. Mengetahui punca kemarahan dapat membantu anda mengatasi situasi dengan lebih baik.

2. Ambil Nafas Dalam-Dalam

Apabila anda merasa marah, ambil beberapa nafas dalam-dalam. Ini dapat membantu menenangkan sistem saraf dan memberi anda masa untuk berfikir sebelum bertindak.

3. Hitung Sampai Sepuluh

Sebelum memberi reaksi, hitung sampai sepuluh. Ini memberi anda masa untuk menenangkan diri dan mengelakkan reaksi impulsif.

4. Luahkan Perasaan dengan Tenang

Apabila anda bersedia, luahkan perasaan anda dengan cara yang tenang dan jelas. Gunakan "saya" untuk menyatakan perasaan anda, seperti "Saya merasa kecewa apabila..."

5. Bergerak atau Berjalan

Aktiviti fizikal seperti berjalan atau bersenam dapat membantu melepaskan ketegangan dan mengurangkan kemarahan.

6. Cari Penyelesaian

Fokus pada mencari penyelesaian kepada masalah yang menyebabkan kemarahan anda. Ini dapat membantu mengalihkan perhatian anda dari perasaan marah.

tips kawal marah

Jika marah tidak dapat dikawal berisiko untuk melakukan perkara yang merosakan diri dan orang lain.

7. Gunakan Teknik Relaksasi

Amalkan teknik relaksasi seperti meditasi, yoga, atau mendengar muzik yang menenangkan untuk membantu menenangkan fikiran.

8. Tulis Jurnal

Menulis tentang perasaan anda dalam jurnal dapat membantu anda memproses emosi dan memahami situasi dengan lebih baik.

9. Berbicara dengan Seseorang

Kadang-kadang, berbicara dengan rakan atau ahli keluarga tentang apa yang membuatkan anda marah dapat memberikan perspektif baru dan membantu anda merasa lebih baik.

10. Ambil Masa untuk Diri Sendiri

Jika situasi terlalu tegang, ambil masa untuk menjauhkan diri dan memberi diri anda ruang untuk bertenang sebelum kembali ke situasi tersebut.

11. Belajar untuk Memaafkan

Memaafkan orang lain dan diri sendiri dapat membantu mengurangkan kemarahan dan membebaskan anda dari perasaan negatif.

12. Dapatkan Bantuan Profesional

Jika kemarahan anda sukar untuk dikawal dan memberi kesan negatif kepada kehidupan anda, pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada kaunselor atau ahli terapi.

Mengawal marah memerlukan latihan dan kesabaran. Dengan mengamalkan tips ini secara konsisten, anda dapat belajar untuk menguruskan kemarahan dengan lebih baik dan meningkatkan kesejahteraan emosi anda.

Anak perempuan seorang

Anak perempuan seorang

Alhamdulillah Allah taala kurniakan 6 orang anak. Dari 6 tu sorang je anak perempuan. Disebabkan dia sorang maka dialah yang paling aku manjakan walaupun bawah dia ada 2 orang adik lagi. Bila hanya dia sorang aje perempuan dan dikelilingi adik beradik lelaki maka sikap dan perbuatannya banyak menyerupai abang-abangnya. Bergusti, melompat, berlawan, main bola walaupun pakai tudung.

Sikap menyerupai budak lelaki

Sebagai bapa di zaman serba canggih dan pelik ini, dalam hati aku tersirat satu kegusaran tentang pembentukan sikap dan kecenderungan anak perempuan ini. Ya lah asyik-asyik main lawan-lawan. Bergusti. Main bola sepak kat laman rumah. Bila dibelikan barang mainan masak-masak dan anak patung, adalah 2-3 minit dia main lepas tu permainan lelaki jugak dimainnye. Tapi rasanya mungkin sebab dia terlalu kecik lagi dan takda lagi rakan-rakan sepermainan. Kalau ada pun jumpa di tadika je.

Kecederaan

Disebabkan dia perempuan, sekuat manapun hatin bermain dengan abang-abangnya dia tetaplah badan seorang budak perempuan. Dalam banyak-banyak kecederaan, malam kelmarinlah kecederaan paling teruk setakat ini. Ikut along, angah dan alang main lompat antara sofa ke sofa. Silap langkah lompat tak sampai sofa tersembam ke meja kopi. Ambek kau! Berdarah. Gusi atas terbelah dengan gigi sekali tertolak kedalam. Habis satu malam kat emergency..hai lah anak..

anak perempuan seorang

​hampir-hampir pengsan kesakitan

Tapi sebelum bawa ke emergency sempat jugak lah seliang kat abang-abangnya. Dah dilarang di marah memang nak melompat jugak. Asal nampak aku masuk bilik lelap mata masa tu la depa beroperasi. Itu belum lagi kalau aku takda di rumah. Dengan mamanya langsung tak takut. Memang boleh dikatakan rumah aku antara rumah terbising di taman perumahan ni. Bila sunyi tu maknanya habislah tu semua tidur. Tapi kena tunggu sama ada malam atau time hujan lebat. Aman rumah semua bergelimpangan tidur.

Doktor kata kecederaan tu tak perlu jahit Cuma perlu press gusi yang terbelah supaya kedudukanya sama semula dan nanti katanya akan kembali normal. Esokannya pergi ke klinik pergigian kerajaan untuk cabut gigi-gigi susu yang tersumpik dan patah setengah tu supaya tidak menganggu pertumbuhan gigi yang baru.

anak perempuan seorang

tunggu doktor cabut gigi

​Lepas ni ntah ape pulak depa nak buat. Tahun lepas Alongnya patah tangan jatuh disekolah. Sebelum tu pulak alangnya terlentang dalam bilik air kena 3 jahitan. Kali ni die pulak. Sesetengah orang berani tinggalkan anak-anak dirumah untuk ke kedai sekejap. Tapi aku tak berani sebab tanpa aku di rumah mereka akan lebih bermaharajalela.

olaoli

​Anak kesayangan dan kemanjaan bukan bermakna diberi muka dalam segala hal. kalau buat kesalahan perlu dibetulkan. Juga bukan bermakna anak lain tidak disayangi. Kasih sayang sama je.

Selamat Hari Raya kepada pembaca olaoli.com

Selamat Hari Raya kepada pembaca olaoli.com

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 kepada rakan-rakan blogger, pembaca Olaoli.com dan sesiapa saja yang sudi bertandang ke blog picisan ini. Maaf zahir dan Batin jika tulisan di blog ini ada menyentuh perasaan atau sensitiviti sesiapa sahaja. kadang-kadang syok meluahkan pendapat sehingga terlupa tentang perasaan orang lain. Namun sebagai manusia mana ada yang pernah terlepas dari kesilapan dan kelekaan. Begitu jugalah aku manusia biasa seperti korang juga.

selamat hari raya aidilfitri

 

selamat hari raya aidilfitri

Keriangan bersama keluarga tercinta adalah segala-galanya

Berhari raya di perantauan

Berhari raya di perantauan

Tinggal hanya beberapa hari je lagi semua umat islam akan menyambut hari raya Aidilfitri dan berakhirnya bulan mulia Ramadhan. Ramadhan yang banyak  meninggal kenangan sepanjang hidup aku. Tahun ni macam tahun lepas jugak tak dapat balik beraya ke kampung. Oh sedih siot walaupun dah tua-tua begini. Selagi orang tua masih ada selagi itulah hati tu kuat rasanya nak balik kampung kerana masih ada yang menunggu kita. Bagaimanapun kasih sayang doa tak akan berhenti untuk ibu dan adik beradik serta anak-anak buah yang disayangi.

Perasaan beraya di perantauan ni banyak beza berbanding time dapat beraya bersama orang tua dan adik beradik. Kalau dapat balik kampung memang penuh rumah dengan adik beradik dan anak-anak buah. Masing-masing memainkan peranan masing-masing untuk menyediakan keperluan menyambut hari raya.

ada yang kemas rumah,

ada yang gantung langsir,

ada pasang sarung kusyen,

ada bentang permaidani

ada jugak anak-anak buah yang dah besar rajin mengecat

Yang adik beradik pulak dengan ipar-ipar sibuk masak ramai-ramai. Adakalanya masak bahulu, Ketika tu teringat kembali la nostalgia masa kecik-kecik dulu mak ngan arwah opah masak bahulu dan kuih raya maka kami adik beradik sama-sama cari sabut dan tempurung kelapa. Alhamdulillah kat kampung aku tu ketika ini masih ada lagi feel hari raya 90an kerana ibu2 dan bapa2 saudara(golongan tua) saudara-mara dekat masih mengekalkan budaya dulu-dulu. Cumanya ramai dah ibu dan bapa saudara yang dah takda..

Kemeriahan tu takkan dapat dinikmati di perantauan. Kena pulak jika tinggal di kawasan taman perumahan. Yang ada cuma jiran-jiran dan rakan sekerja yang sama-sama diperantauan datang berhari raya. Bagaimanapun dah itu lumrah kehidupan kita. Zaman akan berubah, kehidupan juga akan jadi berbeza. Apa yang aku nikmati ketika kecil rasanya tak akan dirasai oleh anak-anak aku. Zaman mereka berbeza. Pandangan dan pemikiran mereka juga lebih advance kerana walaupun masih kecil tetapi pengetahuan mereka lebih baik dan fokus berbanding ketika aku sebaya dengan mereka dulu. Cuma fizikal mereka tidak sekuat aku huhu..

Namun sebagai seorang manusia bergelar ayah, hati kena kuat tambahan lagi apabila kita dikelilingi oleh anak-anak yang agak hyperaktif hehehe..ya anak-anak sebenarnyalah kekuatan. Melihat mereka membesar kita akan rasa lebih excited untuk melalui hari-hari mendatang walaupun tak balik raya hehehe. Tambahan pulak anak aku lagi ramai dari adik beradik aku..dengan umur antara 1 tahun ke 9 tahun, 5 lelaki 1 perempuan…maka kuasa mereka boleh buat rumah di hari raya ni rasa terangkat juga.

Salah satu cara untuk lebih kemeriahan dan keriangan hari raya di perantauan adalah dengan membuat open house. Tak buat besar-besar sangat pun takpe hanya dengan kos yang sederhana pun dah cukup. Itulah juga yang aku dan isteri buat tahun lepas. Tapi tu dia punya la letih. Dari tengahari sampai ke malam. Last-last lepas selesai open house seminggu demam haha..

 

Ciri-ciri suami yang bertanggungjawab

Ciri-ciri suami yang bertanggungjawab

Ketahui ciri-ciri seorang suami yang bertanggungjawab

Setiap kaum hawa mengimpikan untuk dapat seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Begitu juga lelaki yang mahukan seorang bakal isteri yang setia dan solehah. Tetapi jika dilihat di mana-mana media massa, terlalu banyak kes-kes perceraian disebabkan kelemahan-kelemahan yang ada pada pasangan masing-masing. Tidak dapat disalahkan kepada sesiapa jika berlaku kes perceraian kerana masing-masing ada silapnya sendiri. Takdir Allah menentukan segala apa yang akan terjadi, namun sebagai hamba-Nya kita perlu berikhtiar melakukan sesuatu yang terbaik.

Di sini saya kongsikan beberapa ciri seorang suami yang bertanggungjawab. Bukan sahaja sebagai suami malah bapa kepada anak-anak.

Sentiasa menerapkan nilai Islam dalam kehidupan keluarga

Seorang suami yang terbaik adalah suami yang mendahulukan agama dalam kehidupanya. Sentiasa mengambil berat tentang amal ibadah ahli keluarganya. Menjaga aurat anak isteri dan memberi ilmu agama kepada semua yang berada di bawah tanggungjawabnya. Menekankan soal solat, puasa dan lain-lain ibadah yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T. Membimbing secara berterusan anak dan isteri dari pelbagai aspek. Tidak akan membiarkan ahli keluarganya berterusan atau berulangkali melakukan kesilapan dan kesalahan.

Bersikap bijak dan tegas

Suami yang bertanggungjawab perlu bijak ketika membuat keputusan. Beliau mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan untuk ahli keluarganya. Seorang suami atau bapa yang baik, tidak menjadikan nasihat dari anak atau isteri penentu kepada keputusan yang dibuat, sebaliknya ia sebagai pandangan untuk menentukan apakah yang terbaik perlu beliau lakukan.

Matang

Bersikap selayaknya sebagai seorang suami atau bapa. Menjadi sukar untuk isteri yang sentiasa memerlukan bantuan dan nasihat dari suami. Secara tidak langsung si isteri terpaksa menanggung tanggungjawab yang lebih.

Suami yang rajin

Suami perlu rajin dalam pelbagai perkara. Ada suami yang tidak mengambil berat untuk membantu isteri menjaga anak. Suami hanya duduk dan baring di sofa manakala si isteri terpaksa bersusah payah menjaga terutama jika ramai anak dan masih kecil. Selain itu ada juga sebahagian suami yang sangat malas untuk membantu membuat kerja-kerja rumah, malahan nak menyapu pun ada yang sangat berkira.

Memasak pada adatnya bukanlah kerja yang dilakukan oleh suami seperti dalam budaya kita orang melayu. Namun sebagai umat Islam kita harus sedar, menyediakan makanan untuk anak dan isteri adalah tugas yang diletakkan di bahu suami. Jika si isteri sanggup berkorban memasak, maka sangatlah murni jika suami pun ke dapur bersama-sama menyediakan makanan untuk keluarga.

Taat kepada ibu bapanya

Sangatlah rugi jika seorang isteri mendapat seorang suami yang tidak taat kepada ibu bapanya. Seorang anak yang tidak taat dan berdosa kepada ibu bapa, hidupnya sentiasa tidak tenang dan berada dalam kesempitan. Si isteri akan menanggung kesusahan bersama akibat dari sikap suaminya. Jika anda melihat suami tidak begitu menghormati dan mentaati ibu bapanya sentiasalah nasihat untuk mengubah sikap yang sangat dibenci oleh Allah S.W.T.  Menderhaka kepada ibu bapa tiada tempat untuknya di syurga malahan ketika hidup pun akan berterusan mengalami kesusahan.

Kesimpulan

Seorang suami sentiasal perlu beringat, anda adalah ketua keluarga yang diberi tanggungjawab untuk menjaga dan membimbing anak dan isteri. Sikap yang negetif dalam diri anda akan menyebabkan kesusahan kepada keluarga. Isteri pula adalah pembantu suami dalam segala hal kehidupan. Bantulah suami berubah jika dia perlu berubah. Elakkan dari membuat keputusan yang salah walaupun jika berada dalam keadaan yang genting. Insyaallah jika masing-masing tahu tanggungjawab, kita akan hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

 

Jom Bisnes di Shopee

Jom Bisnes di Lazada

>