Category: Internet and Devices

Plan digi terbaru lebih menarik

Plan digi terbaru lebih menarik

Bertukar ke Plan digi terbaru

Awal tahun lepas aku tukar plan digi yang baru ketika itu. Korang boleh baca post Tukar ke Digi Smartplan 45Plan tu dengan 3gb internet/sebulan dan 50 minit percuma. 3gb internet memang tak cukup untuk aku sebagai seorang yang suka bermain-main dengan maklumat. Kalau kat pejabat bila kerja semua dah settle biasanya dalam pukul 4 petang sebelum nak balik, masa tu ambil peluang search google apa-apa maklumat yang aku suka. Tapi no facebook ya..sebab aku tak begitu menyosial sangat.  

plan digi terbaru
Ni plan yang lama. Aku ambil Rm 45

Pilihan plan digi terbaru

Kebiasaan sebulan bil aku akan jadi sehingga RM70-80. Sebab setiap bulan terpaksa menambah data. Sampai la keluar tahun lepas plan digi terbaru yang lebih sesuai dan kena dengan budget.

digi plan terbaru

Seperti plan terdahulu, aku memilih pakej kat tengah maka kali ni pun aku pilih yang tengah jugak..yang penting bukan jari tengah. Ok plan ni RM80 sebulan menyediakan 20gb data namun dibahagikan kepada 2 iaitu 10gb data internet sebulan dan 10 gb lagi untuk hari minggu je dari 12.01am pagi sabtu hingga 11.59pm ahad. Kemudian boleh rollover maximum 2gb dari monthly data ke bulan depan. Namun yang weekend data tak boleh rollover. Penggunaaan 10 gb dari isnin hingga jumaat adalah cukup-cukup untuk aku seorang insan yang bertubuh besar.

Kelebihan lain dengan plan digi terbaru

Yang ini pun penting dalam plan digi terbaru ni, iaitu unlimited panggilan ke mana-mana network. So yang ni memang aspek penting sebab aku boleh bergayut telefon mak atau adik beradik selama mana aku nak. Kalau lah plan ni dah wujud time aku bercinta, alangkah indahnya. Kemudian diberikan 300 sms percuma ke semua network. Tapi yang ni jarang-jaranglah aku guna..mungkin sebulan tak sampai 10 kali aku hantar mesej kat orang. Kebiasaanya pakai telegram atau whatsapp je lebih senang dan hanya menggunakan data internet sahaja.

Plan digi terbaru untuk pakej RM50 sebulan

Kalau sesiapa yang sekarang masih guna prepaid dan penggunaan sebulan cecah RM 50 ada baiknya korang terus guna postpaid plan digi terbaru RM50 sebulan tu. Dengan pakej postpaid digi ni korang boleh dapat 10GB data internet sebulan yang mana 5GB untuk pengunaan dari isnin hingga jumaat dan 5GB lagi untuk guna waktu hujung minggu. Korang juga akan dapat 100 mesej percuma ke mana-mana network. Dan Rollover adalah 1GB untuk dibawa ke bulan hadapan.

So marilah kita bertukar ke pakej digi plan terbaru ni. Kalau nak puas hati lagi, boleh terus guna pakej RM110 sebulan tu boleh dapat 25GB sebulan dan unlimited untuk weekend. Puas hati tu brader, time cuti duk kat rumah taram lah guna banyak manapun.

[wdps id=”1″]

 

 

Tukar ke Digi Smartplan 45

Tukar ke Digi Smartplan 45

Tukar ke Digi Smartplan 45

Setelah 3 tahun 2 bulan, akhirnya aku telah terminate plan digi lama aku dan tukar ke digi smartplan 45 yang baru. Sebelum ini aku melanggan iDigi internet 2GB pada akhir tahun 2012 pakej RM60/month. Masa tu aku nak beli iphone 5, so disebabkan masih terlalu awal jadi agak sukar nak dapatkan devices tu. So pilihan yang ada hanyalah dapatkan di telco yang perlu dibeli dengan kontrak selama 12 atau 24 bulan. Dan ketika itu hanya Digi sahaja yang masih ada stok iphone 5. Disebabkan dah minat sangat dengan iphone 5, jadi aku beli dan subscribe jugaklah kontrak 24 bulan dengan Digi walaupun pada masa yang sama menggunakan line celcom.

tukar ke plan digi smartplan 45Pada awal tu memang aku pandang rendah keupayaan line Digi. Sebab memang masa tu coverage digi masih kurang terutama di kawasan-kawasan kampung atau pedalaman(aku orang kampung). Namun tidak dikawasan bandar atau pekan. Line digi ada masanya jauh lebih baik dari line celcom. Disebabkan aku tinggal di area kampung, so boleh dikatakan line Digi tu seperti tak bermakna. Hanya bayar saja setiap bulan. Kadang-kadang aku biarkan sampai 3 bulan baru sekali bayar.

Apabila masuk awal tahun 2014, coverage Digi mula semakin baik. Di kawasan kampung aku dari tiada bar, muncul sehingga 3 bar. Boleh dapat 3G untuk line internet. Itu memang satu perkembangan yang baik untuk Digi. Sehinggalah kini internet digi aku dah boleh pakai 4G, sedangkan celcom masih lagi dengan 3G. Kalau dulu internet tidak begitu penting seperti sekarang.  Tapi bila munculnya whatsapp, telegram, wechat dan lain-lain media sosialnya maka internet memang satu keperluan. Jarang aku bermesej atau call. kebanyakan kaedah aku contact rakan-rakan, dan adik beradik aku menggunakan whatsapp dan telegram.

tukar ke digi smartplan 35

Berbalik kepada smartplan digi 45, ianya adalah hampir sama dengan plan iDigi 60 aku yang lama tetapi dengan harga yang lebih murah. Kelebihanya ialah ada freecall sebanyak 50 minit/sebulan  untuk mana-mana sahaja line telco. Then yang lebih penting untuk aku ialah unlimited call dan sms kepada 3 rakan yang menggunakan line digi. So disitu aku dapat save bila call mak, wife dan adik aku. Saiz penggunaan internet masih sama iaitu 2GB.

 

Bagaimanapun 2Gb mungkin agak kecil kini untuk aku yang terlalu beronline. Kalau dirumah ok sebab ada streamyx. Tapi sebab kerja banyak kena keluar kawasan, jadi kadang-kadang semua data internet digi dan celcom aku habis jugak dan terpaksa subscribe tambahan data. Mungkin juga penyelesaiannya adalah berpindah pula ke Digi smartplan 65 5GB yang lebih besar. Apapun kena fikir budget dulu, bukan boleh main-main subscribe je kan. Bagi anda yang nak subscribe pakej digi yang murah ni, boleh dapatkan di digi centre sebab tarikh akhir pakej ni sehingga 31 Januari sahaja. Kalau nak murah lagi ada pakej RM25 dengan 1GB internet.

 

Tapi kalau tak sempat jangan risau sebab digi ni kerap buat promosi macam pakej. Setahun sampai 2-3 kali mereka lancarkan pakej yang berbeza.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

>