Tag: pejabat di rumah

Pejabat di rumah Small office home office

Pejabat di rumah Small office home office

Pejabat Di Rumah atau Small Office Home Office

Soho adalah singkatan kepada Small Office Home Office adalah semakin popular di kalangan rakyat Malaysia sekarang. Memiliki satu pejabat di rumah boleh di katakan keperluan terutama kepada mereka yang berkerja dirumah. 

​Dengan adanya sebuah soho di rumah ia akan dapat menjimatkan banyak kos berbanding menyewa tapak office yang mungkin boleh memakan kos ribuan ringgit sebulan.

Sebenarnya Soho mula menjadi trend sejak internet di gunakan secara meluas. Seiring dengan peningkatan jumlah pengguna internet, maka telah banyak peluang perniagaan secara online tersedia.

Walaupun ianya perniagaan internet yang hanya perlu beronline di rumah, namun faktor keselesaan dan keselamatan data perlu diambil kira untuk meningkatkan produktiviti. Atas sebab itu konsep Soho wujud dan berkembang.

​Bekerja tanpa Small office home office

Tanpa soho kita tetap boleh bekerja. Di atas meja makan pun kita boleh beroperasi untuk menjalankan aktiviti perniaagaan internet. Cuma anak isteri tengah makan di sebelah sedangkan kita menguruskan order atau melayan customer.

Lepas itu fail dan laptop lepas siap kerja kita tinggalkan sahaja atas meja makan.

Silap gaya anak kita buka laptop tanpa kita sedar dan buat main game. Itulah juga cara saya semasa mula-mula berbisnes internet. Tidak teratur dan tidak tersusun.

smalloffice

​Kepentingan ​Small office home office

Faktor utama adalah keselesaan bekerja. Seelok-eloknya satu bilik disediakan tanpa berkongsi dengan fungsi lain.  Sebagai contoh jika anda seorang grafik designer, soho yang sesuai adalah di dalam satu bilik yang tidak boleh diakses sesuka hati oleh orang lain terutama anak-anak kecil.

Konsentrasi sangat penting untuk memastikan anda dapat bekerja dengan lebih baik dan fokus. Selain itu data dapat disimpan dengan lebih selamat kerana tidak ramai orang yang boleh akses ke soho anda.

Peralatan asas untuk ​Small office home office

Satu meja kerja bersaiz sederhana, sedikit kelengkapan hiburan(pemain muzik), alat tulis, kertas note, fail(tujuan dokumentasi), rak kecil dan pc atau laptop adalah alatan asas untuk setup sebuah soho.Alatan yang penting semestiya sistem audio untuk meningkatkan mood.

Tidaklah perlu untuk membeli sebuah meja besar yang terpasang rak sehingga memakan kos beribu-ribu ringgit. Bagaimanapun jika anda memiliki modal untuk mendapatkan peralatan yang lebih baik dan menarik saya anggap itu satu pelaburan yang bijak untuk jangka masa panjang.

Apabila perniagaan semakin maju, mungkin anda perlu menyediakan set sofa untuk kegunaan jika anda membuat perjumpaan dengan prospek.  Prospek akan lebih mempercayai apabila melihat perjalanan bisnes anda yang tersusun dengan memiliki sebuah pejabat yang tersusun dan menarik.


mysoho

Kadangkala di internet kita dapat melihat contoh gambar soho yang menarik dan tersusun. Malah ada yang mendapatkan khidmat nasihat dari perekabentuk dalaman untuk membuat sebuah soho yang  exclusive. Saya juga bercita-cita untuk memiliki sebuah soho yang direka mengikut selera sendiri. Namun akibat kekangan ruang maka impian itu masih disimpan dan mungkin suatu hari nanti akan tercapai.

Tetapi kini olaoli.com dah pun memiliki sebuah soho yang sederhana. Meja dibeli dengan kos yang rendah tetapi dari segi saiz ianya memadai. Kebanyakan alatan dan bahan dibeli dari DIY sebab kosnya lebih murah. Boleh baca di artikel meja blogger hingusan olaoli.

Kebanyakan blogger mempunyai workstation mereka sendiri untuk membuat kerja. dengan memiliki sebuat soho kita akan lebih fokus dan mampu untuk bekerja lebih lama.

>