Tag: buku panduan hartanah

Buku-buku hartanah dalam koleksi olaoli

Buku-buku hartanah dalam koleksi olaoli

Aku adalah seorang yang agak rajin membaca cewahh… selepas lama tak posting terus ayat pertama memuji diri sendiri. Tapi memang benar aku memang rajin membaca. Taktaulah kenapa..sejak kecik asal jumpa benda boleh dibaca mesti aku akan baca… walaupun surat khabar yang dah 2-3 bulan. Apatah lagi jika terjumpa buku-buku atau majalah. Banyak juga koleksi buku-buku dan majalah yang aku kumpul sejak sekian lama. Kalau  time dapat gaji dan kebetulan ke bandar pasti tak lupa untuk singgah ke kedai buku seperti Popular, The times dan Harris. Kalau tak ke bandar pegi kat pekan cari buku di kedai-kedai buku biasa. Biasanya aku banyak membeli buku-buku yang berkaitan dengan motivasi, sejarah, perniagaan, pelaburan dan tidak ketinggalan buku-buku hartanah.

Amalan membaca ni satu amalan yang patut  ada pada semua manusia terutama orang Islam. Dengan membacalah jalan utama untuk memiliki dan mengetahui banyak pengetahuan. Anak-anak perlu digalakkan membaca dan memiliki buku selain dari membaca di tablet atau phone.

Koleksi buku hartanah

Dalam banyak-banyak koleksi buku yang aku ada, kategori yang paling sikit adalah berkaitan dengan hartanah. Sebab utama adalah pada pendapat aku satu ketika dulu pelaburan hartanah ni mudah difahami dan skopnya kecil. Tetapi lepas membeli rumah pertama baru lah aku sedar betapa ilmu yang aku ketahui tentang hartanah adalah sangat menima. Banyak benda yang aku tak faham dan konfius. Start dari situlah aku mula mencari ilmu-ilmu melalui buku-buku hartanah yang ada di pasaran.

So, posting ni aku nak kongsikan beberapa buku hartanah yang pada aku bagus untuk dibaca dan dimiliki. Buku pertama yang aku baca bertajuk “How You Can Become A Multi Millionaire Real Estate Investor” -Milan Doshi.

buku-buku hartanah

Buku ini dalam bahasa Inggeris. Aku dapatkan buku hartanah ini di Times lebih kurang 4 tahun yang lepas. Amat berbaloi kerana isi yang padat dengan info dan tips yang boleh diikut dan diamalkan. Di bawah adalah isi kandungan:

buku-buku hartanah

Seterusnya adalah buku hartanah berbahasa melayu pula yang ditulis oleh penulis tempatan iaitu “Bijak Hartanah – Menyelongkar Rahsia Rumah Lelong” – Asharil Suhardi Abdullah. Nak bagi tau hangpa la kan.. lepaih baca buku ni tak lama kemudian aku berjaya menang sebuah rumah lelong di Sungai Petani pertengahan tahun 2016 dan sebuah lagi di Ipoh awal tahun 2017. Kedua-duanya telah berjaya di sewakan. Bagi sesiapa yang masih takda lagi ilmu tentang rumah lelong boleh dapatkan buku ni. Korang boleh lihat gambarajah di bawah.

buku-buku hartanah

buku-buku hartanah

Buku hartanah sesuai untuk bakal graduan

Buku hartanah ketiga ialah “Hipster Hartanah” – Harith Faisal. Ini buku hartanah yang terbaru aku beli bulan Disember yang lepas di Popular Tesco Alor Setar. Selepas selesai baca, selain ilmu tentang hartanah, pada aku buku ini lebih kepada memotivasikan golongan muda terutama graduan yang baru berkerja untuk bijak merancang kewangan dengan memulakan langkah melabur membeli rumah berbanding perkara yang lain seperti kereta. Para student Universiti yang tak lama lagi nak graduate, sila dapatkan buku ini kerana sedikit sebanyak boleh menggugurkan niat-niat korang yang nak pakai kerta mahal, handphone mahal dan semua benda-benda tak penting.

buku-buku hartanah

buku-buku hartanah

buku-buku hartanah

buku-buku hartanah

 

Buku panduan Homestay

Buku ni aku dah beli agak lama dan beberapa kali diulang baca. Namun hingga kini aku tak pernah praktikkan secara menyeluruh. Pernah sekejap aku buat homestay, tetapi disebabkan sibuk dengan kerja hakiki, aku tiada masa untuk menguruskan homestay kena pula jarak antara rumah yang dibeli dengan rumah aku sekitar 1 jam. Namun insyallah jika satu masa nanti aku ada sebuah rumah yang berdekatan dengan tempat tinggal, homestay memang dalam perancangan memandangkan lokasi tempat tinggal aku ni merupakan kawasan yang agak hot dekat dengan beberapa institusi tinggi dan pelancongan.

buku-buku hartanah

buku-buku hartanah

 

Buku panduan membeli rumah pertama

Buku ni dibeli 2-3 bulan selepas aku dah tandatangan SnP rumah pertama tahun 2014. Pelik tapi itu la hakikatnya bila dah selesai urusan beli rumah baru la terjumpa buku yang tajuknya sangat sesuai dengan aku ketika tu. Buku ni pun aku dapatkan di Times. Penulisnya bernama Emrull Iqbarullah. Apapun lepas baca buku tu rasa was-was adakah lokasi pilihan aku tu betul.  Tapi syukur rasanya apa yang telah aku buat sebelum itu berada di landasan yang betul. Takut-takut juga kalau keputusan silap memandangkan ketika perumahan rumah pertama aku dibangunkan kawasan sekelilingnya masih belum membangun. Masih berhutan lagi.

Alhadulillah sekarang kawasn tu memang mengalami pembangunan pesat. Sebuah sekolah menengah, sebuah kolej swasta dan beberapa kompleks membeli belah telah siap sepenuhnya serta beroperasi.

Kesimpulan

Demikianlah adanya beberapa buku hartanah milik hamba yang dikongsikan. Jika anda sedang mencari buku/panduan hartanah, bolehlah cari buku-buku yang aku kongsikan di atas di popular dan Times atau mana-mana kedai buku biasa. Carilah ilmu sebelum bertindak membuat pelaburan membeli rumah.

>