Category: Travel

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Siapa yang nak melancong dengan penerbangan dan penginapan percuma? Ini peluang anda kerana sempena Tahun Baru Cina, Traveloka kini menganjurkan Traveloka Fly & Win CNY Contest bermula hari ini 22/1/2018 hingga 28/1/2018. Hadiah yang disediakan sangat hebat dan menarik. Cny 2018 contest ini juga menarik dan menyeronokkan. Kenapa? sebab anda perlu main satu permainan yang disediakan oleh traveloka dan share di facebook korang maximum 5 kali sehari. Senang je kan.

Hadiah Cny 2018 contest

Sebelum kita tau apa permainan yang disediakan dalam Cny 2018 contest ini, jom kita lihat dulu hadiah-hadiah yang disediakan kepada pemenang.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Hadiah pertama adalah flight dan penginapan percuma 6 hari 5 malam ke Seoul Korea Selatan untuk 2 orang. Lebih kurang satu minggu tu akan berada di negara K-pop. Peminat K-pop jangan terlepas peluang ini dan ajak rakan-rakan anda yang lain untuk mencuba. Korea selatan merupakan antara destinasi utama rakyat Malaysia untuk pergi melancong.

Hadiah kedua pula adalah percutian 5 hari 4 malam ke Phuket Thailand untuk 2 orang. Rasanya semua orang tahu Phuket merupakan satu tempat pelancongan yang menarik di Thailand dan menjadi tumpuan utama pelancong di negara Gajah Putih itu.

Hadiah ketiga ialah 4 hari 3 malam percutian ke Langkawi , Kedah untuk 2 orang. Pada pendapat saya Langkawi merupakan pulau perlancongan yang paling menarik di Malaysia. Sebab itu 4 kali dah saya melancong ke Langkawi tapi masih tak jemu-jemu. Kat Langkawi ni macam-macam ada, Cabel car, Underwater World Langkawi, Air terjun telaga tujuh, Taman buaya dan lain-lain lagi.

Kemudian 2 hadiah berupa Voucher bernilai RM 1000 setiap satu. Hadiah berbentuk voucher ini untuk pemenang dari perkongsian Traveloka Fly & Win CNY Contest di akaun facebook. So pastikan anda berkongsi (share) dikalangan rakan anda di facebook. Bagaimana pemenang voucher terpilih? ianya dipilih secara rawak(random). So semua orang ada peluang yang sama untuk menang hadiah ini.

Semua hadiah yang disediakan oleh Traveloka adalah sangat menarik. 3 hadiah utama pada anggaran saya bernilai beribu-ribu ringgit jika kita mengeluarkan kos sendiri. Jangan lepaskan peluang menarik ni.

Cara nak sertai Cny 2018 contest

Untuk mula main game yang disediakan dalam contest ini, anda perlu login menggunakan akaun facebook terlebih dahulu seperti screen shot di bawah.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Kemudian anda kan di bawa keruangan berikut sila klik continue.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Kemudian anda akan di bawa ke page berikutnya.  Di situ terdapat 3 button iaitu Terms and Condition untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan, Instruction info tentang cara bermain dan Start Game untuk memulakan permainan dalam Cny 2018 contest ini.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Syarat-syarat penyertaan

  • Setiap peserta mesti mempunyai akaun facebook yang sah dan set pada public.
  • Peserta perlu menjadi follower Traveloka Malaysia Facebook Fan page.
  • Peserta perlu main permaian Traveloka Fly & Win CNY Contest hanya di website yang disediakan oleh Traveloka.
  • Peserta perlu mengisi borang pendaftaran yang disediakan oleh pihak penganjur.
  • Peserta hanya boleh share di facebook maximum 5 kali sehari.
  • Peserta perlu mencapai score tertinggi. Hanya 3 orang sahaja terpilih untuk memenangi 3 hadiah utama.
  • Peserta berpeluang memenangi 2 hadiah sharing Traveloka Fly & Win CNY Challenge di facebook. 2 pemenang akan dipilih secara rawak.
  • Kegagalan peserta mengikuti mana-mana syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

 

Cara permainan game dalam Cny 2018 contest

Ok yang inilah paling penting anda perlu tahu sebelum bermain. Saya dah try memang best dan ralat dibuatnya. Bukan saya je, isteri pun duk main jugak. Kadang-kadang terjerit-jerit jugaklah kami bermain benda ni di laptop. Ok bila kita klik start game kita akan dibawa ke paparan seperti di bawah.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Apa yang perlu anda lakukan adalah elak kapal terbang tu dari melanggar apa-apa halangan yang menyebabkan cabaran terhenti. Terpaksa mulakan semula. Tetapi kalau terjumpa envelop angpau anda perlu langgar untuk dapatkan markah lebih. Setakat ini saya masih mencuba untuk mencapai markah tertinggi namun masih belum berjaya hehehe..so anda mesti mencuba lagi dan lagi untuk dapatkan rekod tertinggi.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Untuk pengetahuan contest ni berlangsung selama 7 hari, jadi ada masa yang banyak untuk mengexpertkan diri dengan permainan ni. Lagi pun anda perlu share setiap hari untuk berpeluang memenangi hadiah voucher Rm1000.

Yang ni saya buat recording untuk anda lihat contoh macam mana saya main game ni. Dah sehari mencuba  bermain, kiranya 82 tu adalah markah tertinggi setakat ni. Cara anda nak naikkan kapal terbang tu ke atas adalah dengan menekan mouse atau touch pad laju laju. Tapi awas jangan sampai terlanggar awan, layang-layang dan belon udara.

Selepas itu anda perlu tekan submit score  dan login facebook. Langkah seterusnya apa yang perlu dibuat adalah share dan pastikan status share adalah public. Kemudian anda akan di bawa ke ruangan register seperti di bawah. Sila isi nama, alamat emel dan no phone yang boleh dihubungi.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Akhir sekali anda akan lihat paparan akhir dari yang menunjukkan score telah berjaya dihantar. Klik button Traveloka untuk melihat melihat hotel-hotel yang tersedia dan penerbangan ke destinasi pilihan. Seperti yang diketahui ramai, harga dari traveloka lebih murah berbanding dengan harga sebenar.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Link untuk menyertai contest

Mesti anda tertanya-tanya, apakah link untuk sertai contest tersebut? Jangan risau semua orang boleh join contest dengan klik Cny 2018 contest . Anda akan dibawa keruangan seperti di screen shot pertama dalam artikel ini. Selain itu sila klik link traveloka jika berminat melihat hotel dan penerbangan yang disediakan oleh pihak traveloka. Sila share kepada rakan-rakan samaada melalui facebook, whatsapp, telegram atau mungkin di blog anda sendiri. So selamat berjaya!

Backpacking di Bangkok

Backpacking di Bangkok

Backpacking di Bangkok

Apa tu backpacking or mengembara? Mengembara adalah satu bentuk kos rendah, perjalanan bebas. Ia termasuk penggunaan beg yang mudah dibawa untuk jarak yang panjang atau jangka masa yang lama; penggunaan pengangkutan awam; penginapan murah seperti asrama belia; sering tempoh yang lebih lama perjalanan berbanding dengan percutian konvensional; dan menjadi keutamaan dalam berjumpa dengan penduduk tempatan serta melihat pemandangan.

Ok kali ni aku nak share dari pengalaman backpacking ke Bangkok dan just pergi dalam 3 4 hari je sebab mengikut bajet yang  ditetapkan. Nama pun backpacking kan bukan nya luggaging huhu… (luggaging tu maknanya pergi bercuti dengan tarik luggage bukan galas bagpack pun, ni aku reka2 ja ni).

Sebelum backpacking di Bangkok

Sebelum kita nak pergi ke Bangkok, mesti kena book tiket penerbangan dulu, tengok bila yang murah dan juga survey2 tempat kita nak stay kat sana nanti. Untuk tujuan tu sebenarnya kemudahan dah ada, jadi guna kemudahan tu sebaik mungkin.

Kemudahan apa?

Nak tengok kat mana?

Meh aku bagitau korang, kedua-dua tiket penerbangan dan booking hotel tu kita boleh buat tengok kat website atau apps Traveloka. Kat situ, kita boleh tengok date bila nak pergi dan balik. Kemudian, kita boleh pilih mana-mana airline sebab kat di situ ada bermacam airline yang menyediakan penerbangan ke Bangkok bersama harga tiket sekali. Memang menyenang dan memudah urusan kita. Korang tau tak, kalau kita beli tiket penerbangan melalui Traveloka ni, harga dia lagi murah dari yang beli direct kat airline tu sendiri. Apesal pulak nak bayar lebih kalau dah kat Traveloka boleh dapat murah. Lagi bestnya, kita juga boleh dapat diskaun kalau kita register account dengan Traveloka.

backpacking dibangkok

 

Tadi beli tiket penerbangan, sekarang nak find cheapest hotels in Bangkok pulak. Bukan cari tiket penerbangan je senang, nak cari hotel di Bangkok pun senang gak melalui Traveloka. Banyak hotel di Bangkok yang berdaftar dengan diorang, jadi kita boleh pilih hotel mana di Bangkok tu mengikut kesesuaian kita seperti kadar sewa yang murah, dekat dengan tempat-tempat yang menarik dan paling wajib ialah restoran yang halal. Bukan saja tiket penerbangan ja yang ada diskaun, booking bilik pun ada diskaun kalau kita book awal. Traveloka selalu buat promosi untuk hari2 yang tertentu, jadi korang kena rajin la usha. memang korang tak kan menyesal punya lah.

backpacking di bangkok

Lepas dah beli tiket dan book bilik, kita mesti la nak tau tempat apa yang menarik di Bangkok untuk kita plan itinerary. Tak kan kita nak pergi macam tu saja, takda arah tuju, nanti tersesat ke apa ke, kita gak yang susah. Selain tempat-tempat menarik, kita kena tau juga dimana restoran halal dekat2 situ, untuk memudahkan urusan. Ye lah takkan hari-hari nak makan megi kan? Nak backpacking, kita kena ada plan yang elok dan harus ambik tau tentang tempat serta aktiviti yang kita nak lakukan. Tapi kadang2 dah plan pun, kita tak ikut sangat dah apa yang dirancang tu. Cuma penting la untuk dijadikan sebagai rujukan.

 

Tempat menarik untuk backpacking di Bangkok

backpacking di bangkok
Grand Royale Palace

Antara tourist attractions kat sini seperti Grand Palace (Royal Palace) dan Wat Pho, rumah untuk Buddha dan sekolah urut yang terkenal. Keluarga Diraja tak tinggal pun di istana (ia hanya digunakan untuk majlis-majlis rasmi negeri) dan korang tak boleh masuk ke dalam bangunan tu, just boleh pusing2 di perkarangan dan kuil yang terbuka saja dan ini adalah lawatan yang bernilai. Ia cantik dan pertukangan seni bina dalaman yang menakjubkan. Tips nak lawat tempat ni, korang kena pergi pada waktu pagi untuk mengelakkan orang ramai. Selepas itu, bersiar-siar di jalan dengan Wat Pho. Kat sini korang boleh tengok the reclining Budha as well as the Golden Buddha. Korang boleh spend dalam 1 jam berkeliaran di kawasan kuil yang macam maze ni. Seterusnya, seberang sungai ke Wat Arun (Kuil Subuh) bagi mendapatkan pemandangan bandar yang sangat cantik dari atas kuil.

 

 

backpacking di bangkok
Khao san Road

Khao San Road adalah dunia untuk backpacker. Tempat ni berdekatan dengan Soi Rambuttri satu lagi tempat yang menarik di Bangkok. Kat sini, korang boleh menemui banyak bar, kedai, makanan jalan, restoran antarabangsa dan gerai-gerai. Senang cakap tempat ni sangat happening. Ia juga merupakan tempat yang popular pada hujung minggu untuk penduduk Thai. Khao San adalah tempat yang hebat untuk bertemu dengan backpackers  yang lain. Lepas tu korang boleh pergi ke pasar terapung di sekitar bandar (Khlong Lat Mayom dan Thaling Chan adalah dua yang paling popular. Kedua-dua pasar ni korang boleh tuju dengan apa pun jenis kenderaan. Korang pasti akan suka dengan suasana di sini yang sangat meriah dengan bau makanan dan penjual yang dok sibuk masak sambil mendayung sampan serta menjual makanan dorang juga. Kalau korang melawat tempat ni dalam keadaan lapar, lagi best. Boleh isi perut dengan macam-macam juadah Thai yang sungguh lazat.

Tu antara tempat2 yang  boleh diceritakan kat korang. Kalau nak tau lagi, kena la pergi sendiri. Baru best. Happy traveling guys. Last sekali, jangan lupa renew passport ye. Nanti dah sampai airport tengok-tengok passport tamat tempoh, tak dapat g traveling. Haha!

 

 

>