Nak turunkan berat badan
Kali ni aku nak kongsikan dengan engkorang strategi diet nak kuruskan badan dengan cara aku sendiri. Ni kisah benar ye. Experience sendiri. Ada kesedihan dalam cerita ni. Bermulalah alkisah…
Menu pilihan:
Punca berat badan berlebihan
Tahun 2012 dulu berat aku 95 kg dengan ketinggian 173cm. BMI aku ketika tu adalah bersamaan dengan 31.75 jauh dari sepatutnya iaitu ideal BMI 23 dengan berat 68 kg. Sesetengah kata gemuk is awesome. Aku taktaulah tang mana awesomenye. Bukan menghina sebab aku sendiri pernah terlajak berat, tetapi bila gemuk bagi aku banyak keterbatansanya. Walaupun seaktif mana pun aku berjogging dan bersukan, tetap juga dihinggapi penyakit walaupun sepatutnya penyakit tu bukan penyakit orang muda bawah 30an.
Banyak yang tak best semasa aku gemuk dulu. Selalu jadi bahan mulut member. Bila keluar beli pakaian ramai-ramai, orang senang-senang je dapat cari saiz 30, 32, 34, yang aku ni nak mencari saiz 40 atau 42 punyalah susah. Masa tu la keluar ayat tahap kurang ajar ‘tu la besaq macam anak gajah’, ‘ko jalan laju sikit aku rasa macam gempa bumi’..macam2 lagilah. Tapi semua tu terima dengan hati yang tenang. Aku taklah marah member bergurau macam tu. Tapi sakit juge huh..Kemudian yang tak best bila tengok orang lain yang slim, nampak smart je bila memakai. Kalau hari raya elok je depa dressing baju raya bersampin. Sekali aku memakai tu dia..haha tak tahan robah rabih sana sini. Kang ada jugak la yang menyebut hoi debab nya pungkoq hang..tu la yang aku menyampah bila orang kata pongkoq besar.
Gemuk ada sebabnya. Kalau dah terlajak berat, mau mengaku atau tidak, makanlah puncanya. Gemuk bukan datang dengan sendiri tanpa usaha hehehe.. dalam banyak-banyak perkara, makanlah yang paling susah nak dikawal walaupun seseorang tu dah beriltizam nak kuruskan badan. Makan jugalah aspek yang berkali-kali aku gagal atasi masa mula-mula berdiet. Kalau dipaksa juga datanglah simtom-simtom lemah lutut nak berjalan. Sampai tahap tangan boleh menggeletar lagi tu. Biasanya tengahari makan 2 pinggan nasi, bila start diet just makan setengah pinggan je. Kurang 3/4 dari kuantiti biasa. Banyak tu kuantiti yang hilang.
Diet nak kuruskan badan
Bila start je diet , plan makan aku disusun oleh isteri tercinta. Apa yang aku makan akan dipantau oleh beliau. Segala-gala yang dia masak semuanya akan ambil kira kewujudan aku dirumah. Bergoreng, berlemak dan bermanis tidak lagi mendapat tempat di rumah aku. Semua makan yang dihidangkan hanya sedang-sedang je. Setiap pagi, aku akan ‘dipaksa’ mengambil herbalife sahaja. Tiada lagi nasi lemak, tiada lagi kuih, tiada lagi roti canai. Di tempat kerja pun aku dah dipesan siap-siap jangan makan lemak-lemak, goreng-goreng dan benda yang manis. Di sebabkan makanan kat kedai makan tak kena dengan ciri-ciri yang dikehendaki oleh isteri aku, terpaksa lah aku balik ke rumah setiap kali rehat tengahari.
Isteri akan rebus ayam atau ikan yang diolah jadi sedikit berperisa dengan nasi putih semangkuk kecil. Sayur rebus mesti ada setiap kali makan. Kemudian petang pukul 5.30 sampai rumah aku kena terus makan malam. Makanan nye jugak sama macam makan tengahari. Bila malam, masuk pukul 9 perut aku dah tak boleh bertahan lagi. Masa tu isteri akan sediakan satu shake herbalife untuk tampung lapar aku. So begitulah rutin aku selama 1 bulan pertama. Dan hasilnya selepas 3 minggu berat aku tinggal 81 kg.
Nak turunkan berat badan
Member semua nampak perubahan aku. Masa tu la aku ambil peluang promote herbalife kat member-member dan dapat la sikit income. Setengah orang promote herbalife habis-habisan tapi badannya tak macam makan herbalife. Tak ke pelik tu. Ramai jugalah rakan-rakan ambil herbalife kat aku nak turunkan berat badan. Walaupun berat aku turun begitu banyak, tapi tidak banyak perubahan positive pada bentuk badan. Nampak sedikit jatuh di bahagian dada, perut dan punggung. Masa tu lah aku mula berkawan rapat dengan besi di gym. Aku join gym rakyat sebab murah. Asal malam je pas maghrib aku berjoging di gym. Hampir 3 bulan bergelumang dengan gym akhirnya dapatlah aku kembalikan tubuh badan macam ketika berumur 20 tahun di UiTM dulu.
Seronok bila badan aku kembali cantik dan berotot, member tak kutuk, isteri makin sayang. Keyakinan semakin bagus. Tapi aku tak seronok bila penyakit yang aku dapat semasa gemuk tetap ada dalam badan aku. Ubat perlu dimakan setiap hari sampai bila-bila. Nasihat aku, jagalah pemakanan sekarang selagi masih sihat. sebab kalau dah kena sakit yang jenis kronik ni, memang payah untuk pulih kembali. Diet nak kuruskan badan ni ada pelbagai kaedah dan cara. Apapun berdiet jangan sampai tak makan.