Membeli di lazada kali ketiga Hari ini sampai bungkusan pembelian kali ketiga aku di lazada. First bulan januari tahun lepas beli barangan sekolah isteri seperti mesin laminate, puncher dan macam-macam jenis kertas yang aku sendiri pun tak tau nak guna untuk apa. Kemudian isteri aku duk beli berkotak-kotak pampers di lazada hujung tahun lepas. Masa promosi tu boleh dapat pampers petpet saiz L dengan purata harga RM13.00 setiap satu pek. Dalam satu pek tu tak silap aku ada 48 keping …
Category: Pengalaman
Cara menurunkan kolestrol Sebelum ni olaoli.com berkongsi pengalaman berkaitan dengan cara mengurang atau mengubati gastrik, kali ni nak dikongsikan pula tentang bagaimana pengalaman sendiri cara menurunkan kolestrol yang tinggi dalam darah. Tahun 2012 adalah first time dalam hidup check kolestrol kat klinik. Ketika itu berat aku mencapai 95kg. Kebetulan bawa isteri mengandung untuk scan. Bacaan yang keluar adalah 9.2! Doktor menerangkan bacaan begitu adalah sangat berbahaya kerana maximum bacaan yang selamat adalah 5.2mg/dl. Kaget sekejap dengar, tapi dengan tersengihnye aku …
Pembedahan membuang sebaceous cyst Ok kali ni aku nak kongsikan pulak pengalaman pembedahan membuang sebaceous cyst kat belakang badan. Sebelum ni, entri terakhir aku adalah berkaitan sebaceous cyst yang sakit. Lepas lebih seminggu aku menahan sakit, akhirnya pembedahan dijalankan untuk membuang terus cyst tersebut. Korang boleh baca post tu di sini. Prosedur pembedahan sebaceous cyst Prosedur pembedahan buang cyst ni adalah prosedur yang ringkas je. Tak perlu lah masuk wad atau bermalam di hospital. Pembedahan ni pun tak …
Cakap tak serupa bikin Kali ni hamba nak kongsikan satu cerita yang boleh bikin panas. Melibatkan diri sendiri dan berkaitan pulak dengan Internet Marketer yang menjualkan produk di luar sana. Sebenarnya hamba ni taklah beza dengan orang lain iaitu membeli sesuatu produk mengikut keperluan semasa. Hamba ni agak lama lah juga aktif dengan dropship dan menjual product melalui web dan facebook. So setakat ni hasil jualan tidak lah sehebat mana namun kira boleh cover semua kos marketing dan sewa sistem …
Tips Temuduga Untuk mendapatkan satu pekerjaan pasti kita akan menghadiri sesi temuduga yang dijalankan oleh syarikat, agensi atau pihak kerajaan sekalipun. Agak susah untuk mendapatkan pekerjaan tanpa sesi temuduga. Saya yakin sebahagian abang-abang dan kakak-kakak yang sudah masuk ke alam pekerjaan seperti saya, pernah menghadiri sesi temuduga sebelum diterima sebagai staff. Untuk pengetahuan anda, sehingga kini saya pernah menghadiri 13 kali sesi temuduga samaada dikelolakan oleh pihak swasta ataupun kerajaan. Dari situ banyak pengalaman yang saya lalui bila berhadapan dengan …