Pengalaman kahak berdarah serta petua hilangkan batuk dan gatal tekakAku nak share dengan korang pengalaman batuk teruk kahak berdarah dan petua hilangkan batuk dan gatal tekak ni. Sebulan sebelum isteri bersalin anak ke-6, aku mengalami situasi batuk yang teruk dan lama. Bila dah lama batuk sampai lah satu pagi kahak aku berdarah dan agak banyak. Pada awalnya pada anggapan aku batuk berkahak tak berhenti mungkin sebab tidur dalam bilik dengan aircond terpasang dan tak berbaju tak berselimut. Hampir sebulan aku biarkan …
Category: Pengalaman
Assalamualaikum. Hari ni aku nak jadi ustaz untuk memberi nasihat kepada anda di luar sana tips elak perceraian berlaku dalam keluarga kita. Perceraian adalah satu perkara harus yang paling Allah tak suka. so siapakah aku yang nak memberi nasihat ni? Adakah aku sebenarnya seorang ustaz?? tak Adakah aku seorang kaunselor? pun tidak atau aku ni seorang tok imam kampung?? tidaklah jugak… Jadi..siapakah aku yang nak beri nasihat nih?? Aku hanya seorang lelaki yang dah berkahwin dan mempunyai setengah dozen anak …
Hangat-hangat tahi ayam l semua orang pernah mengalaminya Hangat-hangat tahi ayam bermaksud – orang yang serius dan bersungguh-sungguh melakukankan sesuatu perkerjaan namun kemudianya hilang motivasi dan meninggalkan perkejaannya tanpa siap. Kali ni aku nak menyentuh tentang apa yang dipanggil hangat-hangat tahi ayam yang sering berlaku pada kita. Sebelum tu, ada persoalan juga…kenapa dipanggil hangat-hangat tahi ayam. Kenapa tak hangat-hangat tahi lembu kah atau tahi itikkah. Ataupun tahi orang kah?adakah tahi ayam sahaja yang hangat?? emm..Lupakan persoalan tu. Ok aku …
Tips bagaimana nak elak sinki tersumbat di rumahHari ni berpeluh-peluh mengepam pelocok akibat sinki tersumbat. Sampai memancut air keluar dari bahagian bawah sinki. Perghh letih betui mengalahkan pergi gym. Sebelum ni tak pernah pulak tersumbat.Hampir-hampir juga nak panggil plumber. Tapi plumber upahnya sangat gratis dongMungkin sebab dah terlalu lama dengan anak dan bini main tolak je nasi ngan benda-benda lain dalam sinki, itu pasal lah agaknya tersumbat. Lagi satu puncanya bila sisa-sisa minyak terkumpul lama-lama dia akan mengeras dan menyekat …
Pencahayaan dalam rumah Kali ni aku nak berkongsi pengalaman bagaimana nak meningkatkan pencahayaan dalam rumah. Untuk pengetahuan korang, rumah yang aku sewa bersama keluarga ni saiznya agak besar tetapi design rumah ni menyebabkan ruang tamunya menjadi gelap. Ruang tamu langsung tiada tingkap. Walaupun pintunya menggunakan cermin sliding door namun perlu juga buka sekurang-kurangnya 1 lampu waktu siang supaya nampak terang. Kalau tak, anak duk berlari sebelah kita pun boleh terlanggar. 2-3 tahun pertama memang tak ambil berat tentang pencahayaan ni. …




