Membeli di lazada kali ketiga Hari ini sampai bungkusan pembelian kali ketiga aku di lazada. First bulan januari tahun lepas beli barangan sekolah isteri seperti mesin laminate, puncher dan macam-macam jenis kertas yang aku sendiri pun tak tau nak guna untuk apa. Kemudian isteri aku duk beli berkotak-kotak pampers di lazada hujung tahun lepas. Masa promosi tu boleh dapat pampers petpet saiz L dengan purata harga RM13.00 setiap satu pek. Dalam satu pek tu tak silap aku ada 48 keping …
Category: blogpost
Hari jadi anak kembar ke-8 Kelmarin 8/1/2017 adalah hari jadi anak kembar saya yang ke lapan. Sekejap je rasanya sejak menyambut mereka lahir 8 tahun yang lalu dan kini dah pun berada di darjah 2. Mereka berdua ni dilahirkan tak cukup bulan, kandungan baru berumur 32 minggu. Ketika tu mama mereka ni berada dalam keadaan yang berbahaya, apabila tekanan darah tiba-tiba sangat tinggi dan badan membengkak dari 65 kg ke 84 kg hanya dalam tempoh masa 4 hari sahaja. Jadi …
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan 2016 dan membuka lembaran baru tahun 2017. Masuk je tahun 2017 maknanya umur kita pun dah meningkat setahun lagi. Oh aku dah semakin tua..korang mungkin masih muda lagi kot..haha. Biasanya setiap awal tahun atau nak menyambut tahun baru masa tu kita menanam azam apa yang kita nak buat sepanjang tahun. Aku pun begitu jugak walaupun lebih 50% azam tak tercapai. Azam baru tahun 2017 yang nak aku ceritakan ni kalau korang nak …
Olaoli dengan theme baru Selepas 3-4 jam godek-godek akhirnya selesai jugak tukar theme lama kepada yang baru. Theme lama olaoli dibeli dari themejunky lebih kurang setahun yang lepas. Sebenarnya theme tu adalah theme yang sesuai untuk news blogger. Maklumlah bila first time taktau nak pilih yang mana, so pilih yang banyak menyediakan ruang pengiklanan. Namu bila dah setahun berblogging, rasa macam tiada berbakat nak bermarket dan beriklan. Ada juga try letak iklan dari nuffnang dan banner affiliate. Bila dah setahun ni …
Sebelum Smartphone satu keperluan Zaman hamba mula-mula belajar kat UiTM dulu lebih kurang tahun 2000-2003 mula panas dengan telefon bimbit 3210 nokia. Banyak lagi pengeluar-pengeluar brand telefon bimbit masa tu seperti sagem, vodafone, alcatel, motorola dan beberapa yang lain. Zaman tu iphone tak wujud lagi. Samsung masih belum dikenali sangat. Yang glamer adalah product dari Nokia. 3210, 3310, butterfly memang jadi kegilaan remaja di IPTA masa tu. Kalau ada telefon bimbit rasa bangga sangat dah. Namun pada aku ketika zaman tu …




