Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dah hari ke-6 baru aku post ucapan selamat hari raya aidifitri . Bila raya aku dah lupa segalanya. Cuma tau persiapan dan meraikan hari raya je. Sebalum hari raya memang satu ruang masa yang sangat sibuk dengan persiapan. Nak cari kuih, sediakan rendang ketupat, pakaian keluarga, kemas rumah dan lain-lain lagi.

Open House

Ya..tahun ni aku buat open house. Maksudnya rumah terbuka dengan menjemput sesiapa sahaja rerakan, saudara-mara orang akmpung dan sesiapa sahaja yang mengenali aku. Open house aku pada raya keempat yang lepas dan alhamdulillah memang ramai yang datang sehingga makanan terpaksa ditopup sebab jumlah tetamu diluar jangkaan.  Nasib baiklah tukang masak boleh masak waktu-waktu kritikal tu.

Yang best semua rakan-rakan sekerja hadir walaupun ada yag lewat sampai. Asalnya nak open house dari pukul 1 sampai pukul 6. Tetapi ada yang tak dapat hadir awal so open house sampailah pukul 11 malam. Walaupun penat setengah mati tetapi hati gembira atas kehadiran dan kemeriahan diziarahi oleh tetamu-tetamu yang di waktu lain memang tak akan jumpa disebabkan kesibukan memasing.

selamat hari raya aidilfitri

Duit Raya dan sikap tetamu

Time raya ni lah anak-anak berjalan mencari duit raya. Berjalan dari rumah ke rumah termasuklah anak dara kesayangan aku..naura auni. Yang tak tahan bila dapat duit sampul raya dari orang, time tu juga depa bukak. Boleh-boleh pulak cakap “seringgit je?” oo mak ai…rasa nak aku cabaikan mulut memasing. Tapi semua orang paham perangai bebudak. Yang salah kita tegur insyallah lelama mereka faham dan tak akan buat. Sebab budak-budak ni kebanyakan sekali tegur belum tentu mereka ingat dan perlu ditegur berulangkali. So tanggungjawab menegur ni adalah tanggungjawab ibu bapa. Sebagai tuan rumah perkara-perkara seperti itu apabila berlaku perlulah bersedia untuk menerima dan bersabar. Jangan jadi sorang artis tu..punyalah marah dia pasal orang datang rumah tak berdisiplin. Misalnya anak-anak lari dalam rumah, anak-anak tumpahkan kuah tumpahkan air. Marah pulak ibu bapa budak sebab tak pandai menegur.

Memang perkara tu akan berlaku hatta kat open house aku pun bebudak melompat sana sini dan kalau tertumpah kuah ke air ke itu perkara biasa. Nak tak nak kena terima. kalau tak sanggup nak melayan kerenah orang yang tak sama pandangan dengan kita, jangan buka pintu pagar. Elakkan orang dari datang ke rumah. Buat apa nak terima orang mai rumah kalau akhirnya timbul perasaan marah dan hilang keikhlasan akibat dari kesilapan orang yang bertandang. Manusia zaman sekarang ni berpuluh kali kau melalak dan terjerit-jerit menasihat pun perkara tu  terjadi juga. Banyakkan bersabar. Rilex. Hari Raya ni untuk bermaaf-maafan.

So dengan peluang ini aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan blogger, pembaca setia, Best Blogger Network(BBN) dan sesiapa yang mengenali diri ini. Minta maaf sekiranya berlaku sebarang kata atau post yang yang tidak disenangi. Minta maaf Zahir dan Batin dari Olaoli.com

(Visited 133 times, 1 visits today)
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat bro sekeluarga…
    Maaf zahir dan Batin..

  • >
    %d bloggers like this: