Tag: tekanan darah tinggi

Turunkan tekanan darah tinggi punca dan petua

Turunkan tekanan darah tinggi punca dan petua

​Pengalaman tekanan darah tinggi dalam keluarga

​Teman nak share kat pembaca olaoli.com pengalaman teman kena dan petua turunkan tekanan darah tinggi yang teman telah alami. ​Mula-mula teman nak ceritakan ​tentang background keluarga teman. Ibu bapa teman mengidap penyakit kronik. Arwah ayah dulu mengidap tekanan darah tinggi. Kena strok tahun 1987 waktu subuh lepas mandi. Akibatnya ayah teman telah lumpuh selama 10 tahun sehingga 1997. Tahun 1997 disember...11 hari sebelum teman ambil result PMR ayah sekali lagi ​kena strok. Stok kali kedua menyebabkan saluran di otak pecah dan mengakibatkan koma. Selepas koma selama 5 hari akhirnya ayah teman mengadap ilahi. Ibu teman pula mengidap tekanan darah tinggi dan diabetes. Sehingga kakinya perlu dipotong dan perlu melakukan dialisis 3 kali seminggu.

tekanan darah tinggi pengalaman dan petua

Awal dulu teman tak percaya sangat yang mengatakan peyakit kronik seperti darah tinggi dan diabetes ni mengikut genetik keturunan. Pada teman asalkan kita jaga pemakanan dan sentiasa bersenam kita terhindar dari penyakit seperti itu. Tapi sangkaan meleset.. Adik teman seorang yang agak aktif lebih awal kena penyakit darah tinggi seawal usia 19 tahun dan kini perlu makan ubat setiap hari. Padahal dia jenis orang yang ​kawal pemakanan.

​Punca Tekanan darah tinggi

​Kebanyakan mana-mana laman web atau blog menyenaraikan punca-punca tekanan darah tinggi seperti yang teman senaraikan di bawah:

  • pemakanan yang tak terjaga (kawal gula dan garam).
  • kurang bersenam atau tidak aktif
  • stress( mungkin kerja atau dalam kehidupan)
  • ​genetik keturunan

​kebanyakannya adalah berpunca dari kombinasi pemakanan tak terkawal dan kurang bersenam. Tapi tak kurang juga akibat stress dari segi mental dan fizikal.Dari sini lah teman rasa boleh dibahagikan kepada 3 kategori punca tekanan darah tinggi(kronik). Jangan pulak cemuh teman sebab teman buat analisis ni mengambil masa berpuluh tahun dari kejadian yang berlaku dalam keluarga teman sendiri.

  • Pertama sebab kombinasi pemakanan dan kurang bersenam
  • Kedua pulak disebabkan oleh stress yang melampau
  • ​Ketiga disebabkan stress dan genetik keturunan.

​Emak kena darah tinggi teman yakin berpunca dari masalah pemakanan. Mak teman langsung tak jaga pemakanan sejak dia muda lagi.Sebab tu berat lebih 100kg. Arwah ayah teman pulak teman yakin kerana faktor stress kerja dan kurang bersenam. Sebab arwah ayah dulu adalah seorang pemandu ambulance. Kerja tak kira masa. Kadang-kadang tengah pagi-pagi buta kena call ambik atau hantar pesakit sehingga ke K.L dan Ipoh dari Sungai Besar.

tekanan darah tinggi pengalaman dan petua

Kemudian bila arwah ayah teman kena serangan strok kedua dapat teman simpulkan akibat dari langsung tak pernah check doktor dan langsung taknak makan ubat darah tinggi yang sepatutnya perlu dimakan setiap hari. Berbeza dengan mak teman, alhamdulillah sehingga kini tekanan darah tingginya terkawal kerana tetap makan ubat 2 kali sehari iaitu pagi dan malam. Sesekali jika mak teman terlupa makan ubat kami adik-beradik dapat lihat mak akan jadi tak sihat dan terbaring sebab tekanan darah tinggi meningkat.

Alami tekanan darah tinggi

​Untuk makluman memang teman pernah alami tekanan darah tinggi lebih kurang 7-8 tahun yang lepas. Tapi ketika tu apa yang teman alami hanyalah kerana nervous ​menyebabkan bacaan tinggi tetapi ​tidak memberi sebarang kesan kesihatan. Dan ketika itu juga teman terlalu gemuk. Lepas tu teman kuruskan badan dan tekanan darah teman normal dan doktor kata teman bukan pengidap penyakit kronik tersebut.

​2 Minggu lepas time teman tengah sibuk buat kerja tiba-tiba pandangan bergegar. Bila berdiri rasa macam goyang. dan kesan yang menakutkan apabila kedua-dua tangan rasa macam kebas-kebas. Pada sangkaan awal tu ingatkan sebab tak cukup makan dan gastrik. Jadi teman keluar dan pergi makan. Memang masa tu lapar hehe.. tapi lepas dah makan pun masih rasa benda yang sama.

Jadi teman ambik keputusan balik awal dari kerja. Balik rumah mandi dan rehat. Masa rehat tu teman tak rasa lagi kebas-kebas di tangan. Dah rehat dalam setengah jam teman check tekanan di rumah dan bacaanya sangat menakutkan iaitu 186/101.

tekanan darah tinggi pengalaman dan petua

​Macam manalah bacaan jika diambil ketika teman rasa tangan kebas-kebas. Mungkin bacaanya mencecah 200!

​Tekanan darah tinggi 'sementara' atau mukadimah darah tinggi

​teman panggil apa yang teman alami ni adalah mukadimah kepada penyeakit kronik darah tinggi. Ia ulangan kepada kejadian 7-8 tahun lepas. Cuma kali ni teman perlu masa hampir seminggu untuk kembali normal.

​Ok...kenapa teman panggil mukadimah...kerana doktor kata teman boleh kena bila-bila masa je sekarang. Teman ceritakan pada doktor yang teman bukan macm dulu lagi. teman yang sekarang ni jaga pemakanan dan jauh lebih aktif.

Akhirnya tanpa teman sedar.... punca lebih berat dan berisiko adalah kerana stress bekerja. Ya...memang teman agak stress akhir ni nak menyiapkan banyak kerja di sekolah. Kerja-kerja itu hanyalah duduk di atas kerusi dan menaip di laptop dan menulis di buku. Tapi ianya lebih berbahaya kerana teman duduk dalam tempoh berjam-jam dan stress hadir apabila otak terlalu memikirkan untuk menyiapkan kerja.

Stress pada mental jauh lebih berbahaya dari stress fizikal kalau tak ditangani dengan baik...

​Apa yang perlu untuk turunkan tekanan darah tinggi

Jika korang mengalami tekanan darah tinggi yang mendadak seperti teman(bukan disahkan penyakit tu melekat kat badan lagi), sila korang ikut cara teman ni jika rasa yakin. Kat sini teman senaraikan beberapa perkara yang perlu anda lakukan jika mengalami penyakit darah tinggi ni​ secara tiba-tiba.

tekanan darah tinggi pengalaman dan petua
  • pertama kurangkan makan benda yang masin. senang je minta isteri bagi yang dah kawin dan ibu pada yang masih bujang buatkan lauk ikan rebus atau ayam rebus. masukan sayur sawi sekali. Jadikan itu makanan selama seminggu. Dalam masa yang sama jangan ambil nasi lebih dari sesenduk. Lebih penting hindarkan langsung dari makan di kedai.
  • Kedua jangan stress buat kerja. duduk sejam kemudian berhenti dan berjalan lah. Biarlah orang nak kata apapun. Dari teman tumbang... Pergilah kantin minum-minum sambil bersembang dengan rakan-lain. kemudian sambung kerja semula.
  • ketiga...dalam seminggu tu kekalkan bersenam seperti biasa. Tak perlu hari-hari. cukup la sekadar jogging atas tredmill 30 minit. Buatlah selama 7 hari berturut-turut.(jangan push sangat jika tak mampu jog sampai 30 minit. buat yang termampu je).
  • ​keempat minum tea. hentikan minum sebarang caffein.(ini sangat penting)
  • kelima...sensitif sikit...kerap lakukan hubungan seks. sebelum ni teman sekadar 3 hari sekali. Seminggu dalam 2 kali je. So kali ni teman aktifkan sikit sehingga 5 kali seminggu huhu...tapi yang dah kawin jela..

​dari semua teman buat kat atas tu alhamdulillah seminggu je tekanan darah tinggi teman kembali normal sehingga kini. Cuma teman risau berapa lamalah teman boleh maintain tentang pemakanan, stress dan bersenam. Tapi kalau seks tak da hal huhuhu..

​Lain-lain tips untuk elakkan tekanan darah tinggi

​Ada beberapa lagi amalan yang boleh kita lakukan.

  • pertama adalah sentiasa amalkan surah al-fil sambil berniat dijauhkan oleh Allah S.W.T dari sebarang penyakit.
  • kedua adalh dengan melatih diri untuk sentiasa berfikiran terbuka. elakkan diri terpengaruh dengan emosi.
  • ​ketiga pastika sentiasa mendapat tidur yang mencukupi dan amlkan tidur 30 minit waktu siang untuk menghilangkan stress.
  • keempat berbekam. seeloknya berbekamlah 2 kali setahun atau paling teruk sekali setahun.

Apa yang teman tulis ni adalah perkongsian kepada pembaca semua. Teman tak kata apa yang teman buat ni berkesan pada orang lain. Cuma pendapat dan tips yang teman tulis ni ada lah dari pengalaman hidup teman dan keluarga teman sendiri yang lebih setengahnya mengidap dan pernah mengalami tekanan darah tinggi. Hanya abang teman sahaja yang setakat ini free dari sebarang penyakit.

​Andai anda ada mempunyai pengalaman ini dan ingin berkongsi sebarang idea dan pendapat silalah maklumkan pada teman. Jika anda ingin menulis sebarang penulisan berkaitan darah tinggi yang baik untuk dikongsikan membantu pembaca lain silalah hantar kepada teman dan teman akan publish penulisan anda atas nama anda sendiri sebagi penulis.

>