Tag: meja blogger

Meja blogger hingusan olaoli

Meja blogger hingusan olaoli

Meja Kerja Blogger

Siapa itu blogger? 

Siapakah yang layak dipanggil blogger?

Pada pendapat teman blogger bermaksud sesiapa yang ada blog/website dan menulis tentang berita, pendapat, pengalaman, pengetahuan dan sebarang bentuk penulisan. ​

Untuk lebih jelas lagi sila klik link ini Blogger

​Post ni bukan bertujuan nak membincangkan maksud blogger tapi nak share beberapa contoh meja kerja seorang blogger. Tak lupa jugak meja blogger hingusan olaoli.com hehehe..

​Meja blogger 'mat salleh'

Secara jujurnya teman lebih banyak mendapat maklumat dan idea berdasarkan blogger oversea terutamanya blogger dari negara-negara barat. Mereka ni lebih awal dan maju dalam dunia blogging samaada ilmu pengtahuan ataupun idea. 

Jadi teman dah banyak kali search untuk melihat rekabentuk, susunan, bahan dan idea mereka.

Namun nak ikut seratus peratus memang tak mampulah memandangkan teman ni berblogging bukan untuk tampung makan keluarga melainkan suke-suke je.

 kalau ada income masuk...alhamdulillah. Ni kira salah satu hobi teman lah.

Kebanyakan blogger barat ni warna yang menjadi pilihan utama untuk workspace mereka adalah putih.

​Mungkin sebab depa ni orang putih sebab tu suka warna putih agaknya. Tapi bab warna ni tak jadi masalah. Semua orang ada tastenye sendiri.


meja blogger

Tapi..teman pun suke warna background putih walaupun teman berkulit hitam.

Meja blogger juga tak menarik jika tiada accessories di dinding. Kebanyakan blogger akan meletakkan sesuatu di dinding tempat meja kerja. Misalnya gambar kah, whiteboarkah atau pun mungkin nota. 

Atas meja juga biasanya ada diletakkan set buku, rak alat tulis, set speaker dan lain-lain acessories yang sesuai. 

Speaker atau sound system bagi teman wajib ada. Teman sendiri tak boleh menulis jika tak ada muzik. Muzik ni boleh merancakkan idea dan kelajuan jari teman ketika menaip huhu..

meja blogger

Rekabentuk meja jugak berdasarkan taste masing-masing. Macam gambar disebelah ni berbentuk curve dibahagian tempat duduk untuk memberi ruang yang selesa kepada blogger. Tapi teman punye meja segi empat tepat berlaci enam huhu..banyak barang nak simpan sebab tu kena beli meja yang berlaci. Takkan semua nak letak atas meja.

​Meja kerja olaoli

​Ada juga beberapa gambar yang diupload oleh blogger tempatan yang teman jumpa di internet. Kebanyakan menggunakan alatan yang dibeli dari ikea. Tapi teman beli meja kat kedai pakistan je hehehe..dah itu je yang ade kat tempat teman ni. Kat bawah ni teman tampal beberapa keping gambar meja teman

meja blogger hingusan

Teman suka cahaya bewarna warni. Bila ada warna warni dia akan menaikkan keghairahan teman untuk buat sesuatu hahaha..

Kalau tiada warna-warni teman akan jadi pasif dan kurang upaya huhu..

meja blogger hingusan

Yang ni pulak gambar hiasan dinding teman. Background tetap warna putih sebab teman nak jadi macam mat salleh walaupun teman dah nak macam negro hehehe..Hiasan dinding ni pun tak siap lagi. Ada beberapa keping gambar belum dimasukkan lagi.

meja blogger hingusan

​Ni pandangan dari depan. Malas nak tunjuk gambar keseluruhan sampai kaki meja sebab meja cikai-cikai ja. Kat belakang tu teman pasang led light. Dinding tu letak macam jaring sebab senang nak letak nota. Tak payah nak catat dalam buku. Terpandang dan terus teringat apa yang perlu dibuat. 

​Kepentingan meja kerja

​Ramai orang macam tak berapa ambil kisah tentang meja kerja. Sebab ramai kawan-kawan teman tak kisah nak buat kerja dimana. Kadang-kadang kat meja makan, atas katil atau atas sofa je.

Teman dulu pun begitu sebab berat hati nak keluarkan kos untuk beli kerusi meja ni. Tapi bila difikirkan kembali memang  teman perlu ubah sebab bila-bila anak-anak dah mula bersekolah dan nak buat kerja rumah maka habis penuh atas meja makan. Sebab tu teman buat satu Small office home office(SOHO).

meja blogger

Teman 'create' satu bahagian dalam bilik untuk diletakkan meja kerja bagi pekerjaan hakiki dan juga sambilan seperti blogging dan tak lupa untuk trading forex.

Memang rasa beza 'feelnye' bila ada meja khas untuk buat kerja.

Aktiviti dan perkejaan jadi lebih teratur dan tersusun.


olaoli

Share untuk bagi idea kepada blogger-blogger lain. Bila ada stesen kerja sendiri maka kerja akan lebih tersusun. Mood juga akan sentiasa dalam keadaan yang bagus.


>