Tag: drama korea

Layan drama Korea di Astro On The Go

Layan drama Korea di Astro On The Go

Sebulan dekat aku tak buat sebarang posting. Almaklumlah bulan syawal. Kekenyangan adalah perkara yang membuat mata menjadi mengantuk dan menghilangkan mood walaupun banyak idea yang nak ditulis. 2 minggu pertama bulan syawal, hampir setiap hari ada open house. Kadang-kadang sehari sampai 2-3 buah rumah. Kolestrol bertambah, bacaan gula meingkat..dan yang pasti ukuran pinggang pun meningkat. Ok hari ni aku nak sembang pasal cerita /korea yang berepisode.

Aku tak suka drama korea

Asalnya aku menyampah korea-korea ni. Tak ada mood aku nengok semuanya duk muka jambu. Kengkadang konfius lelakikah perempuan? Kena dengar suara baru boleh bezakan. Kalau anak-anak sedara aku terutama yang perempuan semua duk gila korea. Kalau aku balik kampung semua duk bersepah depan tv layan korea. Banyak kali gak aku menyindir tapi bebudak ni takdenye nak masuk telinga alih-alih dah bosan aku tengok jugaklah. Boleh dikatakan cerita yang depa tonton memang aku tak minat sehinggalah aku tertonton 2 drama tajuknya 6 flying dragon dan Jackpot.

drama korea

Cerita purba, ada lawan-lawan dan berdasarkan sejarah keturunan dinasti Joseon. Terus aku terminat. Kemudian satu cerita lagi emperor:owner of the mask. Huih ketagih pulak aku menonton. La ni pulak anak sedara menambah perisa(pedajal aku) dia bukak pulak cerita legend of the blue sea. Satu cerita yang merepek..tetapi jalan ceritanya menarik. Tapi aku tak minat sangat. Baru aku perasan, drama korea lebih menarik jalan ceritanya jika dibandingkan dengan drama hongkong seperti Cao cao. Aku seorang peminat sejarah, mana-mana drama yang berdasarkan sejarah memang aku layan. Tetapi sebelum ni tak pernah la pulak aku layan drama korea.

Langgan terus Astro Beyond

Apa lagi terus balik rumah langgan astro beyond pvr sebab nak download drama dari Astro On The Go. Sebelum tu jangan silap ye…post ni bukan nak mempromosikan Astro, cuma nak kasi tau je yang aku dah langgan astro pvr hehehe.. Dari situ bukan setakat drama korea, habis semua 6 season Game Of Throne menjadi mangsa aku..opss jangan tengok game of throne kat Astro on the go..Kalau korang dah tua takpe tapi sangat tidak sesuai di tonton bersama anak-anak atau keluarga. Uncensored. Kuang ajor betui..dia tulis tidak sesuai untuk bawah 21 tahun. Apa kau ingat budak-budak taktau nak tekan button download kat remote astro tu?

Tak pasal-pasal bil astro naik. Tapi takpelah berbaloi dengan movie dan drama yang dapat di tonton. Biasanya malam set untuk download 5-6 drama, so esok petang lepas balik kerja boleh tonton. Sebab streamyx kat rumah aku ni tak berapa nak laju. Kena pulak kalau anak-anak buka youtube lagilah jadi siput.

Genre drama korea yang diminati

Tapi tak semua drama korea aku suka. Genre kesukaan aku adalah berkaitan sejarah, purba atau aksi(peperangan). Selain tu, aku tak minat. Bukan drama korea je, drama apa-apa bangsa sekalipun kalau kalau berkisarkan kisah sepenuhnya cinta, kekeluargaan, atau lain-lain…bye bye lah. Layan bini pergi wayang tengok cerita seram..last-last aku tertidor..

Kalau filem korea yang aku minat pun dalam genre sama seperti B2B, The Last Tiger dan kisah tentang general Yi Sun-sin yang mempertahankan korea dari serangan Samurai Jepun. Walaupun filem sejarah korea tidak sebanyak filem hong kong, namun jalan ceritanya lebih menarik..pada pendapat akulah.

drama korea

Bukan nak promote, tapi kalau korang mempunyai jiwa seperti aku huhu..cer korang try tengok. Mesti best.

>