JDT vs Kedah

JDT vs Kedah

JDT vs KEDAH

Jap lagi pukul 9 akan berlangsung perlawanan akhir PIALA MALAYSIA antara JDT menentang Kedah. Final ni mengulangi pertemuan semula final Piala Malaysia 2017 yang dimenangi oleh JDT dengan keputusan 2-0. Perlawanan kali ni pulak rasanya mana-mana penganalisis kebanyakannya meletakan keyakinan kemenangan akan berpihak kepada pasukan JDT. Namun mungkin game malam ni akan menjdai sengit memandangkan Kedah pasti ingin membalas dendam kekalahan final mereka pada lawan sama 2 tahun yang lepas.

Teman pulak sebagai peminat dan penyokong setia skuad the bos gaurus pasti rasa ssedikit tak puas hati kepada Kedah sebab skuad teman kalah final piala FA. JAdi teman bagi sokongan pada kelab JDT huahuahua.. Tapi bukan sebab itulah..dah memang teman rasa team JDT lebih berkeupayaan berbanding Kedah. Sebenarnya itu hari teman mengharapkan Pahang ke final untuk jadikan game final nanti lebih menarik. Sebab bagi teman untuk tahun ni pasukan Kedah, Perak dan Selangor bukanlah team yang kuat untuk memberi saingan di final apabila bertemu JDT. 

Tapi jangkaan teman silap apabila Pahang tewas dari peraturan jaringan ditempat lawan. Namun dari pertemuan semi final antara Pahang dan Kedah... apa yang teman jangkakan bahagian depan Kedah pasti sangat sukar untuk melepas 4 defend JDT yang nampak lebih konsisten. Bahagian tengah JDT akan menguasai bahagian tengah dengan baik. Apa yang pasti pertahanan kiri dan kanan Kedah akan menjadi lubuk serangan JDT.

Eh teman maleh la nak menaip memanjang sangat. Jangkaan teman

- Perlawanan ini pasti selesai dalam tempoh 90 minit sahaja.

- Perlawanan final kali ni tidak semenarik ketika pertemuan Perak dengan Terengganu di final 2018.

- Jangkaan teman.  JDT 2 - KEDAH 0

(Visited 162 times, 1 visits today)
>
%d bloggers like this: