Category: Lifestyle

Bersukan dan diet yang betul untuk kesihatan yang baik

Bersukan dan diet yang betul untuk kesihatan yang baik

Dah lama aku tak posting apa-apa. Maklumlah bulan ramadhan ni duk berzikir 24 jam hehehe(ye la tu)..Posting kali ni aku nak sentuh tentang kesan bersukan dan diet yang betul untuk kesihatan yang baik.

Perkara ni penting untuk semua orang ambil tahu sebab semua kita nak sihat betul tak? nak perjalanan darah dalam badan lancar, nak jantung kuat, taknak kena penyakit kronik, nak badan cergas dan sentiasa sihat. Kalau orang sukan tak setuju dengan pendapat aku ni..ok lah cuma pendapat berdasarkan pengalaman diri dan sekeliling. Lagipun aku bukan guru PJK macam titan.

Apa jadi jika tidak bersukan

haa kat sini risikonya penyakitlah. Bayang kan berbulan-bulan pergerakan badan hanya dalam rumah je. Tak keluar peluh. Paling-paling kat pejabat pun setakat turun naik tangga..itu pun kalau bangunan tu tiada lif. Kalau kat rumah pulak paling hardcore pun setakat ‘bergusti’ ngan bini atas katil je. Cukup ke..tak cukup abang kakak..kalau boleh main 1-2 jam tu kira ok sangatlah..kalau setakat 5 minit takde apenye. Kita kena buat sesuatu aktiviti yang berpeluh sekurang-kurangnya 30 minit.

diet dan bersukan

Bayangkan kita duk makan macam-macam jenis makanan dengan berlemak dan berminyaknya, kemudian duduk depan tv lepas tu tidur. Lama-lama meneballah kolestrol dalam salur darah. Akibatnya strok, sakit jantung dan macam-macam penyakit berbahaya yang lain. Kalaupun kita tak menghidapi sebarang penyakit, tetapi dengan gaya hidup yang tak berapa sihat tu akan membuat badan kita kurang cergas. Sikit-sikit rasa lenguh. Sikit-sikit rasa mengantuk dan cepat letih.

Kemudian yang aku perhatikan ialah bentuk badan yang tak menarik. Macam aku dulu perut comel je membulat, bila berdiri sebelah bini mengandung, orang boleh konfius..sape yang mengandung ni? Tapi tu dululah..sekarang dah fit sikit..sikit je la. Jadi begitu disebabkan kehidupan muda aku yang sangat tidak beraktiviti..paling-paling pun tebas rumput..tebas rumput bukannya setiap hari, adalah sebulan 2-3 kali.

Dengan Bersukan kesihatan terjamin?

emm..bagi aku tak jugak. Bersukan bukan segala-galanya. Ramai orang dah salah faham dengan menganggap makan belasah je apa kau nak makan, yang penting kau kerap joging atau bersukan keluar peluh. Sape ajar macam tu?? Salah tu..aku pernah check kesihatan, nasihat doktor adalah diet yang betul dan bersukan. Tak boleh pilih salah satu. Nak badan yang sihat mesti buat kedua-duanya.

Cuba korang bayangkan,

Pagi nasi lemak 1-2 bungkus + air kopi.

Lepas tu duduk atas kerusi kerja

Pukul 10 kuih 3 ketui + teh tarik

sambung atas kerusi kerja

Tengahari nasi 1-2 pinggan + ayam atau Udang atau ikan + sayur (masak berlemak dan berminyak) + air laici..

sambung kerja atas kerusi

Balik sampai rumah pukul 5..rilek jap semayang semua kemudian jogging 3 kilometer.

Semua minyak dan lemak tu dah siap bercampur dalam darah dah pun baru kita nak jogging. Sebab makanan ni ambil masa 2 jam je nak hadam dalam badan.

Diet yang baik dan sentiasa bersukan

Jadi untuk dapatkan badan yang sihat dan cergas adalah dengan ambil diet yang betul dan bersukan pada kadar sederhana. Kenapa aku kata sederhana? sebab bersukan pada kekerapan yang tinggi juga adakalanya berbahaya kepada kesihatan jantung. Jangan nak samakan korang dengan ahli sukan/atlet sukan. Atlet sukan tu bukan sekadar pemakanan terjaga malah akan sentiasa mendapat pemantauan kesihatan dari doktor. Ekau ingat Lee chong Wei tu pergi check sendiri ke kat klinik, mereka ada doktor yang memang ditugaskan untuk memeriksa kesihatan atlet dari semasa ke semasa.

diet dan bersukan

Aku ada seorang rakan meninggal kena serangan jantung ketika baru nak main badminton. Baru nak pakai kasut, tumbang. Ketika tu arwah baru usia 30 tahun, seorang yang kuat bersukan. Aktiviti harian arwah selepas je habis kerja, petang badminton malam futsal. Sangat aktif. Walaupun ajal maut itu ketentuan Allah S.W.T namun sebagai hambanya kita perlu ikhtiar untuk elakkan perkara buruk berlaku.

Tapi tak bestlah kan kalau hari-hari duk makan sayur rebus ayam rebus ikan rebus je. Rasa takda nikmat la hidup kalau duit banyak tapi makan kena sekat-sekat. Nak jugak makan kari kepala ikan, shellout, nasi beriani, ayam tandoori dan lain-lain lagi. Kita boleh sebenarnya makan benda-benda tu semua, tapi tidak boleh kerap. 2 minggu sekali kira oklah. Jangan duk belasah kari kambing hari-hari(dulu aku belasah hari-hari)

Kesihatan adalah perkara yang sangat mahal

Ya memang mahal. Jadi jagalah tubuh badan kita sementara tengah sihat ni. Jangan nanti dah sakit baru nak beringat. Jaga pemakanan, bersukan dan kawalan stress rasanya dah cukup untuk jadikan kita seorang yang sihat dan produktif. Tak perlu dah nak cari apa-apa supplement. Setengah orang ni lain macam sikit, punya duk bangga pasal supplement yang dia makan.

 

>