Zaman kanak-kanak dulu

Zaman kanak-kanak dulu

Zaman kanak-kanak dulu

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling best. Zaman di mana keinginan hanya nak main. Jarang-jarang susah hati. Jarang-jarang bermasam muka. Jarang-jarang bersedih hati. Jarang-jarang boleh duduk diam. Hati sentiasa ceria. Inilah zaman badan paling best condition. Paling teruk pun demam, itupun sesekali je. Kali ni kita bersembang pulak pasal hobi zaman kanak-kanak dulu.

 

Waktu berhobi

Masa aku kecik-kecik dulu, boleh dikatakan hobi tiada sempadan masa. Kalau tak sekolah, pagi-pagi lagi dah pergi main dengan kawan-kawan. Pukul 12 baru balik itupun dah kena jerit suruh balik makan.  Aku budak lelaki, kalau pagi-pagi tu biasanya ada beberapa aktiviti yang sesuai di buat. Antaranya lawan ikan laga, lawan spider, operasi cari spider dan pasang perangkap dalam parit untuk dapatkan ikan laga. Itu perkara yang wajib dilakukan kalau time cuti sekolah. Aku dulu mana boleh pagi-pagi duduk diam-diam je. mesti ada benda yang perlu dibuat.

zaman kanak-kanak dulu

Sebelah petang pulak lebih banyak aktiviti yang dibuat. Kebiasaanya pukul 4 dah mula dah aku keluar rumah cari kawan. Aktiviti sebelah petang terlalu banyak tetapi bukanlah semua dibuat. Bergantung pada musim juga. Kalau musim hujan maka parit akan berair, maka itu adalah musim ikan laga. Jadi semua budak lelaki akan terjun dalam parit sauk atau pasang jerat nak tangkap ikan laga. Proses nya berterusan, selepas ikan laga dapat ditangkap maka kita akan buat stok dimasukkan ke dalam botol kicap dan ditanam dalam tanah untuk temph beberapa hari. Tujuannya adalah untuk naikkan ‘taiko’ ikan laga tu. Biasanya selepasa di keluarkan dari tanah ikan laga itu berwarna lebih hitam dan kelihatan lebih garang.

zaman kanak-kanak dulu

Kalau tiba musim banyak burung kat padang, maka itu pulak adalah musim melastik burung. Maka tergantunglah lastik dileher berjalan ke pelosok kampung ikut denai-denai kebun orang dan yang pasti pokok buah-buahan mula lah berpenunggu. Masa tu lah burung banyak nak makan buah, kami bersedia di bawah dengan lastik memasing. Bila ada yang mengena, maka bersoraklah dan naiklah ranking beliau dikampung sebagai pelastik yang hebat hehehe..

Hobi outdoor

Hobi aku tak ada satu pun yang bersifat indoor, semuanya outdoor. Mungkin zaman tu kampung aku tak ada elektrik. Jadi tak semua rumah ada tv. Kalau ada rumah yang bertelevision, kebiasaanya dikuasakan oleh bateri sel basah yang guna kat kereta tu. Zaman tu mana ada tablet, hendphone, smartphone atau apa-apa gadjet elektronik. Kami pun kalau nak dengar berita hanyalah dari radio arwah ayah aku yang dikuasakan oleh 6 biji bateri 1.5v. Radio tu hanya dipasang waktu ada berita je. Tahanlah bateri tu untuk seminggu lebih.

Kelebihan hobi zaman kami dulu

Tubuh badan kami lebih cergas dan kuat. Badan kami slim tidak ada yang obesiti. Sebab sebanyak mana kami makan maka berkali ganda aktiviti kami yang boleh membakar semua lemak di badan. Selain itu, aku dulu seorang yang pemberani, pernah sekali terpijakkan ular sawa masa tengah berlari dalam hutan koko sebab kena sergah dengan babi hutan. Tapi tak pernah serik malah pergi panggil kawan ramai-ramai dengan bangga tunjuk tempat terpijak ular. Kanak-kanak zaman tu juga lebih pandai menghormati orang tua. Ibu bapa pula tidak marah andai anaknya dimarahi oleh orang lain di sebabkan kenakalan.zaman kanak-kanak dulu

Kelemahan hobi zaman dulu

Hobi kami dulu tidak banyak membantu dalam meningkatkan prestasi pelajaran. Berbanding hobi zaman kanak-kanak sekarang yang banyak berlandaskan pembelajaran mereka. Hobi menonton televisyen boleh membantu mendapatkan maklumat untuk meluaskan pengetahuan mereka. Di samping permainan di tablet yang boleh merangsang daya pemikiran untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Sekarang dah dewasa, so aku pun masih juga berhobi. Antaranya fotografi, gym untuk bersenam, pasang mokit dan main game. Ye lah, takkan aku nak terjun parit tangkap ikan laga dan melastik burung. Tak ke nampak pelik. Apapun setiap orang ada kenangan semasa kanak-kanak. Kalau lah boleh diputar waktu, teringin juga kembali sekejap ke zaman kanak-kanak dulu.

(Visited 1,032 times, 1 visits today)
  • zaman dulu best..
    walaupon kurang ilmu, tapi ada keakraban.
    sekarang ade ilmu tapi masing masing fokus pada ipad atau tab masing masing saje.
    ape pon ada prons and contra..

  • zaman dulu masih selamat. saya teringin nak bagi anak2 rasai main masa dulu. tapi isu keselamatan lebih menghantui saya sekarang.

    • ya betul tu..saya pun tak sanggup nak lepaskan anak main macam saya kecik-kecik dulu

  • zaman dahulu memang best tanpa gadget .. dulu femes games tape tuh je… lain semua main outdour punya punya… keluar pagi.. mahgrib baru nak balik… haha

  • >
    %d bloggers like this: