Wawasan 2020 – apa ceritanya?

Wawasan 2020 – apa ceritanya?

Tahun 2020 yang dijangka tahun di mana Malaysia akan bergerak masuk ke kumpulan negara maju nampaknya hanya tinggal harapan dan kenangan. Banyak perkara yang menyebabkan impian ini tidak menjadi kenyataan. Walaupun ia sebenarnya sudah pun berada di landasan yang betul. Ini yang kita selalu dengar dari mulut-mulut orang tua iaitu kita hanya mampu merancang dan berusaha namun  Allah yang tentukan pengakhirannya.

"Pembolehubah" yang menjadi punca kegagalan mencapai Wawasan 2020

Banyak sebab yang menggagalkan kejayaan wawasan 2020 yang di ideakan oleh Tun Mahathir ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri ke 4. Bagi hamba kesemua sebabnya adalah kelemahan pemimpim Malysia sendiri. Bukan salah covid 19. Wabak ini hanya merebak di Malaysia pada tahun 2020 sahaja sedangkan perjalanan mencapai wawasan 2020 bermula sejak tahun 90an lagi.

Ketiadaan pemimpin yang cekap dan bijak

Mungkin anda katakan hamba ni buta apabila menyatakan kita "miskin pemimpin yang cekap dan bijak". Tapi anda perlu menerima realiti sebenar bahawa kita kekurangan pemimpin yang idealistik selepas era kepimpinan Tun Mahathir Mohammad. Memang benar perdana menteri seterusnya seperti Tun Ahmad Badawi, Dato seri Najib Tun Razak dan terkini Tan Sri Muhyidin Yasin telah berusaha untuk membawa kemajuan kepada rakyat dan negara Malaysia. Namun mereka mempunyai banyak kelemahan sehingga terpaksa melepaskan jawatan sebagai perdana menteri. Terkini PM ke 8 juga pada pandangan hamba tidak mampu mengekalkan kuasa politik dan jawatan sebagai Perdana Menteri lebih lama memandangkan sokongan majoriti yang sangat tipis.

Tanpa mempunyai sokongan politik yang kukuh sebarang usaha untuk membawa perubahan pasti akan terganggu. Sebab itu hamba katakan ianya berbeza di era Tun Mahathir. Tun Mahathir mempunyai kekuatan politik yang sangat kukuh untuk tempoh yang lama. Kerana itu juga beliau berjaya membawa Malaysia menjadi negara yang dikenali di dunia. Tanpa gangguan dalaman, memudahkan Tun Mahathir membangunkan Malaysia dengan projek-projek mega yang mendatangkan pendapatan lumayan kepada negara. 

Isu Rasuah, salahguna kuasa, pecah amanah

Ini salah satu penyakit yang paling menyakitkan dalam negara tercinta ini. Kenapa rasuah terlalu berleluasa? bagaimana boleh begitu ramai pemimpin negara terpalit dengan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa? patutkah golongan yang diberikan amanah oleh rakyat memimpin mereka, menguruskan negara, menguruskan ekonomi, menguruskan duit rakyat sebaliknya mencuri peluang mengambil hak rakyat??

Bagaimanakah boleh terjadi dan dipandang sepi projek yang bernilai berjuta juta Ringgit Malaysia tetapi selepas siap ianya hanya umpama kos tidak lebih dari 1/4 sahaja? Kenapakah mereka ini mengambil peluang dengan mencantas peruntukan-peruntukan yang diturunkan untuk kepentingan sendiri? Bagaimanakah mungkin sesuatu projek dapat disiapkan dengan kualiti tinggi jika sebahagian peruntukannya "diagih-agihkan" sehingga kos sebenar tidak sampai suku dari kos yang dirancang????????????????????????????????? Jika mentaliti dikalangan pemimpin politik masih lagi berfikir tentang berebut projek, maka rakyat Malaysia boleh lupakan apa-apa sahaja wawasan yang ingin dicapai. 

Mentality racist dikalangan rakyat

Racist juga merupakan satu lagi masalah yang menghantui pemikiran rakyat Malaysia. Penduduk asal atau peribumi di Malaysia adalah Melayu, orang asli, peribumi sabah dan Sarawak tanpa mengira agama. Manakala selain itu adalah kumpulan penduduk yang berhijrah datang ke Malaysia samaada sebelum atau selepas merdeka. Mereka ini terdiri dari kaum Cina dan India.  

Satu kontrak sosial telah dipersetujui oleh pemimpin utama dari Parti Umno MCA dan MIC ketika Persekutuan Tanah Melayu  diwujudkan. Setiap kaum ada hak masing-masing dan hak-hak ini tidak boleh dipersoal. Apabila persetujuan ini dicapai maka barulah bangsa Cina dan India mendapat hak kerakyatan. Namun berbeza kini apabila hak-hak ini semakin terhakis dan dipersoalkan oleh kaum-kaum yang baru datang ke Tanah Melayu. Akibatnya terjadi  peristiwa  13 Mei 1969 menyebabkan rusuhan kaum berlaku serta perintah darurat. Beribu-ribu nyawa terkorban. Walaupun pun rusuhan itu telah berlaku lebih dari 50 tahun namun syak wasangka masih menebal malah semakin memburuk akhir-akhir ini. Salah satunya membawa kepada "rusuhan" kecil kes low yat apabila berlaku pergaduhan antara kaum Melayu dengan kaum Cina. Tahun 2019 pula hampir berlaku rusuhan orang Melayu terhadap kaum India akibat pembunuhan seorang anggota bomba berbangsa Melayu. Kita bernasib baik kaum Melayu ketika itu "lemah" kedudukan politiknya akibat ketiadaan parti Melayu yang dominan(UMNO kalah PRU 14) sehingga tidak ada berlaku mana-mana seruan berbahaya dibuat. Jika tidak mungkin kita akan menyaksikan satu rusuhan besar yang lebih berbahaya.

Jadi...adakah negara Malaysia ini boleh maju jika rakyatnya masih berfikiran seperti itu?? Amat mustahil.

Kesimpulan

Amat sukar untuk mengatasi 3 perkara diatas dalam jangka masa singkat. Perlukan masa untuk memiliki pemimpin yang bijak, berkarisma disamping berani dan tegas. Sangat sukar untuk mengatasi isu rasuah dan ketirisan yang dilakukan dikalangan pemimpin. Perlu satu mekanisme yang berkesan bagi mengatasi perilaku hina seperti itu. Tempoh masa dan tindakan yang bijak diperlukan untuk atasi racist dikalangan rakyat malah pemimpin juga. Mungkin satu akta dibawah kanun keseksaan diperlukan bagi sesiapa yang bertindak secara pertuturan ataupun perbuatan yang mempersoalkan hak-hak rakyat dan undang-undang negara.

(Visited 405 times, 1 visits today)
  • masih tak nampak kereta terbang.

    dron je yang banyak terbang sekarang.

  • >
    %d bloggers like this: