Upgrade RAM atau HDD ke SSD
Kali ni teman nak bincangkan pulak sama ada nak upgrade ram atau ssd dulu. Sebelum ni kalau anda perasan teman ada buat satu post berkaitan dengan ssd kalau tak baca boleh baca kat link ni perbezaan antara hdd, ssd dan nvme ssd. So post kali ni nak bantu anda yang tak tahu lagi buat untuk upgrade laptop.
Sebab ramai orang terutama orang perempuan asal bila laptop dia slow je dia akan pikir 2 benda.
Pertama dia akan kata ada virus.
Kedua dia kata nak lajukan kena tambah ram.
Biasa-biasa yang teman dengar 2 benda inilah pendapat yang biasa keluar dari mulut pengguna laptop atau pc.
Sebelum tu...
akhirnya JDT memenangi Piala Malaysia 2019 dengan jaringan 3 - 0 lebih 1 gol dari jangkaan teman. Emmm...banyak budak-budak yang kecewa sampai ada yang menghempas baju dan menangis. Alahai dik...bola je pun. Bukanya boleh membahagiakan kita. Tapi semangat tu ada huhu.
Apa itu RAM
Ok...sebelum teman nak bagitau mana yang lebih bagus untuk diupgrade samaada ram atau ssd, meh teman terangkan dulu apa itu ram dan fungsinya.
RAM ni singkatan dari Random Access Memory. Benda alah ni berfungsi untuk simpan data dalam pc tetapi hanya semntara je. Dia tak sama dengan hdd atau ssd dari aspek penyimpanan data. kalau hdd dan ssd storage jenis kekal. Ram berbentuk sekeping alat elektronik seperti papan kecik macam gambar kat bawah.
RAM dipasang pada slot yang ada kat motherboard. Ada motherboard yang ada 2 slot untuk ram dan ada yang 4 slot. So bergantung kepada kita lah nak pakai berapa keping ram. Kalau nak pasang 4 keping ram maka kenalah cari dan beli motherboard yang ada 4 slot. Dan kena juga pastikan penggunaan ram kapasiti saiz dan clock yang sama. Kalau tak sama maka korang rugilah sebab dia akan guna mana-mana satu yang lebih rendah.
Ram pula ada beberapa jenis. Sekarang biasa kita guna adalah dari jenis DDR. Ddr ni advance dari SDRAM. DDR ni singkatan dari Double Rate Random Access Memory. SDRAm pula jenis yang lebih lama iaitu Static Random Acces Memory.
Dulu masa belajar kat U ada pc yang guna sdram ni. Tapi ketika tu dikira hebat lah sebelum kemunculan DDR ram. Dan sekarang ni DDR dah berada dalam generasi yang ke-4. Biasa singkatan kita akan sebut DDR4. Rasanya ada lagi jenis ram yang lain. Tapi 2 ram ni jelah yang popular digunakan oleh rakyat marhein.
Nak upgrade ram atau ssd
Eh banyak pulak aku cerita tentang ram. So berbalik kepada tajuk post ni...
nak upgrade ram ke atau hdd ke ssd..
emmmm...ok begini ia bergantung kepada tujuan utama kegunaan kita. kalau korang ni kerja-kerja pejabat ke...cikgu ke...pengurus projek ke..yang banyak buat kerja guna office atau banyak buat kerja-kerja perkeranian..jika budget hanya boleh upgrade satu..maka pilihan korang mestilah upgrade ke ssd.
Sebab pertama ssd akan cepat untuk boot window.
Then untuk buka apa-apa software ia akan lebih cepat.
RAM tidak mempengaruhi kecepatan untuk boot atau buka apa-apa aplikasi. Bukanlah nak kata tak ada langsung, tetapi ssd lebih baik.
bila pulak nak upgrade ram??
ok kalau korang ni designer ke, banyak buat editing atau nak rendering maka upgrade ram memang keutamaan.
Sebab kerja-kerja render ni dia pelukan saiz penyimpanan sementara tu besar. Apa yang teman tau dari seorang rakan yang merupakan freelancer, pc yang dia guna untuk rendering pakai 32gb ram dan masih gunakan hdd biasa je.
So untuk korang yang lebih banyak kerja menaip, edit gambar sikit-sikit, layan social media adalah lebih baik hanya upgrade hdd ke ssd dulu berbanding ram. Tapi kalau korang banyak duit tak payah upgrade 2-2 tu, korang upgrade terus sebijik pc atau laptop tu.
Gambar sebelah ni macbook teman yang teman baru je upgrade hdd ke ssd.
Mula-mula teman nak upgrade ram sebab ramnya cuma 4gb je. Tapi disebabkan teman ada sebiji ssd lebih yang masih melekat kat pc untuk second storage. So teman try guna. Mula-mula klon dulu kemudian pasang dan berjaya. Alhamdulillah..nasib baik teman tak upgrade ram. So memang teman rasa jauh lebih baik kelajuanya berbanding sebelum ini. Dan...teman tak sangka macbook pro apple pakai hdd Hitachi rupanya...
So nasihat teman kalau korang di sana rasa pc/laptop tu slow dan dah kepingin nak upgrade boleh la consider 2 benda tersebut. Kalau ada lebih budget upgrade 2-2. Tapi kalau satu je lebih baik pilih untuk upgrade ssd je dulu. Insyaallah dijamin puas hati huhuhu...
inilah kalau pakar berbicara.
memang best untuk dibaca.
saya mampu tukar SSD je berdasarkan keperluan.
lagipun kelajuan untuk online sudah memadai selain kerja-kerja menulis blog guna Word..
game teman tak reti la pulak hehehehe
tidak lah bro. test2 je alhamdulillah berjaya. sebab sebelum ni cari kat google cara nak buat. mula2 tak berani gak nak buat.