Images

Tempat menarik di malaysia untuk honeymoon 2018

Tempat menarik di malaysia untuk honeymoon 2018

​Tempat menarik untuk honeymoon malaysia

Kita sangat beruntung kerana lahir di sebuah negara yang penuh dengan keindahan alam. Kali ni olaoli akan share 4 ​​tempat menarik untuk honeymoon malaysia yang kami pernah pergi.

Malaysia merupakah sebuah negara yang terletak di garisan khatulistiwa yang kaya dengan tempat-tempat menarik.

Tak perlu pergi ke luar negara, lihat saja landskap yang ada di Malaysia seperti di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak. Negeri-negeri ni mempunyai tempat yang menjadi tumpuan pelancong.

Orang yang dah kawin mesti pernah pergi honeymoon. Mungkin dah berkali-kali...macam aku hehe.. Kenapa kita nak pergi honeymoon? sebab ini adalah masa kita nak bercinta, berjiwang, berpanas-panas dengan pasangan secara berlebihan haha.. walaupun kita dah kawin, pastikan dapat sekurang-kurangnya sekali setahun untuk berhoneymoon.​

Pulau Langkawi

Ok..inilah tempat aku dan isteri berhoneymoon dulu. Macam semua orang tau, langkawi ni bebas cukai so banyak barang-barang yang harganya jauh lebih murah dari tanah besar. Langkawi ni habaq hang, antara tempat pelancongan yang paling ramai pengunjung di Malaysia setakat yang aku tau. 

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

Secara jujurnya kos ke Langkawi adalah paling murah berbanding tempat lain yang aku dah pergi. Penginapan, pengangkutan, makanan rasanya lebih murah dari Pulau Redang, Pulau Pangkor dan Tioman. Pemandangan landskap Langkawi pada pandangan aku adalah sederhana. Namun ia masih antara tercantik dan menarik di Malaysia. Itu sebab aku syorkan pada sesiapa yang nak berhoneymoon tapi belum pernah ke Langkawi silalah ambil kesempatan untuk ke sana time cuti nanti. Sebab Langkawi adalah salah satu tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon dengan kos yang diperlukan adalah paling rendah.

Pulau Redang

Pulau Redang ni bagi yang taktau ianya terletak di tengah laut di Negeri Terengganu. Pulau Redang ni tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon kedua aku pergi. Masa ni kembar aku dah berumur 2 tahun. Tinggal kejap kat Opah dan Mak sedaranya dan kami ambik kesempatan pergi honeymoon. Kami pergi ke Pulau Redang ni guna package honeymoon sekitar RM800 untuk satu pasangan

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

Perjalanan ke Pulau Redang dari Jeti di Kuala Terengganu ambil masa yang agak lama iaitu sekitar 2 jam. Memang agak teruk jugak aku dan isteri mengalami mabuk laut. Tak pernah kami naik feri begitu lama. Ombak terlalu kuat hinggakan feri yang begitu besar bagai dilambung-lambung. Masa tu terasa ngeri bila lihat ombak tengah laut. First time tu..

Kos untuk berada di Pulau Redang agak besar. Package yang kami ambil dah cover hotel, makan pagi petang dan malam dan pengangkutan feri. Tapi bila kami nak beli apa-apa makanan atau barangan lain ia lebih mahal dari Pulau Langkawi dan Tanah besar. Pemandangan di Pulau Redang memang cantik dan menarik. Time kami pergi tu seperti 80-90% pelancong yang kami jumpa adalah warga negara asing yang kebanyakannya dari Cina, Jepun dan Korea.

Pulau Pangkor

Pulau Pangkor ni dah berkali-kali aku pergi sebab dekat dengan kampung. Tapi isteri tak pernah pergi lagi so bawak lah dia pergi honeymoon ke sana. Pulau Pangkor ni merupakan honeymoon ketiga aku. Padahal taklah jauh dari area kampung sendiri. Pulau Pangkor antara tempat pelancongan yang mempunyai nilai sejarahnya sendiri sama seperti Pulau Langkawi. Di Pangkor ini menjadi saksi perjanjian Pangkor antara British dengan Sultan Perak ketika itu.

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

Kat situ juga pernah berdirinya kubu pertahanan Belanda yang kemudiannya dimusnahkan oleh serangan orang Perak. Kesan tinggalan kubu Belanda tu masih boleh dilihat hingga sekarang kerana ia menjadi tempat tumpuan pelancong di sana.

Ada beberapa pantai di Pangkor yang menjadi pilihan seperti Pantai kampung Nipah, Bogak, Teluk Dalam dan beberapa lagi yang lain. Kami pilih untuk menginap di Pantai Teluk Nipah. Chaletnya betul2 atas pantai. Malam-malam syok dengar deruan ombak. Feel asmara datang  melampau-lampau ketika tu haha.. Bagi orang Perak yang nak berhoneymoon, tak payah pegi jauh-jauh dulu. Silalah pergi ke Pangkor dulu sebab... huih lain macam 'feelnye'. Hehe recommended untuk tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon.

Tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon

Ranau/Kudasang

Kali ni kita ke Sabah pulak. Kalau korang nak tau di Malaysia ni tempat paling sejuk adalah di Ranau. Cameroon Highland pun kalah. Kalau 3 sebelum ni aku berhoneymoon di pulau-pulau, maka yang keempat dan terakhir ni aku dan isteri meluangkan masa berbulan madu di Kundasang. Pemandangan Kundasang memang sangat tenang dan tenteram. Melihat kehijauan alam di pergunungan yang tertinggi di Asia Tenggara. Kundasang/Ranau merupakan antara tempat menarik di Malaysia untuk berhoneymoon dan menjadi pilihan utama mana-mana pasangan. Ramai juga orang semenanjung yang kesana untuk berbulan madu.

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

Masa kami kesana kebetulan kena musim hujan. Punyalah sejuk, sampai bernafas pun keluar wap. Nak mandi rasa tak sanggup. Banyak tempat yang kami pergi seperti Memorial perang dunia ke dua, perkampungan ladang arnab dan poring untuk mandi air panas. Dan banyak sayur yang kami beli di kedai-kedai tepi jalan. Malam tu kami pinjam portable kitchen dari chalet dan masak makan sayur. Chalet yang kami tu ada anjung. So malam-malam berdua makan sayur dengan penuh romantiknya huhu.

​Kesimpulan dari tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon

​Itulah 4 tempat yang aku pernah berhoneymoon. Ada juga tempat lain tapi tak semenarik yang 4 ni. Jangan korang tertanya-tanya tentang anak-anak aku dimana ketika kami honeymoon. Aku tinggalkan dengan adik dan sekali dengan orang gaji. Setahun bekerja kena jugak sekali bersama-sama beromantika. 

Jadi korang tak payah la cari tempat luar negara untuk honeymoon. Jalan-jalan dulu kasi habis area Malaysia. Aku rasa kalau setahun sekali macam tak habis tempat jugak tempat-tempat menarik kat Malaysia ni kta pusing. Ehh...lupa pulak fakta penting. Aku tak pernah berhoneymoon ke luar negara pasal aku tak cukup duit huhu..

olaoli

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam setanding dengan mana-mana negara lain di dunia. Jadi sebagai rakyat negara yang bertuah ni hargai dan nikmatilah anugerah Allah Taala atas segala anugerahnya. Sentiasa bersyukur dan bersama-sama menjaga pemberian ini.

Tempat menarik di Teluk Intan

Tempat menarik di Teluk Intan

Salam semue. ​Kali teman nak menulis tentang asal usul teman. Pelik tak sebab ape ganti name diri kali ni teman? Ini la ceritenye...teman nak mengisahkan yang teman ni orang Perak Darul Ridzuan. Ye teman ni berasal dari Teluk Intan. Tau ke Teluk Intan kat mane? Teluk intan ni berada dalam daerah hilir perak dan antara paling selatan. Nak pergi Sabak Bernam dari Teluk Intan ni dalam 40 minit aje.

Se​belum tu teman kena kenalkan keturunan teman ni dulu cewah. Teman adalah campuran orang Melayu, Acheh dan Minangkabau. Mak teman original melayu tanpa sebarang kawin campur setakat yang diketahui le. Arwah ayah teman campuran minang dan Acheh. Minang sebelah bapanye dan Acheh sebelah maknye. Tapi dalam diri arwah ayah teman pengaruh minangkabau lebih kuat. Adat perpatih masih diamalkan termasuklah pemberian harta.

​Daerah Teluk Intan

Walaupun teman mengatakan teman ni asal Teluk Intan tetapi parlimen teman adalah Pasir Salak dan Dun Kampung Gajah. Kalau dibandingkan jarak antare pekan kampung Gajah dengan pekan Teluk Intan ke kampung teman ni, Teluk Intan lebih dekat.

sejarah teluk intan

Sebab itu teman katekan teman ni orag teluk intan dan bukan kampung gajah. Ate kome paham ke teman cerite ni. Kalau tak paham tak ngape, bace je sampai habih. Kampung teman pulak berade dikawasan mukim Teluk Bharu 8 kilometer selepas jambatan Sultan Yusof menghale ke Setiawan.

Kat Teluk Intan ni YB nya sentiasa bertukor-tukor. Kadang MCA dan kadang DAP. Tapi yang benornye bandor Teluk Intan semakin maju dan sangat berbeze kalau dibandingkan dengan 20 tahun yang lepas. Teman tengok mane-mane parti yang berkuasa di Teluk Intan semua berikan fokus yang bagus untuk membangunkan bandor ni.

​Sejarah Telu​k Intan

Sejarah name Teluk Intan ni bermule bila diterokai oleh seorang jande yang bername Mak Intan. Kemudian ramai orang datang bersame menerokai Teluk Intan seperti orang jawe, orang banjar, orang melayu dan suku-suku lain yang kebanyakanya dari tanah Sumatera. Sehinggalah tempat itu di kenali Pekan Teluk Mak Intan. Tapi bila datang orang british ke sini nam​e Teluk Mak Intan telah ditukor namenye kepada Teluk Anson sempene dengan name Gabenor british ketika itu. Kemudian pada tahun 1982 iaitu tahun kelahiran teman, nama bandor tu ditukar semule kepade Teluk Intan.

​Daya tarikan Teluk Intan

Kat Teluk Intan ni yang menjadi ingatan orang adalah bile dikaitkan dengan menare jam senget. Mike ingat Menara Pisa je senget, kat Teluk Intan pun ade menare senget. Asalnya menare tu dibina selain untuk waktu juga sebagai tangki simpanan ayor untuk bekalkan air ke pekan Teluk Intan. Dulu kat menare tu ade pasar ikan, sekarang dah jadi dataran. Kat dataran tu macam-macam aktiviti dijalankan dan sentiasa meriah. Dulu kat Teluk Intan tak ramai orang, sekarang berkali ganda sibuknya.

menara senget teluk intan
menara senget teluk intan

​Batu hidup Teluk Intan

Selain menare senget, kat Teluk Intan ade satu batu hidup. Dikatekan batu tu semakin membesor dari sehari ke sehari. Tapi tak pasti le sekarang ni ada lagi ke idok. Last teman tengok saiznya sebesar kereta kancil. Kedudukan batu tu dekat simpang empat sebelum masuk ke pekan Teluk Intan. Menurut cerite arwah opah teman dulu, masa dia kecik batu tu saiznya dalam setengah saiz yang sekarang. Batu tu di letak kat situ oleh British untuk memperingati tentera british yang terkorban di era perang Dunia pertame.

​Istana Raja Muda di Teluk Intan

Kat Teluk Intan ada satu Istane terbiar bersemak dan rosak tidak dijage dan diperbaiki. Turun temurun mane-mane Raja Muda Perak akan bersemayam di Istana ini. Kali terakhir adalah sehingge tahun 1987 apabila Raja Muda Perak ketika itu meninggal. Raja Muda Perak

sejarah teluk intan

​berikutnya iaitu Raja Nazrin(sekarang Sultan Nazrin Sultan Perak) tidak lagi bersemayam di istana tersebut. Sejak itu Istana ini ditinggalkan terbiar tanpe ade sebarang usaha untuk menjagenye.

​Restoren Nasi Lambai​

Satu lagi yang bersejarah di Teluk Intan ini adalah sebuah restoren yang survive berdekad-dekad iaitu Nasi lambai-lambai. Kenape di panggil nasi lambai-lambai? Mengikut kate arwah opah teman, kedudukan restoren lambai-lambai ni betui-betui berade di tebing Sungai Perak dan jeti utame Teluk Intan. Kalau kome nak tau, medium pengangkutan utame rakyat hilir perak dahulu kale untuk ke Teluk Intan adalah berperahu dan bersampan.

Tempat untuk 'parking' perahu dan sampan adalah di jeti Teluk Intan. Jadi bila orang naik dari sampan ke jeti untuk pergi ke pekan, mamak Restoren Nasi Lambai-lambai akan melambai memanggil orang ramai untuk makan kat situ. Dari situlah dikatakan ia mendapat nama Lambai-lambai. Arwah opah teman elok je kenal dunia dia dah tau dah Restoren tu. Arwah opah lahir tahun 1930. Maknanya restoren nasi lambai-lambai dah berusia hampir 90 tahun.

nasi lambai lambai
nasi lambai lambai

Sejarah Hitam Teluk Intan

Bandor ini juga pernah menjadi saksi pertempuran di beberapa zaman. Antara yang penting adalah pertempuran antare tentera British menentang tentera jepun. Seterusnya menjadi saksi kepada pertempuran maut antara kaum ketika Komunis memerintah 14 hari. Di sungai Perak di daerah Teluk Intan juge menyimpan sejarah pembunuhan antara kaum melayu, banjar, jawa dengan kaum cina. Sehingga wujud satu kampung Cina di hujung Teluk Intan selepas kaum cina ketika itu berkumpul selepas tak ade lagi tempat untuk lari.

Di Teluk Intan ini masih lagi ada sikap tidak mempercayai antar​e kaum sehingga kini. Terutama di beberapa kawasan yang menjadi medan pertempuran seperti kampung banjar. Namun kini teman lihat ia tidak lah sepanas dulu lagi. Antara kaum sudah mula boleh bertolak ansur asalkan patuh dan setia kepada kontrak sosial yang telah dimeterai 70 tahun dahulu.

​Itulah sedikit sebanyak tempat asal-usul teman dari lahir dan membesor. Tapi teman dah dekat 12 tahun merantau jauh dari tempat kelahiran teman ni. Insyaallah satu hari nanti bila dah lama merantau balik le teman ke daerah teman tu semule.

olaoli

Asal usul teman adalah dari Teluk Intan. Sebuah bandar kecil tetapi sekarang ni semakin maju berbanding pekan-pekan lain dikawasan Hilir Perak. Teman ni taklah pekat sangat loghat Peraknye mungkin sebab teman ni dari habis je SPM tak duduk Perak dah

Bisnes dari rumah yang menguntungkan

Bisnes dari rumah yang menguntungkan

​Bisnes dari rumah yang menguntungkan

Banyak perniagaan dari rumah yang menguntungkan untuk anda yang boleh di lakukan. Tidak perlu ofis, tidak perlu pening mengikut kehendak majikan.

Dunia sekarang sangat berbeza dari dulu. Jika dahulu kalau tidak keluar bekerja alamatnya dapur tak berasap, satu keluarga kebulur tak makan. Namun hari ini dah berbeza kerana duduk di rumah tak keluar pun tetap boleh mencari rezeki untuk keluarga.

Malah adakalanya pendapatan mereka yang bekerja dari rumah jauh lebih besar dari orang yang bekerja dan bekerjaya. Artikel ini akan berkongsi jenis-jenis perniagaan dari rumah yang menguntungkan sesuai untuk suri-suri rumah ataupun sesiapa sahaja. Ada juga idea ini yang berkaitan dengan perniagaan internet sama seperti post Idea Perniagaan Internet.

Selalu dengar keluhan seperti ini:

  • "aku menganggur, susah nak cari kerja zaman ni".
  • "manalah nak cari duit ni kerja pun gaji berapa sen"
  • "tak kawinla aku sampai tua..susah nak cari duit. ni semua salah kerajaan!!"
  • "tertutuplah impian aku nak kawin lagi..duit punya pasal la ni"
​Rezeki Allah ada di mana-mana, asalkan kita berusaha

Bisnes makanan dari rumah yang menguntungkan

​Jika anda pandai masak..inilah masanya ​memulakan bisnes yang menguntungkan. Apa yang perlu dilakukan adalah mendapatkan order terlebih dahulu dan kemudian membuat penghantaran. Sekarang delivery makanan ke rumah atau ke tempat kerja sudah jadi perkara biasa dan memang mendapat permintaan yang menggalakkan.

perniagaan dari rumah yang menguntungkan

Isteri selalu order makanan diminta hantar kerumah terutama tengahari sebab nak balik masak untuk anak-anak tak sempat.

Perniagaan delivery makanan ni bukan sahaja hantar makanan ke rumah malah ke pejabat, ke kilang dan ke mana-mana sahaja. Tetapi anda perlu bijak untuk meletakkan cas delivery terutama jika jarak yang agak jauh.

Kalau dulu istilah delivery makanan ni yang kita bisa dengar adalah service dari Mcdonald dan pizza hut. Tetapi sekarang rasanya delivery oleh peniaga biasa lebih banyak dari pizza hut kot. So jangan lepas kan peluang ini jika anda memang mempunyai skill dan resepi yang sedap. Yang penting jangan takut mencuba.

Bisnes ayam kampong

Bisnes ayam kampong ni kalau orang tak tahu memang akan cakap leceh dan tidak menguntungkan. Tapi bagi orang yang tahu macam aku bisnes ayam kampong sangat menguntungkan.

Masa kecil-kecil dulu memang inilah antara ekonomi keluarga kami. Ayam kampong setahun dah boleh dijual. Berbeza dengan ayam daging, ternak ayam kampong kosnya rendah. Makanan tak perlu disediakan…paham-paham lah ayam kampong macam mana. Tak payah nak pasang lampu tidur. Cuma perlu sediakan reban je supaya dia tak terbang dan tidur kat tangga rumah.

perniagaan dari rumah yang menguntungkan
perniagaan dari rumah yang menguntungkan

Kebiasaanya pembeli akan minta kita sembelih dan bersihkan sekali bulu semua. Yang ini perlu pengetahuan tapi kalau tak boleh beritahu je pada pembeli supaya dia buat sendiri. Kalau kita dapat sediakan semua tu biasanya harga yang dibayar lebih tinggi. ​

Permintaan dari orang cina sangat tinggi untuk ayam kampung. Orang cina ni memang suka makan ayam kampong. Masa kami sekeluarga bela ayam kampong kebanyakan pembeli adalah orang cina. Tambahan kalau nak dekat tahun baru cina, boleh kosong reban dibuatnya. Idea bisnes ayam kampong ni hanya orang kampong je boleh buat. Kalau anda duduk kat kawasan perumahan jangan dibuat nanti mengamuk jiran tetangga.

Bisnes potong rumput

Seterusnya jika anda ada sebuah mesin rumput maka inilah masanya untuk ambil upah kerja potong rumput. Aku letak bisnes potong rumput ni dalam perniagaan dari rumah yang menguntungkan sebab kerja ni memang boleh dapatkan hasil yang besar. Dengan kadar upah RM30 untuk sebuah rumah dan purata 3 buah rumah sehari dijangka hasil adalah antara RM2k ke 3k sebulan. Cari upah potong rumput bukan bermakna kita perlu berjalan-jalan seharian dari rumah ke rumah.

Apa yang perlu dilakukan untuk mencari upah adalah dengan promosi di internet samaada di FB, group whatsapp/telegram, blog jika ada, mudah.my dan lain-lain lagi. Jangan sesekali terlupa untuk memberikan no telefon anda kepada setiap customer kerana kemungkinan mereka mendapatkan khidmat anda adalah tinggi. Kalau rumput panjang aku akan cari tukang potong rumput melalui page atau group FB aduan rakyat setempat.

Facebook page aduan rakyat asalnya dicipta untuk memudahkan penduduk membuat laporan supaya YB atau pihak berkuasa akan dapat ambil tindakan, tetapi kini page aduan rakyat banyak digunakan sebagai medium pemasaran.

Bagi aku ia bukan masalah kerana dengan jumlah follower berjumlah sehingga berpuluh ribu memang ada permintaan terhadap sesuatu services atau produk. Pakcik yang selalu datang rumah potong rumput umurnya dah menjangkau 60an, orang kampong tapi ada jugak akaun facebook. Katanya facebook anak. Sehari pakcik tu boleh dapat antara purata 2-4 buah rumah dengan bayaran antara 30-50 mengikut jenis/saiz halaman rumah.

Ambil upah welding

Ini berdasarkan kerja yang dibuat oleh adik ipar. Bagaimanapun kerja welding ini perlu kepakaran penggunaan mesin dan cara mematri. Adik ipar aku belajar mematri di Giat Mara dan alhamdulillah memang boleh dikatakan satu perniagaan dari rumah yang menguntungkan. Sentiasa akan ada orang  yang datang hantar barangan untuk dipatri. Antaranya yang aku  pernah lihat seperti wheelbarrow, buaian, cangkul, sabit sawit, exzos motor, grill rumah dan tempat letak bunga.

Bagi aku ia bukan masalah kerana dengan jumlah follower berjumlah sehingga berpuluh ribu memang ada permintaan terhadap sesuatu services atau produk.

Jika anda ada kepakaran ini mematri, ianya hanya perlukan kos antara RM400-700 untuk membeli welder machine. Ini jenis portable mudah diangkat ubah dan kadang-kadang boleh dibawa kerumah orang untuk welding. Eh kalau ada yang tak tau welding tu ape boleh rujuk artikel disini.

perniagaan dari rumah yang menguntungkan

Dropshipper

Rasanya semua orang tahu apa itu dropship. Dropship merupakan satu peluang menjana duit tanpa perlu mencari atau menghasilkan produk sendiri. Dropship ni merupakan salah satu bisnes online. Ambil produk orang yang dilihat mempunyai permintaan tinggi dan kita promote. Letakkan harga lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan.

Apabila dapat order, hubungi pengeluar produk dan minta hantar produk berkenaan ke alamat pembeli tanpa pembeli tahu yang kita bukanlah owner produk tersebut.

Aku memang suka dengan dropship ni. Dahulu aktif di ebay menjual produk dropship dari china seperti aliexpress dan artsnow. Cuma jika jual di ebay kita akan dikenakan kos listing item. Tetapi ia tetap menguntung dan menyibukkan..hehe

Freelancer

Freelancer adalah satu lagi perniagaan dari rumah yang menguntungkan kerana biasanya pulangan yang diterima untuk setiap job adalah besar. Blog olaoli ini pernah dapat 4 job(tak banyak pun) untuk menghasilkan artikel berbentuk cerita pengalaman yang di bayar antara RM200 ke RM450 untuk 500-1000 patah perkataan.

Freelancer buka tertumpu hanya kepada penulisan sahaja, banyak lagi skill yang boleh dipasarkan seperti logo designer, blog comment, seo dan promosi. Untuk jadi seorang freelancer anda perlu promosi diri anda di banyak tempat seperti forum, media social, facebook dan yang pasti anda juga perlu mempunyai blog untuk memaparkan kerja anda.

Freelancer bukan sahaja berkaitan dengan bisnes online. Ada juga freelancer kerja-kerja lain seperti fotografer yang selalu dapat permintaan dari orang ramai.

Blogging

Dalam banyak-banyak teknik buat duit secara online, blogging mungkin antara teknik paling tua. Blogging ni anda perlu ada pc/laptop dan talian internet. Sediakan posting dari semasa ke semasa. Pastikan gaya penulisan anda semakin baik dan belajar menguasai ilmu seo.

Walaupun blog diketahui pada asalnya lebih kepada perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman, tetapi kini ramai blogger yang berjaya menjana pendapatan dari blog mereka. Kebanyakannya adalah hasil dari pengiklanan yang dilakukan di blog masing-masing. ​

Bagi aku ia bukan masalah kerana dengan jumlah follower berjumlah sehingga berpuluh ribu memang ada permintaan terhadap sesuatu services atau produk.

Apabila sudah ada ramai pelawat maka anda sudah boleh mula menjadi seorang internet marketer untuk produk-produk affiliate. Sediakan review mana-mana produk affiliate yang ada permintaan.

​Jangan lupa untuk mohon akaun google adsense atau nuffnang atau innity. Google adsense misalnya setiap kali pelawat klik mana-mana iklan adsense di blog tersebut, anda akan mendapat komisyen.

​Kesimpulan perniagaan menguntungkan dari rumah

Kesimpulanya adalah tidak relevan untuk menyatakan yang duit hanya boleh dapat melalui kerja hakiki. Kenyataan tu dah tak relevan lagi dengan dunia sekarang. ​Dengan arus kemodenan dari segala segi dan pertambahan jumlah penduduk serta peningkatan taraf hidup, peluang mencari dan menjana pendapatan ada di mana-mana.

Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup inikan manusia yang diberi akal untuk berfikir.​ Yang penting dalam mencari rezeki adalah kesungguhan dan keihklasan​ untuk mendapatkan keberkatan. Sentiasa bersabar dan bersyukur terhadap apa yang diberi oleh Allah Taala. Kalau tidak semakin hari rezeki akan jadi semakin sempit.



​Admin share tentang beberapa perniagaan dari rumah yang menguntungkan sebab ada beberapa emel yang admin terima meminta pendapat apakah bisnes yang mereka boleh buat kerana masih menganggur di rumah. Jadi artikel ini dikongsikan untuk membantu mereka yang tidak berkerja atau masih mencari kerja.

Lebih baik beli atau sewa rumah

Lebih baik beli atau sewa rumah

​Blog ini pernah berkongsi satu artikel iaitu beli kereta baru atau terpakai. Kali ni nak share pula pendapat dan pandangan aku tentang yang mana lebih baik beli atau sewa rumah. Kebanyakan kita tahu semakin hari harga rumah semakin mahal. Semakin dekat lokasinya dengan kawasan yang sibuk dan maju maka semakin tinggilah harga rumah tersebut.

Atas sebab itu ramai orang yang terkejar-kejar dan berlumba membeli rumah untuk pelbagai tujuan samaada untuk tinggal sendiri atau untuk di sewakan. Di kawasan yang maju seperti lembah Klang agak sukar untuk mendapatkan rumah dengan harga yang murah. Tidak semua orang berkemampuan untuk membeli rumah, pilihan yang ada adalah mencari rumah untuk di sewa. Sungguhpun begitu bukanlah semestinya tindakan membeli rumah adalah satu tindakan yang bijak dan bukan pula bermakna menyewa adalah satu kesilapan.


Kelebihan beli rumah

Ada beberapa kelebihan beli rumah jika dibandingkan dengan menyewa. Jika kita memiliki sebuah rumah maka ianya adalah hak kita sepenuhnya.


lebih baik beli atau sewa rumah

Macam-macam perkara boleh dibuat.

Kita boleh tukar cat, paku sana sini, boleh renovate dan macam-macam lagi. Pendek kata rumah aku sukahati akulah!

Selain tu kita tak hadapi kenaikan kos bulanan. Kalau beli rumah ni ansuran bulanan biasanya adalah tetap selama mana perjanjian. Jika perjanjian RM1000 sebulan selama 30 tahun maka nilai RM1000 lah yang perlu dibayar sampai 30 tahun. Kalau ada kenaikan pun disebabkan kadar BLR yang berubah dan ianya jarang berlaku.

Kelebihan lain rumah yang kita beli tu juga boleh disewakan. Ada orang yang beli rumah memang tujuan untuk di sewakan macam aku. Setiap bulanan hasil sewa yang diterima mencukupi untuk membayar ansuran bulanan dan maintenance kos. Maknanya penyewa yang bayarkan ansuran bulanan bukan kita.


Keburukan beli rumah

​Kalau ada kelebihan, pasti ada keburukan dan kelemahan. Begitu jua dengan membeli rumah, ada beberapa keburukan yang ada antaranya aku alami sendiri.

lebih baik beli atau sewa rumah

Pertama misalnya adalah kos downpayment atau deposit. Beli guna loan kerajaan memang tanpa deposit. Tapi jika kita beli guna pinjaman dari bank deposit diperlukan dan kebiasaanya adalah 10% dari harga jualan.

Katakanlah sebuah unit semi D beharga RM 320k, maka deposit yang diperlukan adalah RM 32k. Bukan sikit nak kumpul duit sampai banyak tu. Jadi kita terpaksalah membuat simpanan yang banyak dari gaji bulanan. Namun ada beberapa kaedah lain untuk mendapatkan deposit salah satunya adalah membuat personal loan untuk deposit. Ramai orang buat begitu tetapi aku tak galakkan sebab nanti hutang korang akan bertambah. namun tidak dinafikan ianya adalah cara yang lebih pantas untuk dapatkan deposit..

Keburukan lain ialah penyenggaraan jika berlaku kerosakan rumah. Biasanya dialami oleh mereka yang menyewakan rumah kepada orang. Seperti yang aku lalui selepas penyewa keluar memang banyak kerosakan berlaku. Pernah sekali deposit pun tak boleh cover kos pembaikan. Kalau sewakan rumah fully furnish lagilah banyak masalah jika berlaku kerosakan pada aircond, tv, mesin basuh atau peti ais.

Satu lagi ialah masalah ketika hendak menjual rumah. bagi aku rumah bukanlah satu pelaburan yang kecairanya tinggi. Nak jual rumah atau aset seperti itu memakan masa yang lama. Mungkin berbulan-bulan. Belum lagi kos yuran yang tak silap antara 4%-6%. 

Kerugian boleh berlaku ​apabila sewa rumah adalah lebih rendah dari jumlah ansuran. Maknanya tuan rumah perlu tambah lagi kos untuk membayar ansuran.


Kelebihan sewa rumah

Sebelum ada rumah aku juga adalah penyewa. Dari pengalaman aku sebenarnya menyewa ni ada banyak kelebihan. Pertama ialah kita tak perlu pening jika perlu berpindah.

kelebihan sewa rumah

​Aku banyak kali berpindah rumah sewa dan tak jadi masalah sebab tak perlu fikir rumah yang ditinggalkan sebab bukan rumah aku hehehe..kalau orang yang kerjanya tidak tetap kat sesuatu kawasan memang menyewa adalah satu tindakan yang tepat.

Tak payah fikir nak bayar cukai. Cukai pintu, insurans itu semua tuan rumah yang perlu sediakan bukan penyewa. Apa yang kita perlu buat adalah menyediakan duit yang cukup untuk bayar sewa rumah setiap bulan. kalau tak bayar alamat kena halaulah...

Seterusnya kita tak perlu bertanggungjawab untuk buat pembaikan rumah jika berlaku kerosakan. Misalnya angin kuat tiba-tiba atap tercabut, pembaikan tu perlu dibuat oleh tuan rumah bukanya penyewa. Ataupun jika dinding rumah retak, tuan rumah perlu bertanggungjawab untuk membaiki keroskan tersebut.



Keburukan sewa rumah

Walaupun banyak kelebihan sewa rumah, tetapi ada beberapa keburukan yang anda perlu pertimbangkan untuk buat keputusan sama ada lebih baik beli atau sewa rumah. Pertama adalah penyewa perlu bersedia berhadapan dengan kenaikan kadar sewa. Adakalanya tuan rumah akan menaikkan sewa rumah setiap tahun walaupun dengan kadar kenaikan yang rendah. Ada juga tuan rumah yang menaikkan kadar sewa tinggi dan sesuka hati.

Kedua ialah kepayahan apabila tempoh sewaan semakin dekat. Anda perlu bersedia lebih awal untuk berpindah dan mencari rumha sewa baru. Kebiasaanya tuan rumah akan menaikkan kadar sewa jika kita ingin menyambung tempoh sewaan. Dan adakalanya juga tuan rumah akan menolak untuk lanjutkan sewaan apabila tidak berpuas hati dengan keadaan rumah.

Ketiga ialah anda tetap juga tidak mempunyai rumah sendiri. duit anda digunakan untuk membayar sewa rumah. Jika sebulan anda bayar sewa pada kadar Rm 700 dan anda telah diami selama 5 tahun bermakna anda telah bayar sewa sebanyak RM42000.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian untuk buat pilihan lebih baik beli atau sewa rumah. Sebab kalau nak beli banyak lagi perkara yang perlu dinilai. Lokasi, jumlah ansuran, permintaan dan beberapa aspek lain untuk elakkan dari kerugian.


olaoli

​Diharap pendapat dan pandangan admin ini dapat membantu sesiapa sahaja yang sedang membuat pilihan samaada beli atau sewa rumah. Untuk beli rumah melibatkan loan sehingga beratus ribu. Jadi buatlah keputusan terbaik.


Berhari raya di perantauan

Berhari raya di perantauan

Tinggal hanya beberapa hari je lagi semua umat islam akan menyambut hari raya Aidilfitri dan berakhirnya bulan mulia Ramadhan. Ramadhan yang banyak  meninggal kenangan sepanjang hidup aku. Tahun ni macam tahun lepas jugak tak dapat balik beraya ke kampung. Oh sedih siot walaupun dah tua-tua begini. Selagi orang tua masih ada selagi itulah hati tu kuat rasanya nak balik kampung kerana masih ada yang menunggu kita. Bagaimanapun kasih sayang doa tak akan berhenti untuk ibu dan adik beradik serta anak-anak buah yang disayangi.

Perasaan beraya di perantauan ni banyak beza berbanding time dapat beraya bersama orang tua dan adik beradik. Kalau dapat balik kampung memang penuh rumah dengan adik beradik dan anak-anak buah. Masing-masing memainkan peranan masing-masing untuk menyediakan keperluan menyambut hari raya.

ada yang kemas rumah,

ada yang gantung langsir,

ada pasang sarung kusyen,

ada bentang permaidani

ada jugak anak-anak buah yang dah besar rajin mengecat

Yang adik beradik pulak dengan ipar-ipar sibuk masak ramai-ramai. Adakalanya masak bahulu, Ketika tu teringat kembali la nostalgia masa kecik-kecik dulu mak ngan arwah opah masak bahulu dan kuih raya maka kami adik beradik sama-sama cari sabut dan tempurung kelapa. Alhamdulillah kat kampung aku tu ketika ini masih ada lagi feel hari raya 90an kerana ibu2 dan bapa2 saudara(golongan tua) saudara-mara dekat masih mengekalkan budaya dulu-dulu. Cumanya ramai dah ibu dan bapa saudara yang dah takda..

Kemeriahan tu takkan dapat dinikmati di perantauan. Kena pulak jika tinggal di kawasan taman perumahan. Yang ada cuma jiran-jiran dan rakan sekerja yang sama-sama diperantauan datang berhari raya. Bagaimanapun dah itu lumrah kehidupan kita. Zaman akan berubah, kehidupan juga akan jadi berbeza. Apa yang aku nikmati ketika kecil rasanya tak akan dirasai oleh anak-anak aku. Zaman mereka berbeza. Pandangan dan pemikiran mereka juga lebih advance kerana walaupun masih kecil tetapi pengetahuan mereka lebih baik dan fokus berbanding ketika aku sebaya dengan mereka dulu. Cuma fizikal mereka tidak sekuat aku huhu..

Namun sebagai seorang manusia bergelar ayah, hati kena kuat tambahan lagi apabila kita dikelilingi oleh anak-anak yang agak hyperaktif hehehe..ya anak-anak sebenarnyalah kekuatan. Melihat mereka membesar kita akan rasa lebih excited untuk melalui hari-hari mendatang walaupun tak balik raya hehehe. Tambahan pulak anak aku lagi ramai dari adik beradik aku..dengan umur antara 1 tahun ke 9 tahun, 5 lelaki 1 perempuan…maka kuasa mereka boleh buat rumah di hari raya ni rasa terangkat juga.

Salah satu cara untuk lebih kemeriahan dan keriangan hari raya di perantauan adalah dengan membuat open house. Tak buat besar-besar sangat pun takpe hanya dengan kos yang sederhana pun dah cukup. Itulah juga yang aku dan isteri buat tahun lepas. Tapi tu dia punya la letih. Dari tengahari sampai ke malam. Last-last lepas selesai open house seminggu demam haha..

 

>