Tools asas untuk Blogger

Posted on 3 min read 118 views
Pinitblogger tools

WordPress merupakan salah satu platform blog terbaik dari banyak-banyak platform yang ada. Sebahagian besar blogger lebih memilih untuk menggunakan platform wordpress kerana banyak kelebihan berbanding yang lain. Antaranya adalah plugin yang tersedia untuk platform wordpress cukup banyak samaada percuma ataupun premium. Selain itu sangat mudah untuk mencari theme wordpress dengan bermacam pilihan dan rekabentuk terkini yang lebih menarik.

Semestinya untuk membina sebuah blog anda perlukan hosting supaya blog anda dapat beroperasi dengan baik. Namun masih ada pilihan lain jika masih belum bersedia untuk mengeluarkan kos iaitu dengan menggunakan hosted percuma seperti blogspot.com. Nasihat saya jika anda serius mahu berblogging maka pilihan yang tepat adalah mempunyai hosting berbayar. Terdapat banyak penyedia hosting samaada dalam dan luar negara. Antara yang terkenal adalah hostgator. Blog saya ini hanya menggunakan hosting Netkl dan sehingga kini saya sangat berpuas hati dengan prestasinya. Customer servis yang bagus untuk membantu jika berlaku sebarang masalah pada blog. Sila klik ​ untuk memilih package hosting Netkl.

Pinit
blogger tools

​Jika anda sudah pun mempunyai sebuah blog, kita akan sentiasa mengharapkan pelawat untuk hadir ke blog dan membaca post yang telah dipublish. Tetapi samaada banyak atau sikit trafik yang datang kita tidak akan tahu. Langkah yang terbaik adalah gunakan google analytic. Google analytic menyediakan pelbagai maklumat yang boleh membantu anda membuat analisis seperti jumlah pelawat, organic visitor, lokasi, os yang digunakan pelawat, device yang digunakan dan pelabagai lagi. Google analytic adalah percuma hanya gunakan emel gmail anda untuk mendaftar

blogger tools

Gmail adalah langkah pertama yang perlu dibina dahulu sebelum membina blog. Kerana emel adalah salah satu tools untuk berhubung dengan rakan atau sesiapa sahaja. Gmail juga adalah percuma dan anda memerlukan akaun gmail jika mahu mendaftar google analytic,google adsense ataupun google adword. Untuk mendapatkan maklumat lebih tentang gmail sila klik

blogger tools

​​Apa itu gravatar? Garvatar ini merupakan singkatan dari Global Recognized Avatar. Jika anda seorang blogger, perkara yang pertama kali mesti dilakukan selepas publish post selain dari perkara teknikal adalah memperkenalkan diri dikalangan blogger yang lain. Caranya adalah sentiasa blogwalking ke blog-blog orang lain dan meninggalkan komen di post blog tersebut. Dengan gravatar, setiap komen yang ditinggalkan juga akan meninggalkan gambar anda(gambar di akaun gravatar anda). Ini akan membuatkan anda mula dikenali oleh blogger-blogger lain dan mereka pula akan berkunjung ke blog anda dengan membawa trafik. Sila daftar

​Flickr adalah website yang menyediakan beribu-ribu gambar yang boleh di download untuk kegunaan bloog anda. Namun tidak semua gambar di flickr boleh didownload. Ada sebahagian hanya dikongsi sesama ahli sahaja. Kelebihan flickr ialah dapat mengurangkan penggunaan space hosting anda. Masa saya awal-awal berblogging dahulu saya se​penuhnya menggunakan hosting sendiri untuk menyimpan gambar yang akan digunakan dalam post. Dalam tempoh tak sampai setahun terpaksa upgrade hosting kerana space telah penuh. Jadi langkah terbaik adalah simpan gambar di tempat lain iaitu diflickr.​ Hanya gunakan link untuk attach gambar ke blogpost. Sila pergi klik untuk ke flickr.

blogger tools
blogger tools

Semestinya mana-mana blogger akan sentiasa blogwalking dari satu blog ke blog yang lain sambil meninggalkan komen. Kebanyakan blog yang dijumpai adalah menerusi link di blogcomment yang anda lawati. Sudah tentu anda akan terjumpa artikel yang menarik dari blog tertentu. adalah sukar untuk mengintai semua blog yang anda lawati. Cara terbaik adalah gunakan aplikasi pocket pada mozilla atau google chrome anda. Kelebihan pocket ialah anda boleh simpan dahulu mana-mana artikel menarik yang jumpai untuk dibaca kemudian nanti. Penggunaannya berbeza jika dibandingkan dengan bookmark. Artikel yang anda simpan di pocket diletakkan di archieve jika ianya telah dibaca.

Canva adalah satu laman web yang menyediakan services untuk mengedit gambar atau membuat suatu graphic berdasarkan gambar dan text. Deasign yang boleh dibuat menggunakan canva seperti poster, flyer, infografik, facebook cover, presentation dan lainlain lagi. Ianya mudah digunakan. Canva menyediakan penggunaan percuma dan berbayar. Bagi penggunaan percuma terdapat beberapa limitation namun ianya masih berbaloi utuk digunakan. Klik untuk daftar canva percuma. Canva .

tools untuk blogger
blogger tools

Mailchimp ialah salah satu penyedia untuk emel marketing yang terkenal. Walaupun kebiasaanya Aweber dan Getresponse menjadi pilihan utama internet marketer, namun kini mailchimp semakin competitive kerana banyak peningkatan telah dilakukan. Malichimp seperti juga penyedia emel marketing yang lain mengenakan cas bulanan. tetapi Mailchimp juga menyediakan perkhidmatan percuma. Biarpun terdapat beberapa limitation namun saya berjaya menghasilkan jualan menerusi beberapa affiliate program. Daftar percuma mailchimp.

(Visited 45 times, 1 visits today)
Please follow and like us:
Pinit
  • ada tool yang saya belum guna..

    in shaa Allah bila semakin ok…

    saya utilize tool ini semua..

    sekarang baru nak belajar blogging..

    BLNU..

    Blogger Lama Nak Up..

  • nak collect database tu tak semua blogger nak buat..selalunya memang tak lah..:D

    • ada juga tools yang saya tak pernah pakai. yang basic ni je yang tahu

  • >
    Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

    Enjoy this blog? Please spread the word :)